Jom Kenal Vitamin C Shaklee Kalau Nak Kulit Lebih Cantik



Vitamin C adalah vitamin yang terlibat secara langsung untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan kulit wajah. Sebagai pengenalan, meh Azie share kepada anda apa itu Vitamin C?

Vitamin C ataupun nama saintifiknya, Ascorbic Acid adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai banyak fungsi dalam badan. Ia boleh didapati dalam jumlah yang banyak melalui buah-buahan. Vitamin C adalah sejenis vitamin yang badan kita tak boleh simpan. Jadi, selepas kita makan vitamin C, dia akan terus diserap dan digunakan oleh badan. Kalau diambil secara berlebihan, dia akan larut dalam air kencing dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing.


Apa fungsi vitamin C?

1. Meningkatkan Imunisasi




Vitamin C sangat penting sebab dia adalah vitamin utama yang diperlukan untuk meningkatkan tahap imunisasi tubuh badan kita. Kenapa vitamin C penting untuk sistem imun? Sebab ada sel imunisasi yang dikenali sebagai sel darah putih yang akan menjadi aktif bila kandungan vitamin C dalam badan berada pada paras normal. Sel darah putih ini penting untuk menghalang patogen yang membawa penyakit daripada masuk ke dalam badan.

So dengan adanya jumlah vitamin C yang optimum, sel imunisasi boleh bekerja untuk melawan virus sekeliling kita. Pengambilan vitamin C yang cukup dan optimum akan membuatkan sistem imunisasi badan kita menjadi kuat so kita tak mudah dapat jangkitan daripada orang sekeliling sekiranya mereka tidak sihat dan bersin.




2. Menambahkan Kecantikan



Vitamin C ialah sejenis antioksidan yang boleh melindungi kulit kita daripada sinaran UV dan kerosakan kulit. Vitamin C juga membantu proses pembetukan kolagen. Dan kolagen sangat penting untuk pembetukan kulit yang sihat dan cantik. Para pengamal vitamin C akan mendapati bahawa kulit mereka lebih tegang, licin dan anjal. Vitamin C juga boleh membantu memudarkan bintik-bintik hitam, melembutkan dan menjadikan kulit halus mulus kerana kandungan kolagen yang mencukup.

Disebabkan vitamin C membantu melindungi kulit daripada sinaran UV, ia juga berfungsi untuk melindungi kolagen yang terbentuk daripada kerosakan oksidatif, mencerahkan tona kulit yang tidak sekata, memperbaiki kulit yang berjerawat dan mengurangkan pigmentasi disebabkan jeragat.





Tanda-Tanda Badan Kita Kekurangan Vitamin C




Antara tanda tubuh badan kita tidak mempunyai jumlah vitamin C yang cukup seperti yang diperlukan adalah badan mudah mendapat lebam, mengalami keradangan gusi atau gusi berdarah, kulit menjadi kering, mempunyai masalah pencernaan, luka yang ada jadi lambat untuk sembuh, mendapat sakit sendi, hidung berdarah atau senang mendapat penyakit kerana imunisasi badan merosot.


Dapatkan Kulit Lebih Cantik dan Putih dengan Sustained-Released Vita-C Shaklee!

Sesiapa yang mengimpikan untuk ada kulit yang lebih sihat, cantik, putih dan flawless, haaa Sustained Released Vita-C ini lah yang anda perlukan. Kenapa perlu pilih vitamin C daripada jenama Shaklee berbanding jenama lain? Haa meh Azie cerita sikit kelebihan Sustained Released Vita-C ni. 

1. Sistem Pelepasan Berperingkat



Seperti namanya "sustained-released", vitamin C daripada Shaklee telah dipatenkan untuk mempunyai sistem pelepasan secara berperingkat. Setiap 1 biji tablet mempunyai 500mg vitamin C tetapi penciptaan vitamin C shaklee ni membuatkan hanya 100mg vitamin C diuraikan bagi setiap jam, selama 5 jam. Okay sistem ini dibuat supaya kesemua kandungan vitamin C dapat diserap ke dalam badan dan tidak dibuang melalui air kencing. Haa best kan!

1 tablet ada 500mg vitamin C yang memang akan diserap oleh badan. Kalau anda nak tahu, 500mg ni bersamaan dengan 7.5 biji buah oren tau! Banyaknya nak kena makan buah oren dalam masa sehari untuk dapatkan 500mg vitamin C huhu. Kalau taknak makan vitamin C, nak makan brokoli, then anda kena makan 6 cawan brokoli. Kalau nak makan lobak merah pulak, kena makan at least 119 biji lobak merah. Uish banyak sangat tu confirm tak larat haha




2. Mengandungi Bioflavonoid 120mg setiap biji.



Bioflavonoid akan bertindak secara sinergi dengan vitamin C untuk meemperkuatkan fungsi vitamin C dan bekerja bersama-sama secara optimum. Bioflavonoid ini kebiasaannya boleh dapati di selaput oren yang berwarna putih tu tapi kebanyakan daripada kita tak makan selaput warna oren di kulit tu kan.. So kita tak dapat bioflavonoid yang boleh buat vitamin C bekerja secara optimum.




3. Kos Efektif.



Harga Sustained Released Vita-C shaklee sangat-sangat reasonable. Untuk sebiji tablet, vita C jatuh pada harga 0.40 sen sebiji. Bukan semua brand vitamin C mempunyai bioflavonoid seperti vitamin C Shaklee. Malah, Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta sistem pelepasan secara berperingkat supaya tidak ada kandungan vitamin C yang diresap oleh badan dan dikeluarkan melalui air kencing. Malah vitamin C Shaklee bersifat lembut terhadap perut kerana diperoleh daripada ekstrak jagung.






Banyakkan kelebihan vitamin C daripada jenama Shaklee berbanding jenama lain. Harga pun sangat-sangat reasonable. Satu botol tu ada 120 biji dan boleh tahan dalam 5 hingga ke 6 bulan. Jom dapatkan Sustained Released Vita-C anda harini. Jom kita cantik dan flawless sama-sama.


Post a Comment

0 Comments