10 April 2015

Orang Yang Dimurkai & Orang Yang Sesat Dalam Surah AL-Fatihah

Assalamualaikum...

Setiap hari khamis, Azie akan mengikuti kelas usrah yang diadakan oleh sebuah persatuan di tampat Azie belajar ini, Centre For Foundation Studies, International Islamic University Malaysia (CFS, IIUM) atau UIA.

Dalam kelas usrah ini, kami saling berkongsi-kongsi ilmu apa yang kami ada. So, semalam Azie dapat beberapa ilmu baru yang Azie tak tahu sebelum ini.

Di sini Azie nak kongsi satu ilmu yang rasanya ramai orang tak tahu.

Ada seorang sister ni, dia share dengan kami semua pasal surah Al-Fatihah.






Dia share dengan kami pasal ayat nombor 7 yang bermaksud:


"Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"


Dalam ayat ini ada 3 jenis orang:

1- Orang yang diberi nikmat
2. Orang yang dimurkai
3. Orang yang sesat

Azie nak share pasal nombor 2 dan nombor 3 itu.

Siapa tahu apa perbezaan antara orang yang dimurkai dan orang yang sesat?


Orang Yang Dimurkai
Orang yang dimurkai ini ialah golongan mereka yang berilmu tapi tidak beramal. Dia ada ilmu, tapi dia tak buat pun apa yang dia tahu tu.

Contoh yang paling mudah Azie boleh bagi ialah mereka yang tahu pasal solat, mereka yang tahu akan kewjipan solat, cara melaksanakan solat, hukum meninggalkan solat, cukup segala syarat wajib solat tapi.... tak solat.

Allah sangat murka akan orang yang ada ilmu, tapi tidak beramal dengan ilmu yang dia ada tu. Sebab itu terdapat sesetengah orang yang sangat takut kalau dia ada ilmu tapi dia tidak beramal dengan ilmu itu. Dia akan pastikan semua ilmu yang dia ada, dia sudah beramal dengannya.





Orang Yang Sesat.
Kalau orang yang berilmu tapi tidak beramal Allah gelar sebagai mereka yang dimurkai, mereka yang sesat pula ialah mereka yang beramal tanpa ilmu. Golongan ini mereka tidak ada ilmu tapi beramal.

Contohnya seseorang yang memandu kereta tanpa ilmu yang betul. Mestilah membahayakan diri dia dan juga pengguna jalan raya yang lain, betul tak?

Malahan ada sebuah hadis yang mengatakan mencari ilmu adalah tuntutan bagi setiap Muslim.

Sebab dengan ilmu, manusia boleh tahu, yang wajib adalah wajib, yang sunat adalah sunat dan yang haram adalah haram. Selain tahu pasal hukum, manusia jugak dapat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dengan lebih baik.

Sebaliknya, jika beramal tanpa ilmu, kita tak tahu sama ada apa yang kita buat itu, betul atau salah serta kesan dan akibat perbuatan kita itu.


Ilmu dan Amal Perlu Seiring.
Dalam salah satu bukunya, Imam al Ghazali pernah berkata,


"Ilmu tanpa amal itu gila dan amal tanpa ilmu sia-sia" 






Maka, dari sini kita boleh tahu yang ilmu dan amalan ini sama pentingnya. Sebab itulah Allah menyebut tentang orang yang dimurkai dan orang yang sesat dalam surah pertama dalam al Quran. 

Semoga kita semua tidak tergolong dalam salah satu golongan atau kedua-dua golongan ini. Semoga kita adalah orang yang berilmu dan beramal dengannya. Amiin.






Semoga entri ini bermanfaat. 


Salam sayang,

Noor Aziemah

Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI