28 May 2014

Kiriman untuk Nenek di Kampung

Assalamualaikum.


Tadi, Mealshake yang saya kirim daripada kak Adni Harlina dah sampai. Alhamdulillah, seronok rasanya bila kita dapat membelikan sesuatu yang terbaik untuk keluarga kita.





Alkisahnya,
Nenek saya ada penyakit kencing manis. Dia dimasukkan ke hospital dua tahun lalu. Setelah dirawat oleh doktor dan berada dalam keadaan stabil, doktor mengarahkan dia untuk menggunakan kaedah mencucuk insulin. Insulin ialah cecair yang digunakan untuk menurunkan kandungan gula dalam darah agar penyakit kencing manis tidak kembali menyerang.

Selepas keluar hospital, nenek saya menjalankan kehidupan normal seperti biasa dengan mengikuti arahan doktor untuk menggunakan teknik mencucuk insulin setiap kali sebelum makan. Masalah kencing manis dikira selesai. Tetapi, masalah baru pula muncul. Nenek saya menjadi fobia untuk makan nasi. Syarat menggunakan kaedah insulin, nenek perlu mengambil nasi dalam kadar yang bersesuaian selepas mencucuk insulin. Tetapi, nenek saya tidak langsung mengambil nasi dalam kuantiti yang dia perlu ambil tetapi tetap menggunakan kaedah insulin.

Akibatnya,  kandungan gula dalam darah nenek semakin mengurang walaupun nenek tidak mengambil nasi. Bayangkan, kandungan gula dalam darah nenek dah kurang sebab tidak mengambil nasi, kemudian dia cucuk lagi insulin untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Makin bertambah kuranglah gula dalam badan dia. Bila ditanya kenapa nenek saya tidak makan nasi, dia menjawab yang dia tidak ada selera makan. Walaupun sudah banyak kali dinasihat agar  jangan terlalu mengikut perasaan tiada selera, nenek masih berdegil dan tidak mahu makan

Natijahnya, ada masa-masa nenek saya pengsan dan tidak sedarkan diri. Ada masa-masanya mulut nenek berbuih. Sistem badannya tidak berfungsi dengan baik. Badan berpeluh-peluh. Simptom ini dikatakan simptom "hypo". Jika terlewat dibawa ke hospital, perkara buruk mungkin akan berlaku kepada nenek. Memang sudah 3-4 kali nenek dibawa oleh ambulance ke hospital kerana berlakunya simptom hypo . 



Kebaikan Mealshake yang pelbagai.


Saya mencadangkan nenek mengambil mealshake sebab ianya membantu menambah selera makan. Selain itu, mealshake menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Malahan, mealshake turut membekalkan nutrisi kepada sel tubuh. Ianya kaya dengan protin, membantu pembinaan sel sel kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

Yang paling saya suka, mealshake juga bertindak sebagai anti oksida yang mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan. Mealshake juga sangat lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Ianya tidak mengandungi sebarang pewarna atau gula tiruan. Orang lain pun pernah mengamalkan mealshake dan ianya memang berkesan.







Saya doakan semoga nenek saya bertambah selera makan, sentiasa mendapatkan zat yang secukupnya, tidak lagi hypo dan sentiasa bertenaga. Yang paling penting, nenek saya pulih seperti biasa dan dapat menjalankan kehidupan normal seperti biasa. Amin


Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Shaklee ID: 1144358

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI