17 June 2014

Rahsia Menjadi Magnet Kejayaan dan Kekayaan kini Terbongkar!

Assalamualaikum.


Bismillahirahmanirahim. Pada hari sabtu dan ahad yang lepas, saya diberi peluang oleh Allah swt untuk menghadiri sebuah seminar iaitu Seminar Mudahnya Menjadi Magnet Rezeki iaitu Law of Universal Attraction (LUA) and Neuro Linguitic Program (NLP).

Seminar ini diadakan di Success Centre iaitu di atas cawangan Shaklee Sri Rampai.



Program ini adalah khas untuk anak-anak Group Jutawan di bawah legasi ketua kumpulan kami. Tujuan saya menyertai program ini adalah untuk mempelajari teknik-teknik menjadi magnet rezeki. 

Untuk pengetahuan pembaca semua, rezeki itu tidak kiralah sama ada kejayaan, kekayaan atau kebahagiaan sebenarnya lebih mudah ditarik daripada dikejar. 

Jujur saya katakan, selepas mengikuti program LUA dan NLP ini, saya dapat belajar bagaimana kita mahu menjadikan rezeki yang datang kepada kita.

Dan bukannya kita yang mencari rezeki.

Sekarang saya dah faham bahawa rezeki lebih mudah menghampiri kita sekiranya kita tahu teknik dan rahsia untuk menariknya.


Pihak Penganjur dan Penceramah Motivasi

Penganjur program ini merupakan salah seorang mentor saya iaitu Puan Hasanah Ahmad dan suaminya. Manakala, penceramah yang diberi tangunggjawab untuk mengajar rahsia-rahsia menarik rezeki adalah Tuan Zuhairi Nopiah. 

Beliau telah berkongsi rahsia bagaimana menarik kejayaan dan kekayaan. Selain, itu, orang kuat Group Jutawan iaitu Tuan Haji Roslan Ghazali turut hadir dalam program ini.


Dari kiri: Puan Hasanah dan suami, Tuan Nopiah dan Tuan Haji Roslan.


Tuan Zuhari Nopiah memulakan perkongsian dengan soalan: Kenapa kita di sini?

Program dimulakan dengan topik yang paling asas sekali dalam perniagaan tetapi menjadi pemangkin kepada kejayaan kita iaitu Niat. 

Beliau berkongsi bahawa kita mesti berniat melakukan bisnes semata-mata kerana Allah. Kita mahu mendapatkan keredaan Allah. Orang yang berjaya selalu memperbaiki niatnya kerana niat yang bermagnet adalah niat yang paling kuat.



Kita perlu niat kepada Allah, buat kerana Allah, berusaha kerana Allah dan bertawakal juga kerana Allah.

Selain itu, kami sering ditekankan bahawa kita membuat bisnes bukan sebab kita nak kaya.

Tetapi, kita berniaga sebab kita nak membantu orang lain. 

Kita nak tambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Kita nak permudahkan kehidupan orang lain.

Kita nak selesaikan masalah orang lain.

Kalau kita buat bisnes kerana semua ini,

Jangan risau. Kita terpaksa menjadi kaya.



Syukur Alhamdulillah! Saya bersyukur sangat-sangat kerana dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi salah seorang peserta program ini.

Untuk pengetahuan anda semua, Tuan Zuhairi merupakan penulis buku Law of Universal Attraction (LUA). Saya dah pernah baca buku LUA ini sebelum menyertai program ini. Memang sangat bermanfaat!




Zikir merupakan amalan yang hebat.

Allah ada 99 nama. Jadi, mintalah kepada Allah bersesuaian dengan nama-Nya. Itu yang saya pelajari di sini.


Tulislah Impian Anda

Tuan Zuhari menyuruh kami semua menulis 99 impian kami. Jumlah yang agak besar bukan?
Percayalah, tidak akan rugi pun orang yang ada impian. Apabila kita sudah mula menulis impian, dengan sendirinya kita akan berusaha untuk mencapai setiap satu impian yang kita tulis itu. 

Beliau juga mengingatkan kami agar menetapkan impian utama kami sebagai mendapatkan keredaan Allah




Di bawah ini merupakan 99 impian saya. Sebenarnya, saya sudah menulis impian ini sebelum datang ke program.

Hal ini kerana, kumpulan khusus saya iaitu Empire MFMS sudah pun mempraktikkan perkara ini sejak dulu lagi. Hal ini diterapkan oleh Mentor kami iaitu Master Firdaus dan Master Kam Maria.



Kami dikehendaki membawa 99 impian kami pada keesokan harinya.

Kemudian, program diteruskan dengan perkongsian daripada Tuan Zuhairi tentang konsep kerohanian dalam mencapai impian kita. Bila kita mahu menjadi magnet kekayaan dan kebahagian, kita tidak dapat lari dari mendekatkan diri dengan Allah.

Bagi mengelakkan peserta menjadi bosan, program diselang-selikan dengan aktiviti. Ini merupakan aktiviti nyanyian untuk memberi motivasi kepada para peserta program. 



Kami dikehendaki untuk berdiri dan menyanyikan lagu Baik-Baik Sayang sambil berpegangan tangan masing-masing.

Lagu ini mengajar kami agar sentiasa menghargai mereka yang ada disekeliling kita tidak kiralah sama ada jasa yang mereka lakukan terhadap kita itu banyak atau sedikit.

Selepas menyanyikan lagu ini, beberapa orang peserta diminta untuk ke hadapan dan menghargai sesiapa yang berada di dalam bilik Succes Centre tersebut. Mereka boleh mewakilkan diri mereka untuk tampil ke hadapan.

Ada yang tampil untuk menghargai uplinenya

Ada yang tampil untuk menghargai suaminya

Ada yang tampil untuk menghargai mentornya.

Ada juga yang tampil untuk menghargai rakan yang baru saja dikenalinya!

Mereka tampil bukan kerana dipaksa, tetapi mereka sukarela untuk berucap di hadapan khalayak ramai. Mereka lakukannya bukan kerana disuruh, tetapi atas dasar kasih sayang sesama insan.

Allahuakbar! Indahnya kasih sayang manusia. Indah lagi kasih sayang Allah!

Tuan Zuhairi kata, tandanya kita menghargai jasa orang lain adalah dengan sentiasa menyebut-nyebut tentang jasa orang itu terhadap kita. Walaupun sekecil-kecil perkara, tapi perkara itu sangat menggembirakan mereka yang kita hargai.

Menyedari hakikat ini, saya mengambil keputusan untuk turut tampil ke hadapan untuk menyatakan penghargaan terhadap salah seorang rakan yang baru saya kenal di situ.

Saya beritahu di hadapan khalayak ramai, betapa saya sangat menghargai kebaikannya yang dilakukan kepada saya, walaupun kami baru sahaja kenal di dalam program LUA itu. 

Sesungguhnya, saya sangat kagum dengan sifat kasih sayang yang ada dalam group Jutawan ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kebaikan mereka.


Dalam pada itu, saya turut belajar tetntang perbezaan antara BERJAYA dan BAHAGIA.

Saya dapati, orang yang berjaya tidak semestinya bahagia tetapi orang yang bahagia akan berjaya selama-lamanya. Nak tahu kenapa? Ini semua bergantung kepada niat kita.

Seseorang yang berjaya tidak semestinya bahagia apabila dia tidak meletakkan Allah pada niat yang satu.


Program hari pertama diakhiri dengan aktiviti minum petang.


Hari Kedua

Pada hari kedua, kami belajar lebih banyak tentang Neuro-Linguitic Program (NLP). Kalau anda nak tahu, NLP membantu kita mengatur strategi terbaik dalam mencapai matlamat untuk berjaya. 

Kami diajar tentang sistem representasi setiap manusia. 

Ada yang jenis Visual, Auditory, Kinesthetic dan Internal Dialogue. Perkara ini sangat penting untuk mengenali customer/prospek dalam perniagaan kami.

Apabila kami sudah dapat mengenalpasti jenis sistem representasi setiap prospek, ianya menjadi lebih mudah untuk kami berurusan dengan mereka terutama sekali apabila ianya berkaitan dengan solusi yang ingin kami berikan terhadap masalah kesihatan yang mereka hadapi.

Selain itu, saya juga belajar apakah cara yang betul untuk membina hubungan dengan prospek bagi setiap jenis sistem representasi.

Ilmu yang sangat bermanfaat ini dapat dipelajari oleh anak cucu cicit keluarga Jutawan dan Empire MFMS secara meluasnya.


Kami turut mempelajari teknik Matching and Mirroring yang sangat bermanfaat. Dalam satu aktiviti berpasangan, kami perlu meniru aksi yang dilakukan oleh pasangan kami.

Memang sangat kelakar. Palbagai aksi ditunjukkan oleh setiap peserta.



Akak-akak yang comel. Malu-malu kucing pulak akak sorang tu


Saya dengan pasangan saya yang sangat sporting!


 Antara peserta cilik. Adik ini baru sahaja berusia 10 tahun tapi sudah mengikuti ibunya menyertai program ini.

Inilah keistimewaan group Jutawan dan Empire MFMS. Anak-anak boleh mengikuti program ini dengan percuma.



Abang-abang ini merupakan peserta yang sangat kreatif. Macam-macam aksi dilakukan oleh mereka.



Akak yang comel-comel.



Saya dan Tuan Haji Roslan. Ini pun teknik Matching and Mirroring juga. :)

Kemudian, kami diminta untuk melukis impian kami diatas sebuah kertas. Nampak macam remeh tapi sebenarnya aktiviti ini membuatkan kita lebih fokus dan lebih terarah untuk mencapai impian kami.

Selepas melukis, kami perlu menceritakan tentang impian-impian kami kepada pasangan masing-masing dengan penuh perasaan atau 'feel'. Tuan Zuhairi manyuruh kami menceritakannya dengan penuh perasaan sehingga mengalirkan air mata.

Bercakap tentang impian saya boleh membuatkan saya sebak kerana saya mahu impian ini direalisasikan.

Apabila bercerita dengan penuh perasaan, memang akan mengalirkan air mata juga walaupun saya cuba menyorok perasaan sedih itu.

Setelah aktiviti bercerita tentang impian kepada pasangan ini berakhir, para peserta yang menangis perlu tampil ke hadapan dan berkongsi dengan peserta lain tentang kenapa mereka terlalu sebak.

Saya pun terpaksa berdiri di hadapan dan di sebelah peserta yang lain yang mengalirkan air mata.





Kakak yang sedang berucap itu merupakan Master Nana. Beliau sangat sebak tatkala mencaritakan tentang impian beliau dan suaminya.

Tamatnya aktiviti meluahkan impian, maka tamatlah seminar pada hari itu. Sekarang aktiviti bergambar dengan para peserta yang lain.

Saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Tuan Zuhairi yang sudah banyak berkongsi rahsia menarik kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan kami.




The power of visualisation. Tuan Zuhairi ada mengatakan, orang yang tidak ada impian adalah seperti orang yang sudah mati.



Maka, saya pun mula memasang impian.
Ini merupakan salah satu impian saya. Untuk memilik sebuah kereta BMW di bawah nama saya. 
Mind Create Reality!



Untuk makluman semua, bayaran penuh LUA & NLP ini adalah RM1000+++ untuk sesebuah kelas.

Namun, khas untuk anak cucu cicit dalam group jutawan dan Empire MFMS, mereka hanya perlu membayar tidak sampai 15% daripada harga sebenar program ini.


Sejujurnya, prgram ini telah banyak membantu saya mengenalpasti masalah saya dalam bisnes dan bagaimana mahu mengatasi masalah tersebut. Saya juga dapat belajar bagaimana mahu menarik rezeki kerana rezeki lebih mudah ditarik daripada dikejar.

Saya bersyukur kepada Allah kerana digerakkan hati untuk menyertai Shaklee di bawah Empire MFMS dan Group Jutawan. Saya boleh nampak masa depan yang cerah kerana saya berani untuk bermimpi! Sebab mimpi adalah kunci untuk kita menakluk dunia.

Semoga semua yang menyertai program ini mendapat manfaat yang sebanyaknya.
Semoga mereka semua dapat mencapai segala impian yang mereka idamkan.

InsyaAllah. Kita bertemu lagi pada masa akan datang.


Salam sayang,

Noor Aziemah
012 6818763



5 June 2014

Collagen Plus Vit E: Selamat Atau Tidak?

Assalamualaikum.

Collagen Plus Vit E... Ramai yang kata ia tidak selamat untuk digunakan. Saya pun salah seorang daripada mereka. Sebab? Kandungan merkuri dalam produk ini terlalu tinggi. Saya pun baru tahu tentang perkara ini.

Dulu, dalam 5 bulan yang lepas, saya pernah memakai collagen plus vit E, tapi pada masa itu, saya tak tahu produk ini sangat bahaya. Sampailah satu hari.....

(Kalau nak tahu kenalah baca sampai habis)

Pengalaman Saya

Alkisahnya begini, semasa bersekolah menengah, saya sangat aktif dalam aktiviti kawad memandangkan saya merupakan ahli persatuan kor kadet polis. Aktiviti berkawad di bawah matahari memang menjadi rutin harian kami. Jadi kulit terbakar memang perkara biasa bagi saya tambahan lagi saya bukanlah jenis gadis yang suka menjaga kecantikan. Apa yang saya fikir hanya belajar.

Selepas tamat sekolah menengah, saya tergerak hati untuk mencerahkan dan memperbaiki wajah saya. Kebetulan rakan di tempat kerja mencadangkan saya menggunakan Collagen Plus Vitamin E. Saya pun tanpa berfikir panjang terus menggunakan produk tersebut.

Selepas beberapa hari menggunakan saya boleh nampak perubahan yang sangat ketara. Mula-mula, kulit saya memang menggelupas dengan teruk, bersisik, pastu wajah jadi kemerah-merahan, pedih-pedik sikit. Saya ingatkan perkara iti sekadar simptom-simptom biasa.

Lama-lama, wajah menjadi lebih cerah, kulit lebih tegang dan tiada jerawat tumbuh. Tidak sampai sebulan saya pakai, kulit saya menjadi sangat cerah sehingga ditegur oleh orang sekeliling.

Memang ada beberapa orang puji, kulit saya cerah sangat, dah tak gelap macam waktu sekolah. Saya pun gembira sangat-sangat.

Pastu sampailah satu hari saya terbaca satu blog yang menulis tentang produk collagen Plus Vit E bahaya untuk digunakan. Memang pelik. Saya pun terus selidik pasal perkara ni.

Hasil penyelidikan saya di Google, ramai juga yang kata collagen plus vit E ini bahaya dan tidak selamat untuk digunakan. Jawapannya adalah kerana kandungan merkuri yang tinggi dalam krim malam dan krim siang nya. Dan kesan kewujudan merkuri pada wajah adalah simptom-simptom yang saya nyatakan di atas.

Merkuri ini memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada kulit wajah tapi organ dalaman seperti ginjal. Malah, ada juga mereka yang terkena kanser kulit selepas menggunakan collagen plus vit E dalam jangka masa yang panjang.

Lepas baca statement tersebut, saya memang stop terus pakai. Lagipun saya tiba-tiba terfikir, harganya sangatlah murah. Saya beli satu set tak sampai RM16.00 . Harga pasaran pun tak jauh beza, antara RM25.00- RM30.00. Tapi, kesan kecerahan kulit terjadi tak sampai seminggu. Betul ke kulit saya cerah secara normal atau sebenarnya bahan logam (merkuri) dalam krim itu yang menghakis wajah saya?

Walaupun ramai orang kata yang kesan-kesan buruk itu hanya untuk penggunaaan collagen plus vit E yang bukan original, tapi saya masih mengambil langkah berjaga-jaga. Pada saya, lebih baik kita mencegah daripada merawat.

Itu sedikit sebanyak pengalaman saya sendiri menggunakan collagen plus vit E. Mungkin pendapat orang lain berbeza dengan pengalaman saya tapi saya cuma nak menyatakan pendapat saya di sini bahawa Collagen Plus Vit E tidak selamat untuk digunakan.

Sekarang saya dalam proses nak membaiki kulit wajah saya sebab selepas berhenti menggunakan collagen plus vit E, warna kulit kembali kusam.

Saya cuba memperbaiki dari dalam dengan mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee iaitu ESP Soy Protein Isolate Powder dan Sustained Released Vita C. Alhamdulillah kulit wajah menampakkan kesan positif dan saya akan terus mengamalkan ESP dan Vita C. Sekian.


Lots of Love,

Noor Aziemah
Shaklee ID: 1144358

4 June 2014

Bagaimana Rasulullah SAW Merawat Jerawat?

Assalamualaikum.

Pernahkah kita terfikir, Bagaimana Rasulullah SAW merawat jerawat... Dalam entry kali ini, InsyaAllah saya akan berkongsi sebuah artikel menarik yang saya jumpa di laman web anugerahquran.com

Saya tahu ramai yang ada masalah jerawat dan tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul bagaimana ingin merawat jerawat. Anda akan tahu bagaimana jerawat terjadi, bagaimana Rasulullah SAW merawat jerawat dan apakah tips merawat jerawat.

Jerawat menjadi masalah kebanyakkan remaja


Bagaimana Rasulullah SAW Merawat Jerawat?

'Di jarinya, tumbuh sesuatu yang menjengkelkan. Selalunya ia menepek pada muka, tak ada pada tempat lain. Memang pelik. Macam mana jerawat boleh tumbuh pada jari?

Lalu beliau berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu masalahnya. Orang ini bukanlah seorang doktor. Bukan juga seorang pengamal perubatan.

Tapi orang ini bukan calang- calang orang. Dia adalah baginda Rasulullah SAW.

Rasulullah bertanya kepada pesakit itu.

"Engkau ada minyak zarirah?"

Pesakit itu menjawab, "Ada"

Baginda SAW bersabda,

"Bubuhkan ia pada jerawatmu, kemudian bacalah doa:

Allahumma musogghiral kabii. Wa mukabbiras sofhir. Soggir maabi"

Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawat ini.

 Itu adalah pengalaman Ibnu As Sunni yang meriwayatkannya daripada sebahagian isteri Nabi SAW. Rupa-rupanya, kaedah untuk merawat jerawat sudah diberitahu Rasulullah SAW lebih dari 1400 dahulu. Bukannya dermatologis dan doktor pakar.

Bagaimana jerawat terjadi?



Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hingap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit.

Masalah ini sering menghantui remaja terutama remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang menopos.

Faktor persekitaran, tumbesaran yang pesat dan ketidakseimbangan hormon juga penyebab masalah jerawat.

Kenali Minyak Zarirah.

Setelah bertanya bagaimana mahu merawat jerawat, Ibnu As Sunni ditanya pula oleh Baginda Rasulullah tentang minyak zarirah. Mungkin tak ramai yang tahu apakah minyak zarirah ini termasuk saya sendiri. Jom kita kenali apakah minyak zarirah ini sebenarnya.

-Minyak ini diambil dari pokok Swertia Chirayita. Ia dikenali sebagai Qasabuz Zahirah di kalangan masyarakat Arab, ia boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana Malaya.

-Tumbuhan ini bersifat pahit, anti keradangan dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda untuk merawat buasir, ulser, diabetes dan penyakit kulit.

Minyak Zarirah adalah salah satu cara bagaimana Rasulullah SAW merawat jerawat. Ianya semula jadi dan tiada bahan kimia.

Mungkin agak sukar untuk mendapatkan minyak zarirah di sini. Tetapi anda boleh mengambil beberapa lañgkah mudah untuk merawat jerawat.

Tips Bagaimana Merawat Jerawat

*Pastikan tangan anda sentiasa bersih. Kekerapan tangan menyentuh kulit muka adalah sangat tinggi jadi cuci tangan dengan sabun sekerap yang boleh.

*Pakai pakaian yang bersih dan sudah dicuci

*Cuci muka dengan kerap. Wuduk setiap 5 kali sehari semalam adalah cara terbaik dan mudah untuk membersihkan muka dari minyak dan debu.

*Guna pencuci muka yang bebas kimia untuk membersihkan kulit muka anda.

*Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin B6, vitamin E, kalsium dan zinc.

*Kurangkan makanan berlemak

*Kawal stres dengan melakukan aktiviti aktif seperti senam robik, berenang àtau bersenam. Lakukan juga perkara yang merehatkan minda seperti berkebun dan meditasi.

*Tidur dengan secukupnya kerana tubuh badan dapat menjana semula sel-sel kulit yang baru dan dapat mengeluarkan toksin daripada badan.

*Untuk petua mudah, sapukan sari mentimun pada bahagian wajah dan leher selama beberapa minit kemudian bilas dengan air.

Memicit jerawat bukanlah langkah yang bijak


Berkat Doa yang Diajar Rasulullah SAW

Alhamdulillah, jerawat yang ada pada jari Ibnu As Sunni sudah reda setelah beliau bertanya bagaimana merawat jerawat kepada Rasulullah SAW. Ini semua berkat doa yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Lalu disampaikan kepada semua orang, hinggalah sampai kepada kita. Terpulanglah kepada kita untuk mengamalkannya. Jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, InsyaAllah apa sahaja masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.

Credit: anugerahquran.com

Apa kaedah anda untuk merawat jerawat pula? Jom kongsi dengan saya di ruangan komen di bawah.


Lots of Love,

Noor Aziemah
Shaklee ID: 1144358
aziemah96@yahoo com
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI