12 April 2015

Cabaran Now Everyone Can Kurus Batch 3 Telah Bermula

Assalamualaikum...

Pada 1 April 2015 yang lalu telah bermula cabaran Now Everyone Can Kurus (NECK) untuk batch yang ketiga. Alhamdulillah, semakin ramai yang sedar akan kepentingan untuk hidup dengan lebih sihat lalu mereka membuat keputusan untuk join NECK.





Bagi anda yang belum lagi tahu pasal apa itu NECK, masih lagi tertanya-tanya pasal NECK, meh sini Azie kongsi sikit....

Apa Benda Now Everyone Can Kurus ni?






Now Everyone Can Kurus (NECK) adalah sebuah tanggungjawab sosial yang mengajak rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan sejahtera. Konsep yang kami selalu tekankan adalah, bila anda mempunyai tubuh badan yang sihat, anda terpaksa kurus.

Dalam program NECK kami membantu rakyat Malaysia untuk menurunkan berat badan dengan cara yang mudah dan sihat. Program ini berlangsung selama 100 hari.

Selama 100 hari itu, para peserta yang menyertai NECK akan diberikan ilmu-ilmu tentang cara untuk kurus dengan betul dan mudah setiap hari. Ilmu-ilmu ini diberikan oleh trainer atau coach kami yang telah membantu ramai orang untuk kurus dengan mudah.




Inilah couch peserta NECK yang kami gelar sebagai abang Ketak. Sebab... tengoklah badan dia yang berketak-ketak tu... 

Sebelum ini, abang ketak akan charge bayaran RM600 untuk mereka yang nak berguru dengannya. Mahal... tapi still ramai yang sanggup bayar sebab dah terbukti ilmu-ilmu yang abang ketak ni ajar membantu mereka untuk kurus dan sado dengan mudah. Tapi, khas untuk para peserta NECK, bayaran yang abang Ketak charge tidak sampai 10% pun daripada bayaran asal.

Ha.... Best ke best?

Kebanyakan para peserta program NECK adalah mereka yang nak turunkan 5kg-10kg secara puratanya. Namun ada jugak peserta yang target untuk turun 15kg hingga 20kg terus. 

Sebenarnya tidak ada limit berapa kilogram berat badan yang mereka mahu turunkan pun, kerana jika mereka mengamalkan cara hidup yang sihat dan tips-tips yang diberikan dalam NECK, InsyaAllah impian mereka untuk sihat dan slim akan tercapai dengan mudah.

Tips-Tips Untuk Kurus Dengan Mudah

Antara tips dan teknik yang diamalkan oleh para peserta program NECK ialah kita perlu diet dengan berilmu. Selain itu, para peserta perlu mengambil makanan yang mempunyai jumlah kalori yang bertepatan dengan keperluan badan mereka.

Para peserta juga diwajibkan untuk mengambil nasi setiap hari. Haa.. mesti anda terkejut, macam mana nak turun 10kg tapi boleh makan nasi hari-hari? 

Sebenarnya dah terbukti dah yang even kita makan nasi setiap hari pun boleh turun berat badan dengan banyak. Buktinya, ramai peserta NECK batch 1 dan batch 2 yang berjaya turunkan berta badan walaupun makan nasi hari-hari...


Nak kurus pun boleh makan nasi hari-hari tau.... Anda yang diet dan tak makan nasi tu, tak rindu ke dengan nasi??? Hehehe.....

Best kan?

Tips Senaman Yang Mampu Membakar Kalori Dengan Banyak

Senaman sangat-sangat memainkan peranan untuk kurus. Kami faham yang para peserta ini bukannya free 24 jam, malahan majoritinya adalah mereka yang terikat dengan waktu bekerja. Bila masa nak bersenam?

Jadi, coach a.k.a abang ketak akan ajar mereka teknik-teknik senaman yang simple, yang tidak perlu dibuat hari-hari tapi dapat membakar kalori dalam badan dalam jumlah yang banyak. Daripada senaman yang buat hari-hari tapi bakar kalori sikit, kan teknik ini lebih menjimatkan masa?

Dan..... part yang paling best sekali adalah.....

Semua peserta hanya akan menurunkan berat badan daripada rumah!

Tak perlu berjumpa abang ketak.

Tak perlu pergi gim. Dahlah jauh, mahal pulak tu.

Boleh buat di rumah sambl jaga anak-anak (tak perlu nak hantar anak pada sesiapa...)

Habis tu, kalau tak jumpa sesiapa macam mana nak berguru dengan coach/abang ketak???

Haaa.. mesti ada yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan pembaca semua, para peserta dan abang ketak hanya perlu berhubung melalui smartphone!

Semua peserta akan di add ke dalam group telegram Now Everyone Can Kurus dan di dalam itu couch/mentor akan bagi tips setiap hari. Bukan itu sahaja, couch akan pantau setiap peserta, dari hari pertama sampailah hari ke 100. Dan setiap 2 minggu para peserta perlu update berat terkini masing-masing. 

Jika peserta menghadapi masalah contohnya berat tak turun-turun, couch akan cuba selesaikan masalah peserta. Kan best bila kita ada mentor untuk kurus. Diet pun jadi lebih senang.










Now Everyone Can Kurus Batch 3
Para peserta dalam NECK batch 3 adalah antara rakyat Malaysia yang bertuah sebab mereka sedar akan kepentingan kesihatan dalam kehidupan. Iya lah, bila kita gemuk, nak buat kerja pun susah, lepas itu macam-macam penyakit pulak datang.

Sakit Jantung lah...

Kencing manis lah...

Darah tinggi lah....

Tahniah Azie ucapkan kepada para peserta kerana berani mengambil langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah mereka juga akan mencapai berat badan yang diinginkan selagi mereka mengamalkan apa yang diajar oleh couch untuk kurus.

Now Everyone Can Kurus Batch 4

Untuk anda di luar sana yang nak kurus dengan diet yang mudah dan hanya dari rumah, anda juga boleh sertai kami. Kini kami membuka penyertaan untuk program Now Everyone Can Kurus untuk batch yang keempat. Batch yang ini akan bermula pada 1 Mei 2015 dan berjalan selama 100 hari.

Selepas 100 hari program Now Everyone Can Kurus batch 4, kita sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, jika anda nak surprise kan keluarga anda dengan bentuk badan yang kurus, slim dan ramping, inilah masanya. Anda perlu bermula dari sekarang.

Mesti satu keluarga anda tertanya-tanya... Ehhh macam mana kau boleh kurus? Berapa lama dah kau tak makan nasi?

Padahal anda makan nasi hari-hari. Hahaha ini contoh feedback peserta NECK batch 1 dan 2 yang sudah mula dihujani soalan-soalan sebegini walaupun belum tamat 100 hari program mereka.

Mahu jadi salah seorang yang kurus dan slim melim di pagi raya nanti? Jom sertai kami. Anda boleh sms atau whatsapp Azie di nombor 012-6818763. InsyaAllah Azie akan bantu anda lebih kurus dan sihat melalui Now Everyone Can Kurus.






Salam sayang,

Noor Aziemah
0126818763
~Jom Kurus Dari Rumah!~


Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI