18 March 2017

Cara Masak Sardine Lebih Sedap Daripada Biasa

Wahhh tajuk.. Kerlas kau!


Tadi try masak sardine cara lain sikit daripada yang biasa sebab tertengok cara Hanis Zalikha masak sardine kat instagram dia. Lepas tu nampak macam lebih sedap je warna dia kan... So Azie pun try la


Bahan-Bahan:

Ikan sardine
Bawang Holland
Bawang merah
Serbuk Cili
Sos Cili
Air Asam Jawa
Garam



Cara-Cara Masak Sardine

1. Goreng ikan sardine terlebih dahulu. Step ni la yang membuatkan sardine Keknis lain daripada sardine yang aku selalu makan tu. Dia goreng dulu. Lepas tu bila aku google, memang dah ramai rupanya yang stail masak sardine dia goreng/grill terlebih dulu tanpa minyak.

2. Tumis bawang holland bersama bawang merah sikit.

3. Masukkan sos cili dua tiga sudu. Masukkan air asam jawa dan kacau-kacau. Tapi sebab kat rumah Azie tengah tak ada air asam jawa so guna je la air biasa.

4. Masukkan serbuk cili. Masukkan ikan sardine yang dah digoreng tadi.

5. Lastly masukkan kuah sardine yang dalam tine tu. Kacau-kacau bagi semua sebati. Pastu perasakan dengan garam/gula.

Hasilnya.... kuah dia jadi lebih viscous dan tak cair. Warna kuah pun lebih terang benderang. Ye lah dah guna serbuk cili kan. Gambar tak ada sebab sardine nya dah habis di makan time tu juga bersama nasi. Hahahaha


Okay bye :)

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI