Assalamualaikum.
Apa khabar pembaca blog saya semua? Saya doakan anda yang mengunjungi blog nooraziemah.blogspot.com ini diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dimasukkan ke dalam Jannah Nya tanpa dihisab.
Hari ini saya nak cerita santai-santai sahaja. Kisah saya sebagai pelajar Allied Health Science atau Sains Kesihatan bersekutu dalam bahasa Melayu.
Kisah Saya Sebagai Student Bio
Untuk semester kali ini, saya perlu mengambil subjek Fizik, Matematik, Biologi Praktikal dan Fizik Praktikal. So, dalam Biologi Praktikal ini, kami perlu menjalankan beberapa eksperimen yang dah ditetapkan oleh Department Biologi.
Antara eksperimen yang kami dah jalankan ialah menganalisis mikroskop, analisis sel-sel tumbuhan dan analisis sel-sel haiwan. Eksperimen-eksperimen yang ini bagi saya okaylah, senanglah juga.
Tapi, untuk eksperimen yang keempat ini, kami perlu.....
BEDAH TIKUS!!!
Hahahahahaha... Memang normal lah kan bedah-bedah ni untuk seorang pelajar Sains lebih-lebih lagi Biologi.
Normal tak normal, ini first time saya nak bedah-bedah haiwan ni. Kalau setakat bedah ikan {bedah = siang}, okay itu saya pernahlah buat. Tapi nak bedah tikus, memang daku tak pernah.....
Kelas Pun Bermula
Start-start sahaja kelas Biologi Praktikal, lecturer kami terus arahkan ambil "bahan-bahan" untuk membedah. "Bahan-bahan" pulak macam alat-alat kat hospital. Gunting. Pisau Pemotong. Pemegang. Sarung tangan.
Dan yang paling penting sekali.... tentulah tikus!
Dan yang paling penting sekali.... tentulah tikus!
Tikus-tikus memang dah disediakan so kami tak perlulah nak cari tikus dekat pasar ke apa ke. Nasib baiklah saya seorang yang tak geli dengan tikus. So nak pegang tikus tu kira okay lagi lah. Asalkan dia dah tidak bernyawa tapi kalau masih hidup, saya yang lari dulu! Kah.. kah... kah...
Tibalah masa membedah tikus. Dimulakan dengan bismillah, lecturer pun tunjuk kat depan macam mana nak bedah tikut tu, so kami students followed her steps one by one.
Mula-mula sekali ialah langkah untuk potong kulit dia dan pisahkan dari badan. Rupa-rupanya senang jugak nak potong dan pisahkan kulis dia. Rasa macam potong kain nak buat baju. Maybe sebab saya anak seorang tukang jahit so kadang-kadang guna lebihan-lebihan kain tu untuk buat beg atau kraf. Kitar semula lah katakan...
Pembedahan sedang dijalankan. Saya yang tudung warna merah jambu tu. Nampak tak tisu kat tangan saya ada warna merah-merah tu. Time ni internal bleeding sedang berlaku....
Dah lepas pisahkan kulit dari badan, kita bedah lagi mendalam untuk observe dia punya sistem penghadaman, sistem peranakan, sistem pembuangan, sistem pernafasan dan sistem saliran darah.
Hargai Nikmat Yang Allah Beri
Eksperimen ni buat saya sedar yang ciptaan Allah tu sangat-sangat bijaksana dan teratur. Memang Allah itu Maha Berkuasa. Tengok badan tikus tu buat saya teringat dekat tubuh badan saya sendiri yang sangat kompleks. Dalam satu badan je ada macam-macam sistem yang berjalan. Sistem Pernafasan. Sistem Penghadaman. Sistem Peranakan. Sistem saliran Darah dan macam-macam sistem lah dalam badan kita ni.
Antara sistem dalam badan.
Antara sistem dalam badan.
Setiap satu sistem tu berfungsi dengan sendiri tanpa perlu kita bagi arahan pada satu-satu sistem, satu-satu organ atau satu-satu sel. Semua berfungsi dengan baik dan teratur serta saling melengkapi antara satu sama lain.
Semua ini pastinya terjadi atas kekuasaan dan kebijaksanaa Allah swt. Kun Fayakun. Bila Dia kata "jadi!"maka jadilah.
Jadi, kita kena bersyukur akan nikmat Allah ini dengan menjaga tubuh badan kita dengan baik. Makan makanan yang baik, halalan toyyiban. Bersenam supaya lagi sihat. Ambil vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan secukupnya. Elakkan makanan yang tak elok, berlemak, tidak berkhasiat dan boleh memudaratkan.
Tunjukkan keyukuran atas nikmat ini dengan cara pastikan badan sentiasa fit dan sihat. Jika selama ini anda makan sahaja apa yang anda nak makan, sampai berat badan naik dan obese, maka masih belum terlambat untuk turunkan berta badan....
Berbalik Kepada Kisah Tikus
Dah bedah... Dah potong sana sini maka tikus tersebut menjadilah seperti gambar di bawah ini.....
AMARAN!!!! JANGAN SCROLL KE BAWAH JIKA ANDA....
SEDANG MAKAN....
SEDANG MINUM.....
SEDANG MASAK....
HAMIL.....
TIDAK TAHAN GELI.....
TIDAK TAHAN BENTUK...
BELUM MAKAN.....
BELUM SOLAT....... pi la solat dulu. Jangan tangguh-tangguh....
GAMBAR DI BAWAH MUNGKIN MENGGANGGU KETENTERAMAN ANDA!!!
Jika anda yakin dengan diri sendiri, boleh teruskan bacaan. Jika tidak, sendiri mau ingatlah....
Maka jadilah seperti gambar di bawah ini....
...
...
...
...
....
...
...
...
Taaraaa!
Hahaha... Saja buat saspens...
Gambar real saya ada. Tapi macam tak appropriate je. Takut ada yang tak selera makan pulak nanti.
Saya sendiri pun selepas habis bedah tikus tu, saya terbayang-bayang lagi sampai tak ada selera makan pulak. Tengah makan tiba-tiba teringat, terus rasa tak sedap perut. Terus tak ada selera. Tapi perut lapar. So apa lagi, saya terus bancuh Energizing Soy Protein {ESP}. Nasib baik ada ESP yang boleh bantu saya kekal kenyang di samping kurus dan sihat.
Apa-apa pun, pengalaman membedah tikus ini memang satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Nanti bolehlah saya cerita dekat anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit saya. Hehe... Anda pula, apa pengalaman manis sewaktu belajar yang paling tak boleh dilupakan? Jom kongsi kat ruang komen di bawah ^_^
~Noor Aziemah~
p/s: Nak saya post ke gambar tikus selepas dibedah tu kat sini? Manalah tahu ada yang nak tengok hasil seni saya yang cantik tu.... Hehehe.... Apa kata anda klik share kat bawah. Cukup 31 klik shares, saya share dengan anda gambar tersebut :D
2 Comments
Waahh.. this is soo interesting. Sye pun buat juga 7 Sept yg lalu di mkml bio skolah. Cuma nk tanya, mcm mana akk bezakn tikus tu male atau female? Sye confuse antara tiub fallopio n seminal vesical.>~<
ReplyDeleteInterestiing thoughts
ReplyDelete