21 December 2013

They Give Me Inspiration...

Assalamualaikum...

Dalam hidup ini ramai orang yang memberi kita inspirasi sama ada tentang kehidupan, percintaan, persahabatan atau apa-apa sahaja. Bagi aku definisi inspirasi itu sangat luas konteksnya melibatkan sekecil kecil perkara dan sebesar besa perkara. Kalau aku buka internet ada 2 website yang aku selalu buka. sebab, admin- admin nya sedikit sebanyak telah memberikan aku inspirasi. 2 manusia ini (seorangnya adalah blogger terkenal dan seorang lagi vlogger terkenal), sangat kreatif dengan cara masing-masing dan sering kali membuatkan aku kagum dengan cara mereka berfikir tidak kisahlah tentang apa-apa subjek-cinta, kawan, hidup, masalah, family dan lain-lain. perkara yang mereka sampaikan di website dia orang pasti mempunyai mesej yang ingin disampaikan. Disebabkan mereka berdua ini sangat kreatif dengan cara mereka, sekarang ini mereka sudah menjadi terkenal walaupun mereka bukanlah artis pada mulanya.

untuk menyatakan rasa kagum dan admire aku terhadap mereka, entry kali ini aku buat khas untuk memperkenalkan mereka. So, let's begin lah (please beware of my broken English.)

1. Mat Luthfi
(http://www.youtube.com/matluthfi90)



Mat Luthfi ni seorang vlogger. aku mula tonton video dia masa form 3 sebab jiran aku yang kenalkan. sejak tengok video dia yang pertama, aku terus jatuh cinta dan jadi peminat setia dia. eh eh, jangan silap tafsir pula aku jatuh cinta dekat video2 dia yang sangat kreatif dan menarik sampaikan aku selalu tertunggu-tunggu nak tengok video dia yang seterusnya. setiap kali aku tengok video dia, mesti aku akan tergelak la, tersnyum sorang-sorang atau pun terimbul perasaan "eh, betul jugak apa mamat ni cakap". kadang-kadang perkara tu kecil je, atau perkara remeh temeh yang berlaku dalam masyarakat, tapi sebabkan cara video dia yang santai dan kelakar tu, aku jadi peminat setia akan semua video-video dia. korang tengoklah sendiri cara dia sampaikan video-video dia, sangat kreatif dan unik. sebab apa aku cakap macam tu, untuk setiap video, dia pengarah, dia pelakon, dia penulis skrip, dia editor, dia publisher. pendek kata semuanya dia yang buat. kadang-kadang je dia masukkan kawan dia sebagai pelakon tambahan.


Antara video-video dia yang aku paling suka tonton atau aku punya favorite (tanpa mangikut turutan) ialah:

1. Mengajar Kanak-Kanak Riang
http://www.youtube.com/watch?v=8lrSVCaWshw&list=UU7ee1eW2-Mt6MpRu3Ja4s2A

2. Dokumentari-Ninja
http://www.youtube.com/watch?v=0Ivu84YH0sI&feature=c4-overview&list=UU7ee1eW2-Mt6MpRu3Ja4s2A

3. Soalan Ramalan Pasca SPM
http://www.youtube.com/watch?v=KP7H0XsyKbc&feature=c4-overview&list=UU7ee1eW2-Mt6MpRu3Ja4s2A

4. Drama-Drama Sebelum Kahwin
http://www.youtube.com/watch?v=O3qkR-Yw-x4&list=TLUo1-VH740Ah4qKnlfNLvGU10nAVEsyep

5. Masalah
http://www.youtube.com/watch?v=R6WRij4PMhw&list=TLgesj3lOriNRgL6pXTrsNzysU5mEH5RWU

6. Nama Pun Sampah
http://www.youtube.com/watch?v=8ZHL2xdQ1XY&list=TLfq9LfpciMrXHnWi0PPPrRtgk0DZCGYqB

7. Judgemental
http://www.youtube.com/watch?v=KNWfwpgdw5E

dan banyak lagi lah. kalau tulis kat sini memang tak muat, sebab pendek kata semua video dia menjadi favourite aku. setiap kali aku tahu dia ada video baru, mesti aku akan jadi excited dan nak tahu apa mesej yang ingin dia sampaikan kali ini. Mat Luthfi dah beri aku inspirasi tentang cara dia berfikir melalui mesej yang dia tonjolkan dalam setiap video dia. so, In shaa Allah, aku akan sentiasa menjadi peminat Mat Luthfi dan menjadikannya sebagai contoh.


2. Hanis Zalikha
(http://inibelogsaya.blogspot.com/)


Hanis Zalikha atau lebih mesra disapa Keknis baru aku kenali (di alam maya) lebih kurang setahun. itu pun sebab banyak diperkatakan tentang dirinya sebagai blogger terkenal. sebelum menjadi artis, Keknis dah terkenal di Internat melalui blognya. rasa macam diriku ini terlalu jauh ketinggalan berbanding orang lain yang sudah lama menjadi follower setianya di blog. Ya lah, lepas baca entry dia yang pertama di http://inibelogsaya.blogspot.com/ , aku terus suka dengan segala yang ditulisnya. patutlah dia menjadi terkenal, tulisan-tulisan (entry) di blognya semuanya menarik-menarik belaka. Mesej yang ingin dia sampaikan ditulis dalam bentuk yang santai, mudah difahami dan sesuai dengan jiwa aku. memandangkan blogwalking adalah hobi terbaru aku, blog Keknis sentiasa aku buka untuk melihat sama ada beliau telah meng-update blognya dan sama ada beliau mempunyai new post. selain daripada itu, aku kagum dengan Keknis yang mempunyai pelbagai kebolehan-pandai bergaya, pandai makeover, pandai memasak, pandai berlakon dan buat kerja modelling.



Antara post-post di blognya yang menjadi kegemaranku (tanpa mengikut tururtan) ialah:

1. Letting Go
http://inibelogsaya.blogspot.com/2013/10/letting-go.html

2.  Kebaikan Rambang
http://inibelogsaya.blogspot.com/2013/08/kebaikan-rambang.html

3. Jenis-Jenis Bekas Kekasih Anda Yang Mana?
http://inibelogsaya.blogspot.com/2013/06/jenis-jenis-bekas-kekasih-anda-yang-mana.html

4. Tips Turun/Maintain Berat Badan
http://inibelogsaya.blogspot.com/2013/04/tips-turunmaintain-berat-badan.html

5. Tiga Hari Dengan Mia Sara
http://inibelogsaya.blogspot.com/2013/02/tiga-hari-dengan-mia-sara.html

6.Room Makeover
http://inibelogsaya.blogspot.com/2012/12/room-makeover.html

Banyak lagi sebenarnya entry Keknis yang aku suka cuma aku rasa malas pulak nak share.. apa2 pun korang boleh visit sendiri di blog Keknis. Aku menjadikan Keknis sebagai inspiration aku terutamanya dalam bab-bab penulisan since satu hari nanti aku nak jadi seorang panulis.

Okaylah aku nak solat dulu. Assalamualaikum.. :D


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI