31 May 2014

Isyarat Malaikat Maut Dengan 5 Jari

Assalamualaikum


Apa khabar pembaca blog saya hari ini? Jom kita ucapkan Alhamdulillah sebab hari ini, Allah masih memberi kita peluang utnuk bernafas di muka bumi-Nya ini. Terlalu besar sifat penyayang Allah. Walaupun kita banyak melakukan dosa saban hari, namun Dia masih menghidupkan kita pada hari ini kerana masih mahu memberi kita peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang lalu.

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...



Saya baru sahaja membeli sebuah majalah islamik semalam iaitu Majalah Al-Islam keluaran Jun 2014. Selepas menyelak halaman-halaman muka surat majalah tersebut, ada satu artikel pendek yang sangat menarik bagi saya. Kisah Imam Malik bermimpi bertemu dengan Malaikat Maut.


Isyarat Malaikat Maut Dengan 5 Jari

Pada suatu malam Imam Malik b. Anas r.a. tertidur. Lalu di dalam tidurnya dia bermimpi didatangi malaikat maut. Kemudian dia bertanya kepadanya, "Wahai malaikat maut! Masih tinggal berapa lama lagi usiaku di dunia ini?"

Malaikat maut lalu memberi isyarat dengan lima jarinya. Tetapi Imam Malik tidak mengerti maksudnya, maka dia pun bertanya lagi, "Lima apa wahai malaikat maut? Apakah lima tahun, lima bulan, lima minggu atau lima hari?"


Namun belum sempat mendengarkan jawapan daripada malaikat maut, Imam Malik r.a. terbangun daripada tidurnya.


Keesokkan harinya, Imam Malik pergi menemui seorang yang mahir dalam ilmu mentafsir mimpi iaitu Imam Ibnu Sirin, untuk bertanyakan perihal mimpinya malam tadi. Imam Ibnu Sirin berkata kepadanya,


"Wahai sahabatku, Malik, mimpimu baik-baik sahaja. Malaikat maut yang datang dalam mimpimu itu tidak bermaksud mengatakan jangka hayatmu lima tahun, lima bulan, atau lima waktu yang lainnya. Tetapi dia hendak mengatakan kepadamu bahawa pertanyaan itu termasuk dalam lima rahsia ilmu ghaib yang tidak diketahui sesiapapun selain daripada Allah sendiri, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Luqman: 34,


"Sesungguhnya di sisi Allah, ilmu tentang hari kiamat dan dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi amat meliputi pengetahuan-Nya"


Rahsia Allah.

Banyak pengajaran yang terdapat dalam kisah ini. Allah sangat berkuasa sehinggakan kita tidak dapat mengagak seluas manakah kekuasaan-Nya.

Bilakah hari kiamat?
Di manakah hujan akan turun?
Apa jantina bayi di dalam rahim?
Apa yang akan tejadi esok?
Bila kita akan meninggal dunia?

Semua ini, tidak ada satu makhluk pun yang mengetahui tentangnya melainkan Allah swt. Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Menghidupkan dan mematikan orang sesuai dengan apa yang dikehendakinya. Kun Fayakun! Jika Dia berkata Jadi, maka Jadilah. Tidak ada apa-apa pun yang dapat menghalang kekuasaan Allah.

Sesungguhnya, kita sangat beruntung kerana masih hidup pada hari ini. Beruntungnya kita kerana Allah tidak mengambil nyawa kita sedang dosa masih menggunung. Beruntungnya kita kerana Allah masih menyayangi kita. Beruntungnya kita kerana Allah masih meminjamkan tubuh badan yang sempurna kepada kita, akal yang cerdas dan tubuh badan yang sihat serta  ibu bapa yang penyayang. Sedangkan masih ramai lagi insan di luar sana yang kurang bernasib baik. Ada yang tiada ibu bapa, tiada wang untuk makan, kesihatan yang terjejas, keadaan fizikal yang kurang memuaskan dan lain-lain lagi.

Mungkin kita terfikir, itu adalah ujian untuk mereka. Allah sedang menguji mereka, tetapi tanpa kita sedar sebenarnya Allah sedang menguji kita. Ya, Allah sedang menguji kita pada saat ini, adakah kita akan membuat sesuatu untuk membantu mereka yang kesusahan itu? Ataupun kita sekadar berdiam diri? Sekadar melemparkan rasa kasihan di hari tanpa menghulurkan bantuan sedikit pun?

Jika kita Tahu

Percayalah,
Jika kita tahu hidup ini sangat singkat, pasti kita akan berusaha membantu mereka yang memerlukan
Jika kita tahu hidup ini sekejap, pasti kita akan membantu lebih ramai orang
Jika kita tahu hidup ini sementara, pasti kita berazam untuk melakukan lebih banyak kebaikan
Jika kita tahu hayat ini akan berakhir, pasti kita tak akan melakukan sesuatu untuk umat Islam
Kerana Allah tidak akan mesia-siakan setitis pun usaha kita kan?

Mungkin ada yang bertanya. Mengapa kita perlu membantu orang lain? Mengapa kita nak membantu lebih ramai orang? Mengapa kita perlu melakukan lebih banyak kebaikan?
Mengapa?

Kerana kita semua dihidupkan di dunia ini atas tujuan yang sama.

Kerana, kita semua mahu mengumpul bekalan untuk akhirat kelak, kan?

Tepu dada, tanyalah iman~

Salam sayang,
Noor Aziemah

1 comment:

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI