Harini first day Azie nak install a new habit in my life iaitu tulis Gratitude Journal (GJ). Azie baca yang habit menulis gratitude journal ni sangat popular dalam kalangan orang-orang yang berbisnes untuk train diri jadi bersyukur dengan apa-apa nikmat yang Allah dah berikan. Actually Azie tak pernah buat sebelum ni and tak tahu pun macam mana nak buat. So Azie pun google and observe apa yang orang lain buat.
Sebelum itu, meh kita kenal-kenal sikit pasal Gratitude Journal atau GJ ni.
Apa itu Gratitude Journal?
Menurut laman web happyfeed.co, GJ ni adalah satu habit menulis dan membuat refleksi terhadap perkara-perkara yang kita rasa bersyukur, secara konsisten. Secara asasnya, kita train minda kita untuk melihat dan fokus pada perkara-perkara positif yang berlaku dalam hidup kita. Dalam masa yang sama, GJ juga train kita untuk jadi lebih kuat dan sabar ketika berada dalam situasi yang tidak menggembirakan seperti ditimpa ujian atau kehilangan.
Psikologist kata kalau kita praktis habit menulis GJ ni kita boleh datangkan kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup kita. Kalau dalam bahasa inggerisnya, GJ ni boleh dikatakan macam "counting your blessings" lah.
Tips Tulis Gratitude Journal
Sedikit tips untuk yang nak start GJ ni adalah, pertama kita kena raikan atau hargai even sekecil-kecil perkara. Sebab perkara-perkara yang simple tulah yang buat GJ kita lebih unik. Contohnya, bila kita tulis kita ada ramai kawan yang baik rasa kurang unik berbanding tulis "Harini Siti whatsapp tanya khabar lepas sekian lama kita orang tak berborak. She really treasures our friendship!"
Kedua, cuba elakkan menulis perkara yang sama berulang-ulang. Hmm tips ni pun Azie dapat daripada google. Rationalnya, bila kita tulis benda yang berbeza setiap hari, GJ kita akan jadi lebih effective. Instead of tulis pasal partner kita setiap hari, maybe boleh tukar-tukar pasal kerja, kesihatan dan kawan-kawan pula. Katanyerrr. Okay Azie rasa maybe kita boleh je tulis pasal partner kita tapi ayat yang berbeza dan lebih specific.
Contohnya "Alhamdulillah, harini cik abang tolong clearkan sinki yang penuh dengan alatan memasak tu. Bestnya lepas masak terus relax" Lepastu esoknya, ceritalah pulak pasal Hubby bangun buat susu anak pukul 3am so kita boleh tidur lagi lama daripada biasa. Eh, kita? Haha kalian yang dah ada suami tu laa maksud Azie hehe
Lastly, make it a habit untuk tetap menulis pada waktu yang sama setiap hari supaya kita tak terlupa untuk tulis GJ ni. Contohnnya, kita boleh spend masa 30 minit sebelum tidur untuk refleks dan tulis benda-benda yang buat kita happy dan kita rasa bersyukur pada hari tersebut.
Azie suka sangat-sangat the idea of writing our blessing ni sebab ada hari-hari yang Azie rasa macam nak compare life Azie dengan life orang lain. Lepastu mulalah terfikir, untung dia ada duit banyak, untung dia ada rumah besar, untung dia tu ada ingatan yang kuat baca sekali terus ingat.
Tapi Azie sendiri lupa nak hargai perkara-perkara yang Azie memang dah sedia ada, contohnya Alhamdulillah Azie sihat takde penyakit apa-apa. Alhamdulillah masih ada rumah yang selesa bila ada orang lain yang tidur di rumah yang tidak selesa. Alhamdulillah sebab selalu skor je subjek-subjek kat UIA walaupun cukup-cukup makan hehe
So GJ ni buat Azie lebih hargai apa yang Azie dah ada, sama ada manusia di sekeliling Azie, barang-barang di sekeliling Azie and most importantly, Azie hargai diri Azie sendiri.
So yeah, today I start my gratitude journal. Azie taknak tunjuk gambar my GJ sebab Azie guna buku tulis sekolah adik Azie je hahah. Yelah sekarang ni PKP, mana boleh keluar semata-mata nak beli notebook. Bukan keperluan kan.
Untuk start this GJ, Azie wake up early today. Earlier than yesterday. Azie buat solat sunah tahajud 2 rakaat, solat sunat taubat 2 rakaat dan solat sunat hajat. Lepastu sementara tunggu waktu Subuh, Azie start tulis perkara-perkara yang Azie sangat bersyukur dan hargai, dengan specific. Berjujuran air mata keluar sebab sambil tulis tu sambil fikir, Ya Allah banyak dosa aku tapi Kau masih lagi beri aku rezeki yang melimpah. Kau masih lagi baik terhadap aku, beri kesenangan kepada aku sampai harini.
Its a good thing to start my day with something positive. Semoga Azie boleh consistent tulis GJ ni. I really want to make this habit long-lasting. Nanti Azie update lagi pasal Gratitude Journal ni.
1 Comments
Suka sangat-sangat baca, thanks for your sharing azie
ReplyDelete