31 January 2014

Giveaway Birthday Azhafiza

Assalamualaikum

Tahun 2014 baru pertama kali join contest and giveaway? memang loser lah kan? Haha. Mengata siri sendiri sebagai mukadimah. Ya. Memang betul. Ini kali pertama aku nak join GA atau giveaway oleh blogger lain. Sebelum ini memang aku tidak pernah join sebarang contest pun even free GA. sebabnya? entahlah. Kesibukan dan ketiadaan masa sebagai pelajar sekolah membuatkan aku lebih terkebelakang sedikit. Mujurlah aku terjumpa dengan Blog Sihatimerahjambu ni. Tuan punya blog ni ada buat GA untuk birthday dia. Hadiah dia pun menarik. Lagi pun semua yang join confirm dapat hadiah tau. so, aku pun apa lagi. Terus join. Tak nak lah ketinggalan lagi dah.. Hehehe ^_^




Cara-Cara Join GA Birthday Azhafiza

1. Buat entry bertajuk "Giveaway Birthday Azhafizah"
2. Letakkan Banner giveaway di atas dan backlink ke entry ini: http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html
3. Follow Blog ini: http://www.azhafizah.com/
4. Like fanpange 
5. Follow Instagram Azhafizah [Jika ada account IG]
6. Publish dan tinggalkan details seperti berikut di ruangan kotak komen entry http://www.azhafizah.com/2014/01/giveaway-birthday-azhafizah.html

Nama : untuk di tulis di calendar
URL Blog : untuk di tulis di calendar
URL entry giveaway :
email :
Kalau tak nak tulis nama,nak buat ayat pun boleh

Kalau ada contest mesti ada hadiah kan??? So berikut adalah senarai hadiah yang disediakan oleh blogger fiza untuk pemenang2.

TOP REFERRAL 1
Full Design Blog

TOP REFERRAL 2
Header Blog

TOP REFERRAL 3
Watermark
ENTRY KREATIF
Vector Potrait x 3 pemenang[Soft Copy only]

Untuk semua peserta pulak, mereka akan menerima softcopy calendar 2014 desktop wallpaper [resolution :1152x864] yang unik ni.

So, apa tunggu lagi? Takkan nak baca aje? Takkan nak jadi loser macam aku jugak??? Mari ramai2 join GA Brithday Azhafizah. Kalau bertuah boleh dapat free header blog, watermark atau vector potrait. Anda tak rugi apa2 pun. Jom! Jom! Jom! ^_^

Assalamualaikum... 

5 January 2014

Yang Best dan Yang Tak Best di 99 Speedmart

Assalamualaikum...

Bekerja di 99 Speedmart memang ada keseronokan dan ketidakseronokan nya. Itu aku tidak nafikan. namun, post ini bukanlah untuk menghentam mana-mana pihak, jauh sekali membuka aib mana-mana pihak. namun, post ni ditulis sekadar untuk berkongsi pendapat aku tentang perkara yang best dan yang tak best sebagai pekerja di 99 Speedmart.

YANG BEST
1. Boleh memperbaiki kebolehan customer service anda tatkala bersama pelanggan.
2. Most of the customer baik2 belaka, so boleh tambah kenalan.
3.Kerja cashier tak banyak, setakat scan barang, terima duit, bagi baki, masukkan barang dalam plastik and step itu berulang2.
4.Masuk pukul 9:30am so boleh bangun lebih lambat daripada adik2 yang pergi sekolah. hehe ^_^
5. Rakan-rakan sekerja yang baik, tak mengata orang daripada belakang atau pun memburukkan kita.

YANG TAK BEST
1. Balik pukul 10:30pm, lambat sangat sampai tak ada masa nak bersuka ria bersama family.
2. Kerja enam hari seminggu, cuti satu tu bukannya pada hari ahad tapi weekdays.
3. Hari ahad kena bekerja sedangkan family berehat-rehat di rumah.
4. Public Holiday pun kena kerja- eg: Christmas, Birthday of Sultan Selangor, New Year Eve.
5. Tak ada tempat khas untuk solat, surau tak ada, so kena solat dalam bilik stor beralaskan kotak.

6. Since solat dalam stor, tak boleh khusyuk sebab orang lalu lalang.
7. Ramai pekerja lelaki, pekerja perempuan pun aku dan seorang kakak. so, rasa bosan since tak ada kawan.
8. Maksiat terang-tarangan berlaku depan mata -boyfriend & girlfriend- so, rasa berdosa sebab tak berani nak tegur.
9. Cashier terdedah kepada risiko duit short, walaupun tanpa disengajakan tapi kena bayar jugak.
10. Cashier terdedah kepada banyak masalah seperti salah scan barang customer, pastu kena reset komputer tu balik.

11. Computer di counter cashier adalah jenis yang old version, jenis yang besar, warna hitam putih so asyik stuck.
12. Cashier kena pantas buat kerja, kalau tak customer marah sebab kena beratur panjang. Kalau salah bagi baki macam mana?
13. Manager lelaki yang tidak peramah, tidak pernah senyum walaupun tak garang tapi aku dah pernah kena marah 2 kali, can u imagine me in that situation?
14. Berisiko melakukan kesalahan atau dosa yang hanya diri sendiri yang tahu tentang perbuatan itu.
15. Rasa tak selamat sebab manager selalu nak buat kerja dekat dalam kaunter dekat sebelah cashier. Kalau manager perempuan tak apa jugak.
16. Terdedah kepada risiko dirompak.


Disebabkan lebih banyak perkara yang TAK BEST daripada perkara yang BEST, so aku pun membuat keputusan untuk berhenti kerja daripada 99 Speedmart dan tukar kerja yang lain. mungkin juga aku ini kurang bersyukur, dan banyak complaint, tapi aku rasa keputusan yang diambil mungkin yang terbaik untuk aku dan keluargaku sebab mereka lebih happy bila aku tukar tempat kerja. so, aku harap sangat bekerja di tempat baru ini tidak timbul masalah yang TAK BEST macam di atas. Amin~
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI