11 January 2017

Subjects Semester 1 Year 1 Course Dietitics di UIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kali ni Azie nak update pasal course yang kalian akan belajar kalau ambil Bachelor of Dietitics dekat UIA ni ye. Azie tak sure sama ada course Diet kat UIA ni sama atau tidak dengan course Diet kat universiti lain, so Azie fokus yang kat UIA je la ye.

Sebelum itu, meh nak story mory sikit pasal Diet ni. So basically, kalau adik-adik ambil course dietitics, adik-adik akan deal dengan nutrition dan makanan je. Balik-balik pasal makanan. Macam mana makanan di proses dan di digest dalam badan kita, macam mana makanan di absorb atau assimilate into our body. Mekanisma setiap makanan iaitu karbohidrat, protein, asid lemak, vitamins dan minerals. Lepas tu, adik-adik belajar lagi pasal semua sistem dalam badan kita jugak so that kita lebih faham fungsi2 dalam badan kita kan. Benda-benda ni semua adalah untuk menyediakan adik-adik semua sebelum jadi seorang pakar pemakanan atau pakar dietetik lepas grad nanti. Okay?


Course Semester 1 Tahun 1

Untuk pengetahuan adik-adik, batch Azie iaitu batch 161, silibus dia ada perbezaan sedikit dengan silibus senior sebelum ini. Tak banyak, tapi in terms of code subject, lepas tu content pun ada beza sikit la. Ada yang dikeluarkan dari silibus, ada content yang ditambah. Hmm macam tu lah.

Okay, untuk semester 1 tahun 1 adik-adik ada 8 subjects dan 20 contact hour ye. Agak banyak tapi jangan risau you all boleh lakukannya. Ce wahhh. Subjects nya dipecahkan kepada tiga kategori iaitu

1. Department Core Course (maksudnya budak-budak diet je ambil)
2. Kuliyyah Required Course (maksudnya budak-budak kahs je kena ambil)
3. University Required Course (maksudnya semua budak UIA Kuantan & Gombak kena ambil)


Department Core Course

1. FOOD SCIENCE (2hrs)


Food Science kita belajar pasal makanan, food processing, food ingredient, food quality, food safety, food hygiene, food contamination, food and diseases, management of halal food, food additives, food labeling, food act and regulation dan macam-macam lagi berkaitan food. Hanya theory, no pracical at all.

Nama Lecturer: Dr Ibrahim bin Muhammmad.

Oh Dr Ibrahim ada kilang burger sayur dia sendiri tau. Kenapa burger sayur? sebab daging dia diperbuat daripada nangka. Tapiii dont judge a burger by its name. Sedap tau. tak rasa pelik langsung, rasa burger je. Sila lah beli di HEALS shop.


2. NUTRITION AND HEALTH (2hrs)

Actually ni subject paling favorite Azie. Satu sebab belajar pasal carbohidrates, proteins, lipids, minerals, vitamins dan depa punya strucure, digestions, absorption, kalau kurang (deficiency) apa jadi, kalau lebih (toxicity) apa jadi dan a little bit about diseases yang berkaitan dengan depa semua ni.

Dua sebab lecturer Nut & Health adalah lecturer paling sporting dan paling kelakar pada Azie iaitu Dr Hanapiii. Yeah, he is my most favorite lecturer. If you ever read my blog, Hi Dr! :D Hehehe....

Dr ni pernah cakap an apple a day keep the dr away. But do you have iphone? It keeps me closer. Hahahahaha. Iphone kan jenama Apple... malangnya ku tak punya iphone.

Btw, Dr Hanapi adalah Academic Advisor for students Dietitics so kalau kalian semua ada masalah apa-apa boleh la consult dengan Dr Hanapi. Most of the time dia nampak garang tapi dalam kelas dia sangat kelakar dan sangat suka pisang.

Berbalik kepada nut & health, selain yang Azie dah mention kat atas, subject ni pun anda akan belajar pasal body composition, bmi, bmr, water and electrolyte composition, food and diseases, food labeling and consumerism, dietary advice for adult, adolescents and children according to the malaysian dietary guideline dan nutrition for oral and dental health. Semua sekali ada 13 topics (masa zaman Azie ada 13, tak tau la zaman kalian nanti dia ubah ke apa kan?) Subject ni pun theory dan memerlukan kepakaran mengingat fakta.

Lecturers : Dr Hanapi Mat Jusoh & Dr Nik Mazlan Mamat


3. NUTRITIONAL BIOCHEMISTRY (3 hrs)

Subject ni dia ada kait rapat dengan subject nutrition and health. 50% dia sama dengan nut & health. Sebab apa Azie cakap macam tu, Nutritional Biochemistry ini kalian akan belajar pasal Metabolism of Carbohydrate, Protein, Lipids, Vitamins dan Minerals. Metabolism ni termasuklah how does our body synthesis them dan the process of breaking down these nutrients.

Biochem lagi berat la daripada nut & health sebab dia involve banyak gila pathway yang adik-adik pernah belajar masa CFS tu contohnya glycolysis, kreb cycle, oxidative phosphorylation dan transamination serta pathways baru contohnya lipid metabolism, glycogenolysis, glycogenesis, ketogenesis, gluconeogenesis etc.

Kemudian, kalian akan belajar semua penyakit berkaitan dengan nutrients ni, contohnya untuk carbohydate ada penyakit diabetes mellitus, cancer, obesity etc. Untuk protein, ada penyakit kwashiokor, marasmus, phenylketonurea, urea cycle disorder, maple syrup urine disease etc. Pastu untuk vitamin dan minerals, kalau badan kita kurang atau lebih setiap satu vitamin/minerals ada effect specific dia.

Haaa... dah tau kan? boleh la buat research sikit-sikit kat google pasal semua ni ye? hehehe

Lecturers: Ramai lecturer sebab setiap sorang ada specialities kat bahagian masing-masing.

Dr Hanapi Mat Jusoh
Dr Muhammad Ibrahim
Dr Radiah Abd Ghani
Dr Suhana
Dr Muzaffar


Kulliyyah Required Course

4. HUMAN STRUCTURE & FUNCTION 1 (3 hrs)

Atau dalam bahasa science nya: Anatomy (structure) & Physiology (function). Anat dan Physio ni semua budak kahs kena ambil. Macam time Azie, students Diet, Audio, Opto dan Radio combine class sebab silibus sama. So kami semua belajar kat dalam lecture hall beramai-ramai.

Untuk Anat & Physio, kalian akan belajar semua systems yang ada dalam badan manusia:

Skeletal system, muscular system, respiratory system, cardiovascular system, lymphatic system, nervous system, blood circulatory system dan general senses serta fluid balance (homeostasis). Setiap satu system terbahagi 2 class iaitu class untuk bahagian anat (structure) dan class untuk physiology nya (function dia).

Subject ni selain ada theory, ada lab session jugak, ada tutorials and lab reports. Tapi lab reports nya adalah jawab soalan sebab kita bukannya buat experiment pun masa lab session. Lab session kita tengok system yang kita belajar minggu tu dekat patung2 dalam lab. Pendek kata, subjek ni macam subjek biologi la masa SPM tapi lebih details ye anak-anak. Haha...

Lecturers:

Dr Munirah Shaaban
Dr Radiah Abd Ghani
Dr Zaitunnatakhin Zamli
Dr Rozlin Abd Rahman


5. DEVELOPMENTAL PSYCHOLOGY IN HEALH SCIENCE (3hrs)

Masa kelas psycho, kami budak diet akan combine class dengan budak opto dan budan audio. So belajar dekat lecture hall. Subjek ini best sebab kalian akan belajar psychology seseorang start drpd dia dalam kandungan, dari baby sampai lah dia dah tua. Kalian akan belajar theory of development from people contohnya Theory of Development according to Frued, Erik Erikson, Jean Piaget, Vygotsky, Albert Bandura etc.

Kemudian korang akan belajar development dari segi physical, socio-emotional dan cognitive during infancy, early middle and late childhood, adolescent dan early, middle and late adulthood. Subject ni best jugak sebab dia cakap pasal korang punya behavior yang korang sendiri experience during your children and adolescent years.

Lecturer: Dr Suriati Sidek


6. INTRODUCTION TO HEALTH COMMUNICATION (2hrs)

Subjek ni kalian akan belajar pasal communication, apa itu health comm, health promotion, health education, health behaviour, coping with illness, relationship between patient and healthcare provider, patients perspective, about death and dying, abnormal behaviour dan macam-macam lagi tentang bagaimana patients akan react bila dapat tahu mereka berpenyakit.

Lecturers:

Dr Azlina Abd Rahman
Dr Suriati Sidek
Dr Mardiah
Dr Niza


University Required Course

7. UNGS 2030K: ISLAMIC WORLDVIEW (3hrs)

Kalau sesiapa yang drpd cfs tu mesti dah pernah ambil RKA kan? Haa UNGS ni macam RKA laaa. Belajar pasal concept of Islamic Worldview, other worldview (scientific and philosophical worldview) ideologies yang diperkenalkan oleh western people contohnya naturalism, materialism, secularism, humanism dan postmodernism. Lepas tu belajar pasal concept of tauheed (tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma wal sifat)

Selain itu, belajar pasal rabbaniyah, insaniyah (humanism), wasatiyah, syumuliyah, waqiiyah, thabat wal murunah. Alhamdulillah, masa SPM Azie ada ambil sabjek tasawur Islam, so memang dah belajar sikir-sikit pasal rabbaniyah, insaniyah, wasatiyah ni semua masa tu. Masa CFS pun ada belajar cuma dia tak guna terms Arabic la, dia guna nama inggeris contohnya lordship, humanity, moderation, comprehensiveness dan lain-lain.

Jadinya buat yang dah pernah belajar tu, jangan lupa apa yang anda dah belajar tu ye sebab kalau anda still ingat, memang sangat-sangat membantu even anda study last2 minute. Bahagian ni just ulang balik benda yang sama cuma lebih detail la of course sebab degree kan. Tak ada lah beza sangat actually, just dalam kertas exam tu kena letak ayat al-Quran la baru dapat markah. hewhew.

Lecture: Dr Tijani Ahmad Ashimi

Btw, Azie dapat lecturer daripada Nigeria. Dr Tijani best sangat-sangat sebenarnya. Beliau sangat positif dan bersemangat. Azie suka especially kalau dia buat aksi-aksi kelakar tapi tu laa ramai yang mengantuk time kelas dia sebab kelas dia petang dalam pukul 5pm-6:30pm, semua orang dah exhausted sebab kelas daripada pagi kan... Mujurlah Azie memang pengguna tegar cinch energy tea mix shaklee. So far, Alhamdulillah still bertenaga even class sampai petang.


8. BAHASA MELAYU KERJAYA: SAINS & TEKNOLOGI (2hrs)

Lepas masuk degree kena belajar BM ye adik-adik. Tapi BM ni tak sama dengan BM SPM sebab dia sangat berkaitan dengan sains dan teknologi. Kalau dia mintak bina ayat pun dah tak boleh dah ayat biasa-biasa, dia nak ayat yang ada kaitan dengan sains.

Dalam BM Kerjaya ni, kalian akan belajar macam mana nak buat teks ucapan, minit mensyuarat, dialog temuduga, tulis laporan teknikal dan tulis kertas kerja. Kalau fikir secara logiknya, semua yang kalian akan belajar masa BM ni lah yang akan guna dalam real life, contohnya buat kertas kerja tu, buat minit mesyuarat.

Lecturer: Cikgu Shafik Abd Rahman.



Cukuplah 8 subjects dan 20 contact hours untuk semester 1 tahun 1. Kalau kalian ambil tilawah sahaja masa cfs, so masa degree kena ambil fardhu ain. jadi lah 9 subjects macam Azie. Tapi Alhamdulillah, boleh je survive semester 1 ni dengan 20 contact hour. Nak cakap pasal result exam, result tak keluar lagi so yeahhh.

Cukuplah Azie katakan yang Semester 1 Azie still boleh survive dengan class, assignment, presentation, quiz dan still boleh jawab exam (dean list ke tak dean list itu lain cerita la sebab result pun belum keluar kan. Juga aktif berpesatuan iaitu faci team. Faci team ni Azie cerita dalam entry lain ye. Azie nak share tips yang Azie ada buat sikit dan tips yang Azie nak remind diri sendiri supaya buat untuk semesters akan datang, tapi sebab entry ni dah sangat panjang maka kita jumpa kat next entry la ye. InsyaAllah Azie akan share sikit tips macam mana Azie boleh survive sem 1 ni.

Assalamualaikum :)

Salam sayang,
Noor Aziemah

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI