7 October 2014

Saya Buat Keputusan Yang Salah Ketika Menyertai Shaklee - Part 2 -

Assalamualakum

Apa khabar pembaca setia dan pembaca baru di blog nooraziemah.blogspot.com? 

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan anda di dunia dan urusan di akhirat. InsyaAllah.

Hari ini saya mahu menyambung semula kisah bagaimana saya mula-mula terjebak dengan bisnes Shaklee. Untuk pembaca yang belum membaca kisah saya sebelum memulakan bisnes Shaklee, jemput baca entri saya di sini:


Saya mula mendaftar Shaklee pada bulan Mac 2014. Niat saya ketika itu adalah untuk memulakan bisnes yang baru dengan bersungguh-sungguh. Saya mahu berjaya dalam bisnes ini.




Saya serius mahu memulakan satu perniagaan yang memerlukan modal yang rendah sahaja kerana ketika itu saya tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk digunakan sebagai modal.

Tambahan pula, saya takut akan risiko kerugian yang bakal saya tanggung sekiranya bisnes saya gagal sekali lagi sepertimana bisnes kecil saya sebelum ini.

Tanpa saya sedari, saya membuat keputrusan yang salah ketika itu.

Ya. Keputusan yang salah. Mengapa saya tidak berfikir panjang sebelum menyertai Shaklee?

Tidak, sebenarnya bukan salah bisnes ini. Bisnes ini tidak salah sebenarnya. Yang salah adalah diri saya sendiri. Ya saya akui kesalahan saya ini.

Kesalahanku

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, ketika pertama kali menjadi ahli Shaklee, saya tidak mendaftar di bawah Empayar MariaFirdaus. Ketika itu, saya mendaftar di bawah rakan saya yang merupakan jiran saya. 

Saya membuat keputusan yang salah kerana tidak memilih untuk berada di bawah kumpulan yang betul-betul boleh membimbing saya untuk berjaya. 

Pada mulanya, saya ingatkan semua kumpulan Shaklee adalah kumpulan yang sama. Saya ingatkan yang semua Distributor Shaklee akan mendapat guru yang sama, mentor yang sama, teknik marketing yang sama dan cara perjalanan group yang sama.

Selepas mendaftar Shaklee, saya seperti Distributor lain, sangat mengharapkan leader saya untuk membimbing saya betul-betul sampai saya boleh berjaya.

Tetapi harapan saya musnah.

Impian hanya tinggal impian.

Angan-angan terbang melayang dibawa pergi angin lalu.

Leader saya tidak seperti yang saya harapkan. Mereka hanya menunjukkan marketing plan asas Shaklee tetapi mereka tidak mengajar saya teknik-teknik sebenar bagaimana untuk menjadi usahawan yang kaya dan berjaya seperti yang saya impikan.




Sejujurnya, saya dibiarkan terkontang kanting sendirian. Saya perlu berdikari sendiri. Saya perlu menjalankan bisnes ini keseorangan. Saya tiada support group yang kuat dan kukuh.

Sejujurnya, apa yang saya perhatikan ketika itu, upline saya juga tidak menunjukkan cara-cara menjalankan bisnes yang betul kepada saya. Bagaimana untuk menarik customer. Apa marketing plan yang perlu saya lakukan. Bagaimana saya nak berjaya dalam bisnes ini. Saya tidak diajar semua itu.

Perkara ini membuat saya terfikir, 

Kenapa orang lain buat dengan senang tetapi aku susah sangat nak tarik customer?

Kenapa orang lain diajar teknik-teknik marketing tapi aku tidak diajar semua ini?

Kenapa orang lain selalu ada couching dengan mentor tetapi aku langsung tiada couching dengan leader ku?

Kenapa? kenapa? kenapa?

Berapa banyak persoalan yang berada diminda saya ketika itu......


Allah Tunjukkan Jalan

Satu hari yang hening, ketika saya sedang melayari internet, saya terjumpa satu group Shaklee yang paling happening di Malaysia. Saya baca blog yang menulis tetang mereka. Rupa-rupanya mereka adalah ahli Shaklee di bawah empayar MariaFirdaus.

Saya baca blog mereka satu persatu. Ada sesuatu yang menarik disitu.

Blog itu menceritakan bagaimana ahli kumpulan mereka menjalankan bisnes Shaklee. Mereka ada marketing plan yang dipanggil "Online dan Offline Marketing", couching tanpa batas di internet dan telefon, teknik Jemput-jemput, Master Checklist dan macam-macam lagi.

Blog itu juga menceritakan bagaimana mereka ada M.E.S.T.I iaitu mereka berbisnes dengan tunjur ajar daripada mentor-mentor yang sudah terbukti berjaya, mereka ada lautan ilmu yang sangat luas tersedia dalam kumpulan mereka. 

Mereka ada sistem yang mentor mereka belajar daripada Dr. Azizan Osman dan ajarkan kembali kepada ahli kumpulan mereka secara percuma, mereka ada tindakan yang selari dengan impian dan macam-macam lagi yang tidak saya peroleh.


Sesungguhnya, pada ketika itu, saya amat-amat cemburu dengan mereka yang berada di bawah Empayar MariaFirdaus. Mereka amat beruntung kerana bertemu dengan Empayar itu terlebih dahulu sebelum bertemu dengan kumpulan Shaklee lain.

Tiba-tiba saya terfikir, jika mereka boleh, maka saya pun boleh. Ya. Saya perlu membuat keputusan yang betul untuk berjaya dalam bisnes ini seperti yang saya impikan. 

Saya mahu sertai Empayar MariaFirdaus!

Saya tekad!

Saya berbincang dengan emak saya. Saya minta izin dan restu emak untuk menggunakan namanya sebagai penama untuk keahlian saya di bawah group baru ini. 

Saya juga berbincang dengan upline saya sebelum ini yang merupakan jiran saya itu. saya beritahu sebab- sebab saya mahu keluar dari kumpulannya. Saya beritahu dia baik-baik yang saya mahu memasuki Empayar Maria Firdaus. Saya beritahu sebab kenapa saya mahu membuat keputusan sedemikian.

Alhamdulillah, upline saya boleh menerima keputusan saya dengan hati yang terbuka. Malah, dia turut mendoakan agar saya berjaya dibawah kumpulan baru saya nanti.

Kemudian, saya contact pengasas Empayar MariaFirdaus, Master Maria. Saya beritahu bahawa saya mahu sertai kumpulannya.  Saya beritahu beliau tentang diri saya yang pernah menjadi ahli group lain sebelum ini. Saya berazam untuk pegang amanah kumpulan ini dan berusaha bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah, beliau sudi menerima saya menjadi ahli beliau. Beliau sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana ingin berbisnes dengan betul dan berjaya.




Peluang Kedua

Alhamdulillah, kini saya diajar bagaimana untuk berbisnes dengan tepat hingga berjaya. Di bawah Empayar MariaFirdaus, saya didedahkan dengan teknik jemput-jemput di mana saya tidak perlu mencari customer, tetapi customer yang mencari saya. Saya belajar tentang online dan offline marketing yang genius.

Saya dididik dan diajar satu persatu cara-cara untuk berjaya dan bisnes. Saya dapat belajar secara personal dan berkumpulan melalui mentor-mentor saya yang sudah berjaya seperti upline saya, kak Adni Harlina, Master Maria dan Master Firdaus. Saya diberikan Master Checklist yang perlu saya amalkan untuk berjaya seperti mereka.


Master Firdaus sedang memberi tunjuk ajar kepada kami semua.
Alhamdulillah, kini saya ada mentor yang boleh memberi tunjuk ajar yang betul. Saya didedahkan dengan lautan ilmu yang sangat luas merangkumi ilmu bisnes, ilmu produk, ilmu marketing dan macam-macam lagi.

Saya juga mempunyai sistem bisnes yang lebih teratur seperti mana yang dipelajari oleh mentor saya daripada Dr Azizan osman. Kini tindakan saya lebih selari dengan impian.

Alhamdulillah, saya juga lebih dekat dengan Allah. Dulu saya tidak pernah mengamalkan solat sunat dan jarang sekali membaca al-Quran. Memderma dan memberi apatah lagi. Kini saya lebih dekat dengan Dia. Kehidupan saya juga lebih ke arah perkara-perkara yang postif.

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan peluang kedua yang Allah lorongkan kepada saya.


Kisah Hati.

Ini kisah saya. Kisah daripada hati kecil saya dan pengalaman saya sendiri. Anda mungkin mempunyai pengalaman anda sendiri yang sama atau tidak sama seperti saya. Setiap orang diberi peluang, hanya kita saja yang boleh memilih sama ada untuk melihat sesuatu cabaran itu sebagai masalah atau sebagai peluang.

Nasihat saya, jika anda mahu memulakan bisnes Shaklee, pilih kumpulan yang betul-betul akan membimbing anda sehingga perniagaan anda berjaya. Pilih mentor yang sudah berjaya, kerana kegagalan mereka sebelum ini dapat dijadikan pedoman dan 'shortcut' untuk anda mencapai kejayaan.

Tambahan pula, pilihlah kumpulan yang boleh mengajar anda cara-cara marketing yang betul dan bukan hanya mendesak anda semata-mata tanpa menunjukkan jalan yang betul. Pilihlah kumpulan yang mampu mendekatkan anda dengan Yang Maha Pencipta.

Mentor saya pernah berkata, rakan anda mencerminkan siapa diri anda.

Maka, pilihlah untuk berada bersama mereka yang positif dan telah berjaya. InsyaAllah anda akan berjaya. Pilihan ditangan kita sendiri sebenarnya. 

"We choose our way of life"

Saya dan keluarga Shaklee saya bergambar dengan Master Maria dan Master Firdaus

Ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri.

Sekian.


Salam sayang,
~Noor Aziemah~
Youngest Master2Be in Shaklee.


Pembaca yang belum lagi menjadi rakan saya di Facebook boleh mencari saya di FB dengan nama Noor Aziemah Noor Azman. I'm more than happy to be your friend :D

Sila tekan butang like dan share sekiranya anda rasa kisah ini mampu memberi manfaat kepada rakan-rakan anda. Terima kasih daun keladi.

5 comments:

  1. good girl... and good luck my dear...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian ikhlas Aziemah...

    Semoga dapat bantu ramai lagi insan di luar sana daripada buat kesilapan yang sama.

    Saya doakan yang terbaik untuk Aziemah dan kita semua!!!

    ReplyDelete
  3. Nasib kita sama..join group lain..not moving..join group baru ni, insyallah kita akan success.

    ReplyDelete
  4. saya suka baca catatan Aziemah ni... saya pun ada pengalaman sendiri walaupun berbeza tapi ada sedikit persamaan di sana sini.. tahniah!!! berada dlm group yg betul :D

    ReplyDelete
  5. Good sharing azie,moga dpt menolong insan lain buat pilihan yg betul dgn perkongsian ini:-)

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI