29 May 2014

Angan-angan Vs Impian

Assalamualaikum.


Semua orang mempunyai impian, kan? Tipu lah kalau saya tanya orang lain lepas itu jawapannya tiada impian. Kanak-kanak pun ada impian, mungkin nak makan coklat hari-hari. Remaja pun ada impian, mungkin impian mereka agar cuti sekolah lebih panjang. Ibu bapa pun ada impian, mungkin mereka nak anak-anak mereka bersekolah di sekolah yang terbaik sekali di dunia. Atuk dan nenek pun ada impian tau. Impian mereka ialah nak anak-anak mereka meluangkan lebih banyak masa dengan mereka, contohnya.

Saya pun ada impian saya sendiri. Selama ini saya fikir dalam kepala je. Oh, saya nak ini, saya nak itu, saya nak jadi macam ini, saya nak jadi macam itu. Kadang-kadang saya terlupa impian saya, sebab ianya sekadar duduk di dalam kotak pemikiran. Maka, saya pun membuat sesuatu gambar yang dipanggil sebagai vision board. Mungkin vision board ini tidak menceritakan seluruh impian saya (sebab impian saya terlalu banyak, tak muat satu gambar), cukuplah sekadar membuatkan saya teringat akan tujuan saya bekerja keras setiap kali terpandang vision board saya tu.




Ini sebahagian daripada vision board saya. Sepatutnya ada gambar rumah dan kereta. Tapi, saya rasa saya lebih suka letak gambar-gambar negara yang saya ingin lawati. Sebab, saya nak sangat melancong tapi tidak berkesempatan kerana saya bukanlah datang daripada golongan berada. Bila saya tengok vision board ini, sekurang-kurangnya keinginan saya untuk melancong ke luar negara bukan sekadar angan-angan yang tersimpan di kotak pemikiran tetapi menjadi satu impian yang ingin saya capai


Kawan-kawan, tolong doakan saya mencapai impian saya ini. Saya juga mendoakan agar semua impian kalian akan tercapai dalam masa terdekat ini. Ingat kata-kata saya, Allah tidak akan mensia-siakan setitis pun usaha yang kita lakukan. Jadi, teruskanlah berjuang demi impian anda! Aja aja fighting! :)



Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Supervisor-to-be
Shaklee ID: 1144358

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI