25 September 2014

4 Sebab Dia Terus Bertahan: Master Nana

Assalamualaikum.


Saya doakan anda semua sihat kaya dan berjaya. Semoga Allah memudahkan urusan anda di dunia dan urusan anda di akhirat. InsyaAllah.

Sebelum ini, saya ada kongsikan dengan anda kisah Master Coordinator Celebration mentor saya yang saya hadiri. Entri saya pada hari ini ialah lanjutan daripada kisah tentang Master Celebration tersebut. Jika anda belum membaca entri tersebut, anda boleh klik tulisan ini.


Hari ini saya nak kongsi dengan anda Push Factors atau Faktor Penolak Master Nana yang membuat dia berjaya sampai ke tahap dia sekarang.

Push Factor adalah faktor-faktor yang memaksa Master Nana untuk terus bertahan dalam bisnes ini sehingga berjaya, meskipun diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam mengecap kejayaan.


Master Nana Macarona

Pada pendapat saya, push factors sangat penting dalam kita mahu mengecap kejayaan. Hal ini demikian kerana push factors akan membuat kita menjadi lebih kuat walau apa pun cabaran atau rintangan yang mendatang dalam kehidupan kita.


Push Factor 1: Financial Freedom
Berbalik kepada kisah Master Nana, beliau mempunyai push factors yang sangat jelas. Antara push factors beliau dalam menjalankan bisnes adalah beliau mahu mencapai bebas kewangan.


Sedar atau tidak, ramai rakyat Malaysia yang kerja makan gaji bertahun-tahun tetapi masih lagi tidak mencapai tahap bebas kewangan atau dalam bahasa inggerisnya financial freedom. Walau bertahun-tahun mereka bekerja, walau sekeras mana pun mereka berusaha di syarikat mereka tetapi mereka masih belum mencapai tahap bebas kewangan.


Mengapa?

Satu perkara yang ramai orang tak sedar adalah mereka sebenarnya sedang mengkayakan orang lain. Mereka bekerja keras untuk mencapai impian orang lain. Setiap hari mereka keluar pagi balik petang. Bila dapat gaji mereka bayar hutang. Stres di tempat kerja tapi bos bersenang lenang. Kehidupan selesa yang mereka rasakan itu sebenarnya tidak menguntungkan mereka sedikitpun.

Berlainan dengan leader saya Master Nana, beliau nampak semua ini dan beliau tidak mahu bekerja makan gaji atau dalam erti kata lain, "mengkayakan orang lain". Beliau mahu mencapai taraf bebas kewangan.

Itulah yang menjadi faktor pembakar semangat beliau untuk berjaya dalam bisnes, walaupun usianya masih muda.


Push Factor 2: Ibu Bapa



Faktor penolak Master Nana yang kedua adalah ibu dan bapanya. Beliau rasa yang sejak kecil, beliau sering menyusahkan ibu bapanya. Mereka bukanlah orang senang.

Tambahan pula, Master Nana bersekolah di asrama. Ini membuatkan beliau berasa bertanggungjawab untuk berdikari dan mencari duit sendiri.

“Saya tak nak susahkan ibu bapa saya…” kata Master Nana. Suaranya kedengaran sebak.

“Masa belajar di Universiti dulu, kalau hujung minggu je, orang lain keluar berjalan-jalan, berkaraoke, bersukaria, tapi Nana tak buat macam tu. Nana buka youtube, belajar cara mekap pastu Nana belajar mekap kat muka sendiri dan roomate Nana. Lama-lama, Nana buat job mekap orang lain. Alhamdulillah, duit daripada job mekap tu, Nana dapat guna sebagai duit belanja.”

“Apa yang Nana nak sampaikan di sini, Nana bukan orang senang. Nana tak nak menyusahkan ibu bapa Nana tapi Nana nak bahagiakan mereka.”

Meleleh air mata saya mendengar kata-kata Master Nana. Sesungguhnya kami mempunyai latar belakang yang sama. Kami bukan orang senang. Dan kami juga mempunyai push factor yang sama iaitu kedua-dua ibu bapa kami.

Master Ahmad Firdaus, Master Nana dan ibu bapa Master Nana



“Alhamdulillah, dengan bisnes ni, Nana berjaya capai impian Nana. Baru-baru ini, bulan Mei 2014, Nana berjaya bawa emak dan abah Nana pergi menunaikan umrah. Nana fully support mereka, hasil daripada bisnes Nana sendiri.”

Mendengar kisah Master Nana, semua orang dalam dengan Hotel Marriott itu bertepuk tangan. Saya sendiri menepuk kedua-dua belah tangan saya sambil mengesat air mata yang membasahi pipi. Sesunggunya, saya akui, faktor ibu bapa adalah faktor penolak saya untuk terus bertahan dalam bisnes ini walau pelbagai cabaran menguji ketabahan diri.



Push Factor 3: Suami




Seterusnya, Master Nana juga merasakan bahawa suaminya adalah faktor penolak dirinya. Pernah satu ketika, dia sedang sibuk couching bersama group Spectacular nya, suaminya, Master Firdaus yang menyuapnya makan.

Bagi Master Nana, sokongan yang diberikan oleh suaminya itu sangat-sangat dia hargai. Sebab itu beliau sangat menekankan kepada semua orang agar mendapatkan restu ibu bapa dan suami. Doa mereka disekeliling kita sangat penting.


Push factor 4: Ahli Spectacular





Akhir sekali, push factor Master Nana adalah downline nya atau group Spectacular nya. Bagi Master Nana, beliau perlu paksa diri untuk berjaya. Beliau perlu memberi inspirasi kepada anak didiknya. Beliau perlu menunjukkan contoh yang terbaik untuk anak didiknya agar boleh menjadi inspirasi untuk mereka berjaya.




Bagi saya, push factor sangat penting kerana push factors adalah penyebab seseorang untuk berjaya. Tidak kiralah apa yang kita buat sekalipun sama ada belajar, bekerja, berbisnes, push factors sangat membantu kita untuk bertahan setiap kali usaha kita dilanda cabaran atau ujian.

Kita tidak akan mudah berputus asa, malah kita akan terus berusaha sedaya upaya untuk berjaya dalam apa yang kita lakukan.

Inilah yang saya belajar dalam team bisnes MFMS saya. Alhamdulillah, kami ada mentor yang berjaya, sistem yang betul dan ilmu yang sangat bermanfaat untuk berjaya.

Nasihat saya, walau apa pun yang anda lakukan, tetapkan push factors atau faktor penolak yang membantu anda untuk terus bertahan dalam apa yang anda kerjakan.

InsyaAllah, walau apa pun masalah yang anda hadapi, anda tidak akan mudah berputus asa dan menjadi semakin kuat. Ini kerana anda mempunyai push factors yang menjadi pemangkin dalam kejayaan anda. Ini kerana anda juga punya sebab untuk bertahan dan terus bertahan.


Ingat,

Jika anda tidak memaksa diri anda, tiada sesiapa yang akan paksa anda. Anda yang menentukan kejayaan anda sendiri.




Saya doakan semoga anda semua dapat mengecap kejayaan dalam semua yang anda sedang lakukan. Amin. InsyaAllah.

Master Coordinator Celebration: Master Nana dan suaminya

Salam kejayaan,
~Noor Aziemah~
Menuju Puncak Kejayaan

2 comments:

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI