5 November 2014

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Assalamualaikum


Apa khabar anda semua hari ini? Semoga Allah memudahkan urusan anda semua di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Saya rasa ramai yang dah kenal Dr Azizan Osman kan? Dia dikira antara usahawan yang telah berjaya di Malaysia ni. Banyak klinik-klinik usahawan yang dia dah jalankan termasuklah iMKK, RKMJ dan lain-lain lagi.




Dalam team bisnes MFMS, Master Firdaus sangat-sangat tekankan kami untuk pergi menghadiri seminar IMKK ni. Jadi, dalam team kami, ramai dah yang pernah pergi seminar ini. Pada yang belum berkesempatan untuk pergi pula, mentor kami dan mereka yang pernah pergi akan share ilmu ini seluas-luasnya.

Ini yang saya suka. Mereka tidak lokek memberi ilmu.

Formula Orang Berjaya
Saya belajar salah satu rahsia kenapa kenapa orang berjaya terus berjaya ialah mereka nampak apa yang mereka mahukan. Papan visi atau vision board merupakan salah satu formula rahsia yang dapat membantu saya merealisasikan impian saya.

Mari saya belanja anda semua dengan satu fakta yang tak ramai orang tahu. Kajian menunjukkan vision board mampu membantu menambah keyakinan diri untuk berjaya serta dapat menghakiskan kepercayaan karut mustahil secara sepera sedar. Makanya, saya pun cepat-cepat buat vision board saya sendiri.

Vision Board Saya




Ini vision board saya. Saya nak income 4 angka, menunaikan umrah, bercuti ke Long Beach U.S.A, ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, nak menjadi pelajar terbaik dan cemerlang, dan InsyaAllah menjadi seorang Master Coordinator suatu hari nanti.

Untuk mencapai apa yang saya impikan, saya perlu membantu lebih ramai orang mendapatkan yang terbaik untuk kesihatan mereka. Bukan itu sahaja, saya juga perlu menambah nilai dalam kehidupan orang lain. Saya perlu membantu ramai orang mencapai taraf bebas kewangan, barulah saya boleh berjaya.

To get what you want, you must help other people to get what they want 
-Shaklee Effect

Rasa macam terlalu awal untuk saya bermimpi sebegini tinggi? Semestinya tidak, sebab sesiapa sahaja boleh berimpian. Tapi yang membezakan setiap impian itu adalah....

kuasa sebuah tindakan!

Saya post kan vision board saya di sini supaya ianya boleh menjadi pembakar semanngat untuk saya, supaya saya terus bertindak dan tidak berputus asa dalam mencapai apa yang saya impikan. Tambahan pula, siapa tahu, lepas ini ada orang lain yang terdorong untuk mencipta vision board mereka sendiri, kan?

Kepada anda di luar sana yang masih belum lagi ada papan impian atau vision board ini, saya sarankan anda buat satu. Cuba fikir apa yang anda ingin capai dalam masa 5 tahun akan datang.

Contohnya nak income berapa, nak rumah macam mana, nak kereta apa, nak bercuti kat mana, nak kahwin umur berapa, nak menunaikan haji tahun bila dan lain-lain. Semasa saya pergi seminar Law Of Universal Attraction (LUA) tempoh hari, saya belajar bahawa kalau nak berjaya, jangan takut untuk bermimpi.

Lepas tu, jangan pula layan biawak kecil dalam diri seperti "eh, boleh ke aku buat ni", "boleh ke aku capai ini", "macam tak logik je..."

Tahukah anda konsep percaya sebelum berjaya? Orang berjaya, dia percaya dia boleh buat apa yang orang lain tidak percaya. Orang luar biasa, dia buat perkara yang orang biasa-biasa tak buat.

Salah seorang mentor saya selalu tekankan ayat ini:
"Hanya orang yang 'gila' sahaja boleh berjaya"
Ha... Nampak macam pelik kan? Tapi seriously, hanya mereka yang gila sahaja yang boleh berjaya. Orang gila di sini ialah mereka yang percaya dan buat apa yang orang lain tak percaya dan tak buat...

Dalam masyarakat kita, adalah biasa seseorang itu dikatakan gila kerana melakukan sesuatu kelainan atau memperkenalkan pemikiran yang baru.

Sebagai contoh, Thomas Edison yang mencipta mentol elektrik dianggap gila kerana melakukan beribu-ribu ujian tanpa bosan.

Begitu juga si pencipta telefon, Alexander Graham Bell. Beliau dikatakan gila malah dia juga dituduh berhubung dengan syaitan melalui alat ciptaannya.

Ini antara contoh orang yang telah berjaya. Lihat sahaja sumbangan mereka berdua terhadap masyarakat hari ini. Kalau pada waktu itu mereka tidak berfikiran 'gila', rasa-rasa hari ini mereka boleh berjaya tak?

Anda faham ke faham?

Thomas Edison
 
Alexander Graham Bell

Nabi Muhammad s.a.w pun digelar orang gila semasa menyebarkan dakwah Islam. Tapi lihatlah kejayaan baginda pada hari ini. Islam tersebar luas di seluruh dunia.

Biar Mimpi Sampai ke Bintang
Makanya, kalau nak berimpian tu, jangan takut-takut. Tulis sahaja impian anda di atas kertas. Tak salah untuk bermimpi hatta sampai ke bintang atau ke bulan sekalipun. Bukankah kita umat Islam dididik untuk mempercayai kuasa Allah swt? Jika kita percaya akan Allah sebagai penguasa alam dan pemberi rezeki, kenapa kita takut nak berimpian?

Ingat, Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Jika kita rasa boleh, cepat atau lambat, Allah pasti kabulkan. Jika kita rasa tidak boleh, mestilah kita tak akan dapat, kan?

Master Nana pun pernah pesan,
Jika anda memandang rendah akan diri anda, ini bermaksud anda pandang rendah akan pencipta diri anda.

Baiklah setakat ini entri saya. Semoga ianya bermanfaat dan dapat memberi inspirasi kepada kita semua. Yang baik hasil ilham daripada Allah. Yang buruk hasil kekhilafan diri saya sendiri. Sila tekan butang like dan share ya. Semoga kita berjumpa lagi :)

Salam sayang,

~Noor Aziemah~
Biar Mimpi Sampai Ke Bintang
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI