31 May 2014

Isyarat Malaikat Maut Dengan 5 Jari

Assalamualaikum


Apa khabar pembaca blog saya hari ini? Jom kita ucapkan Alhamdulillah sebab hari ini, Allah masih memberi kita peluang utnuk bernafas di muka bumi-Nya ini. Terlalu besar sifat penyayang Allah. Walaupun kita banyak melakukan dosa saban hari, namun Dia masih menghidupkan kita pada hari ini kerana masih mahu memberi kita peluang untuk bertaubat atas dosa-dosa yang lalu.

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...



Saya baru sahaja membeli sebuah majalah islamik semalam iaitu Majalah Al-Islam keluaran Jun 2014. Selepas menyelak halaman-halaman muka surat majalah tersebut, ada satu artikel pendek yang sangat menarik bagi saya. Kisah Imam Malik bermimpi bertemu dengan Malaikat Maut.


Isyarat Malaikat Maut Dengan 5 Jari

Pada suatu malam Imam Malik b. Anas r.a. tertidur. Lalu di dalam tidurnya dia bermimpi didatangi malaikat maut. Kemudian dia bertanya kepadanya, "Wahai malaikat maut! Masih tinggal berapa lama lagi usiaku di dunia ini?"

Malaikat maut lalu memberi isyarat dengan lima jarinya. Tetapi Imam Malik tidak mengerti maksudnya, maka dia pun bertanya lagi, "Lima apa wahai malaikat maut? Apakah lima tahun, lima bulan, lima minggu atau lima hari?"


Namun belum sempat mendengarkan jawapan daripada malaikat maut, Imam Malik r.a. terbangun daripada tidurnya.


Keesokkan harinya, Imam Malik pergi menemui seorang yang mahir dalam ilmu mentafsir mimpi iaitu Imam Ibnu Sirin, untuk bertanyakan perihal mimpinya malam tadi. Imam Ibnu Sirin berkata kepadanya,


"Wahai sahabatku, Malik, mimpimu baik-baik sahaja. Malaikat maut yang datang dalam mimpimu itu tidak bermaksud mengatakan jangka hayatmu lima tahun, lima bulan, atau lima waktu yang lainnya. Tetapi dia hendak mengatakan kepadamu bahawa pertanyaan itu termasuk dalam lima rahsia ilmu ghaib yang tidak diketahui sesiapapun selain daripada Allah sendiri, sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Luqman: 34,


"Sesungguhnya di sisi Allah, ilmu tentang hari kiamat dan dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi amat meliputi pengetahuan-Nya"


Rahsia Allah.

Banyak pengajaran yang terdapat dalam kisah ini. Allah sangat berkuasa sehinggakan kita tidak dapat mengagak seluas manakah kekuasaan-Nya.

Bilakah hari kiamat?
Di manakah hujan akan turun?
Apa jantina bayi di dalam rahim?
Apa yang akan tejadi esok?
Bila kita akan meninggal dunia?

Semua ini, tidak ada satu makhluk pun yang mengetahui tentangnya melainkan Allah swt. Dialah Tuhan Yang Maha Berkuasa. Menghidupkan dan mematikan orang sesuai dengan apa yang dikehendakinya. Kun Fayakun! Jika Dia berkata Jadi, maka Jadilah. Tidak ada apa-apa pun yang dapat menghalang kekuasaan Allah.

Sesungguhnya, kita sangat beruntung kerana masih hidup pada hari ini. Beruntungnya kita kerana Allah tidak mengambil nyawa kita sedang dosa masih menggunung. Beruntungnya kita kerana Allah masih menyayangi kita. Beruntungnya kita kerana Allah masih meminjamkan tubuh badan yang sempurna kepada kita, akal yang cerdas dan tubuh badan yang sihat serta  ibu bapa yang penyayang. Sedangkan masih ramai lagi insan di luar sana yang kurang bernasib baik. Ada yang tiada ibu bapa, tiada wang untuk makan, kesihatan yang terjejas, keadaan fizikal yang kurang memuaskan dan lain-lain lagi.

Mungkin kita terfikir, itu adalah ujian untuk mereka. Allah sedang menguji mereka, tetapi tanpa kita sedar sebenarnya Allah sedang menguji kita. Ya, Allah sedang menguji kita pada saat ini, adakah kita akan membuat sesuatu untuk membantu mereka yang kesusahan itu? Ataupun kita sekadar berdiam diri? Sekadar melemparkan rasa kasihan di hari tanpa menghulurkan bantuan sedikit pun?

Jika kita Tahu

Percayalah,
Jika kita tahu hidup ini sangat singkat, pasti kita akan berusaha membantu mereka yang memerlukan
Jika kita tahu hidup ini sekejap, pasti kita akan membantu lebih ramai orang
Jika kita tahu hidup ini sementara, pasti kita berazam untuk melakukan lebih banyak kebaikan
Jika kita tahu hayat ini akan berakhir, pasti kita tak akan melakukan sesuatu untuk umat Islam
Kerana Allah tidak akan mesia-siakan setitis pun usaha kita kan?

Mungkin ada yang bertanya. Mengapa kita perlu membantu orang lain? Mengapa kita nak membantu lebih ramai orang? Mengapa kita perlu melakukan lebih banyak kebaikan?
Mengapa?

Kerana kita semua dihidupkan di dunia ini atas tujuan yang sama.

Kerana, kita semua mahu mengumpul bekalan untuk akhirat kelak, kan?

Tepu dada, tanyalah iman~

Salam sayang,
Noor Aziemah

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih


As-Salam

[Siapa nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .




Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Shaklee ID: 1144358

30 May 2014

Alkisah teman sepejuangan: Cergas dan Selim Melim Selepas Bersalin

Assalamualaikum.


Saya teringat perkongsian salah seorang peserta semasa seminar OMG. Beliau merupakan ibu kepada 2 orang anak dan seorang guru subjek Sejarah. Beliau menceritakan pengalaman bersalinkan anak pertama dan kedua yang berbeza.


Selepas bersalinkan anak pertama, beliau terasa sangat penat, lemah, biasalah orang baru lepas bersalin. Tiada langsung tenaga. Bila dah habis pantang, beliau memulakan tugas sebagai guru di sekolah, beliau rasa penat teramat sangat. Sentiasa mengantuk, sampaikan beliau seringkali tidur di dalam stor sukan. Memang badan sentiasa lesu, stress, tertekan.. Ye lah, badan dah tak larat, kerja-kerja sebagai guru yang tertangguh semakin menimbun balik rumah nak uruskan rumah tangga pula. Bukan itu saja, badan pula semakin membulat, simptom biasa orang lepas bersalin. Mana dia tak stres?


Semasa bersalinkan anak kedua, beliau tekad untuk mencari set berpantang yang tidak pahit alah boleh memberikan tenaga yang berpanjangan. Nak dijadikan cerita, beliau berjumpa dengan satu set bersalin di internet. Beliau pun menggunakan set tersebut sepanjang waktu berpantang.


Ternyata pengalaman beliau tentang kelahiran kedua-dua anak sangat berbeza di mana pengalaman bersalin anak kedua beliau lebih happening! Happening sebab katanya luka bersalin cepat sembuh,
 badan dia sangat sihat dan lebih bertenaga. Kalau kawan-awan nak tahu, beliau siap boleh masak sendiri untuk majlis akikah anaknya selepas 10 hari bersalin.


Part yang paling best bila masuk kerja selepas cuti bersalin, rakan-rakan sekerja pakat tegur:

"Weh, ko ni makan ape ni cepat betul slim. Anak first dulu tak ada pulak macam ni..."


Rupa-rupanya beliau ambil Set Bersalin dan Slim Shaklee. Baru first time cuba. Memang terbaiklah!
Sekarang dah join ahli Shaklee dah pun, sebab nak kongsi kebaikan set bersalin Shaklee yang telah beliau rasai sendiri.

Benda bagus, haruslah dikongsi kan?



Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Supervisor-to-be
Shaklee ID: 1144358

29 May 2014

Angan-angan Vs Impian

Assalamualaikum.


Semua orang mempunyai impian, kan? Tipu lah kalau saya tanya orang lain lepas itu jawapannya tiada impian. Kanak-kanak pun ada impian, mungkin nak makan coklat hari-hari. Remaja pun ada impian, mungkin impian mereka agar cuti sekolah lebih panjang. Ibu bapa pun ada impian, mungkin mereka nak anak-anak mereka bersekolah di sekolah yang terbaik sekali di dunia. Atuk dan nenek pun ada impian tau. Impian mereka ialah nak anak-anak mereka meluangkan lebih banyak masa dengan mereka, contohnya.

Saya pun ada impian saya sendiri. Selama ini saya fikir dalam kepala je. Oh, saya nak ini, saya nak itu, saya nak jadi macam ini, saya nak jadi macam itu. Kadang-kadang saya terlupa impian saya, sebab ianya sekadar duduk di dalam kotak pemikiran. Maka, saya pun membuat sesuatu gambar yang dipanggil sebagai vision board. Mungkin vision board ini tidak menceritakan seluruh impian saya (sebab impian saya terlalu banyak, tak muat satu gambar), cukuplah sekadar membuatkan saya teringat akan tujuan saya bekerja keras setiap kali terpandang vision board saya tu.




Ini sebahagian daripada vision board saya. Sepatutnya ada gambar rumah dan kereta. Tapi, saya rasa saya lebih suka letak gambar-gambar negara yang saya ingin lawati. Sebab, saya nak sangat melancong tapi tidak berkesempatan kerana saya bukanlah datang daripada golongan berada. Bila saya tengok vision board ini, sekurang-kurangnya keinginan saya untuk melancong ke luar negara bukan sekadar angan-angan yang tersimpan di kotak pemikiran tetapi menjadi satu impian yang ingin saya capai


Kawan-kawan, tolong doakan saya mencapai impian saya ini. Saya juga mendoakan agar semua impian kalian akan tercapai dalam masa terdekat ini. Ingat kata-kata saya, Allah tidak akan mensia-siakan setitis pun usaha yang kita lakukan. Jadi, teruskanlah berjuang demi impian anda! Aja aja fighting! :)



Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Supervisor-to-be
Shaklee ID: 1144358

28 May 2014

Kiriman untuk Nenek di Kampung

Assalamualaikum.


Tadi, Mealshake yang saya kirim daripada kak Adni Harlina dah sampai. Alhamdulillah, seronok rasanya bila kita dapat membelikan sesuatu yang terbaik untuk keluarga kita.





Alkisahnya,
Nenek saya ada penyakit kencing manis. Dia dimasukkan ke hospital dua tahun lalu. Setelah dirawat oleh doktor dan berada dalam keadaan stabil, doktor mengarahkan dia untuk menggunakan kaedah mencucuk insulin. Insulin ialah cecair yang digunakan untuk menurunkan kandungan gula dalam darah agar penyakit kencing manis tidak kembali menyerang.

Selepas keluar hospital, nenek saya menjalankan kehidupan normal seperti biasa dengan mengikuti arahan doktor untuk menggunakan teknik mencucuk insulin setiap kali sebelum makan. Masalah kencing manis dikira selesai. Tetapi, masalah baru pula muncul. Nenek saya menjadi fobia untuk makan nasi. Syarat menggunakan kaedah insulin, nenek perlu mengambil nasi dalam kadar yang bersesuaian selepas mencucuk insulin. Tetapi, nenek saya tidak langsung mengambil nasi dalam kuantiti yang dia perlu ambil tetapi tetap menggunakan kaedah insulin.

Akibatnya,  kandungan gula dalam darah nenek semakin mengurang walaupun nenek tidak mengambil nasi. Bayangkan, kandungan gula dalam darah nenek dah kurang sebab tidak mengambil nasi, kemudian dia cucuk lagi insulin untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Makin bertambah kuranglah gula dalam badan dia. Bila ditanya kenapa nenek saya tidak makan nasi, dia menjawab yang dia tidak ada selera makan. Walaupun sudah banyak kali dinasihat agar  jangan terlalu mengikut perasaan tiada selera, nenek masih berdegil dan tidak mahu makan

Natijahnya, ada masa-masa nenek saya pengsan dan tidak sedarkan diri. Ada masa-masanya mulut nenek berbuih. Sistem badannya tidak berfungsi dengan baik. Badan berpeluh-peluh. Simptom ini dikatakan simptom "hypo". Jika terlewat dibawa ke hospital, perkara buruk mungkin akan berlaku kepada nenek. Memang sudah 3-4 kali nenek dibawa oleh ambulance ke hospital kerana berlakunya simptom hypo . 



Kebaikan Mealshake yang pelbagai.


Saya mencadangkan nenek mengambil mealshake sebab ianya membantu menambah selera makan. Selain itu, mealshake menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

Malahan, mealshake turut membekalkan nutrisi kepada sel tubuh. Ianya kaya dengan protin, membantu pembinaan sel sel kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.

Yang paling saya suka, mealshake juga bertindak sebagai anti oksida yang mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan. Mealshake juga sangat lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Ianya tidak mengandungi sebarang pewarna atau gula tiruan. Orang lain pun pernah mengamalkan mealshake dan ianya memang berkesan.







Saya doakan semoga nenek saya bertambah selera makan, sentiasa mendapatkan zat yang secukupnya, tidak lagi hypo dan sentiasa bertenaga. Yang paling penting, nenek saya pulih seperti biasa dan dapat menjalankan kehidupan normal seperti biasa. Amin


Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Shaklee ID: 1144358

Dua Hari Dikelilingi Bakal Jutawan

Assalamualaikum.


Dulu saya ingat kalau nak buat bisnes, kita perlu ada:

Kilang yang besar,

Tanah yang luas,

Modal yang banyak,

Masa yang banyak,


Sebab itu, saya redah aje. Tak ada Mentor. Tak ada Ilmu. Buat bisnes main-main. Dan tak terfikir pun sama ada saya boleh berjaya atau tidak. Main buat aje.

Tapi Allah dah menggerakkan hati saya untuk buat Shaklee. Ya, saya baru 18 tahun, tapi saya perlu bermula daripada sekarang untuk menampung kehidupan saya di universiti nanti. Dan saya dapat rasa yang saya akan berjaya dengan bisnes Shaklee.

Syukur Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan Group Maria Firdaus. Alkisahnya, saya sedang meng-google tentang Set Kecantikan. Terbuka pula blog Harga Set Bersalin dan ternampak satu Ebook percuma yang bertajuk "Sorry Boss! Saya 'Terpaksa' Berhenti Kerja" . Saya pun download Ebook itu dan baca sehingga ke muka surat yang terakhir. Ebook itu menceritakan perjalanan Master Maria daripada sebelum memulakan bisnes Shaklee sampailan beliau terpaksa berhenti kerja sebab beliau 'terpaksa' menerima gaji yang lumayan daripada Shaklee. Memang tersentuh hati saya bila baca Ebook tu, walaupun saya belum bekerja tapi saya tahu, saya akan menghadapi apa yang ditulis dalam Ebook tu. Gaji RM5000 pun tak cukup nak menampung duit kereta, rumah, hutang PTPTN, perbelanjaan harian. Kalau dah ada anak, makan pakai anak-anak, sekolah lagi dengan GST lagi (opss!). Masa itu, tentu perbelanjaan harian sudah semakin meningkat! Bila impian saya untuk bercuti ke serata negara akan tercapai dengan kerja makan gaji?

Itulah serba sedikit sejarah mengapa saya boleh terjebak dengan bisnes Shaklee dan group Maria Firdaus ini.

Baru-baru ini, Master kami ada mengadakan seminar Online & Offline Marketing Genius (OMG). Bertempat di Kampung Baru, ini baru pertama kali saya mengikuti program OMG. Memang sangat seronok!  Kalau Nora Danish turut serta mesti dia akan cakap "Nora bagi 5 bintang!"

Saya memang ada masalah pengangkutan daripada dulu. Kalau nak ke mana-mana mesti saya kena usaha sendiri sebab saya tak ada kereta (tak pandai memandu juga) dan ayah saya memang tidak mahu menghantar saya ke mana-mana atas alasan tidak tahu jalan ke sana. Jadi, saya perlu berdikari atas usaha sendiri. Tetapi, saya berpegang dengan kata-kata Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih, saya pun meminta pertolongan emak Shaklee saya, kak Adni Harlina. Alhamdulillah, Kak Adni sanggup mengambil saya di stesen LRT Gombak. Jadi saya pun merantaulah daripada Stesen LRT Taman Paramount ke Stesen LRT Gombak sorang-sorang. Tidak mengapa, bukankah Allah ada bersama saya?





Hari Sabtu tu, kami sampai lambat. Sampai-sampai je, semua peserta sedang ber-bara bara bara bere bere bere... hahaha.. masing-masing sedang membuat senam robik ringkas rupanya. Saya dan keluarga Shaklee saya yang lain pun mengambil tempat duduk yang masih kosong. Kemudian perkongsian dimulakan oleh Master Firdaus dan semua peserta fokus memberi tumpuan. Master Firdaus ni sering pergi seminar Dr Azizan Osman (DAO). Impian beliau nak dikenali sebagai adik DAO.


Master Firdaus membuat perkongsian

Semua tekun mendengar

Banyak yang kemi belajar. Antaranya:

Kalau kita tak ubah diri kita, Allah tak akan ubah nasib kita.

 Waktu tengah hari itu, kami dihidangkan dengan Nasi Ayam yang sedap. Memang saya menjilat jari lah.


Momen yang paling saya suka-Luch Time!

Sesi petangnya pula, kami teruskan dengan slot Master The Game oleh Master Maria pula. Selepas itu, Master-to-be Arham memberi perkongsiannya macam mana nak rangka posting yang menarik dan pelbagai lagi perkongsian oleh Master Firdaus. Antara slot yang paling saya suka adalah Slot yang dikendalikan oleh Master-to-be Cikgu Suhana. Memang sangat seronok sebab Cikgu Suhana sangat bersemangat ketika membuat perkongsian. Beliau menceritakan pengalaman beliau sebelum dan selepas menggunakan produk Shaklee dan perubahan sebelum dan selepas menyertai Empayar Maria Firdaus.

Saya tak boleh lupa teknik marketing yang beliau gunakan untuk menarik pelanggan. Teknik ini namanya Teknik Jemput-Jemput. Anda nak tau macam mana tekniknya? Boleh! Anda kena sertai Empayar Maria Firdaus dulu :)

Sampai pukul 5:30pm, seminar pada hari tersebut tamat dan Kak Adni menghantar saya dan Kak Suraya ke Stesen LRT Gombak.

Keesokkan harinya, aktiviti yang disediakan memang lebih gempak! Kami shaklee sekeluarga sampai awal pada hari Ahad itu, sebab kalau datang lambat kena denda. Alhamdulillah, kami sampai beberapa minit je sebelum program bermula. Sempat kami bersenam robik bara bara bere bere dengan peserta lain. Semua peserta sangat sporting dan happening. Masing-masing bersemangat. Lepas itu, kami ber-chicken dance pula. Dah selesai bersenam robik yang ringkas, Master pun memulakan perkongsian.


Slot pada hari itu lebih banyak ke arah cara Marketing kalau nak diikutkan slot pada hari pertama yang lebih menjurus kepada Motivasi. Antara slot yang menarik dan saya suka:

~ Online Marketing Strategy
~ Offline Marketing Strategy
~ Tips Berblogging
~ Kenapa hanya 30 orang yang nampak posting saya?
~ How to Handle Customer?
~ Leadership
~ Maria Firdaus Next Project


Slot Maria Firdaus Next Project ini adalah slot yang paling saya suka sebab semua idea dia gempak-gempak! Sangat beruntung semua yang berada di bawah susur galur Maria Firdaus sebab semuanya Master yang tolong kami untuk memudahkan kami berniaga dan untuk berjaya dalam bisnes ini. Dengan adanya Next Project ini, saya yakin Empayar Maria Firdaus akan jadi Empayar Shaklee yang terbesar dan paling berjaya di Malaysia.  Sebab apa? Dengan Next Project inilah kami akan menawan semua customer sebab hanya kumpulan kami yang menjalankan perkara ini. Tidak ada kumpulan lain lagi yang pernah menjalankan projek besar ini. Dan hanya mereka yang berada di bawah susur galur Maria Firdaus sahaja yang mengetahui tentang projek ini.

Sebelum pulang, saya mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan kak Maria dan bergambar dengan keluarga Shaklee saya. Memang sangat seronok apabila kita dikelilingi dengan orang yang positif, pada masa yang sama kita juga terdorong untuk berjaya! Memang selama dua hari berada di seminar ini, saya dapat merasakan aura bakal-bakal jutawan!


Saya dan keluarga Shaklee saya bergambar dengan Master Maria dan Master Firdaus

Sepanjang perjalanan balik, saya terfikir, dalam hidup ini semua orang nak berjaya. Kalau kita tanya semua orang tidak akan ada sesiapa yang jawab dia nak hidup miskin. Semua orang nak berjaya dan memiliki kehidupan yang senang. Peluang ada di mana-mana sahaja tetapi ianya terletak di tangan kita untuk membuat keputusan yang tepat. Betul kata Master Firdaus, Allah tak akan bantu ubah nasib kita kalau kita tak ubah diri kita sendiri. For things to change, you must change first.

Saya sangat bersyukur sebab Allah menggerakkan saya untuk menyertai Empayar Maria Firdaus. Saya berterima kasih sebab saya dikelilingi oleh mereka yang sentiasa postif, bersemangat, sentiasa membimbing saya, sentiasa mengajak saya bersama-sama ke arah kebaikan dan kejayaan kehidupan di dunia dan di akhirat. Saya baru setahun jagung, umur masih muda dan mungkin usia untuk mencapai tahap matang masih jauh tetapi berada di bawah group ini, saya boleh nampak masa depan yang cerah. saya boleh nampak yang saya boleh berjaya dalam bisnes ini.

Dengan usaha yang berterusan diselarikan dengan bimbingan daripada Mentor serta Ilmu yang betul, saya tahu yang saya boleh berdikari sendiri di universiti nanti tanpa menyusahkan keluarga dengan meminta duit belanja. Saya boleh membantu kewangan emak dan abah saya, walaupun saya masih lagi belajar. Sebab saya percaya saya boleh lakukannya.

 Untuk membuat bisnes sangat senang, tetapi untuk berjaya dalam bisnes anda perlu ada M.E.S.T.I

Mentor
Emosi
Sistem
Tindakan
Ilmu

Empayar Maria Firdaus ada semua itu. Beruntungnya siapa yang berada di bawah susur galur mereka.
Nasihat saya, pilihlah kumpulan yang terbaik untuk disertai. Anda bukan sahaja akan berjaya di dunia, malah di akhirat kelak. InsyaAllah... :)


Empayar Maria Firdaus Terbaik!


Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Supervisor-to-be
Shaklee ID: 1144358

22 May 2014

Coming Soon: Rumah Keduaku di UIA.

Assalamualaikum.


Entry ini sepatutnya saya publish kan 2 minggu sebelum ini tapi sebab saya malas so yeah. Ianya sekadar terpendam dalam kepada hotak saya. Hahaha... Okay, tak lawak.

Pada 10 May 2014 bersamaan dengan hari sabtu yang lalu, keputusan UPU yang ditunggu-tunggu oleh semua calon SPM 2013 (dan saya) sudah keluar. Dan Alhamdulillah, saya dapat jurusan Allied Health Science di Universiti Islam Antarabangsa atau mesra dipanggil International Islamic University Malayisia (IIUM).



Meneruskan pelajaran di IIUM memang menjadi impian saya sejak tingkatan lima (macam lama sangat impian tuh) semenjak di 'brainwash' oleh my bestie, Tengku Azriana tentang keunikan dan keseronokan di IIUM. Masa dapat tahu yang saya diterima di IIUM memang rasa seronok gila tak terkata sampai terlompat-lompat. Even my mom pun terkejut, "eh kenapa dengan anak aku ni?" Mungkin itulah yang berada di benak fikiran dia.

However, unfortunately, Azriana dapat UiTM. Ala.... baru ingat nak lepak sama-sama, study sama-sama, makan sama-sama. Hmmm. Tidak mengapa, ayah dia pun dah buat rayuan, Insya Allah ada rezeki kami satu kampus.

Back to our main topic, saya pun buka laman web sebenar IIUM yang mana menunjukkan surat tawaran saya untuk belajar di universiti tersebut. Yang bestnya bila dapat tawaran ke IIUM ni, kami tak perlu pergi interview. Ya lah, macam UM ada interview dia sendiri sebelum masuk. Nasib baik IIUM tak perlu interview hehe.

Banyak juga persiapan yang saya kena buat. Antaranya:

1. Isi borang maklumat pelajar secara online
2. Buat medical check up ----> ni rasanya semua mahasiswa/siswi kena buat
3. Bukak bank muamalat (sebab nanti nak dapat elaun)
4. Bayar yuran di bank muamalat (Saya kena bayar rm500 sebagai yuran pendaftaran)
5. Isi borang perjanjian biasiswa dan perlu matikan setem di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (sebenarnya, x tau la nak buat macam mana, tapi berdasarkan maklumat, kami kena beli setem hasil di Pejabat Pos dan matikan setem di LHDN)
6. Beli barang-barang keperluan untuk tinggal di hostel (di IIUM hostel disebut Mahallah)
7. Prepare untuk ujian EPT dan APT

Kalau kawan-kawan nak tahu, EPT tu ialah English Placement Test dan APT tu ialah Arabic Placement Test. Result daripada kedua-dua ujian ini akan menentukan sama ada kami akan menuntut di IIUM ini selama 1 tahun, atau 1 tahun setengah atau 2 tahun.

Saya ada lah survey mahallah-mahallah yang akan dihuni oleh saya. Ada 3 mahalah yang akan mungkin akan dihuni oleh saya iaitu Mahallah Khadijah, Mahallah Aisyah dan Mahallah Zainab al-Jahsy. Okay, antara ketiga-tiga ni saya berharap sangat saya dapat Mahallah Zainab Al-Jahsy. Sebab apa? Tak ada sebab. Saja je.. hehehehehe (gelak ada maksud).


Mahallah Khadijah
Ini namanya Mahallah Khadijah. Menurut pembacaan saya di google, Mahallah ini sebenarnya sebuah hospital suatu ketika dahulu. Sebab itu, Mahallah Khadijah lah satu-satunya mahallah yang ada lif. Ada 9 tingkat. Kalau sebut hospital mesti ada bilik mayat, wad pesakit mental, kematian, bilik bedah dan sebagainya kan. Saya pun tak nak cerita lebih-lebih sebab saya belum lagi menjadi penuntut di IIUM ni,jadi kita harap yang baik-baik sahaja lah hendaknya ya.


Mahallah Aisyah

Yang ini pula namanya Mahallah Aisyah. Nampak usang sedikit dan tersorok sedikit. Tak tahulah kenapa tapi ini merupakan Mahallah untuk sisters. Kalau tak silap saya, beberapa tahun lepas, Mahallah ini adalah kepunyaan brother tapi sekarang dah jadi mahallah for sisters pula.


Mahallah Zainad Jahsy

Ini namanya Mahallah Zainab Jahsy. Saya harap saya dapat mahallah ni. Sebenarnya tak ada apa-apa sebab pun cuma entahlah mungkin sebab saya suka dengan nama dia kut.Macam nama Azriana la, Tengku Azriana Zainab (doesn't make any sense isn't it?) Okay, mahallah ini tak ada lift macam mahallah khadijah sebab dia ada 4 tingkat aje. tapi kalau tak silap saya setiap tingkat ada surau. Ye lah kut, hehe kita tunggu dan lihat sahaja la ya. Cuma ada lah sedikit cerita kurang enak yang saya baca di google yang kata nampak itu la, ini la.. Dah lah malas nak layan benda-benda macam ni.

Okaylah, sampai disini sahaja celoteh celoteh saya hari ini. nanti saya cerita lagi kehidupan saya di IIUM setelah saya mendaftar di sana. Kawan-kawan yang pernah duduk di hostel mana-mana universiti, ceritalah pengalaman kalian di universiti. Mesti best! Sekian...


Lots of Love,

Noor Aziemah Noor Azman
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 1144358
0126818763
noor_aziemah@gmail.com
nooraiemah.blogspot.com
facebook.com/nooraziemah.noorazman

21 May 2014

Set Kurus Lengkap Shaklee

Assalamualaikum.


Gembiranya rasa di hati bila kita dapat membantu orang lain kan? Rasa macam mendapat duit berjuta-juta dalam tangan. Huhuhu. Kawan-kawan tak rasa macam tu? Saya boleh rasa. Sebab tu saya berazam untuk tolong orang lain setiap hari. Macam contohnya, kalau saya tahu apa-apa produk yang memang betul-betul berkesan saya akan share. Hehehe...




Cuba baca tajuk berita kat atas tu. Malaysia negara orang gemuk? Eh betul ke? Kalau nak tahu, berita kat atas tu memang betul. Pada zaman globalisasi ini (cehh, ayat macam dalam karangan!) Malaysia sedang menghadapi masalah kegemukan dalam kalangan rakyatnya. Negara Malaysia berada pada tangga pertama dalam kalangan negara-negara ASEAN dan keenam di Rantau Asia Pasifik yang berhadapan dengan masalah obesiti


Teruknya! Malaysia berada di tangga pertama? Macam tak percaya! Tapi itulah hakikatnya.

Tidak mengapa, jangan risau. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap penyakit ada penyelesaiannya.

"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit, melainkan dia  juga menurunkan ubatnya"
(Sahih Bukhari)

Jadi, saya nak share dengan kawan-kawan tentang Full Set Slimming Shaklee.



SET SLIMMING SHAKLEE mempunyai 3 fasa iaitu Fasa Bakar Lemak, Fasa Buang lemak dan Fasa Bina Otot

Fasa Bakar Lemak: Dalam fasa pertama ini ada 2 produk yang memang berkesan iaitu Lecithin dan Omega Guard




Fungsi Lecithin

1. Pemecahan lemak dan kolesterol-Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh badan

2. Pelangsingan- menghalan obesiti pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang

3. Mencantikkan otot dan kulit- membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan

4. Membantu otak kita cerdas-menguatkan memori

5. Membantu penyerapan vitamin larut dalam lemak-Vitamin A vitamin D vitamin E dan vitamin K





Fungsi Omega Guard

1. Agen pemecah lemak sekitar salur darah dan hati
2. Bantu rendahkan paras kolesterol
3. Kesihatan jantung
4. Kesihatan Sendi dan Tulang
5. Mengurangkan selera makan



Fasa Buang Lemak: Dalam fasa kedua ini ada 2 produk iaitu Alfafa Complex dan Herb lax





Fungsi Alfalfa Complex:

1. Membantu merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolesterol dalam darah
3. Menghapuskan kolesterol buruk LDL dari tubuh
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
7. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
8. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati





Fungsi Herb-Lax

1. Pembersihan najis yang tersekat
2. Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
3. Membantu masalah sembelit
4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
5. Ia membantu dalam mengurangkan kepejalan pada perut.



Fasa Bina Otot: dalam fasa ketiga ini ada 2 produk yang disarankan iaitu ESP atau Cinch Mix Shape.




Fungsi Energising Soy Protein (ESP)

1. Awet Muda - Asid amino penting untuk membina otot kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon- kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mecegah risiko  osteoporosis dan sakit jantung.

3. Pembekal tenaga-membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

4. Membaiki pigmentasi-membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.




Faedah Cinch Shake Mix

1. Indeks glisemik-22 sesuai untuk pengidap kencing manis
2. Dengan Cinch Pro, campuran eksklusif protin diperingkatkan dengan leucine-asid amino
3. Powered by leucine, untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan
4. 24 gram protin setiap hidangan untuk membantu anda berasa puas dan kenyang
5. Tinggi kandungan serat-6gm serat setiap hidangan
6. Glycemic yang rendah untuk mengekalkan tahap gula darah yang normal dan mengekalkan tenaga
7. Memberikan 35% atau lebih Nilai Harian kepada 21 vitamin dan mineral penting
8. Penggunaan soya bebas GMO

Selain mengambil suplemen, ada beberapa petua yang eprlu kita ambil berat untuk menguruskan berat badan. Antaranya ialah:
-Senaman adalah wajib
-Menjaga portion setiap makanan yang diambil
-Elakkan makan makanan yang berminyak
-Kurangkan karbohidrat
-breakfast jangan tinggal!
-Ikuti piramid makanan


Full Set Slimming Shaklee ini memang berkesan. Tak percaya? Cuba lah dulu baru kawan-kawan boleh tahu keberkesanannya. Okay, semoga artikel ini memberi manfaat kepada kalian.


Lots of Love,

Noor Aziemah Noor Azman
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 1144358
SMS  Whatsapp: 0126818763
noor_aziemah@yahoo.com

20 May 2014

Senggugut: Musuh atau Kawan Baik Wanita?

Assalamualaikum.




Senggugut atau "period pain" memang tak asing lagi dalam kalangan wanita. Kebiasaannya, simptom sengugut terjadi 2-3 hari sebelum haid ataupun pada hari pertama haid. Sakit senggugut adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium. Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Saya dan Senggugut

Bagi saya, Alhamdulillah saya tidak pernah mengalami simptom-simptom haid yang teruk seperti gadis-gadis lain. Namun, melihat daripada pengalaman rakan-rakan gadis seusia saya, mereka kerap kali mengalami sakit yang teruk sewaktu senggugut sehingga ada yang terguling-guling di atas katil selama beberapa hari. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membuat aktiviti seharian seperti pergi ke sekolah, belajar, bersukan dan bergaul dengan rakan-rakan disebabkan sakit sengugut yang terlampau teruk. Masih saya ingat sewaktu sekolah menengah, ada di antara rakan saya yang tidak dapat bergerak walau sedikit pun daripada kerusi mereka tatkala menghadapi waktu haid.




Perubahan Disebabkan Sengugut.

Perubahan-perubahan ketara yang jelas kelihatan pada wanita yang akan 'dikunjungi' haid ialah:
-Sukar bergerak
-Kurang selera makan
-Pucat lesu dan tidak bertenaga
-Mudah marah
-Sensitif dan mudah menangis----> yang ini selalu terjadi pada saya
-Emosi tidak stabil
-Kulit berminyak
-Muka berjerawat
-Dan lain-lain

Best Friend or Enemy?

Senggugut memberikan impak yang negatif kepada kehidupan seharian setiap wanita. Walau bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa suka atau tidak suka, kita perlu menghadapi sakit senggugut ini setiap bulan semasa menghampiri waktu haid. Oleh itu, kita sebagai wanita perlu bijak mengahadapi situasi senggugut ini dengan cara yang betul agar dapat menukar persepsi dan mentaliti kita bahawa senggugut juga boleh menjadi 'rakan karib yang baik' kita setiap kali menjelangnya waktu haid. Banyakkan pembacaan daripada buku-buku ilmiah ataupun internet merupakan langkah yang boleh diambil untuk mengetahui cara mengatasi sakit senggugut yang teruk. Antara langkah yang boleh kita amalkan untuk mengatasi senggugut yang teruk ialah:

Berlari atau Berjalan Laju



Beberapa profesional perubatan menunjukkan bahawa mereka yang kurang bersenam mungkin mengalami sakit senggugut yang teruk. Bahkan berjalan cepat mungkin dapat membantu meringankan ketidakselelsaan, sebagai sesuatu yang melepaskan endorfin akan membantu anda mengurangkan kesakitan.

Tuam Perut dengan Air Panas

Ini cara yang paling mudah dan boleh dipraktikkan oleh semua wanita tak kira tua ke muda. Cara ini diilhamkan oleh seorang hamba Allah yang turut menghadapi sakit senggugut setiap kali datang haid. Caranya, panaskan air pastu ambil botol mineral letak air yang panas tadi. (Letak la air sejuk sikit takut botol tu kemek pulak kan). Bila kawan-kawan dah rasa selesa dengan kepanasan air tu, ambil botol air tu dan tuam dekat perut. Insya Allah dapat mengurangkan sikit rasa nyeri dia.

Elakkan Minum Minuman Berais



Ais memang tak elok untuk tubuh badan sebenanrnya. Ais bukan saja melemahkan badan malah boleh buat kita batuk berpanjangan (macam saya la, kalau minum ais je mesti batuk tak henti-henti). Lebihkan minum air suam atau air kosong ya

Minum Air Rebusan Halia

Kawan-kawan boleh mengamalkan minum air rebusan halia supaya darah berjalan lancar dan badan hangat. Air rebusan halia juga dapat menghilangkan bauyang tak best semasa period. Tapi jangan minum lebih-lebih pulak, karang terlampau panas pula badan korang tu

Mengambil Suplemen Tambahan

Suplemen bukanlah bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Namun, suplemen diambil untuk memperbaiki kesihatan seseorang individu. Nasihat saya, ambillah suplemen yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.


Berita Baik untuk Anda Diluar Sana

Shaklee ada menawarkan Set Kelegaan PMS untuk memperbaiki kesakitan yang para wanita hadapi sewaktu datang haid. Berikut adalah set yang saya maksudkan:



Inilah Set Kelegaan PMS yang saya maksudkan. Ada GLA Complex, Ostematrix dan B-Complex. Best sangat-sangat. Siapa yang selalu sangat sakit nak period tu, saya recommend set ini. Insya Allah sakit senggugut akan berkurangangan.

Jika kita menghadapi sakit senggugut yang teruk, kita perlu bijak menhadapi masalah ini agak senggugut ianya tidak mengganggu aktiviti seharian kita. Kawan-kawan perlu sentiasa ingat, jika betul dengan caranya, sakit senggugut bukan lagi musuh utama para wanita malah boleh menjadi kawan baik yang mampu bertolak ansur dengan kita. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak!

Next entry saya akan cerita pula kelebihan setiap satu produk dalam Set Kelegaan PMS keluaran Shaklee ini. Jumpa lagi!


Lots of Love,

Noor Aziemah Noor Azman
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 1144258
SMS/Whatsapp: 0126818763
noor_aziemah@yahoo.com
nooraziemah.blogspot.com
facebook.com/nooraziemah.noorazman

19 May 2014

Tidak! Jerawat Menyerang Wajahku!

Assalamualaikum.


Mempunyai jerawat di bahagian muka merupakan satu mimpi ngeri buat mereka di luar sana. Sebab apa tau? Semua orang, tidak kira lelaki mahupun perempuan, remaja atau dewasa mengimpikan wajah sempurna tanpa jerawat kerana jerawat boleh membuat sesorang murung, tidak bersemangat dan hilang keyakinan diri.

Daripada pengalaman saya sendiri, jerawat akan muncul di bahagian hidung dan membulat seperti batu. Memang tak selesa sama kali. Tanpa saya sedar jari saya akan memicit jerawat di hidung itu. Lama-lama, jerawat yang saya picit itu akan meninggalkan parut yang mencacatkan bahagian muka saya. OH TIDAK!!!

Daripada pengalaman rakan-rakan sekeliling saya pula, jerawat akan naik sewaktu mereka datang bulan. Beberapa hari sebelum period, mereka akan hadapi PMS dan salah satu simptomnya adalah tumbuh jerawat di muka. Itu yang tak best tu. Mula lah mereka rasa down dan rendah diri.


Jerawat mencacatkan penampilan seseorang


Bukan sekadar wanita, malah kaum lelaki turut di serang jerawat

Apa faktor penyebab jerawat?

-BAHAN KOSMETIK

Sedar atau tidak, alat kosmetik memberi kesan pada wajah

Kajian pakar menunjukkan penggunaan bedak yang menyatu dengan Foundation boleh menyebabkan liang kulit tersumbat dan terjadinya jerawat. Tidak membersihkan wajah setelah memakai kosmetik juga merupakan punca timbulnya jerawat. Hal ini selalunya dikaitkan dengan wanita, terutama sekali mereka yang kerap memakai alat kosmetik tanpa membersihkan wajah sebelum tidur. Jadi, kawan-kawan kena ingat agar sentiasa cuci wajah sebelum tidur!

-HORMON
Peningkatan pengeluaran hormon yang dipanggil androgen menyebabkan terjadinya jerawat. Biasanya, jerawat muncul disebabkan stress, saat mendekati kitaran haid, kehamilan dan pada masa remaja atau baligh. Bagi remaja macam saya ni, selalunya waktu peperiksaan atau exam la jerawat paling banyak keluar selain waktu haid sebab terlalu stress dengan pelajaran. Tak baik stress-stress ni tau.

Exam salah satu punca stress yang menyebabkan wajah berjerawat.


-GENETIK
Jika ibu bapa mempunyai jerawat disebabkan pengeluaran kelenjar minyak berlebihan, maka kemungkinan besar anak-anak mereka akan mengalami hal yang sama

-GAYA HIDUP TIDAK SIHAT
Jerawat boleh muncul akibat peningkatan hormon androgen yang terjadi disebabkan tabiat merokok, minum alkohol, tidur tidak teratur, tekanan dan terlalu banyak berfikir. Saya pun sentiasa terdedah dengan asap rokok walaupun saya sendiri tidak merokok. Jadi pesanan saya, bagi mengelakkan diri daripada berjerawat, kawan-kawan perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.

-MIKROORGANISMA
Tahu tak yang sebenarnya tangan kita ini kotor dan penuh dengan bakteria yang boleh menimbulkan jerawat di muka. Ini berpunca daripada bakteria yang membiak daripada liang kulit tersumbat akibat minyak berlebihan lalu menyebabkan terjadinya jerawat. Jadi sebaiknya, bersihkan tangan dahulu sebelum menyentuh wajah.


Atasi jerawat dengan ESP.

Dulu saya tak suka tengok muka saya. Banyak sangat jerawat kecil-kecil. Tapi sekarang Alhamdulilllah... sejak saya terbuka hati nak menggunakan ESP, saya dah boleh nampak kesannya dalam masa satu minggu. Selepas beberapa minggu mengamalkan minum ESP, jerawat di kulit wajah saya cepat kecut. Pastu saya punya wajah pun makin cerah. Tak sangka perubahannya sangat ketara. Memang perasaan tu tak boleh nak dihuraikan. Ya lah, selama ni saya langsung tak menjaga wajah saya so banyak jugak jerawat-jerawat kecil yang timbul. Tapi sekarang tidak lagi selepas saya mengamalkan ESP. Muka saya licin aje, kalau ada jerawat yang tumbuh pun, esok lusa dah kecut balik.

ESP yang kucintai
Ramai orang yang tegur akan perubahan kulit wajah saya. Ingatkan saya sorang je yang perasan, rupa-rupanya orang di sekeliling turut memerhatikan kita. Di situ timbulnya keyakinan diri yang tinggi apabila kita memberikan penampilan yang baik terutamanya kulit wajah.
Nak tau tak, Cikgu English saya, Puan Puteri pun tegur saya masa nak ambil keputusan SPM hari itu dia tanya saya, "dah ada boyfriend?" Wahh soalan cepu emas gitu... Hohoho... selama ni tak pernah tanya pun, cikgu? Hmm.. saya gelak je la...


Back to our main topic, ESP memang terbukti boleh hilangkan jerawat. Bukan itu saja, malah jeragat, bintik-bintik hitam, kulit kusam dan lain-lain. Untuk pengetahun kawan-kawan, kacang soya yang digunakan untuk mencipta Energizing Soy Protein ini hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ianya diproses dengan suhu yang rendah.

Kacang soya yang bersifat "non-GMO"


Dulu saya tak tahu ESP Shaklee ni banyak kelebihan. Saya minum aje untuk menghilangkan jerawat. Tapi sekarang saya dah tau yang ESP Shaklee ni merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. ESP Shaklee ini juga sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi, emak ke, ayah ke, pak cik ke, adik ke, atuk ke atau nenek kita ke, semua boleh ambil ESP Shaklee ni. Mereka yang mengidap kencing manis pun boleh tau!


Konklusinya, ESP ini bukan saja khas untuk mereka yang nak hilangkan jerawat tapi untuk semua golongan sebab ia dapat memberikan tenaga yang berpanjangan hasil daripada 9 asid amino tersebut. Hmm lepas ni saya nak beli satu untuk emak dan abah supaya mereka sentiasa bertenaga di tempat kerja, satu untuk nenek saya yang menghidap kencing manis dan satu untuk adik saya yang ada banyak sangat bintik-bintik hitam di wajah dia. Yay!


Setiap hari saya minum ESP dua kali.



Lots of Love,

Noor Aziemah Noor Azman
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID: 1144358
SMS/Whatsapp: 0126818763
noor_aziemah@yahoo.com
nooraziemah.blogspot.com/
facebook.com/nooraziemah.noorazman


The Father of All Food.

Assalamualaikum.


Selamat pagi semua! Selamat hari isnin. Selamat berjuang di tempat kerja masing-masing. Hehehe~
Semalam saya ada berkongsi tentang kebaikan Alfalfa Complex. Hari ini jom kita belajar tentang raja segala makanan ini.




Saya tak sakit. Saya tak perlukan Alfalfa Complex.
Ramai yang mengatakan mereka sihat dan tidak memerlukan Alfalfa Complex. Hal ini menunjukkan mentaliti masyarakat kita yang berfikir bahawa produk ini bertujuan untuk merawat penyakit. NO! Tidak betul sama sekali. Produk ini bukanlah bertujuan untuk merawat penyakit seperti yang difikirkan tetapi bertujuan untuk memperbaiki kesihatan. BAIKI ya bukan RAWAT. Ada beza tu...

Habis tu siapa yang perlukan Alfalfa Complex?
Untuk pengetahuan kawan-kawan, ramai orang boleh ambil produk ini sebagai suplemen harian mereka. Antaranya:

-Ibu menyusu
Alfalfa sebagai milk booster membantu ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan air susu ibu dan di campur dengan ESP yang mampu memekatkan susu dan membuatkan bayi anda mudah kenyang dan tidur lena.

-Mereka yang nak kurus
Kombinasi Alfalfa dan Lecithin merupakan gabungan paling bajet untuk proses menguruskan berat badan yang Shaklee tawarkan. Lecithin bertindak sebagai pembakar lemak (emulsifier) secara semula jadi dan tidak memberikan kesan sampingan negatif, manakala Alfalfa pula bertindak menyahkan lemak-lemak yang telah dibakar oleh Lecithin tadi, terus disingkirkan daripada bahan melalui perkumuhan. Kalau tak ada Alfalfa, memang lemak-lemak itu berjaya dipecahkan, tapi terkumpul dalam badan sebagai toksin. Itu yang tak best tu!

-Penderita Gout
Alfalfa dan Omega merupakan gabungan mantap untuk memerangi gout dan juga masalah sendi. Mereka boleh mengamalkan pengambilan air kosong yang mencukupi, elakkan makanan laut dan produk-produk tenusu seperti keju dan lain-lain

-Mereka yang ada resdung
Penyakit resdung ni serang manusia tak kira tua atau muda, remaja atau dewasa. Jadi, ambil lah Alfalfa Complex kerana ianya merupakan antihistamine semulajadi yang murah dan mudah. Kalau boleh, ambil Vita-C Shaklee agar mendapat kesan yang sangat umph!

-Mereka yang sembelit/Masalah detoks
Sakitnya bila sembelit... Kaki kejang, perut memulas, najis terlalu keras. Kalau ada masalah detoks, pasti banyak toksin terkumpul dalam badan. Alfalfa yang kaya dengan serat sangat sesuai buat mereka yang ada masalah pelawasan, sembelit dan kurang pengambilan serat. Proses ini sangat semula jadi dan tiada kesan negatif.




Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Your Shaklee Indipendent Distributor
Shaklee ID: 1144358
SMS/ Whatsapp: 012 6818763
noor_aziemah@yahoo.com

18 May 2014

Kebaikan Berganda dengan Alfalfa Complex


Assalamualaikum.


"Alfalfa Complex?"

"Huh? Apa tu?"

"Tak pernah dengar pun."

Itulah reaksi saya semasa pertama kali mendengar tentang Alfalfa Complex. Blur. Kabur. Tak faham. Biasalah. Umur baru belasan tahun, tak pernah ambil tahu pun pasal apa-apa jenis suplemen. Tapi, bila dah terjebak dengan suplemen Shaklee, terus jatuh cinta.

Jom kenal Alfalfa Complex!




Ada apa dengan Cinta Alfalfa?
Alfalfa ialah 'Bapa Segala Tumbuhan'. Gelaran ini diberi oleh kaum Arab di Persia sejak beberapa abad dahulu. Kalau kawan-kawan nak tau, tumbuhan Alfalfa mempunyai struktur akar yang unik di mana struktur akar yang panjang dan tumbuh mendalam mencapai 30 hingga 40 kaki ke bawah tanah. Jadi,  Alfalfa berkeupayaan menyerap pelbagai garam galian, vitamin-vitamin dan lapan jenis asid amino perlu, satu-satu kelebihan yang tidak boleh ditanding oleh tumbuhan darat yang lain.

Unik sangat kan tumbuhan Alfalfa ini? Sebab itu Dr. Forrest C. Shaklee (pengasas Shaklee) pilih tumbuhan ini untuk dibangunkan dan dijadikan produk pertama. Lalu terjadilah Alfalfa Complex yang kekal digunakan hingga ke hari ini.


Tumbuhan Alfalfa


Apa keistimewaan Alfalfa Complex Shaklee berbanding jenama lain?
Untuk pengetahuan kawan-kawan, Alfalfa Complex Shaklee sangat berbeza daripada Alfalfa jenama lain. Perbezaannya ialah:

-Ditanam secara organik, tanpa pestisid dan bahan kimia.
-Ditanam menggunakan baja kompos yang mesra alam.
-Daunnya hanya dituai setelah mencapai tahap matang yang mutlak
-Daun ini kaya dengan klorofil
-Daun ini kering dengan udara semulajadi untuk mengekalkan nutrisinya.
-Daun-daunnya dibiar menjadi sebuk sebelum diproses menjadi tablet



Apa manfaat Alfalfa Complex?
Kalau nak cerita satu-satu manfaat Alfalfa Complex Shaklee ni memang sangat banyak. Yang dapat saya ringkaskan ialah Alfalfa Complex ini dapat:

-merawat proses pencernaan
-merendahkan dan mengawal kolestrol
-menghapuskan kolesrol LDL dalam tubuh badan
-mengurangkan penyakit jantung dan strok
-mengurangkan paras gula dalam darah
-mengurangkan simptom-simptom menopaus
-merawat sembelit dengan menyahkan toksin dalam tubuh
-merawat asthma dan arthritis
-mengurangkan kesakitan pada otot dan sendi
-membantu masalah penghadaman
-memperbanyakkan susu ibu
-membantu menyelesaikan masalah pundi kencing
-membantu masalah gastrik dan gangguan hati
-meningkatkan kesihatan prostat lelaki
-menjadi penawar keputihan
-bertindak sebagai kacip fatimah

Banyakkan khasiat Alfalfa ini? Kawan-kawan mungkin ambil Alfalfa untuk satu tujuan saja tetapi pada masa yang sama, Alfalfa membantu memperbaiki kesihatan bahagian tubuh badan yang lain juga! Kelebihan berganda-ganda! Yay!

Tentang Alfalfa Complex Shaklee
Ada 2 jenis botol iaitu botol besar dan botol kecil.
Botol kecil: 330 tablet
Botol besar: 700 tablet

1 botol kecil Alfalfa Complex itu boleh tahan sehingga 2 bulan ++
1 botol besar Alfalfa Complex pula boleh tahan sehingga 4 bulan ++

Jom cuba Alfalfa Complex!



Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Your Shaklee Indipendent Distributor
Shaklee ID: 1144358
SMS/ Whatsapp: 012 6818763
noor_aziemah@yahoo.com

16 May 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

Assalamualaikum.


[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 



Bukak-bukak blog terus ternampak Mini GA by Emas Putih.
Sebelum ni, saya tak pernah pun join GA by Emas Putih ni, sebab sentiasa sibuk dengan kerja-kerja di tempat kerja. Banyak dah GA by Emas Putih yang saya terlepas. GA Cash RM 50 #part 1, part 2 dan GA I Love Monopode. huhu.. rugi tak join.. But this time, I will spend some time to join this GA. Alhamdulillah, diberi kesempatan masa oleh-Nya.


JOM KENAL DENGAN BLOGGER EMAS PUTIH

Emas Putih

-Namanya Siti Aminah binti Idrus
-Lahir pada 21 September 1990
-Lahir di Sabah dan membesar di Sabah
-Graduasi Politeknik Kota Kinabalu, bidang Diploma Ukur Bahan
-Minat bidang Penulisan, Graphic design dan Photography
-Mula blogging pada tahun 2010

PERKARA MENARIK

-Ibunya berbangsa Brunei
-Ayahnya berbangsa Melayu Sarawak
-Dilahirkan dalam kereta berwarna merah (wow!)
-Atlet Taekwondo, pernah wakili Sabah (hebatnya!)
-Pernah keluar dalam Utusan Malaysia, Harian Metro & Majalah Remaja

BlOG BERKISAR TENTANG:

-Informasi: Fungsi lubang pada biskut
-Pengalaman bercuti dan tips: Langkawi, USS
-Promote produk2 yang awesome: HKCC, Sulphur Blackhead Suction Nose Pack, ABP26
-Isu Semasa dunia artis: Perkahwinan Almy Nadiah & Fizz Fairuz, Puteri Sarah Liyana & Shamsul Yusof

JOM CONTACT BLOGGER EMAS PUTIH

-http://www.kisahemasputih.com/
-https://www.facebook.com/EmasPutihBlogSpotCom


Lots of love,
Noor Aziemah

15 May 2014

Ujian Undang-Undang Jalan Raya

Assalamualaikum.


Alhamdulilllah.
Dengan berkat keizinan-Nya, setelah sekian lama menangguhkan ujian ini, finally saya menduduki juga ujian ini. 
YAY!!!

Sepatutnya saya jawab ujian ini semalam, 14 May 2014, tapi pagi tu rasa macam tak prepare langsung! Tak ada keyakinan dalam diri yang saya boleh lulus. Rasa macam akan gagal je.. Last-last call Mak Piah (orang yang uruskan lesen memandu ni) pastu cakap kat dia, "saya tak boleh datang hari ini, saya tangguh ujian saya esok." 

 TANGGUH LAGI!

Tapi tak pe lah, tangguh sehari je... hehe...
Semalam seharian baca buku KPP dan buat soalan daripada buku 500 soalan tentang undang-undang jalan raya yang saya dapat semasa daftar. Masa buat ujian itu, banyak jugak soalan yang saya salah. Memang kalau pagi tu saya pergi ujian itu, confirm FAIL.


Buku soalan Jalan Raya.

My bestie, Azriana a.k.a. Azy, pun ada bagi tips sikit2 macam mana nak lulus ujian ini memandangkan dia pun dah ada pengalaman, kan? Dah dapat lesen P dah pun... Saya? Baru nak ambil test undang-undang.. huhu 

Azy ada bagi link website ini yang menyediakan software tentang contoh2 soalan test undang2. Memang sebijik gila la soalan yang keluar. Tapi bukanlah 100%. Ada beberapa soalan daripada buku kat atas tu. So, kita nasib lah, saya sempat habiskan buku tu semalam.

Ni link website yang ada software contoh soalan tu:

Sambil2 buat soalan undang2 ni, Dolek a.k.a. kucing ku turut menemani tuannya ini study ..

sampai tertido si Dolek ni!

Dan pagi tadi, segalanya bermula.
Sepatutnya datang office Mak Piah tu pukul 9am tapi sebab saya naik bas, gerak drpd rumah pun pukul 8 setengah, so sampai lambat la. Dah kena tinggal dengan driver... tapi, Mak Piah ada bagi alamat tempat tu, so, lagi sekali saya travel ke tempat ujian undang-undang itu menggunakan bas Rapid.

Sebenanya tak susah pun, dekat je dengan Stesen Balai Polis seksyen 8. Dah sampai banggunan tu, apa lagi, teus daftar dan jawab ujian tu. Berdebar jugak masa jawab. Ye lah, takut gagal, nanti kena repeat, kena bayar lagi. Sebelum hantar jawapan tu, check satu persatu soalan, takut salah tekan ke apa.. Bila dah yakin barulah klik hantar..

Dan Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya lulus dengan cemerlangnya. Ce wahh. angkat bakul pulak!
Saya dapat 48/50. okay lah kan. kalah kepada bapaku yang score full mark masa zaman dia, dan kalah kepada Azy dengan satu markah kurang. Tapi tak pe, asalkan lulus sudah.. hehe. Gembiranya!


Walau apa pun, saya akui, saya takkan dapat lulus dengan ujian ini tanpa izin Allah. Jadi, terima kasih, Allah atas segalanya!


Lots of Love,
Noor Aziemah.
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI