2 September 2014

Saya Buat Keputusan Salah Ketika Menyertai Shaklee - Part 1 - Senarai 4 Bisnes Saya Ceburi Sebelum Itu.

Assalamualaikum

Apa khabar pembaca blog nooraziemah.blogspot.com? Saya doakan anda semua sihat, kaya dan berjaya. 

Ramai yang bertanya mengapa saya menyertai bisnes Shaklee sedangkan umur saya baru 18 tahun. Kata orang, baru setahun jagung. Di sini, saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana saya boleh terjebak dalam bisnes ini.

Bisnes 1: Penanda Buku


Saya memang minat bisnes sejak kecil. Ketika tingkatan satu, saya menjual penanda buku buatan sendiri. Saya mengambil tempahan daripada rakan sekelas dan lain kelas. Penanda buku tersebut mengandungi nama pembeli dan dibelakangnya saya tulis kata-kata hikmah pilihan mereka.


Sebenarnya, saya bukanlah kreatif mana pun. Tapi, saya sangat bersemangat nak jual penanda buku maka saya sanggup meluangkan masa dihadapan komputer selama berjam-jam setiap hari kemudian pergi ke kedai untuk 'laminate' penanda buku tersebut.

Waktu yang paling gembira adalah apabila saya mendapat bayaran daripada rakan-rakan. Bolehlah saya menambah wang saku saya.

Tapi lama kelamaan, saya rasa kesusahan dalam bisnes kecil saya tu.
Saya menghadapi beberapa masalah.

1. Saya meluangkan banyak masa di depan komputer kerana komputer saya sering tersekat.

2. Saya tiada mentor dan ilmu untuk buat penanda buku yang cantik. Ini bermakna saya main redah je ikut suka hati saya.

3. Lama-lama, saya kekurangan pembeli dan akhirnya tiada orang nak beli dengan saya. Maka, bisnes saya pun terhenti sekerat jalan.

Bisnes 2: Dropship

Semasa saya tingkatan 5, saya terlibat pula dengan bisnes dropship. Saya jual baju, skirt, handbag, dress dan maxi dress. Apa sahaja program drop ship yang tidak dikenakan bayaran, saya akan join.



Pada mulanya saya ingatkan yang bisnes ini senang kerana tidak perlu simpan stok. Saya hanya perlu promote di FB dan blog serta 'mark up' harga untuk keuntungan diri sendiri. Tetapi, saya sangat sukar untuk mendapatkan customer. Saya tidak mempunyai mentor. Saya tiada ilmu. Saya tiada sistem. Dan yang paling teruk sekali saya tiada hala tuju dalam bisnes ini.

Maka, bisnes saya yang kedua ini juga tidak berjaya.

Bisnes 3: Telekung lycra

Selepas peperiksaan SPM, saya mula bekerja di sebuah kilang berdekatan dengan sebuah rumah. Setiap bulan saya akan memperoleh gaji lebih kurang RM900.00 . Dengan gaji tersebut, saya mula menjual telekubg lycra.

Telekung lycra itu saya ambil dari sebuah kedai di Masjid Jamek. Kemudian, telekung lycra itu saya pasarkan di kilang tempat saya bekerja.



Alhamdulillah, jualan saya laku. Memandangkan pada ketika itu penggunaan telekung lycra sedang 'in trend', ramai yang membeli telekung tersebut. Jualan saya sangat menguntungkan. Saya berjaya menjual lebih kurang 20-30 helai telekung lycra.

Namun bisnes ini juga mempunyai beberapa masalah.

1. Saya perlu menggeluarkan modal terlebih dahulu untuk membeli telekung lycra. Saya menanggung risiko kerugian jika mempunyai stok telekung yang banyak, tetapi tiada pembeli.

2. Kebanyakan pembeli akan membayar harga telekung tersebut pada hujung bulan. Ini bermakna saya perlu menunggu lama sebelum menerima bayaran penuh daripada pembeli telekung lycra tersebut. Ini juga menyukarkan saya untuk 'pusing modal'

3. Saya perlu mengambil sendiri stok telekung dari kedai asalnya kerana tuannya tidak mempunyai penghantaran. Jika ada pun, bayaran yang sangat mahal dikenakan untuk kos penghantaran.

Akhirnya, bisnes ini terhenti dengan sendirinya.

Bisnes 4: Bisnes Prepaid

Pada masa yang sama saya menjalankan bisnes telekung, saya turut menjadi agen prepaid atau egen top up. Dalam banyak-banyak bisnes sebelum ini, bisnes top up lah satu-satunya bisnes di mana saya perlu membayar yuran keahlian.


Sejujurnya, bisnes top up mempunyai paling banyak permintaan. Ada yang ingin top up maxis, celcom, digi dan u-mobile. Walaupun untung kurang daripada 50 sen setiap kali ada orang top up, tetapi disebabkan permintaan yang banyak, saya masih cuba terus menjadi agen top up.

Lama-lama saya mula bosan menjalankan bisnes top up ini kerana saya perlu kerap pergi ke bank untuk mendahulukan duit sendiri segai modal dan saya rasa bahawa keuntungan yang diperoleh tidak setimpal dengan usaha saya.

Kelemahan Bisnes Sebelum Ini

Apabila saya fikir-fikir semula, minat untuk menjalankan bisnes memang sudah sebati dalam diri saya. Namun, walau apa pun bisnes yang saya lakukan, saya tiada ilmu yang betul, sistem yang betul, tindakan yang betul dan tidak menjamin masa hadapan.



Saya main redah sahaja ketika menjalankan bisnes. Oleh hal yang demikian, kesemua bisnes saya terhenti sekerat jalan. Kebanyakan bisnes yang saya lakukan tidak dapat menguntungkan diri saya sendiri apalagi membantu menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Sebenarnya, kalau anda nak tahu, semasa saya menjalankan bisnes top up lagi, saya sudah menggunakan produk Shaklee. Ada peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga membuatkan saya menjadi ahli Shaklee tanpa saya menyedari bahawa sekali lagi saya membuat keputusan yang salah ketika itu.

Anda nak tahu apa yang saya maksudkan?

Tunggu sambungannya dalam entri saya seterusnya:

Saya Buat Keputusan Yang Salah Ketika Menyertai Shaklee. -Part 2-


Salam sayang,

Noor Aziemah
Yougest Master2b

2 comments:

  1. X sabar nk tunggu next episode.

    ReplyDelete
  2. Memang saya perhatikan mereka yang berjaya, mereka ada ilmu dan mentor, istiqamah dan ada hubungan dengan Allah saw

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI