20 May 2014

Senggugut: Musuh atau Kawan Baik Wanita?

Assalamualaikum.




Senggugut atau "period pain" memang tak asing lagi dalam kalangan wanita. Kebiasaannya, simptom sengugut terjadi 2-3 hari sebelum haid ataupun pada hari pertama haid. Sakit senggugut adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Saya dan Senggugut

Bagi saya, Alhamdulillah saya tidak pernah mengalami simptom-simptom haid yang teruk seperti gadis-gadis lain. Namun, melihat daripada pengalaman rakan-rakan gadis seusia saya, mereka kerap kali mengalami sakit yang teruk sewaktu senggugut sehingga ada yang terguling-guling di atas katil selama beberapa hari. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membuat aktiviti seharian seperti pergi ke sekolah, belajar, bersukan dan bergaul dengan rakan-rakan disebabkan sakit sengugut yang terlampau teruk. Masih saya ingat sewaktu sekolah menengah, ada di antara rakan saya yang tidak dapat bergerak walau sedikit pun daripada kerusi mereka tatkala menghadapi waktu haid.




Perubahan Disebabkan Sengugut.

Perubahan-perubahan ketara yang jelas kelihatan pada wanita yang akan 'dikunjungi' haid ialah:
-Sukar bergerak
-Kurang selera makan
-Pucat lesu dan tidak bertenaga
-Mudah marah
-Sensitif dan mudah menangis----> yang ini selalu terjadi pada saya
-Emosi tidak stabil
-Kulit berminyak
-Muka berjerawat
-Dan lain-lain

Best Friend or Enemy?

Senggugut memberikan impak yang negatif kepada kehidupan seharian setiap wanita. Walau bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa suka atau tidak suka, kita perlu menghadapi sakit senggugut ini setiap bulan semasa menghampiri waktu haid. Oleh itu, kita sebagai wanita perlu bijak mengahadapi situasi senggugut ini dengan cara yang betul agar dapat menukar persepsi dan mentaliti kita bahawa senggugut juga boleh menjadi 'rakan karib yang baik' kita setiap kali menjelangnya waktu haid. Banyakkan pembacaan daripada buku-buku ilmiah ataupun internet merupakan langkah yang boleh diambil untuk mengetahui cara mengatasi sakit senggugut yang teruk. Antara langkah yang boleh kita amalkan untuk mengatasi senggugut yang teruk ialah:

Berlari atau Berjalan Laju



Beberapa profesional perubatan menunjukkan bahawa mereka yang kurang bersenam mungkin mengalami sakit senggugut yang teruk. Bahkan berjalan cepat mungkin dapat membantu meringankan ketidakselelsaan, sebagai sesuatu yang melepaskan endorfin akan membantu anda mengurangkan kesakitan.

Tuam Perut dengan Air Panas

Ini cara yang paling mudah dan boleh dipraktikkan oleh semua wanita tak kira tua ke muda. Cara ini diilhamkan oleh seorang hamba Allah yang turut menghadapi sakit senggugut setiap kali datang haid. Caranya, panaskan air pastu ambil botol mineral letak air yang panas tadi. (Letak la air sejuk sikit takut botol tu kemek pulak kan). Bila kawan-kawan dah rasa selesa dengan kepanasan air tu, ambil botol air tu dan tuam dekat perut. Insya Allah dapat mengurangkan sikit rasa nyeri dia.

Elakkan Minum Minuman Berais



Ais memang tak elok untuk tubuh badan sebenanrnya. Ais bukan saja melemahkan badan malah boleh buat kita batuk berpanjangan (macam saya la, kalau minum ais je mesti batuk tak henti-henti). Lebihkan minum air suam atau air kosong ya

Minum Air Rebusan Halia

Kawan-kawan boleh mengamalkan minum air rebusan halia supaya darah berjalan lancar dan badan hangat. Air rebusan halia juga dapat menghilangkan bauyang tak best semasa period. Tapi jangan minum lebih-lebih pulak, karang terlampau panas pula badan korang tu

Mengambil Suplemen Tambahan

Suplemen bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Namun, suplemen diambil untuk memperbaiki kesihatan seseorang individu. Nasihat saya, ambillah suplemen yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.


Berita Baik untuk Anda Diluar Sana

Shaklee ada menawarkan Set Kelegaan PMS untuk memperbaiki kesakitan yang para wanita hadapi sewaktu datang haid. Berikut adalah set yang saya maksudkan:



Inilah Set Kelegaan PMS yang saya maksudkan. Ada GLA Complex, Ostematrix dan B-Complex. Best sangat-sangat. Siapa yang selalu sangat sakit nak period tu, saya recommend set ini. Insya Allah sakit senggugut akan berkurangangan.

Jika kita menghadapi sakit senggugut yang teruk, kita perlu bijak menhadapi masalah ini agak senggugut ianya tidak mengganggu aktiviti seharian kita. Kawan-kawan perlu sentiasa ingat, jika betul dengan caranya, sakit senggugut bukan lagi musuh utama para wanita malah boleh menjadi kawan baik yang mampu bertolak ansur dengan kita. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak!

Next entry saya akan cerita pula kelebihan setiap satu produk dalam Set Kelegaan PMS keluaran Shaklee ini. Jumpa lagi!


Lots of Love,

Noor Aziemah Noor Azman
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 1144258
SMS/Whatsapp: 0126818763
noor_aziemah@yahoo.com
nooraziemah.blogspot.com
facebook.com/nooraziemah.noorazman

2 comments:

  1. kesian sebenarnya pada siapa yg pernah sengugut tuh.. so far husna tak pernah la lg..

    singgah dari blog syira lokman..:)

    ReplyDelete
  2. memang kesian -sangat kat sesiapa yang ada senggugut..

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI