26 October 2014

Mati Sebab Senggugut!

Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca blog saya sekalian? Semoga anda semua sihat, dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti pada hari Ahad ini dan selamat bekerja kepada mereka yang bekerja pada hari ini.

Hari ini saya nak share dengan anda pasal sahabat saya ini. Biarlah saya gelarkan dia sebagai cik N. Dia kawan yang saya baru kenal semasa menuntut di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa.

Kisahnya begini,
Rakan saya ni cerita, dia ada sakit sengugut yang teruk sangat-sangat. Setiap kali datang haid, dia tak boleh buat apa-apa kerja langsung. Nak pergi sekolah susah. So setiap kali haid, dia mesti ada MC.




Dia cerita yang setiap kali nak datang haid, dia akan mengalami simptom pra-haid atau dalam bahasa omputehnya sebagai Premenstrual Simptom atau PMS yang sangat-sangat dasyat. Kalau sesetengah orang cuma rasa terlebih sensitif, terlebih emo, PMS rakan saya ni lain sikit.

Masa PMS dia dah rasa cramp yang teruk gila dekat bahagian bawah abdomen dia. Lepas tu dia lemah. Yang paling saya pelik tu, katanya seminggu sebelum datang haid dia mesti akan sakit gusi. Lepas tu sakit senggugut dia memang teruk tahap berhuling-guling atas katil. Ada ketika tu sampai tak boleh bangun sebab menahan sakit senggugut nya.

Dia mengalami simptom itu sejak umur 9 tahun. Sejak dia mula-mula datang haid lagi.

Bila saya tanya selama ini dia guna apa untuk tahan sakit, dia cakap dia guna painkiller yang diberi oleh doktor + panadol.




Allah.. Allah.. Allah...

Takut saya mendengar perkataan Painkiller itu. Tahu tak yang painkiller tu sebenarnya silent killer diri kita?

Ya Allah... kalau lah dia tahu betapa teruknya kesan painkiller dan panadol terhadap tubuh badan dia especially buah pinggan dia, saya pasti ramai orang tak akan pilih painkiller dan panadol untuk tahan sakit.

Bayangkan, dia start haid masa umur 9 tahun. Sekarang dia 18 tahun. So dah 9 tahun dia makan painkiller dan panadol tu. Satu tahun ada 12 bulan, so setahun average dia haid adalah 12 kali. Cuba bayangkan kalau setiap kali haid dia makan 5 painkiller untuk tahan sakit senggugut tu. Ye la, kita haid pun average 5-7 hari kan?

So, total paniller/panadol yang ditelan ialah:

9 x 12 x 5

Total= 1620 biji!!!!

Kesan Buruk Painkiller/Panadol
Tahu tak painkiller ni tidak dihadam dalam tubuh badan kita?

Ada kajian mengatakan sebiji panadol memerlukan masa 5 tahun untuk dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Itu pun selama 5 tahun itu, dia duduk dalam buah pinggang.

Maka, jangan pelik kenapa bila umur 20-30, buah pinggang dah rosak.... Muda-muda lagi, dah kena buat dialisis. Kesiannnn......




Berbalik kepada cerita rakan saya tadi, saya cerita dengan dia akibat makan panadol/painkiller ini untuk jangka masa yang panjang. Saya bagi tahu dia betapa bahayanya panadol/painkiller ini untuk buah pinggang kita.

Walau sakit macam mana pun sewaktu haid, janganlah makan panadol atau painkiller.

So, kalau tak makan painkiller, macam mana nak tanggung sakit senggugut tu?

Saya bagi dia 2 pilihan.

Pilihan pertama:  Tahan lah walau macam mana pun. Berguling-guling atas katil selama 7 hari. Tak payah buat apa-apa kerja.

Pilihan kedua: Kurangkan sakit senggugut itu dengan mengambil suplemen. Tak kisahlah apa-apa suplemen janji sakit senggugut pain itu kurang.

Pilihan di tangan dia, so buatlah pilihan dengan bijak.

Suplemen Terbaik Untuk Atasi Senggugut
Memandangkan saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi kebaikan dan solusi yang terbaik untuk rakan-rakan saya, saya cadangkan dia untuk mengambil GLA Complex Shaklee. GLA Shaklee ini boleh memperbaiki hormon kita supaya jadi lebih baik, supaya dapat kurangkan kesakitan masa senggugut.

Jadi, kawan saya pun cuba GLA tu.......




Selepas sebulan, saya tanya dia, macam mana feedback lepas makan GLA Complex ni? Ada perubahan tak? Masa haid masih sengugut teruk ke?

Dan dia cakap yang senggugut dia dah berkurangan. Simptom PMS yang pelik-pelik tu pun dah tiada. Sekarang ni dia dah tak ambil painkiller daripada doktor macam yang dia  makan setiap kali masa period sebelum mengambil GLA Complex ini. Panadol pun dia dah tak sentuh dah. Ye lah, sengugut pun dah kurang, so dia dah tak perlukan semua itu.



Alhamdulillah, lega saya mendengar feedback daripada rakan saya ini. Inilah yang saya harapkan. Saya ingin membantu lebih ramai orang. Saya ingin menyelesaikan masalah kesihatan lebih ramai orang, agar kita boleh menjadi insan yang lebih sihat dan sejahtera.

Kepada rakan saya itu, saya doakan semoga dia sudah tidak perlu menanggung senggugut yang teruk lagi selepas ini. Semoga dia dapat menjalani hari-hari mendatang dengan lebih selesa dan gembira. Semoga dia sudah tidak takut setiap kali menjelangnya waktu haid. Dan yang paling penting, semoga kesihatan tubuh badan dan buah pinggangnya lebih terjamin.

InsyaAllah.

Buat Pilihan Yang Bijak
Kepada anda di luar sana, jika anda mengalami sakit senggugut yang teruk, janganlah mengambil painkiller atau panadol walau sakit macam manapun. Anda membahayakan buah pinggang anda sendiri. Sanggupkah anda jika anda disahkan rosak buah pinggang seawal umur dua puluhan gara-gara mengambil panadol setiap kali haid?

Sanggupkah anda menjalani dialisis 2-3 sesi semnggu di mana setiap sesi berharga lebih kurang RM300-RM500? Dan anda juga boleh mati kerana sudah tidak sanggup lagi menahan sakitnya dialisis. Sanggupkah anda?

Tepuk dada tanyalah iman. Jangan disebabkan senggugut, anda membahayakan diri sendiri sehingga boleh membawa kepada kematian. Pilihlah sesuatu yang lebih selamat, lebih berkesan dan lebih mesra alam. Jika anda rasa menjadi sihat itu mahal, cuba lah menjadi sakit. Buatlah pilihan yang bijak. Anda mampu mengubahnya.

Semoga entri ini bermanfaat untuk anda.


Salam sayang,

~Noor Aziemah~
Berbisnes Untuk Menambah Nilai Dalam Kehidupan Orang Lain

25 October 2014

Jom Audit Diri Untuk Jadi Insan Yang Berjaya!

Assalamualaikum.


Pada hari ini saya nak kongsi dengan anda para budiman sekalian tentang enam ciri-ciri orang yang berjaya. Anda nak berjaya tak? Haa, bolehlah kita semua audit diri untuk menjadi lebih baik.

1. Bersyukur




Apa pun jumlah yang kita dapat, kita dituntut untuk bersyukur. Asas bersyukur itu sentiasa akan wujud walaupun sesetengah orang memandangnya satu kekurangan. Walaupun tiada duit, tapi dia perlu bersyukur kerana masih hidup. Kalau tiada makanan yang banyak banyak juga yang perlu disyukuri kerana masih ada makanan walaupun hanya nasi kosong.

Bila bersyukur dengan yang sedikit, Allah akan gantikan dengan yang lebih banyak. Tetapi kalau tidak bersyukur dengan yang banyak, ia akan menjadi sedikit.


2. Berterima kasih.




Berterima kasih adalah asas kepada The Power of Gratitude. Lagi banyak kita ucap terima kasih dan bersyukur, lagi banyak Dia akan tambah. Solat adalah tanda kita bersyukur. Lagi banyak dan ikhlas solat, lagi banyak kita bersyukur.


3. Bersedekah.




Pernah tak anda dengar kata-kata ini:

What you give, you will get back.
The more you give, the more you get.

Saya rasa dah ramai yang tahu kata-kata ini. Lagi banyak anda memberi, lagilah anda terpaksa menjadi kaya. Kenapa? Isunya adalah sebab keberkatan. Kalau bersedekah RM7 setahun, tengoklah apa yang Allah berikan pulangan kepadanya. Gaji RM24 ribu setahun, nak buat korban satu bahagian RM480 pun jenuh kemut.

Inilah puncanya apabila tidak menjadi golongan yang bersyukur.

Tapi, jika anda mula bersyukur, hidup anda pasti berubah dan anda pasti akan terkejut. Segala masalah yang kita hadapi hari ini semuanya datang daripada Allah. Itu adalah ujian. Itu adalah dugaan. Bagaimana ingin dikatakan sebagai orang yang beriman jika kita tidak diuji?

Hanya Dia sahaja yang boleh memberi dan menarik balik segalanya. Walaupun kita yang cipta masalah tersebut dek kejahilan kita, kita perlu memohon bantuan dariNya untuk hilangkan segala masalah tersebut dan baliklah kepadaNya.




4. Sujud




Berapa banyak kita sujud kepadaNya? Orang yang tidak sujud sebenarnya adalah pengejar dunia. Secara logiknya, benda yang dikejar sememangnya akan lari.

Tapi kalau kita sujud kepadaNya, dunia ini adalah milikNya dan Dia berkuasa berikan dunia itu kepada kita. Saya percaya ramai yang solat, tapi mungkin ada yang masih belum memperbaiki sujudnya.

Berapa banyak Solat Dhuha, Solat Tahajjud, sunat-sunat yang lain sebagai tambahan, tidakkah makin banyak kita bersujud, makin Allah sujudkan dunia kepada kita? Kemudian barulah kita akan dapat banyak. Kalau tiada sujud, usahalah sampai terbelahak pun, akhirnya duduklah main biola lagu sedih sebab Allah tak sujudkan dunia untuk kita.




5. Selawat

Tidak kisahlah berselawat pendek atau selawat panjang, yang penting selawatlah tanda terima kasihku kepada Allah yang membawa rahmat keseluruh alam. Allah dan malaikat berselawat ke atas Baginda, kenapa masih ada kesombongan dalam diri kita untuk tidak berselawat kepadanya?

Kita selawat, Nabi gembira, Allah turut gembira. Fikirkan apa yang akan berlaku pada hidup kita apabila Allah gembira...




6. Suci

Sucikan diri dengan istigfar.




Selalu mohon kemaafan daripada semua sama ada silap atau tidak. Terutamanya, selalulah mohon kemaafan dari ibu bapa seolah-olah kita tak akan berjumpa lagi supaya jelas segala keberkatan. Lakukan sekurang-kurangnya 100 kali.

Semoga entri ini membawa manfaat kepada kita semua. InsyaAllah.


Salam sayang,

~Noor Aziemah~
Letaklah Akhirat Dalam Hatimu, Nescaya Kau Akan Mendapat Kedua-duanya, Dunia dan Akhirat.

22 October 2014

Tips Mudahnya Menjemput Rezeki #1

Assalamualaikum.


Hari ini saya nak kongsi dengan anda salah satu teknik Mudahnya Menjemput Rezeki.

Saya rasa ramai yang sudah tahu dan mungkin ramai yang kerap melakukannya. Kalau anda nak tahu, sebenarnya inilah tips yang diamalkan oleh kebanyakan jutawan yang beragama Islam. Amalan yang sunat dilakukan tetapi banyak kelebihannya iaitu.... Solat Sunat Dhuha


Jika anda antara yang konsisten melaksanakannya, Tahniah saya ucapkan. Anda memang hebat!

Pengalaman Sendiri

Alhamdulillah, saya sendiri dalam proses untuk mendisiplinkan diri untuk konsisten Solat Dhuha ini.

Dahulu, saya pernah buat Solat Sunat Dhuha semasa masih di sekolah. Masa tu buat sebab ikut kawan. Alhamdulillah, nasib saya baik sebab dikelilingi rakan-rakan yang baik-baik. Bila saya lihat rakan-rakan saya buat Solat Sunat Dhuha, saya pun cenderung untuk ikut sekali.

Masa tu tak tahu pun Solat Dhuha ni apa tujuannya dan apa kelebihannya.

Waktu rehat, lepas makan tu, singgah surau kejap. Buat Solat Dhuha 2 rakaat. Lama-lama, walaupun kawan dah tak buat, saya tetap buat juga masa di sekolah. Sebab dah jadi habit. Dah jadi tabiat. Kalau tak pergi surau masa waktu rehat, rasa macam lain je.


Tapi, lepas dah habis sekolah. Dah tak buat Solat Dhuha.

Bila dah kerja, lagilah tak buat. Mula-mula rasa ralat juga, tapi saya sedapkan hati saya dengan alasan-alasan sehingga saya tidak rasa ralat lagi.

"Tak apalah, aku sibuklah"

"Tak apalah, aku mana ada masa nak Solat Dhuha"

"Tak apalah, sunat je pun. Bukannya wajib"

Perkataan "tak apalah" ini memang bahaya. Bila fikir-fikir balik, kenapalah aku kerap sangat bagi alasan dekat diri sendiri. Lama-lama, memang saya dah tak buat Solat Dhuha ini.

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Sampai satu ketika, saya menyertai team bisnes di bawah Empayar Maria Firdaus yang dipanggil team MFMS. Dalam kumpulan ini, saya ditekankan dengan amalan menjemput rezeki yang digelar Master Checklist.

Master Checklist ini adalah amalan-amalan yang dilaksanakan untuk menarik kejaayan, kekayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sebenarnya, kekayaan itu lebih mudah ditarik daripada dikejar.

Kekayaan dan Kejayaan itu lebih mudah ditarik daripada dikejar. Maka, kejarlah ia melalui Dia yang hakiki.

Jadi, dengan mengamalkan Master Checklist ini, kami diajar bagaimana untuk menarik kejayaan dan kekayaan di dunia dan di akhirat.

Amazingly, salah satu amalan yang amat amat dititikberatkan adalah Solat Sunat Dhuha!

Rupa-rupanya, Solat Dhuha ini banyak kelebihannya. Solat ini dianggap sebagai ganti kepada sedekah yang perlu dilakukan oleh setiap sendi yang ada pada tubuh manusia.

"Menjelang pagi setiap tulang sendi individu memerlukan sedekah. Oleh itu, setiap tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah. Menyeru kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat Solat Dhuha"

 

Jika anda belum cuba dirikan Solat Dhuha ini, saya sarankan anda untuk cuba melakasanakannya dan cuba konsisten. Pada mulanya, mungkin sukar untuk konsisten, lebih-lebih lagi kita sibuk dengan kerja-kerja di tempat kerja pada waktu pagi.

Tetapi, cubalah anda berikan 15-20 minit setiap hari untuk lakukan Solat Dhuha ini, Banyak kelebihannya.




Rasulullah s.a.w. pernah berkata,
"Sekiranya kamu bersolat dhuha 2 rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang lupa. Sekiranya kamu bersolat empat rakaat, kamu pastu ditulis sebagai orang yang baik. Sekiranya kamu bersolat enam rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang beribadah. Sekiranya kamu bersolat lapan rakaat, kamu pasti ditulis sebagai orang yang berjaya. Sekiranya kamu bersolat 10 rakaat, kamu tidak ditulis sebagai orang yang berdosa pada hari itu. Sekiranya kamu bersolat 12 rakaat, maka Allah akan membina sebuah rumah untuk kamu di dalam Syurga"
Semoga kita semua konsisten dan ikhlas dalam beribadah kepadaNya. InsyaAllah

Salam Sayang,

~Noor Aziemah~
Letaklah Akhirat Dalam Hatimu, Nescaya Kau Akan Mendapat Kedua-Duanya, Dunia Dan Akhirat.

20 October 2014

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Beri Anak Anda Mealshake.

Assalamualaikum.


Terima kasih kerana sudi menjengah ke dalam blog nooraziemah.blogspot.com . Saya doakan agar semua pembaca blog saya ini kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat.

Hari ini, saya nak share dengan anda 10 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadiahkan Anak Anda Melashake. Saya dah rasa keenakan dan kebaikan mealshake ini, maka rugi pula rasanya kalau saya tak share dengan anda kebaikan-kebaikan yang terkandung dalam mealshake ini.




10 Sebab Kenapa Anda Perlu Beri Anak Anda Mealshake

1. Anak anda akan memperoleh kandungan karbohidrat yang diperlukan oleh badan untuk membesar.




Mealshake mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi dan diperlukan oleh kanak-kanak untuk menjalani kehidupan seharian. Macam yang kita sedia maklum, kanak-kanak ni semakin mereka membesar, mereka menjadi semakin aktif. Ada saja benda baru yang mereka nak cuba. Jadi, mereka memerlukan kandungan karbohidrat yang secukupnya untuk mengekalkan tenaga mereka sepanjang hari


2. Tubuh badan anak anda akan mendapat kesemua 9 amino acid (protein) yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan sel dan tisu-tisu badan




Nak tahu satu rahsia tak?

Ramai orang tak sedar yang protein ini mudah rosak ketika terdedah kepada suhu yang tinggi. Contohnya, bila anda goreng ayam, ikan, udang, telur, sotong atau protein lain-lain, mesti anda akan gunakan suhu yang tinggi untuk menggoreng atau memasak protein tersebut. Ketika inilah 90% amino asid-amino asid (molekul untuk protein) dalam ikan, ayam, udang tersebut rosak dan hancur.

Jadi, bila anda dan anak-anak anda menikmati juadah ikan, ayam, udang tersebut, anda dan anak-anak hanya menikmati isi daging protein itu tanpa mendapat sedikit pun zat-zat protein yang diperlukan oleh sel dan tisu badan.

Oleh sebab itu, badan kita selalu penat, lenguh-lenguh, sakit-sakit. Anak-anak kita senang terkena penyakit, demam, selsema dan macam-macam penyakit lagilah. Semua ini sebab badan kita dan anak-anak kekurangan protein.


3. Dengan minum mealshake, anak anda akan mendapat vitamin-vitamin antioksidan seperti Vitamin A, C dan vitamin E.




Anak-anak yang minum mealshake akan memperoleh vitamin A, vitamin C, Vitamin C dan Selenium yang merupakan agen anti -oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan. Anda juga dapat mengekalkan kesihatan kulit anak-anak anda yang gebu dan mulus itu.


4. Anak anda lebih mudah nak 'poo poo' atau bahasa mudahnya, buang air besar sebab mealshake mengatasi masalah sembelit.




Masalah yang biasa dihadapi oleh kanak-kanak di Malaysia ialah masalah sembelit. Jadi, dengan mengambil mealshake yang kaya dengan serat ini, sistem penghadaman akan mejadi lancar, makanan dalam perut anak anda mudah dihadam maka masalah sembelit pun selesai.


5. Anak anda lebih mudah fokus ketika dirumah, di sekolah, di dalam kelas dan di mana-mana sahaja.




Memandangkan saya ini masih belajar, rutin harian saya sebelum ke kelas adalah minum segelas mealshake sebab ianya adalah sarapan yang paling mudah untuk disediakan. Pengalaman saya sendiri, bila dalam kelas tu jadi lebih fokus dengan apa yang cikgu ajar.

Saya sendiri akui, untuk kekal fokus dalam kelas memang sangat sukar, tapi Alhamdulillah selepas konsisten minum mealshake sebelum ke kelas, saya dapat menumpukan perhatian terhadap apa yang lecturer-lecturer saya ajar. Kini, saya dapat tumpukan perhatian ketika berada dalam kelas Biologi, Kimia, Fizik, Kelas Bahasa Inggeris dan Kelas Bahasa Arab.

6. Anak anda yang aktif dengan rutin harian tu tidak cepat berasa letih. Malah, jika anda sendiri minum mealshake ini, anda yang kerap sibuk dengan kerja di pejabat dan meeting pun tidak akan cepat penat.




7. Tubuh badan anak anda akan dibekalkan dengan Vitamin C yang diperlukan untuk kesihatan gigi, gusi dan kulit.




Kandungan Vitamin C yang wajib diambil oleh tubuh badan manusia setiap hari adalah 500mg iaitu bersamaan dengan 7 biji buah oren. Maknanya, setiap hari anda semua (kanak-kanak dan orang dewasa) perlu makan 7 biji buah oren.

Persoalannya,

Mampu ke nak makan 7 biji buah oren setiap hari?

Kalau anda mampu, tahniah saya ucapkan. Anda memang hebat!

Tapi kalau tidak berjaya sehingga ke hari ini, saya cadangkan anda gunakan kaedah yang lebih mudah. Apa kata anda beri anak anda minum mealshake seban ia mengandungi kandungan Vitamin c yang secukupnya untuk melawan jangkitan kuman.

Jadi, kalau sebelum ini anak-anak mudah demam, mudah sakit, mudah selsema, itu tandanya mereka kekurangan vitamin C. Maka, marilah berikan anak anda mealshake sesuai dengan kperluan tubuh badan mereka.


8. Anak anda tidak mudah rabun.




Kesian kan kalau kecil-kecil dah kena pakai cermin mata. Kalau anda bagi anak anda Mealshake, InsyaAllah kesihatan mata anak anda akan meningkat sebab mealshake ni ada vitamin A untuk pelihara kesihatan mata anak-anak anda.

9. Anak anda yang tidak suka minum susu itu sebenarnya kekurangan kalsium. Jadi, dengan minum mealshake, anak anda akan dapat menyerap kalsium dan vitamin D dengan lebih baik.




10. Anda dapat mengelakkan anak-anak daripada terkena penyakit anaemia




Kanak-kanak dan orang dewasa memerlukan Iron dan vitamin B12 untuk pembinaan sel-sel darah merah dalam badan. Jaga-jaga kalau anak-anak anda cepat penat dan lesu, mungkin mereka kekurangan iron yang boleh membawa kepada anaemia.




Haa... Inilah dia 10 sebab kenapa anda perlu memberi Mealshake kepada anak-anak anda. Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba sekarang!

PROMOSI MEALSHAKE BELI 3 PERCUMA 1 MASIH LAGI BERLANGSUNG SEHINGGA 31 OKTOBER 2014!!!

Jimat Berbaloi-Baloi!

Dengan setiap pembelian Set Promosi Beli 3 Percuma 1, Shaklee akan menyumbang 10% daripada jualan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik.




Jom sama-sama Membeli sambil MENYUMBANG!!!

Salam sayang,

~Noor Aziemah~
Berkongsi Kebaikan Untuk Manfaat Semua

18 October 2014

Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum


Apa khabar sahabat-sahabat dan saudara-saudara saya sekalian? Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dipermudahkan segala urusan di dunia dan diakhirat.

Alhamdulillah.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda salah satu tips menjemput rezeki. InsyaAllah jika diamalkan, kita akan lebih mudah untuk menjemput rezeki dalam kehidupan. Tips ini saya pelajari daripada mentor saya.

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, dalam kumpulan MFMS, kami diajar dengan teknik jemput-jemput. Dengan menggunakan teknik ini, kami tidak perlu mencari customer tetapi customer yang mencari kami.

Alhamdulillah, bila saya mempraktikkan teknik jemput-jemput, saya menjadi lebih mudah untuk membuat sales. Salah satu teknik jemput-jemput adalah amalan menjemput rezeki ataupun kami gelar sebagai Master Checklist.

Salah satu amalan dalam Master Checklist yang saya ingin kongsi dengan anda ialah amalan membaca ayat murah rezeki.




"Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis."

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda. Jika anda rasa tips ini bermanfaat, anda boleh klik button like dan share. Semoga rakan-rakan anda juga dapat manfaat dengan mengamalkan tips ini. InsyaAllah.

Salam sayang,

~Noor Aziemah~
Memberi Memberi dan Terus Memberi Sehingga Dijemput Pergi

7 October 2014

Shaklee Membebankan Pengguna?

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, saya masih lagi diberi kesempatan oleh Allah swt untuk berkongsi ilmu dan kebaikan yang saya peroleh. Semoga ilmu dan perkongsian saya ini dapat memberi kebaikan kepada anda semua. InsyaAllah.

Ramai orang komplen yang Shaklee ni membebankan pengguna. Ada yang berpendapat bila dah mula makan Shaklee, dah tak boleh stop makan. Contohnya, bila seseorang itu mula makan set kurus Shaklee, dia tak boleh berhenti mengambil suplemen tersebut walaupun dah kurus sebab  nanti pasti akan jadi gemuk balik.

Betul ke?

Kalau anda nak tahu, sebenarnya suplemen Shaklee tidak membebankan pengguna langsung. Di bawah ini adalah jawapan salah seorang mentor saya terhadap persoalan di atas: Betulkah Shaklee membebankan pengguna?

Jom kita ikuti artikel di bawah ini. Credit: Blog Master Ira

**********
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog zahirahhafizan. Terima kasih buat anda kerana sudi membaca entri istimewa ini. Saya berkongsi mengenai topik hangat ini kerana ada yang bertanya. Dan saya rasa memang wajar saya berikan anda satu situasi yang membuatkan anda mudah untuk memahaminya.


thinking girl


Perumpamaan mudah saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian. Cuba bayangkan diri anda sebegitu ok. Ini bagi memudahkan kita memahami keadaan yang ingin disampaikan.

Analoginya begini.

Suatu hari, kita makan cheese cake, daging singgang, daging goreng, aiskrim, ayam goreng berempah. Kita sentiasa makan menu begini setiap hari tanpa henti. Sebab kita sangat sukakannya! Ia membuatkan hari kita cukup ceria.



Kita amalkannya selama sebulan ke dua bulan cara masakan begini. Tanpa henti atau kurang daripada ini. Dan..mungkin lebih daripada ini. Apabila kita membuat pemeriksaan, kolestrol kita naik! Berat badan naik! Kita berjalan pon bergeser antara dua paha. Rasa rimas sangat.

Kemudian, kita hubungi Shaklee Independent Distributor untuk mendapatkan set flush outOk, kita pon diberi jadual makan yang betol


Set Flush Out = Set Kurus

Tahniah buat diri kita kerana memilih pengedar Shaklee yang bagus dan bertangungjawab. Kemudian kita rasa proses detox bermula. Najis kita hitam berminyak, kemudian kita rasa badan cepat berpeluh apabila buat kerja. Kita ikut segala tips yang pengedar Shaklee berikan iaitu mesti jaga makan, kawal pengambilan makanan berat dan berkolestrol tinggi. 

Kita diajar untuk bersenam kerana Shaklee bukan ubat kurus yang gunakan dadah atau apa-apa yang hanya makan terus jadi kurus macam buat magic pulak. Kita ikut nasihat pengedar Shaklee yang nasihatkan kita untuk minum air kosong sebanyak mana mengikut sukatan berat badan kita. Berbulan-bulan kita ikut tips ini.



Dan alhamdulillah, kita berjaya. rasa badan makin ringan. Berjalan dah tiada geseran antara 2 paha. perut makin kempis. Badan rasa makin sihat. Bila kita cek balik kolestrol, kolestrol berada pada paras yang sangat ok dah. Kita bergembira dengan berita ini. Dan kita rasa, kita ingin berhenti mengambil Shaklee. 


Apabila kita beritahu kepada pengedar Shaklee kita tadi, dia cakap ok je. Boleh teruskan dengan tips yang diberi sebelum ini walau tak makan Shaklee sudah. Jaga makan elok-elok.

Tapi, lain jadinya. Kita makan tak ingat dunia. Kembali kepada tabiat makan kita dulu sehingga berbulan-bulan yang membuatkan berat badan kita, kolestrol kita semakin naik. Dua paha kembali bergeser apabila kita berjalan. 


Kita mula marah pada Shaklee. Terus kita katakan…”Shaklee membebankan! Setiap hari mesti ambil Shaklee. Kalau tidak, akan gemuk balik.” Kita sebarkan kepada umum. Kita nyatakannya di facebook mahupon blog mahupon chitchat dengan kawan-kawan.

Heheee..tahu tak tu? Itu adalah fitnah. Sebab? Cubalah pikir logik balik analogi di atas. Makan makan makan teruk-teruk. Pastu jaga makan balik dan konsisten Shaklee. Lepas tu makan makan makan balik macam awal-awal dulu ataupon lebih teruk dari tu. Dan kini tanpa suplimen Shaklee mahupon tips daripada pengedar Shaklee yang kita amalkan. 

Tup-tup bila badan jadi besar balik, Shaklee kena kutuk. Bukan diri sendiri yang menyuapkan makanan tu yang dimuhasabah balik. Hehe. Nak gelak pon ada. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak. 

Padahal kita ni raja segala raja untuk kawal nafsu makan kita. Bukan orang lain. Tapi kenapa orang lain juga yang salah. Bagus perangai macam ni? Elakkan dan jauhkan ye. Kita dapat dosa kering je nanti. Sedih pahala kita kosong sebab buat macam ni. :'(

Saya pengguna Shaklee juga, bukan sekadar ahli. Ada kalanya, saya ambil set untuk flush out mahupon set diet mengikut keadaan. Pernah saya tak makan set diet berbulan-bulan sebab badan saya tak perlukannya. Kerana saya dah sedia kurus. 

Tapi, tiba-tiba saya makan nasi lemak tiap hari, ayam merah, aiskrim, kuih berkalori tinggi, makanan berminyak banyak..saya sedar saya perlukan set flush out. Dan bila berat badan saya naik pula disebabkan oleh pemakanan saya yang tak betul, saya kembali mengamalkan set diet. Sehinggalah kembali kepada apa yang saya nak. 

Bila saya dah ok balik berat badan dan tahap kolestrol saya, saya kembali berhenti ambil set flush out dan set diet kerana badan saya tidak memerlukan set ini masa tu. 

Jadi saya bolehlah fokus set cantik ke, set suami isteri ke. Tapi, yang penting saya mesti jaga makan saya. Tak boleh hentam yang berlemak, berkolestrol, bergoreng banyak-banyak. Sebab penyakit datang dari perut ok. Apa yang kita makan. 

Kalau kembali balik makan makanan yang tak sihat, saya mesti sedar diri yang saya berada dalam zon “tidak selamat” dari kolestrol dan berat badan tak ideal tu. jadi saya mesti bertindak mengambil balik set flush out yang membantu kita kekal sihat


puzzle


Kata kunci adalah, suplimen ini berperanan untuk melengkapkan keperluan badan kita, umpama puzzles yang kita perlu lengkapkan satu sama lain. Bila badan kita perlukan detox, kita perlu ambil suplimen ataupon kita perlu buat perkara-perkara yang boleh membuat badan kita menjalani detox. 

Jika badan kita perlukan vitamin C untuk hilangkan parut muka, jadi kita perlukan vitamin C tak kisah dari mana pon dan tak semestinya dari suplimen kalau kita mampu nak dapatkan vitamin C dari diet harian yang kita makan. Kita perlu faham keperluan badan kita. Kerana badan kita tak boleh proses sendiri semua keperluan minerals dan vitamin yang badan kita perlukan. Sebab itulah kita perlu mengambilnya daripada pemakanan kita seharian termasuklah suplimen.

Suplimen ini tujuannya untuk memudahkan kita dapatkan apa yang kita perlukan. Contoh: Vitamin C Shaklee membekalkan 500mg vitamin C yang bersamaan dengan 5 biji buah oren. Ambil sebiji je vitamin C, tapi bersamaan dengan 5 biji buah oren. 

Maksud di sini, kita tak perlu telan 5 biji buah oren setiap hari apabila kita mengambil vitamin C Shaklee. Kos pon jimat. Shaklee memudahkan kita supaya tak perlu nak pergi pasar cari buah oren setiap hari di kedai. Kerana vitamin C musnah dalam badan kita setiap hari. Nampak Shaklee membantu kita? 

Tapi kalau kita memilih untuk telan 5 biji buah oren setiap hari juga berbanding ambil vitamin C Shaklee, itu pilihan kita. Tiada sesiapa boleh paksa kita.


oren


Sebagai pengguna atau pon bukan pengguna suplimen, tak kisah lah Shaklee atau produk lain, kita perlu tahu bagaimana suplimen itu berfungsi dan bertindak pada badan kita. 

Contoh: Lecithin Shaklee membuatkan lemak-lemak dalam badan kita dipecahkan. Bagaimana ia dipecahkan? Kenapa lemak mesti dipecahkan? Apa faedahnya? Selepas pecah kena bawa ke mana? Kalau tak dibawa keluar pula apa yang berlaku pada badan kita? Kita perlu faham segala proses yang berlaku supaya kita ambil suplimen dengan kesedaran, bukannya ikut trend atau orang. 

Jadi, bila kita tahu kita perlukan suplimen itu, kita akan bertindak selari dengan apa yang kita perlukan. Jadilah pengguna yang bijak dan berfikiran terbuka. Buatlah pembacaan dari sumber yang betol dan kemudian buka minda untuk mendengar penerangan daripada pengedar Shaklee sendiri juga. Mahu atau tidak menerima penerangan itu terserah kepada kita.

Jadilah Pengguna Bijak. Ambil suplemen dengan kesedaran bukannya ikut trend atau ikut orang.

Shaklee masih menyusahkan? Ia terserah kepada kita untuk menilai. Kerana tujuan Shaklee dicipta adalah untuk membantu orang lain menjadi lebih sihat. Yela, daripada badan berkolestrol tinggi hasil daripada pemakanan tidak sihat, suplimen Shaklee bantu buang kolestrol. 

Adakah ia membebankan dan menyusahkan kita? Bagi saya, kita yang pegang diri kita. Kerana kuasa memilih di tangan kita. Bagi saya juga, kesihatan adalah anugerah terindah bagi setiap insan. Tidak kira usia dan pangkat mahupon kekayaan.

**********

Sebenarnya, betul atau salah Shaklee membebankan adalah bergantung kepada diri kita sendiri. kalau kita tahu bagaimana caranya suplemen ini berfungsi, bagaimana ia membantu dalam memperbaiki taraf kesihatan kita, saya pasti tidak akan timbul isu Shaklee membebankan pengguna.

Betul kata orang. Tak kenal maka tak cinta.

Sebab itu, saya sarankan, sebelum anda membuat konklusi sendiri, lebih baik anda fikir secara mendalam, adakah Shaklee ini membebankan diri anda ataupun sebenarnya anda yang menzalimi diri anda sendiri. Semoga entri kali ini mendatangkan faedah kepada anda semua.

Yang benar,

~Noor Aziemah~
Youngest Master2b

Saya Buat Keputusan Yang Salah Ketika Menyertai Shaklee - Part 2 -

Assalamualakum

Apa khabar pembaca setia dan pembaca baru di blog nooraziemah.blogspot.com? 

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan anda di dunia dan urusan di akhirat. InsyaAllah.

Hari ini saya mahu menyambung semula kisah bagaimana saya mula-mula terjebak dengan bisnes Shaklee. Untuk pembaca yang belum membaca kisah saya sebelum memulakan bisnes Shaklee, jemput baca entri saya di sini:


Saya mula mendaftar Shaklee pada bulan Mac 2014. Niat saya ketika itu adalah untuk memulakan bisnes yang baru dengan bersungguh-sungguh. Saya mahu berjaya dalam bisnes ini.




Saya serius mahu memulakan satu perniagaan yang memerlukan modal yang rendah sahaja kerana ketika itu saya tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk digunakan sebagai modal.

Tambahan pula, saya takut akan risiko kerugian yang bakal saya tanggung sekiranya bisnes saya gagal sekali lagi sepertimana bisnes kecil saya sebelum ini.

Tanpa saya sedari, saya membuat keputrusan yang salah ketika itu.

Ya. Keputusan yang salah. Mengapa saya tidak berfikir panjang sebelum menyertai Shaklee?

Tidak, sebenarnya bukan salah bisnes ini. Bisnes ini tidak salah sebenarnya. Yang salah adalah diri saya sendiri. Ya saya akui kesalahan saya ini.

Kesalahanku

Untuk pengetahuan pembaca yang budiman, ketika pertama kali menjadi ahli Shaklee, saya tidak mendaftar di bawah Empayar MariaFirdaus. Ketika itu, saya mendaftar di bawah rakan saya yang merupakan jiran saya. 

Saya membuat keputusan yang salah kerana tidak memilih untuk berada di bawah kumpulan yang betul-betul boleh membimbing saya untuk berjaya. 

Pada mulanya, saya ingatkan semua kumpulan Shaklee adalah kumpulan yang sama. Saya ingatkan yang semua Distributor Shaklee akan mendapat guru yang sama, mentor yang sama, teknik marketing yang sama dan cara perjalanan group yang sama.

Selepas mendaftar Shaklee, saya seperti Distributor lain, sangat mengharapkan leader saya untuk membimbing saya betul-betul sampai saya boleh berjaya.

Tetapi harapan saya musnah.

Impian hanya tinggal impian.

Angan-angan terbang melayang dibawa pergi angin lalu.

Leader saya tidak seperti yang saya harapkan. Mereka hanya menunjukkan marketing plan asas Shaklee tetapi mereka tidak mengajar saya teknik-teknik sebenar bagaimana untuk menjadi usahawan yang kaya dan berjaya seperti yang saya impikan.




Sejujurnya, saya dibiarkan terkontang kanting sendirian. Saya perlu berdikari sendiri. Saya perlu menjalankan bisnes ini keseorangan. Saya tiada support group yang kuat dan kukuh.

Sejujurnya, apa yang saya perhatikan ketika itu, upline saya juga tidak menunjukkan cara-cara menjalankan bisnes yang betul kepada saya. Bagaimana untuk menarik customer. Apa marketing plan yang perlu saya lakukan. Bagaimana saya nak berjaya dalam bisnes ini. Saya tidak diajar semua itu.

Perkara ini membuat saya terfikir, 

Kenapa orang lain buat dengan senang tetapi aku susah sangat nak tarik customer?

Kenapa orang lain diajar teknik-teknik marketing tapi aku tidak diajar semua ini?

Kenapa orang lain selalu ada couching dengan mentor tetapi aku langsung tiada couching dengan leader ku?

Kenapa? kenapa? kenapa?

Berapa banyak persoalan yang berada diminda saya ketika itu......


Allah Tunjukkan Jalan

Satu hari yang hening, ketika saya sedang melayari internet, saya terjumpa satu group Shaklee yang paling happening di Malaysia. Saya baca blog yang menulis tetang mereka. Rupa-rupanya mereka adalah ahli Shaklee di bawah empayar MariaFirdaus.

Saya baca blog mereka satu persatu. Ada sesuatu yang menarik disitu.

Blog itu menceritakan bagaimana ahli kumpulan mereka menjalankan bisnes Shaklee. Mereka ada marketing plan yang dipanggil "Online dan Offline Marketing", couching tanpa batas di internet dan telefon, teknik Jemput-jemput, Master Checklist dan macam-macam lagi.

Blog itu juga menceritakan bagaimana mereka ada M.E.S.T.I iaitu mereka berbisnes dengan tunjur ajar daripada mentor-mentor yang sudah terbukti berjaya, mereka ada lautan ilmu yang sangat luas tersedia dalam kumpulan mereka. 

Mereka ada sistem yang mentor mereka belajar daripada Dr. Azizan Osman dan ajarkan kembali kepada ahli kumpulan mereka secara percuma, mereka ada tindakan yang selari dengan impian dan macam-macam lagi yang tidak saya peroleh.


Sesungguhnya, pada ketika itu, saya amat-amat cemburu dengan mereka yang berada di bawah Empayar MariaFirdaus. Mereka amat beruntung kerana bertemu dengan Empayar itu terlebih dahulu sebelum bertemu dengan kumpulan Shaklee lain.

Tiba-tiba saya terfikir, jika mereka boleh, maka saya pun boleh. Ya. Saya perlu membuat keputusan yang betul untuk berjaya dalam bisnes ini seperti yang saya impikan. 

Saya mahu sertai Empayar MariaFirdaus!

Saya tekad!

Saya berbincang dengan emak saya. Saya minta izin dan restu emak untuk menggunakan namanya sebagai penama untuk keahlian saya di bawah group baru ini. 

Saya juga berbincang dengan upline saya sebelum ini yang merupakan jiran saya itu. saya beritahu sebab- sebab saya mahu keluar dari kumpulannya. Saya beritahu dia baik-baik yang saya mahu memasuki Empayar Maria Firdaus. Saya beritahu sebab kenapa saya mahu membuat keputusan sedemikian.

Alhamdulillah, upline saya boleh menerima keputusan saya dengan hati yang terbuka. Malah, dia turut mendoakan agar saya berjaya dibawah kumpulan baru saya nanti.

Kemudian, saya contact pengasas Empayar MariaFirdaus, Master Maria. Saya beritahu bahawa saya mahu sertai kumpulannya.  Saya beritahu beliau tentang diri saya yang pernah menjadi ahli group lain sebelum ini. Saya berazam untuk pegang amanah kumpulan ini dan berusaha bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah, beliau sudi menerima saya menjadi ahli beliau. Beliau sudi untuk memberi tunjuk ajar kepada saya bagaimana ingin berbisnes dengan betul dan berjaya.




Peluang Kedua

Alhamdulillah, kini saya diajar bagaimana untuk berbisnes dengan tepat hingga berjaya. Di bawah Empayar MariaFirdaus, saya didedahkan dengan teknik jemput-jemput di mana saya tidak perlu mencari customer, tetapi customer yang mencari saya. Saya belajar tentang online dan offline marketing yang genius.

Saya dididik dan diajar satu persatu cara-cara untuk berjaya dan bisnes. Saya dapat belajar secara personal dan berkumpulan melalui mentor-mentor saya yang sudah berjaya seperti upline saya, kak Adni Harlina, Master Maria dan Master Firdaus. Saya diberikan Master Checklist yang perlu saya amalkan untuk berjaya seperti mereka.


Master Firdaus sedang memberi tunjuk ajar kepada kami semua.
Alhamdulillah, kini saya ada mentor yang boleh memberi tunjuk ajar yang betul. Saya didedahkan dengan lautan ilmu yang sangat luas merangkumi ilmu bisnes, ilmu produk, ilmu marketing dan macam-macam lagi.

Saya juga mempunyai sistem bisnes yang lebih teratur seperti mana yang dipelajari oleh mentor saya daripada Dr Azizan osman. Kini tindakan saya lebih selari dengan impian.

Alhamdulillah, saya juga lebih dekat dengan Allah. Dulu saya tidak pernah mengamalkan solat sunat dan jarang sekali membaca al-Quran. Memderma dan memberi apatah lagi. Kini saya lebih dekat dengan Dia. Kehidupan saya juga lebih ke arah perkara-perkara yang postif.

Sesungguhnya saya amat bersyukur dengan peluang kedua yang Allah lorongkan kepada saya.


Kisah Hati.

Ini kisah saya. Kisah daripada hati kecil saya dan pengalaman saya sendiri. Anda mungkin mempunyai pengalaman anda sendiri yang sama atau tidak sama seperti saya. Setiap orang diberi peluang, hanya kita saja yang boleh memilih sama ada untuk melihat sesuatu cabaran itu sebagai masalah atau sebagai peluang.

Nasihat saya, jika anda mahu memulakan bisnes Shaklee, pilih kumpulan yang betul-betul akan membimbing anda sehingga perniagaan anda berjaya. Pilih mentor yang sudah berjaya, kerana kegagalan mereka sebelum ini dapat dijadikan pedoman dan 'shortcut' untuk anda mencapai kejayaan.

Tambahan pula, pilihlah kumpulan yang boleh mengajar anda cara-cara marketing yang betul dan bukan hanya mendesak anda semata-mata tanpa menunjukkan jalan yang betul. Pilihlah kumpulan yang mampu mendekatkan anda dengan Yang Maha Pencipta.

Mentor saya pernah berkata, rakan anda mencerminkan siapa diri anda.

Maka, pilihlah untuk berada bersama mereka yang positif dan telah berjaya. InsyaAllah anda akan berjaya. Pilihan ditangan kita sendiri sebenarnya. 

"We choose our way of life"

Saya dan keluarga Shaklee saya bergambar dengan Master Maria dan Master Firdaus

Ingatlah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri.

Sekian.


Salam sayang,
~Noor Aziemah~
Youngest Master2Be in Shaklee.


Pembaca yang belum lagi menjadi rakan saya di Facebook boleh mencari saya di FB dengan nama Noor Aziemah Noor Azman. I'm more than happy to be your friend :D

Sila tekan butang like dan share sekiranya anda rasa kisah ini mampu memberi manfaat kepada rakan-rakan anda. Terima kasih daun keladi.

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI