Rancangan Lepas SPM

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik, aku sudah bergelar pelajar lepasan SPM. Title "budak sekolah" sudah aku tinggalkan di belakang dan menuju ke fasa terbaru dalam hidup aku-alam universiti. Macam tak percaya pulak yang aku dah habis SPM. Betul ke aku bukan lagi budak sekolah...? Hmm. kalau hendak ikutkan hati, sejujurnya aku tak pernah bersedia untuk meninggalkan gelaran budak sekolah. tapi nak buat macam mana aku perlu tinggalkan fasa itu agar aku dapat mencapai impian dan cita-citaku di alam universiti dan seterusnya ke alam kerjaya pula. bak kata Hanis Zalikha dalam blognya:

You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived.

Sepanjang alam persekolahan ini sudah beibu ribu pengalaman yang aku lalui daripada pengalaman yang seronok hinggalah pengalaman yang tak seronok. Daripada SK Kampung Tunku sampailah ke SMK (P) Sri Aman. kalau nak cerita semua pun tak cukup satu hari, jadi eloklah kalau aku simpan sendiri dalam hati.. hehe...

Lepas ni entah macam mana pulak kehidupan aku akan datang kan? Ya lah, kita tak tahu apa akan jadi pada hari esok.  Walaupun aku sendiri sudah ada plan untuk masa depanku, tapi kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan.

In shaa Allah, jika diizinkan oleh Allah, aku akan jalankan plan aku yang telah aku rangka/buat sejak aku form 3 lagi.. hehe dulu tak sabar sangat sampai Plan After Spm ni sudah aku rangka sejak lepas PMR...

Rancangan-rancangan tersebut ialah:

1. Bekerja dan kumpul duit sementara belum dapat tawaran belajar agar dapat ambil lesen dan beli motor.
(nanti senanglah aku nak pergi mana-mana sebab dah ada motor sendiri)

2. Masuk kelas Bahasa Inggeris



(English Education itu sangatlah penting, walaupun dah habis sekolah aku masih perlu mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris agar senang dapat kerja nanti)

3. Masuk kelas kemahiran-contohnya: kelas memasak, kelas menjahit, kelas membuat kek



 (buat masa ni aku tak tahu nak masuk kelas apa dulu, sebab duitnya pun belum ada lagi kan.. tapi aku rasa mungkin aku akan fokuskan untuk kelas menjahit kut.. entahlah tengoklah nanti...)

4. Berniaga secara kecil-kecilan



(buat masa sekarang ni aku cuba berjinak-jinak dengan business online macam jadi agent dropship dan promote barang2 dekat FB dan Blog... sebabnya, aku minat perniagaan dari dulu lagi... masihkah kau ingat dengan business bookmark ku sewaktu aku form 1 dulu?)

5. Memperbanyakkan aktiviti membaca
(membaca menambahkan pengetahuan dan dengan pengetahuan kita akan mancapai kejayaan. so, aku pun mahu memulakan semula hobi yang telah berkurun lamanya aku tinggalkan kerana SPM. Oh ya, buat masa sekarang aku tengah baca novel M.A.I.D. karya Suri Ryana)



6. Berlatih menjadi penulis yang lebih baik
(aku juga teringin untuk menghasilkan novel sendiri satu hari nanti, untuk itu. aku perlu berlatih menjadi penulis yang baik. so, aku berazam untuk menulis lebih banyak cerpen yang berkualiti. In shaa Allah..)

7. Menjadi seorang sukarelawan
(Rancangan ini sudah lama tersimpan dalam hati aku sejak lama dahulu. tidak ada sesiapa pun yang tahu azam aku yang satu ini sebab aku takut cakap je lebih tapi tak buat apa2. so, aku pun dah mula usha-usha beberapa persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan sukarelawan. buat masa ni, aku mula usha persatuan PAWS yang menjaga kucing2 dan anjing2 terbiar. aku baru buka internet PAWS je, belum pergi tempat tu lagi. tempat tu dekat Ara Damansara-dekat dengan rumah Ain. so, aku perlukan motor untuk ke sana. In shaa Allah, satu hari nanti mungkin azam ini tercapai)



Aku rasa ini sahajalah kut rancangan aku setakat ini. Ya lah, kalau tulis je lebih tapi tak buat pun tak guna jugak kan. so, sekarang ni aku cuba berusaha untuk menjalankan rancanganku yang pertama iaitu kumpul duit. In shaa Allah dengan pekerjaan ku sekarang sebagai cashier di 99 Speedmart dan In Shaa Allah sebagai pekerja kilang paragon bulan January nanti, rancanganku akan ku laksanakan. Okay. Cukup untuk hari ini. Assalamualaikum...

Post a Comment

0 Comments