19 May 2014

Tidak! Jerawat Menyerang Wajahku!

Assalamualaikum.


Mempunyai jerawat di bahagian muka merupakan satu mimpi ngeri buat mereka di luar sana. Sebab apa tau? Semua orang, tidak kira lelaki mahupun perempuan, remaja atau dewasa mengimpikan wajah sempurna tanpa jerawat kerana jerawat boleh membuat sesorang murung, tidak bersemangat dan hilang keyakinan diri.

Daripada pengalaman saya sendiri, jerawat akan muncul di bahagian hidung dan membulat seperti batu. Memang tak selesa sama kali. Tanpa saya sedar jari saya akan memicit jerawat di hidung itu. Lama-lama, jerawat yang saya picit itu akan meninggalkan parut yang mencacatkan bahagian muka saya. OH TIDAK!!!

Daripada pengalaman rakan-rakan sekeliling saya pula, jerawat akan naik sewaktu mereka datang bulan. Beberapa hari sebelum period, mereka akan hadapi PMS dan salah satu simptomnya adalah tumbuh jerawat di muka. Itu yang tak best tu. Mula lah mereka rasa down dan rendah diri.


Jerawat mencacatkan penampilan seseorang


Bukan sekadar wanita, malah kaum lelaki turut di serang jerawat

Apa faktor penyebab jerawat?

-BAHAN KOSMETIK

Sedar atau tidak, alat kosmetik memberi kesan pada wajah

Kajian pakar menunjukkan penggunaan bedak yang menyatu dengan Foundation boleh menyebabkan liang kulit tersumbat dan terjadinya jerawat. Tidak membersihkan wajah setelah memakai kosmetik juga merupakan punca timbulnya jerawat. Hal ini selalunya dikaitkan dengan wanita, terutama sekali mereka yang kerap memakai alat kosmetik tanpa membersihkan wajah sebelum tidur. Jadi, kawan-kawan kena ingat agar sentiasa cuci wajah sebelum tidur!

-HORMON
Peningkatan pengeluaran hormon yang dipanggil androgen menyebabkan terjadinya jerawat. Biasanya, jerawat muncul disebabkan stress, saat mendekati kitaran haid, kehamilan dan pada masa remaja atau baligh. Bagi remaja macam saya ni, selalunya waktu peperiksaan atau exam la jerawat paling banyak keluar selain waktu haid sebab terlalu stress dengan pelajaran. Tak baik stress-stress ni tau.

Exam salah satu punca stress yang menyebabkan wajah berjerawat.


-GENETIK
Jika ibu bapa mempunyai jerawat disebabkan pengeluaran kelenjar minyak berlebihan, maka kemungkinan besar anak-anak mereka akan mengalami hal yang sama

-GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Jerawat boleh muncul akibat peningkatan hormon androgen yang terjadi disebabkan tabiat merokok, minum alkohol, tidur tidak teratur, tekanan dan terlalu banyak berfikir. Saya pun sentiasa terdedah dengan asap rokok walaupun saya sendiri tidak merokok. Jadi pesanan saya, bagi mengelakkan diri daripada berjerawat, kawan-kawan perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.

-MIKROORGANISMA
Tahu tak yang sebenarnya tangan kita ini kotor dan penuh dengan bakteria yang boleh menimbulkan jerawat di muka. Ini berpunca daripada bakteria yang membiak daripada liang kulit tersumbat akibat minyak berlebihan lalu menyebabkan terjadinya jerawat. Jadi sebaiknya, bersihkan tangan dahulu sebelum menyentuh wajah.


Atasi jerawat dengan ESP.

Dulu saya tak suka tengok muka saya. Banyak sangat jerawat kecil-kecil. Tapi sekarang Alhamdulilllah... sejak saya terbuka hati nak menggunakan ESP, saya dah boleh nampak kesannya dalam masa satu minggu. Selepas beberapa minggu mengamalkan minum ESP, jerawat di kulit wajah saya cepat kecut. Pastu saya punya wajah pun makin cerah. Tak sangka perubahannya sangat ketara. Memang perasaan tu tak boleh nak dihuraikan. Ya lah, selama ni saya langsung tak menjaga wajah saya so banyak jugak jerawat-jerawat kecil yang timbul. Tapi sekarang tidak lagi selepas saya mengamalkan ESP. Muka saya licin aje, kalau ada jerawat yang tumbuh pun, esok lusa dah kecut balik.

ESP yang kucintai
Ramai orang yang tegur akan perubahan kulit wajah saya. Ingatkan saya sorang je yang perasan, rupa-rupanya orang di sekeliling turut memerhatikan kita. Di situ timbulnya keyakinan diri yang tinggi apabila kita memberikan penampilan yang baik terutamanya kulit wajah.
Nak tau tak, Cikgu English saya, Puan Puteri pun tegur saya masa nak ambil keputusan SPM hari itu dia tanya saya, "dah ada boyfriend?" Wahh soalan cepu emas gitu... Hohoho... selama ni tak pernah tanya pun, cikgu? Hmm.. saya gelak je la...


Back to our main topic, ESP memang terbukti boleh hilangkan jerawat. Bukan itu saja, malah jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kusam dan lain-lain. Untuk pengetahun kawan-kawan, kacang soya yang digunakan untuk mencipta Energizing Soy Protein ini hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ianya diproses dengan suhu yang rendah.

Kacang soya yang bersifat "non-GMO"


Dulu saya tak tahu ESP Shaklee ni banyak kelebihan. Saya minum aje untuk menghilangkan jerawat. Tapi sekarang saya dah tau yang ESP Shaklee ni merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. ESP Shaklee ini juga sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, emak ke, ayah ke, pak cik ke, adik ke, atuk ke atau nenek kita ke, semua boleh ambil ESP Shaklee ni. Mereka yang mengidap kencing manis pun boleh tau!


Konklusinya, ESP ini bukan saja khas untuk mereka yang nak hilangkan jerawat tapi untuk semua golongan sebab ia dapat memberikan tenaga yang berpanjangan hasil daripada 9 asid amino tersebut. Hmm lepas ni saya nak beli satu untuk emak dan abah supaya mereka sentiasa bertenaga di tempat kerja, satu untuk nenek saya yang menghidap kencing manis dan satu untuk adik saya yang ada banyak sangat bintik-bintik hitam di wajah dia. Yay!


Setiap hari saya minum ESP dua kali.



Lots of Love,

Noor Aziemah Noor Azman
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 1144358
SMS/Whatsapp: 0126818763
noor_aziemah@yahoo.com
nooraziemah.blogspot.com/
facebook.com/nooraziemah.noorazman


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI