Apa Azie Nak Buat Kalau Dapat RM10,000

Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit. That is my life mantra haha. Memang dalam hidup ini duit takkan menjamin segala-galanya. Duit yang banyak takkan menjamin kebahagiaan, duit yang banyak tak dapat menjamin kesihatan tubuh badan, duit yang banyak tak dapat di bawa ke kubur dan seterusnya, ke akhirat nanti.

Tapi Azie percaya juga, dengan duitlah kita dapat memberi yang terbaik kepada kedua ibu-bapa kita, sediakan rumah untuk mereka berdua, beri duit belanja yang cukup, beri keselesaan yang cukup sebagai tanda kita membalas jasa mereka dan bukankah itu bermaksud kegembiraan? 

Dengan duit yang cukup, kita boleh memilih makanan yang lebih menyihatkan, kita boleh buat pilihan yang lebih bijak, kita boleh pilih makanan yang terbaik untuk tubuh badan kita, tubuh badan keluarga kita dan bukankah itu memberi kita kesihatan yang lebih baik?

Dan dengan duit jugak, kita boleh bersedekah kepada yang lebih memerlukan, kita boleh tolong orang-orang yang kurang bernasib baik dengan membelikan mereka makanan, minuman dan kelengkapan yang mereka perlukan. Kita juga boleh menginfakkan sebahagian harta kepada pusat pengajian agama Islam seperti pondok-pondok yang mengajar tentang ilmu Fardhu Ain dan bukankah ini juga ada ganjaran pahalanya yang akan membantu kita di akhirat nanti?


Aduh terpanjang pulak intro kali ni tetapi Azie just nak tekankan, kalau kita ada duit yang banyak dan kita gunakan dengan cara yang betul tanpa mengabaikan tanggunggjawab kita sebagai anak, ibu/bapa, ahli keluarga, masyarakat dan sebagai individu Muslim, InsyaAllah kita akan menjadi manusia yang kaya dan berjaya di dunia dan akhirat.


Jadi sekarang Azie nak share apa yang Azie nak buat kalau dapat wang RM10,000. Memang takde sesiapa pun yang akan bagi secara free2 tapi Azie percaya dengan kata-kata "The future belong to those who believe in the beauty of their dream". Dengan kuasa imaginasi, impian dan tindakan serta atas izin Allah, Azie boleh dapatkan RM10,000.




Credit: Google


Apa Azie Nak Buat Kalau Dapat RM10,000


1. Buat Simpanan Sebanyak 25%

25% daripada RM10,000 bersamaan dengan RM2500 sebulan. Wow banyak tuu. Simpanan ni penting untuk masa depan. Bayangkan kalau takde simpanan langsung lepastu jadi terjadi hal-hal emergency macam covid-19 ni haaa, semua orang tak boleh keluar bekerja so bolehlah support mana yang patut. Azie percaya simpanan memang nombor 1 lah bagi semua orang especially yang dah bekerja.


2. Bagi Mak dan Abah Duit Belanja RM2500 Sebulan.

Bestnya boleh bagi mak dan abah belanja sampai 4 angka sebulan. Dia orang boleh buat simpanan atau boleh beli apa-apa yang mereka perlukan. Lepastu boleh support sikit-sikit belanja adik-adik yang masih bersekolah. Dalam masa 2 tahun ni Aziera maybe baru habis belajar degree, Hafiz tengah dalam tempoh matriks atau asasi atau diploma, Azizi pula dah form 4. So boleh tolong ringan-ringankan sikit beban mak dan abah. InsyaAllah.

Lepastu kalau mak buat simpanan, bolehlah nak buat lesen kereta ke, nak beli kereta ke, nak kumpul sikit-sikit buat beli tanah ke, beli emas ke kan. Lepastu mak abah boleh beli pakaian baru, baju baru, seluar baru, tudung baru dan alatan rumah yang baru. Bayangkan je dah seronok haha.




3. Beli Rumah 

Rumah yang Azie nak beli ni adalah rumah untuk mak dan adik-adik duduk. Taknak rumah yang besar sangat dan taknak rumah yang kecil sangat, just nice untuk 4 orang duduk and maybe satu bilik tetamu? Haha I don't know. Tapi yang pasti, rumah ni akan jadi tempat berkumpul bila kami adik beradik nak balik daripada tempat belajar masing-masing. Bayaran rumah tu dalam range RM2000 - RM2500 sebulan. Lagi rendah lagi bagus.

Kalau boleh Azie nak rumah teres sebab dah bosan membesar dekat apartment, susah kalau nak angkut barang-barang daripada kereta nak bawak naik. Dan kalau boleh nak dekat dengan rumah Cikda jugak. Haha #clingynice. Yelah bila dekat dengan keluarga sendiri senanglah nak melawat bila-bila. Masak lebih boleh bagi sedikit. Hmm Kalau macam tu maybe area Bangi jelah kot? Haha tak tau la


4. Sedekah dekat Baitussaadah

Plan yang ni Azie dah lama fikir. Nanti bila dah ada income sendiri Azie nak sedekah dekat Baitussaadah 5% datipada hasil gaji Azie tu. Lagi besar gaji, lagi banyak boleh sedekah. So kalau income RM10,000 nak infak dalam RM500 sebulan. Lepastu Azie plan nak sponsor jugak sesiapa untuk belajar dekat pondok cuti universiti maybe dalam 10 orang sebulan. Yelah sebab Azie tahu betapa seronoknya belajar ilmu fardhu Ain kat sini tapi kadang-kadang kita takde budget. So Azie harap dapat bantu lebih ramai orang untuk menuntut ilmu Fardhu Ain.


5. Give Back to Free Food for Needy Students.

Sepanjang 4 tahun belajar di UIA Kuantan, Azie ada join free foods for needy students punya whatsapp group and banyak kali dapat bantuan free. And now that I have my own income, its my duty to give back to the society, which is the students. Azie pernah merasa betapa susahnya menjadi students yang perlu catu duit belanja, ada hari kena beli sekali sahaja dan makan untuk lunch dan dinner. So Azie nak bantu students pada masa akan datang supaya dapat ringankan beban mereka sedikit. InsyaAllah, moga Allah perkenankan.


6. Guna Duit untuk Rolling Modal

Of course, bila buat bisnes, kena ada duit untuk rolling modal. Dan pada waktu Azie dah ada income yang banyak, Azie nak simpan stok product-product Shaklee dalam rumah, supaya boleh COD anytime and anywhere kat customer. Azie nak buat product shoot menggunakan perkhidmatan photographer yang lebih berpengalaman dan tahu pandai dari segi editting. Azie nak beli sendiri mesin taip borang Pos Laju macam Irine Nadia (hahah sempat stalk dia tuu) dan Azie nak create mobile spa yang bertaraf spa dekat luar. Hmm bestnya bila bayangkan haha.


Apa lagi ek? Hmm setakat ni itu sajalah yang mampu difikirkan, insyaAllah next time kita fikir lagi. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan Azie dalam bisnes Shaklee ni. Amin.









Semoga gadis ini berjaya jadi Supervisor Shaklee pada April 2020. Aminn

Post a Comment

0 Comments