22 February 2015

Jom Kurus Dengan Mudah Dari Rumah!

Assalamualaikum.


Apa khabar pembaca blog saya sekalian? Saya doakan agar anda semua sihat sejahtera, Allah permudahkan urusan anda di dunia dan di akhirat dan memperoleh kejayaan di dunia dan di ahirat. In shaa Allah.

Ramai yang tak tahu, Malaysia berada di kedudukan pertama antara negara-negara ASEAN yang mempunyai masalah obesiti atau kegemukan, dan berada di kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik. Sungguh hebat rekod yang dicipta oleh rakyat Malaysia kan?



Hmmm.... hebatlah sangat!




Untuk pengetahuan anda semua, bermula 1 February 2015 hari itu, telah bermulanya program Now Everyone Can Kurus anjuran Master Maria Firdaus. Matlamat utama program ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan berat badan yang ideal bagi menjalani kehidupan yang lebih sihat.




Kami faham ramai rakyat Malaysia yang ada masalah kegemukan. Kami tahu ramai yang mahu menurunkan berat badan. Dan, kami juga sedar yang 90% daripada mereka yang mahu menurunkan berat badan, gagal mendapatkan berat badan ideal seperti yang mereka idamkan.

Ada yang berjaya turunkan hanya 1-2 kg dalam masa berbulan-bulan. Ada yang nak turunkan berat dengan cara yang salah dan menyusahkan diri sendiri, contohnya tak makan nasi langsung selama beberapa hari. Ada yang mengambil langkah menurunkan berat badan dengan cara singkat iaitu ambil ubat kurus. 

Kononnya boleh kurus tanpa perlu sekat makanan. terbukti dalam masa 2 minggu. cewahhhh. Dan yang paling kesian sekali, ada jugak yang berdiet sampai berat badan dia turun. lepas tu berat badan dah okay, dah cantik, dah cun. Dia pun stop diet. Baru makan nasi sikit-sikit, berat badan tu naik balik, berkali ganda daripada berat asal sebelum dia diet tadi. Lepas tu mulalah frust menonggeng dan menyalahkan nasi. Huhuhu......





Program Now Everyone can Kurus.
Dalam program Now Everyone Can Kurus ini para peserta akan dibimbing oleh seorang Personal Trainer yang memang berpengalaman dalam membantu mereka yang nak kurus. Nama dia abang Ketaq. Salah seorang anak murid yang dia berjaya train untk kurus ialah Master Firdaus.

Dulu Master Firdaus pun seorang yang bam-bam tapi selepas abang Ketaq train dia, beliau berjaya turunkan 11.5kg dalam masa 100 hari. Kalau ikutkan sebelum tu pernah juga Master cuba-cuba untuk turunkan berat badan tapi tak berjaya sebab tak ada mentor. Tak ada ilmu. Tak ada emosi yang betul untuk kurus. Maka beliau gagal untuk kurus seperti kebanyakan rakyat Malaysia.

Amazingly, selepas beliau ada mentor iaitu Abang Ketaq, ada ilmu seperti yang di ajar oleh Abang Ketaq, ada emosi yang betul, kuasa impian dan tindakan yang betul, akhirnya beliau berjaya menurunkan berat badan seperti yang diinginkan.




Turun 11.5kg. Best ke best?


Selepas dah berjaya turunkan berat badan, Master Firdaus pun lancarkan satu program yang dinamakan Now Everyone Can Kurus. Objektifnya adalah untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia kurus dengan betul dan dapatkan tubuh badan yan sihat.

Now Everyone Can Kurus ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang nak kurus. Peserta-peserta yang join program ni datang dari pelbagai latar belakang, ada yang bekerja sebagai askar, ada yang bekerja office, ada yang bekerja sebagai engineer, jejaka yang memang work-at home, surirumah, ada yang masih lagi students dan macam-macam lagi.

Yang bestnya, abang Ketaq akan train mereka semua so that mereka dapat kurus.



Abang Ketaq yang jadi trainer untuk semua peserta Program Now Everyone Can Kurus

Mereka semua ini dimasukkan ke dalam satu telegram khas untuk Program Now Everyone Can Kurus ni. 

Kemudian mereka diajar bagaimana cara diet yang betul, bagaimana untuk mengira jumlah kalori yang diperlukan, mereka diajar tentang BMI, BMR, DCR, pengambilan makanan yang betul, jenis senaman yang mudah tapi boleh bakar kalori dengan banyak gila. Kan dah jimat masa kat situ. Tak perlu pergi gym.





Mereka perlu menghantar gambar makanan yang mereka ambil dan hantar dalam telegram tersebut, so that Abang Ketaq boleh check berapa nilai kalori makanan tersebut, betul ke tak betul makanan tu. 

And then, sorang-sorang kena update berapa kilogram dia orang turun setiap dua minggu. Kalau tak ikut nasihat dan ilmu-ilmu untuk kurus yang ada dalam tu, memang susahlah nak turunkan berat badan, kan?

So bila orang lain update turun 1 kg, turun 2 kg, turun 4 kg dalam masa 2 minggu, mesti kita rasa tercabar kalau kita tak turun walau sikit pun, kan? So kita pun pergilah bersenam, jaga makan seharian sebab rasa tercabar dengan result orang lain yang ada dalam telegram tu. Nak tak nak terpaksa juga kurus. 

Best kan kurus secara berjemaah?

Result Selepas 2 Minggu.
14 February lepas genap 2 minggu sejak Program Now Everyone Can (NECK) kurus ni start. So, setiap peserta perlu tulis result masing-masing di telegram tersebut. Alhamdulillah, result yang peserta program NECK peroleh sangat menakjubkan dan rata-rata mendapat keputusan yang memuaskan.



Ini testimoni salah seorang peserta namanya Cikgu Sue. Dia berjaya turunkan 6kg selepas 14 hari.


Peserta lain yang berjaya turunkan 4kg.


Peserta NECK yang lain.


Berjaya turunkan 3kg dan 8kg selepas join NECK dan di train oleh Abang Ketaq dan Master Firdaus.


Program ini dijalankan selama 100 hari dan ini baru hari ke 14. Tetapi, kebanyakan peserta menunjukkan feedback yang positif. \

Pengambilan Peserta Now Everyone Can Kurus March 2015 Bermula.

Sekarang ini, penyertaan untuk Program Now Everyone Can Kurus Batch March 2015 dah bermula. Jika anda nak tahu lebih detail pasal program ini, anda boleh hubungi saya. InsyaAllah saya akan terangkan kepada anda tentang program ini lebih mendalam dan saya akan tunjukkan cara-caranya.

Jom kurus dari rumah :D


~Noor Aziemah~
Jom Dapatkan Badan Yang Sihat Dengan Cara Yang Mudah!


No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI