Sebelum ni Azie memang takde langsung skincare routine yang betul-betul Azie buat secara konsisten. Senang cerita memang malaslah nak menjaga kecantikan dan penampilan diri. Kalau buat skincare routine pun, mesti lepas 2-3 hari dah rasa malas lalu terus tak buat. ish ish ish susah betul nak istiqamah.
Tapi sejak dah kena duduk dalam rumah sebab ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka memang tak ada kerja lain lah yang akan menghalang Azie daripada memakai skincare secara kosisten haha. So harini nak share dengan korang semua skincare routine saya selama almost sebulan saya #stayathome.
Cleanser: Kayman Coalface Soap (CFS)
Coalface Soap ni Azie pakai sejak 5 March 2020 so dah sebulan pakai secara consisten. Beli dekat agent Kayman dah lama, masa bulan November 2019 tapi baru pakai konsisten sejak bulan mac haritu. Macam nama dia, coalface soap ni dibuat daripada arang yang diaktifkan atau nama "orang putihnya" activated charcoal untuk merawat acne / jerawat dan menyerap minyak yang berlebihan. Masa nak beli sabun CFS ni, Azie baca yang dia ada fungsi deep cleansing and agak mengeringkan sedikit tapi Alhamdulillah since Azie kulit jenis kulit normal, so Azie beli je dengan yakin haha.
My personal experience is Azie memang suka gila dengan sabun CFS daripada Kayman Beauty ni sebab lepas pakai memang muka rasa bersih sebersihnya. Agak mengeringkan tetapi tidaklah sampai Azie rasa tak selesa, cuma maybe untuk mereka yang ada kulit kering tak sesuai pakai sabun ni (boleh try cleanser Kayman Beauty yang ada fungsi hydrating). Lagipun memang setiap kali lepas basuh muka dengan sabun CFS ni, Azie akan pakai toner within 1 minute so effect kering tu bukanlah long-lasting. Azie memang recommend sesiapa yang dah lama nak try pakai sabun Kayman tu cepat-cepatlah beli dengan agent Kayman Beauty.
Cleanser no 2: Hada Labo AHA + BHA Mild Exfoliating Face Wash
Cleanser no 2 ni Azie pakai sekali sekala sebab taknak coal face soap cepat habis (tapi sekarang dah habis haha) and bila nak exfoliate muka jugak. Dalam face wash ni ada AHA dan BHA tapi dalam kuantiti yang sikit. AHA dan BHA tu adalah sejenis acid yang bekerja sebagai exfoliating agent untuk buang sel kulit mati. Tapi sebab face wash ni kita tak tinggalkan atas muka dalam tempoh masa yang lama, jadi dia tak beri kesan iritasi kepada kulit kita.
Lagi satu, Azie nak introduce muka dengan acid sikit2 sebab Azie ada cita-cita nak pakai The Ordinary haha (tengoklah kalau berani). Azie suka juga dengan cleanser ni sebab muka tak rasa ketat and azie check ingredient dia dekat cosDNA pun takde bahan-bahan terlarang yang boleh rosakkan skin barrier so Azie akan pakai selang seli dengan coal face sape tu.
Toner: Hada Labo Hydrating Lotion (Light)
Dalam rangkaian produk kecantikan daripada Jepun, hydrating lotion sebenarnya adalah sejenis toner ya kawan-kawan dan bukannya moisturizer. Jadi untuk toner, Azie pilih toner from Hada Labo sebab ada banyak sangat review kata toner from this brand sangat bagus. Toner ni pun Azie baru start pakai dalam awal bulan March haritu. So far memang best, muka rasa sangat hydrated. Sepatutnya pakai 3-4 titis je kan tp Azie tuang dalam tangan dalam 5-6 titis tu and kadang2 sampai dua kali haa. Sebab mentaliti Azie is lagi banyak toner lagi bagus haha.
Previously Azie pernah try Hada Labo Hydrating Lotion yang premium tu (macam gambar kat bawah ni) tapi texture this hydrating lotion is too thick and lambat menyerap compared to yang Azie tengah pakai sekarang ni. Azie pulak jenis nak cepat2 so bila letak moisturizer tu rasa macam bercampur2 pulak moisturizer dengan toner tu. Pastu jadi bancuhan tepung kat muka tuh :')
Moisturizer: Rosken Dry Skin Lotion
Moisturizer Azie pilih something yang murah and from drugstore only. Yelah saya pun masih lagi seorang student yang tidak mempunyai gaji haha. Azie dah pakai moisturizer ni sejak clinical OPD kat Sungai Buloh and so far Azie suka sangat dengan moisturier ni. Walaupun dia tulis for dry skin, tapi Azie suka effect dia tu since Azie kulit normal and kadang-kadang duduk bawah air cond dalam tempoh yang lama. So memang dapat jaga moisture kulit daripada menjadi kering.
Sunscreen: Biore UV Perfect Protect Milk SPF 50+
Sunscreen pun Azie just pakai product drugstore saja. Memang ada cita-cita nak upgrade kepada yang lebih berkualiti tapi takpelah sekarang kita ukur baju di badan sendiri saja. Tapi walapun sunscreen ni products from drugstore saja, Azie okay je dengan texture dia sebab dia bagi finishing matte yang cantik dan kemas lepas dah fully absorbed into the skin.
Cumanya yang Azie tak berasa selesa is sebelum dia fully absorbed, sunscreen ni akan buat muka terasa sangatlah oily especially bila Azie apply method dua jari untuk seluruh muka tu. Tapi dalam masa 3-5 minit dia akan meresap and selepas meresap tu dah tak rasa oily dah. So Azie akan tunggu jelah sunscreen ni fully absorbed. and lagi satu yang tak best pasal sunscreen ni adalah dia tinggalkan white cast kat muka Azie so nampaklah kelabu sikit my face. Tapi Azie cam ignore je sebab malas nak fikir hahah
So kalau basic skincare routine, lima produk ni saja yang Azie pakai consistently. Sebenarnya tak complete sebab tak ada oil cleanser and scrub which are benda basic juga. For now Azie gantikan oil cleanser tu dengan Garnier Micellar Water dan scrub tu berharap pada Hada Labo Exfoliating Face Wash itu saja sebab scrub tujuannya adalah untuk exfoliate muka and buang sel kulit mati. So yeah. Nanti bila ada bajet lagi, Azie akan tambah from time to time.
Posting kalini Azi cerita tentang my basic skincare routine saja dulu iaitu: Cleanser - Toner - Moisturizer - Sunscreen. InshaAllah in my next posting I'll talk about the other skincare products yang Azie tengah guna selain lima product ni. Till then, goodbye for now :)
0 Comments