15 May 2014

Ujian Undang-Undang Jalan Raya

Assalamualaikum.


Alhamdulilllah.
Dengan berkat keizinan-Nya, setelah sekian lama menangguhkan ujian ini, finally saya menduduki juga ujian ini. 
YAY!!!

Sepatutnya saya jawab ujian ini semalam, 14 May 2014, tapi pagi tu rasa macam tak prepare langsung! Tak ada keyakinan dalam diri yang saya boleh lulus. Rasa macam akan gagal je.. Last-last call Mak Piah (orang yang uruskan lesen memandu ni) pastu cakap kat dia, "saya tak boleh datang hari ini, saya tangguh ujian saya esok." 

 TANGGUH LAGI!

Tapi tak pe lah, tangguh sehari je... hehe...
Semalam seharian baca buku KPP dan buat soalan daripada buku 500 soalan tentang undang-undang jalan raya yang saya dapat semasa daftar. Masa buat ujian itu, banyak jugak soalan yang saya salah. Memang kalau pagi tu saya pergi ujian itu, confirm FAIL.


Buku soalan Jalan Raya.

My bestie, Azriana a.k.a. Azy, pun ada bagi tips sikit2 macam mana nak lulus ujian ini memandangkan dia pun dah ada pengalaman, kan? Dah dapat lesen P dah pun... Saya? Baru nak ambil test undang-undang.. huhu 

Azy ada bagi link website ini yang menyediakan software tentang contoh2 soalan test undang2. Memang sebijik gila la soalan yang keluar. Tapi bukanlah 100%. Ada beberapa soalan daripada buku kat atas tu. So, kita nasib lah, saya sempat habiskan buku tu semalam.

Ni link website yang ada software contoh soalan tu:

Sambil2 buat soalan undang2 ni, Dolek a.k.a. kucing ku turut menemani tuannya ini study ..

sampai tertido si Dolek ni!

Dan pagi tadi, segalanya bermula.
Sepatutnya datang office Mak Piah tu pukul 9am tapi sebab saya naik bas, gerak drpd rumah pun pukul 8 setengah, so sampai lambat la. Dah kena tinggal dengan driver... tapi, Mak Piah ada bagi alamat tempat tu, so, lagi sekali saya travel ke tempat ujian undang-undang itu menggunakan bas Rapid.

Sebenanya tak susah pun, dekat je dengan Stesen Balai Polis seksyen 8. Dah sampai banggunan tu, apa lagi, teus daftar dan jawab ujian tu. Berdebar jugak masa jawab. Ye lah, takut gagal, nanti kena repeat, kena bayar lagi. Sebelum hantar jawapan tu, check satu persatu soalan, takut salah tekan ke apa.. Bila dah yakin barulah klik hantar..

Dan Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya lulus dengan cemerlangnya. Ce wahh. angkat bakul pulak!
Saya dapat 48/50. okay lah kan. kalah kepada bapaku yang score full mark masa zaman dia, dan kalah kepada Azy dengan satu markah kurang. Tapi tak pe, asalkan lulus sudah.. hehe. Gembiranya!


Walau apa pun, saya akui, saya takkan dapat lulus dengan ujian ini tanpa izin Allah. Jadi, terima kasih, Allah atas segalanya!


Lots of Love,
Noor Aziemah.

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI