18 March 2017

Cinderella Lakonan Ahmad Idham & Haliza Misbun

Assalamualaikum.


Siapa ingat lagi drama Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun masa akhir tahun 1990 dulu? Dalam tahun 1997 drama tu ditayangkan kalau tak silap. Lepas tu jadi fenomena ke satu Malaysia. Ingat tak?





Cerita tu tentang seorang gadis kampung ni, Nurul (Haliza Misbun) namanya. Duduk dengan mak tiri dan suami mak tiri dia bersama adik tiri dia. Lepas tu satu malam tu, suami mak tiri dia cuba nak perkosa dia, dia lari keluar rumah.


Kebetulan Salman (Ahmad Idham) tengah ber camping kat pantai yang ada kat kampung Nurul ni. So nak dijadikan cerita Nurul ni lari ke arah pantai tu lepas tu minta tolong dengan Salman. Salman pun tolong lah dia sorok dalam khemah Salman tu. Tapi, jadi kes pulak, depa kena tangkap basah. Last-last kena kahwin.

Mula-mula Salman ni tak dapat terima hakikat yang dia kena kahwin dengan Nurul tu. So masa dia bawa balik ke rumah mak pak dia, dia kenalkan Nurul sebagai orang gaji. Nurul ni senyap je la, ikut je rentak laki dia tu.


Mak bapak Salman ni baik je. So Nurul ni pun kerja la kat rumah Salman tu as a maid. Salman ni still in a denial, dia tak cakap langsung dengan Nurul ni. Pura-pura macam Nurul tu bukan sesiapa bagi dia. Tapi lama-lama dia pun tersuka la dengan Nurul ni, dah bini dia yang sah. Tapi Salman tak boleh dedahkan status Nurul ni as bini dia kepada umum sebab dia ada perjanjian dengan janda dia yang siapa kahwin dulu, tak dapat hak penjagaan anak depa.


Then Salman nak balik New Zealand semula sebab dia memang kerja kat sana, dia balik Malaysia sebab nak bercuti sekejap je tapi terkahwin pulak. So dia pun bawa Nurul ni sekali ke NZ dan kat sana dia tempatkan Nurul ni kat rumah bos dia, Suria as orang gaji. Suria ni dalam lebih kurang 45 la umur dia, ada sorang anak lelaki yang kerja sama-sama dengan Salman dan dua orang anak perempuan angkat.


Masa sebelum pergi NZ tu Salman dah okay dah dengan Nurul, dia minta maaf sebab perkenalkan Nurul as orang gaji kat rumah tu dan dia explain la pasaipa dia buat lagu tu. Oh ye Nurul ni start time ni dah tak panggil Nurul dah tapi panggil as Cinderella sebab sorang lagi orang gaji kat rumah tu duk menyakat dia panggil dia cinderella. So nama Nurul tu dah pupus la time ni.


Berbalik dengan kisah tadi, so Cinderella decide nak ikut Salman pergi NZ even kena jadi orang gaji kat sana dan tak ada sesiapa tahu pasal status depa berdua. So masa kat NZ memang depa berdua ni dating senyap-senyap la. Kadang masa Suria dan anak-anak dia tak ada kat rumah, Salman datang lepak kat situ. Weekend, depa pergi jalan2 sekitar Christchurch. Memang sweet la depa dua ni. Biasalah drama kan, mesti sweet-sweet.


Oh cinderella ni actually nak cari mak kandung dia dan abang kandung dia yang dia dah tak jumpa sejak umur 3 tahun. Sebab tu la dia beriya nak ikut laki dia pergi NZ. And lama-lama dia dapat tau yang Suria tu mak dia. Tapi dia senyap je la, tak reveal lagi siapa diri dia. Oh lupa nak cakap kat awal cerita yang Cinderella ni masa sebelum kena kahwin dengan Salman tu dia turn 21 years old so dia mewarisi harta yang bapak dia wasiatkan kat dia (yang mak tiri dia tunggu selama ni).


Tapi laki dia tak tau isteri dia ni jutawan. Ye la, budak kampung pastu pakai gaun kampung hari-hari memang tak terfikir la isteri dia tu banyak duit.


So berbalik kepada cerita cinderella as orang gaji si Suria ni. Syarikat Suria Holdings ada masalah apa tah yang membuatkan depa kena bayar sama dalam 11 juta duit Malaysia, kalau convert duit NZ berapa tah kan. Kalau depa x bayar dalam masa yang ditetapkan, terpaksa jual saham syarikat tu kat BOD yg lain. So cinderella dapat tau pasal tu (dah orang gaji, mesti la tau). Dia pun senyap-senyap call peguam dia kat Malaysia untuk masukkan ke bank mak dia tanpa pengetahun mak dia.


Suria ni ofkos lah dia happy sebab dapat selamatkan syarikat dia tapi at the same time dia pelik la sapa pulak la yang tolong dia ni. Lepas tu satu hari, masa tu Cinderella ingat dia sorang je kat rumah tu, dia pun call peguam dia nak cakap yang syarikat mama dia dah berjaya diselamatkan. Tapi dia x sedar yang Suria terdengar perbualan dia. Lepastu berlaku lah jejak kasih ibu dan anak kati situ.


Okaylahh last-last Salman balik Malaysia dan reveal Cinderella tu isteri dia kat family dia lepas hal dia dengan janda dia dah settle. Cinderella pun bawa mak dia balik Malaysia dan bagi mak dia rumah kat Malaysia ni. Ending cerita ni cinderella reveal kat suami dia yang sebenarnya dia seorang yang jutawan dengan cara yang menarik. Dia beli satu syarikat ni lepas tu dia lantik suami dia jadi CEO syarikat tu. Ternganga suami dia masa dia announce suami dia tu as a CEO. Haaa...


Tapi cinderella being cinderella. Dia bukannya nak semua harta kekayaan yang dia dapat tu pun. Dia just nak kasih sayang mama dan abang dia yang dia dahagakan sejak 18 tahun lalu dan lebih-lebih lagi kasih sayang Salman, suami dia. Sebab tu dia tak pernah bagitau suami dia betapa dia ada banyak duit dalam akaun. Dia nak suami dia terima dia as who she is. And memang Salman sayang gila nak mati kat bini dia ni. Sebab tu la masa kat Christchurch sanggup datang rumah Suria senyap-senyap sebab nak date dengan bini dia.


Panjang gila Azie explain cerita ni daripada start sampailah habis. Nampak tak betapa minatnya dengan cerita ni. Dulu cerita ni selalu main kat tv3. So masa Azie tengok cerita ni dulu, kalau tak silap Azie umur 5 tahun kot. Mak yang bukak dan tengok, so Azie tengok sekali la.


Lepastu bila dah besar panjang camni teringat balik cerita. Cari la dekat youtube, tiba-tiba ada! So apa lagi memang tengok berulang-ulang kali la kat youtube.


Cerita ni maybe ramai yang cakap dah sama dengan drama adaptasi novel sekarang. Tapi cer fikir balik, cerita ni ditayangkan masa tahun 1997 tau. So dah lama dah. Lepastu, cerita ni ada banyak gila scene dekat New Zealand, which membuatkan Azie tiba-tiba teringin nak pergi Christchurch, NZ lepas tengok balik drama Cinderella ni.


Baru-baru ni, Ahmad Idham kata nak filemkan balik drama Cinderella ni. Tak tau la akan jadi best ke tak macam 20 tahun dulu. Harap-harap la best jugak.





Okay bye :D

Cara Masak Sardine Lebih Sedap Daripada Biasa

Wahhh tajuk.. Kerlas kau!


Tadi try masak sardine cara lain sikit daripada yang biasa sebab tertengok cara Hanis Zalikha masak sardine kat instagram dia. Lepas tu nampak macam lebih sedap je warna dia kan... So Azie pun try la


Bahan-Bahan:

Ikan sardine
Bawang Holland
Bawang merah
Serbuk Cili
Sos Cili
Air Asam Jawa
Garam



Cara-Cara Masak Sardine

1. Goreng ikan sardine terlebih dahulu. Step ni la yang membuatkan sardine Keknis lain daripada sardine yang aku selalu makan tu. Dia goreng dulu. Lepas tu bila aku google, memang dah ramai rupanya yang stail masak sardine dia goreng/grill terlebih dulu tanpa minyak.

2. Tumis bawang holland bersama bawang merah sikit.

3. Masukkan sos cili dua tiga sudu. Masukkan air asam jawa dan kacau-kacau. Tapi sebab kat rumah Azie tengah tak ada air asam jawa so guna je la air biasa.

4. Masukkan serbuk cili. Masukkan ikan sardine yang dah digoreng tadi.

5. Lastly masukkan kuah sardine yang dalam tine tu. Kacau-kacau bagi semua sebati. Pastu perasakan dengan garam/gula.

Hasilnya.... kuah dia jadi lebih viscous dan tak cair. Warna kuah pun lebih terang benderang. Ye lah dah guna serbuk cili kan. Gambar tak ada sebab sardine nya dah habis di makan time tu juga bersama nasi. Hahahaha


Okay bye :)

12 January 2017

Hanya RM1.78 Sehari Agar Tubuh Badan Cukup Nutrisi Yang Diperlukan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Azie rasa kita semua tahu yang badan kita sangat-sangat memerlukan semua protein yang wujud dekat dunia ni iaitu karbohidrat, protein, lemak dalam kuantiti yang betul. Yaaa itu semua kita boleh dapat daripada makanan kan?

Contohnya, karbohidrat kita boleh dapat bila kita makan nasi, mee, mihun atau kueh teow, roti, gandum, bijirin dan lain-lain. Protein pulak kita boleh dapat daripada ayam, ikan, seafood dan untuk yang vegetarian, mereka ambil protein daripada kekacang. Lemak-lemak pun senang nak dapat kan. So tiga-tiga makronutrients ni memang badan kita sentiasa dapat.

Tapi pernahkah anda terfikir tentang vitamin C yang memang anda dah lama tahu sangat penting untuk badan anda? Tentang lapan jenis vitamin B yang diperlukan agar badan anda boleh hasilkan tenaga atau energy dengan baik? Tentang vitamin A yang baik untuk elakkan night blindness? Tentang vitamin E yang berfungsi sebagai antioksida? Dan segala macam mineral yang memang badan anda perlukan untuk bekerja sebaiknya?

Mineral-mineral seperti kalsium, fosforus, magnesium, selenium, copper, kromium, iron dan lain-lain yang badan anda perlukan dalam kuantiti yang sedikit tapi sangat-sangat diperlukan setiap hari. Pernahkah anda ambil berat tentang semua mineral ini?


Kalau memang ambil berat selama ini. Tahniah! Anda memang menjaga amanah yang Allah dah beri iaitu tubuh badan anda sebaiknya. Tetapiii, jika anda baru terfikir dan baru menyedari akan kepentingan mineral dan vitamins ini semua, jangan risau... Masih belum terlambat untuk anda bertindak.

Anda ada dua pilihan sebenarnya untuk make sure badan anda mendapat kesemua vitamin dan minerals yang penting untuk sistem dalam badan berfungsi sebaiknya. Pertama, saya cadangkan anda pelbagaikan pilihan makanan anda. Seperti yang lecturer diet saya selalu cakap,

"EAT A VARIETY OF FOOD!"

Allah pun memang dah cipta pelbagai tumbuhan dan haiwan untuk dijadikan sebagai makanan oleh manusia. Jadi, memang tugas kita lah untuk makan semua tu. So lepas ni make sure, dalam pinggan tu ada nasi, ada daging untuk protein, ada sayur yang cukup, ada buah-buah sekali untuk setiap hidangan anda, iaitu time breakfast, time lunch dan time dinner.

Ohhh sayur nak kena ada berapa banyak ye? Hmmm.... jom kita semak dengan Malaysia Dietary Guideline untuk adult.



MENURUT MALAYSIA DIETARY GUIDELINE

Menurut Malaysia Dietary Guideline, Key Message 5: Eat Plenty of Fruits and Vegetable Everday








Cuba tengok kat atas ni dia tulis: key recommendation 1. Eat different type of fruits for every meal. Maksudnya setiap kali makan breakfast, lunch dan dinner kena makan buah dan buah tu haruslah yang berlainan di setiap hidangan.







Yang kat atas ni pulak dia tulis: key recommendation 2. Eat variety of vegetable everyday. Bawah tu dia cadangkan makan sayur berdaun hijau sebaik-baiknya setiap hari, makan sayur yang berlainan warna untuk lunch dan dinner, Makan sayur yang tidak berdaun contohnya peria dan petola beberapa kali seminggu.






Yang atas ni pulak key recommendation no 3: Dia cadangkan makan at least 5 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Sebagai contoh, 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah yang berbeza atau sekurang-kurangnya makan satu hidangan buah dan satu hidangan sayur untuk setiap hidangan.


Secara pendeknya dekat sini, guideline ni nak sampaikan mesej yang pelbagaikan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan kita setiap hari. Tahniah untuk anda yang berjaya lakukan pilihan satu sebaiknya.




BUKAN SEMUA BERJAYA LAKUKAN SEPERTI PILIHAN SATU

Tapi jika anda seperti saya, yang duduk pun di hostel, kena makan apa je yang ada dekat kafe tu....


kadang-kadang makan sayur, kadang-kadang tak makan sebab sayur dah habis kat kafe tu....


Atau tak makan sayur sebab setiap hari sayur sama, macam mana nak pelbagaikan hidangan sayur setiap hari...


Atau anda selalu beli makanan yang dalam tu tak ada sayur contohnya set butter rice setiap hari yang kadang-kadang ada timun kadang-kadang tak dapat, atau just makan set ayam penyet yang dapat tempe seketul dua...


Atau hidangan goreng-gorengan yang sayur-sayurannya seperti hidup segan mati tak mahu...


Buah-buahan apatah lagi. seminggu mungkin sekali sahaja. atau seminggu tu tak makan langsung buah....


Atau jika anda seorang yang tak makan sayur langsung. Memang tak minat sayur. Macam mana nak dapat mineral? Nak kata drpd sumber lain? Anda pasti ke dapat kalau tak makan sayur? Haaa cer fikir...


Anda yang dalam situasi di atas ni lebih sesuai dengan pilihan kedua iaitu cuba tambah dengan suplemen. Ada lecturer saya kata, manusia tidak perlu makan makanan tambahan atau suplemen, sebab kita boleh dapat semua tu dengan eat a variety of food. Betul apa dia cakap, tapi kalau situasi yang macam dekat atas ni macam mana?

Kadang-kadang, kita tak ada pilihan lain sebab itu saja pilihan makanan yang kita ada. Kemudian, kita rasa mudah penat, badan tak bertenaga. Mudah kena penyakit macam gum bleeding. Nak derma darah tak boleh sebab kurang darah merah.... Haaa itu semua petanda atau simptom yang menunjukkan badan kita sangat-sangat kekurangan nutrisi tersebut. Dan pilihan yang anda boleh ambil ialah dengan mengambil suplemen.


Saya cerita ni semua sebab saya pun lalui semua ni. I wanna eat a variety of food. I wanna be healthy. But the situation didn't allow me to eat a variety of food, so I can't give what my body needs. Tapi sampai bila nak macam ni? Badan kita ni kita bukan nak pakai sekejap, jika diizinkan oleh Allah, badan kita ni kita nak pakai lama. Jadi hargailah tubuh badan kita sementara kita tengah sihat ni.



START CONSUME SUPLEMEN

Sebab itu lah saya start consume suplemen. Hanya dengan kurang RM2.00 sehari, badan saya peroleh vitamins dan mineral yang diperlukan. Selepas saya start consume Vitalea, vitamin B Complex dan vitamin C, Alhamdulillah saya lebih yakin yang badan saya mendapat kesemua sumber vitamin dan mineral yang diperlukan.


Vita-Lea





Vitamin pertama yang dicipta oleh Dr Forrest Shaklee pada tahun 1915. Maknanya vitalea ni dah 100 tahun berada dipasaran. Kalau tak bagus, mestilah dia tak akan bertahan di pasaran kan? Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Pendek kata dia ada semua jenis mineral yang Azie dah mention masa mula-mula tadi. Sebab tu la namanya multivitamin.

Walaupun multivitamin vitalea mengandungi pelbagai mineral, tetapi ianya paling cepat larut dalam air. Azie sendiri pernah try experiment ni. Masukkan dalam air,sekejap je dah larut. Selain itu, vitalea jugak ada elemen iron, so sangat sesuai untuk mereka yang kurang darah merah macam Azie, ibu-ibu mengandung dan mereka yang mengalami pendarahan besar.

Satu botol vitalea boleh tahan empat bulan. Dan setiap hari anda just spend RM0.78 sen sahaja untuk khasiat yang banyak ini.



Vitamin B Complex




Dah namanya pun B Complex, maka memang dia ada semua lapan jenis vitamin B. Apa fungsi vitamin B untuk badan kita? Vitamin B membantu melancarkan metabolisme, melancarkan peredaran darah, membantu sintesis DNA & RNA, mencegah kerosakan urat saraf, membantu pembentukan sel darah merah, mengubah protein, karbohidrat dan lemak kepada tenaga dan macam-macam lagi kepentingan vitamin B untuk tubuh badan kita.

Dan kalau anda belum tahu, Vitamin B Complex Shaklee dikecualikan daripada dikenakan GST tau sebab memang dah diiktiraf sebagai National Essential Medicine List (NEML). Jadi memang terbuktilah yang B Complex ni sangat penting untuk tubuh badan manusia. Satu botol Vitamin B Complex boleh tahan penggunaannya sehingga 4 bulan juga sebab ada 120 biji dan sehari anda just spend 0.45 sen sahaja.



Sustained Released Vitamin C.





Vitamin C, buat anda yang belum tahu, Vtamin C sangat mudah terhapus atau terjejas bila terdedahkan kepada suhu yang tinggi atau bila terdedah kepada asap rokok. And then, vitamin C yang kita makan dalam badan sebenarnya akan diserap sedikit sahaja dan selebihnya akan dibuang melalui urine. Memang sistem badan kita terima sedikit vitamin C sahaja.

Maka, vitamin C Shaklee diproses dan dipatenkan supaya dia diserap ke dalam badan sedikit demi sedikit selama 5 jam, bukannya semua sekali diserap. Sebab tu lah namanya sustained released vitamin C. Pendek kata sustain release ni satu proses dimana vitamin C Shaklee diformulasi khas agar dilepaskan ke dalam badan secara perlahan-lahan/berperingkat mengikut masa tertentu. Vitamin C Shaklee boleh bertahan selama 6 bulan tauu sebab ada 180 biji. Sehari anda just spend 0.55 sen sahaja untuk khasiat vitamin C yang berpanjangan.


Dan total semua sekali untuk sehari hanya RM1.78 sahaja, tak sampai RM2.00 sehari untuk anda pastikan badan anda mendapat semua jenis vitamin dan mineral yang diperlukan. Jom, semua rakyat Malaysia! Kita laburkan sedikit duit untuk kekal kan kesihatan tubuh badan kita. Saya doakan agar anda semua mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat.


Salam sayang,
Noor Aziemah



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

11 January 2017

Subjects Semester 1 Year 1 Course Dietitics di UIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Kali ni Azie nak update pasal course yang kalian akan belajar kalau ambil Bachelor of Dietitics dekat UIA ni ye. Azie tak sure sama ada course Diet kat UIA ni sama atau tidak dengan course Diet kat universiti lain, so Azie fokus yang kat UIA je la ye.

Sebelum itu, meh nak story mory sikit pasal Diet ni. So basically, kalau adik-adik ambil course dietitics, adik-adik akan deal dengan nutrition dan makanan je. Balik-balik pasal makanan. Macam mana makanan di proses dan di digest dalam badan kita, macam mana makanan di absorb atau assimilate into our body. Mekanisma setiap makanan iaitu karbohidrat, protein, asid lemak, vitamins dan minerals. Lepas tu, adik-adik belajar lagi pasal semua sistem dalam badan kita jugak so that kita lebih faham fungsi2 dalam badan kita kan. Benda-benda ni semua adalah untuk menyediakan adik-adik semua sebelum jadi seorang pakar pemakanan atau pakar dietetik lepas grad nanti. Okay?


Course Semester 1 Tahun 1

Untuk pengetahuan adik-adik, batch Azie iaitu batch 161, silibus dia ada perbezaan sedikit dengan silibus senior sebelum ini. Tak banyak, tapi in terms of code subject, lepas tu content pun ada beza sikit la. Ada yang dikeluarkan dari silibus, ada content yang ditambah. Hmm macam tu lah.

Okay, untuk semester 1 tahun 1 adik-adik ada 8 subjects dan 20 contact hour ye. Agak banyak tapi jangan risau you all boleh lakukannya. Ce wahhh. Subjects nya dipecahkan kepada tiga kategori iaitu

1. Department Core Course (maksudnya budak-budak diet je ambil)
2. Kuliyyah Required Course (maksudnya budak-budak kahs je kena ambil)
3. University Required Course (maksudnya semua budak UIA Kuantan & Gombak kena ambil)


Department Core Course

1. FOOD SCIENCE (2hrs)


Food Science kita belajar pasal makanan, food processing, food ingredient, food quality, food safety, food hygiene, food contamination, food and diseases, management of halal food, food additives, food labeling, food act and regulation dan macam-macam lagi berkaitan food. Hanya theory, no pracical at all.

Nama Lecturer: Dr Ibrahim bin Muhammmad.

Oh Dr Ibrahim ada kilang burger sayur dia sendiri tau. Kenapa burger sayur? sebab daging dia diperbuat daripada nangka. Tapiii dont judge a burger by its name. Sedap tau. tak rasa pelik langsung, rasa burger je. Sila lah beli di HEALS shop.


2. NUTRITION AND HEALTH (2hrs)

Actually ni subject paling favorite Azie. Satu sebab belajar pasal carbohidrates, proteins, lipids, minerals, vitamins dan depa punya strucure, digestions, absorption, kalau kurang (deficiency) apa jadi, kalau lebih (toxicity) apa jadi dan a little bit about diseases yang berkaitan dengan depa semua ni.

Dua sebab lecturer Nut & Health adalah lecturer paling sporting dan paling kelakar pada Azie iaitu Dr Hanapiii. Yeah, he is my most favorite lecturer. If you ever read my blog, Hi Dr! :D Hehehe....

Dr ni pernah cakap an apple a day keep the dr away. But do you have iphone? It keeps me closer. Hahahahaha. Iphone kan jenama Apple... malangnya ku tak punya iphone.

Btw, Dr Hanapi adalah Academic Advisor for students Dietitics so kalau kalian semua ada masalah apa-apa boleh la consult dengan Dr Hanapi. Most of the time dia nampak garang tapi dalam kelas dia sangat kelakar dan sangat suka pisang.

Berbalik kepada nut & health, selain yang Azie dah mention kat atas, subject ni pun anda akan belajar pasal body composition, bmi, bmr, water and electrolyte composition, food and diseases, food labeling and consumerism, dietary advice for adult, adolescents and children according to the malaysian dietary guideline dan nutrition for oral and dental health. Semua sekali ada 13 topics (masa zaman Azie ada 13, tak tau la zaman kalian nanti dia ubah ke apa kan?) Subject ni pun theory dan memerlukan kepakaran mengingat fakta.

Lecturers : Dr Hanapi Mat Jusoh & Dr Nik Mazlan Mamat


3. NUTRITIONAL BIOCHEMISTRY (3 hrs)

Subject ni dia ada kait rapat dengan subject nutrition and health. 50% dia sama dengan nut & health. Sebab apa Azie cakap macam tu, Nutritional Biochemistry ini kalian akan belajar pasal Metabolism of Carbohydrate, Protein, Lipids, Vitamins dan Minerals. Metabolism ni termasuklah how does our body synthesis them dan the process of breaking down these nutrients.

Biochem lagi berat la daripada nut & health sebab dia involve banyak gila pathway yang adik-adik pernah belajar masa CFS tu contohnya glycolysis, kreb cycle, oxidative phosphorylation dan transamination serta pathways baru contohnya lipid metabolism, glycogenolysis, glycogenesis, ketogenesis, gluconeogenesis etc.

Kemudian, kalian akan belajar semua penyakit berkaitan dengan nutrients ni, contohnya untuk carbohydate ada penyakit diabetes mellitus, cancer, obesity etc. Untuk protein, ada penyakit kwashiokor, marasmus, phenylketonurea, urea cycle disorder, maple syrup urine disease etc. Pastu untuk vitamin dan minerals, kalau badan kita kurang atau lebih setiap satu vitamin/minerals ada effect specific dia.

Haaa... dah tau kan? boleh la buat research sikit-sikit kat google pasal semua ni ye? hehehe

Lecturers: Ramai lecturer sebab setiap sorang ada specialities kat bahagian masing-masing.

Dr Hanapi Mat Jusoh
Dr Muhammad Ibrahim
Dr Radiah Abd Ghani
Dr Suhana
Dr Muzaffar


Kulliyyah Required Course

4. HUMAN STRUCTURE & FUNCTION 1 (3 hrs)

Atau dalam bahasa science nya: Anatomy (structure) & Physiology (function). Anat dan Physio ni semua budak kahs kena ambil. Macam time Azie, students Diet, Audio, Opto dan Radio combine class sebab silibus sama. So kami semua belajar kat dalam lecture hall beramai-ramai.

Untuk Anat & Physio, kalian akan belajar semua systems yang ada dalam badan manusia:

Skeletal system, muscular system, respiratory system, cardiovascular system, lymphatic system, nervous system, blood circulatory system dan general senses serta fluid balance (homeostasis). Setiap satu system terbahagi 2 class iaitu class untuk bahagian anat (structure) dan class untuk physiology nya (function dia).

Subject ni selain ada theory, ada lab session jugak, ada tutorials and lab reports. Tapi lab reports nya adalah jawab soalan sebab kita bukannya buat experiment pun masa lab session. Lab session kita tengok system yang kita belajar minggu tu dekat patung2 dalam lab. Pendek kata, subjek ni macam subjek biologi la masa SPM tapi lebih details ye anak-anak. Haha...

Lecturers:

Dr Munirah Shaaban
Dr Radiah Abd Ghani
Dr Zaitunnatakhin Zamli
Dr Rozlin Abd Rahman


5. DEVELOPMENTAL PSYCHOLOGY IN HEALH SCIENCE (3hrs)

Masa kelas psycho, kami budak diet akan combine class dengan budak opto dan budan audio. So belajar dekat lecture hall. Subjek ini best sebab kalian akan belajar psychology seseorang start drpd dia dalam kandungan, dari baby sampai lah dia dah tua. Kalian akan belajar theory of development from people contohnya Theory of Development according to Frued, Erik Erikson, Jean Piaget, Vygotsky, Albert Bandura etc.

Kemudian korang akan belajar development dari segi physical, socio-emotional dan cognitive during infancy, early middle and late childhood, adolescent dan early, middle and late adulthood. Subject ni best jugak sebab dia cakap pasal korang punya behavior yang korang sendiri experience during your children and adolescent years.

Lecturer: Dr Suriati Sidek


6. INTRODUCTION TO HEALTH COMMUNICATION (2hrs)

Subjek ni kalian akan belajar pasal communication, apa itu health comm, health promotion, health education, health behaviour, coping with illness, relationship between patient and healthcare provider, patients perspective, about death and dying, abnormal behaviour dan macam-macam lagi tentang bagaimana patients akan react bila dapat tahu mereka berpenyakit.

Lecturers:

Dr Azlina Abd Rahman
Dr Suriati Sidek
Dr Mardiah
Dr Niza


University Required Course

7. UNGS 2030K: ISLAMIC WORLDVIEW (3hrs)

Kalau sesiapa yang drpd cfs tu mesti dah pernah ambil RKA kan? Haa UNGS ni macam RKA laaa. Belajar pasal concept of Islamic Worldview, other worldview (scientific and philosophical worldview) ideologies yang diperkenalkan oleh western people contohnya naturalism, materialism, secularism, humanism dan postmodernism. Lepas tu belajar pasal concept of tauheed (tauhid rububiyah, uluhiyah dan asma wal sifat)

Selain itu, belajar pasal rabbaniyah, insaniyah (humanism), wasatiyah, syumuliyah, waqiiyah, thabat wal murunah. Alhamdulillah, masa SPM Azie ada ambil sabjek tasawur Islam, so memang dah belajar sikir-sikit pasal rabbaniyah, insaniyah, wasatiyah ni semua masa tu. Masa CFS pun ada belajar cuma dia tak guna terms Arabic la, dia guna nama inggeris contohnya lordship, humanity, moderation, comprehensiveness dan lain-lain.

Jadinya buat yang dah pernah belajar tu, jangan lupa apa yang anda dah belajar tu ye sebab kalau anda still ingat, memang sangat-sangat membantu even anda study last2 minute. Bahagian ni just ulang balik benda yang sama cuma lebih detail la of course sebab degree kan. Tak ada lah beza sangat actually, just dalam kertas exam tu kena letak ayat al-Quran la baru dapat markah. hewhew.

Lecture: Dr Tijani Ahmad Ashimi

Btw, Azie dapat lecturer daripada Nigeria. Dr Tijani best sangat-sangat sebenarnya. Beliau sangat positif dan bersemangat. Azie suka especially kalau dia buat aksi-aksi kelakar tapi tu laa ramai yang mengantuk time kelas dia sebab kelas dia petang dalam pukul 5pm-6:30pm, semua orang dah exhausted sebab kelas daripada pagi kan... Mujurlah Azie memang pengguna tegar cinch energy tea mix shaklee. So far, Alhamdulillah still bertenaga even class sampai petang.


8. BAHASA MELAYU KERJAYA: SAINS & TEKNOLOGI (2hrs)

Lepas masuk degree kena belajar BM ye adik-adik. Tapi BM ni tak sama dengan BM SPM sebab dia sangat berkaitan dengan sains dan teknologi. Kalau dia mintak bina ayat pun dah tak boleh dah ayat biasa-biasa, dia nak ayat yang ada kaitan dengan sains.

Dalam BM Kerjaya ni, kalian akan belajar macam mana nak buat teks ucapan, minit mensyuarat, dialog temuduga, tulis laporan teknikal dan tulis kertas kerja. Kalau fikir secara logiknya, semua yang kalian akan belajar masa BM ni lah yang akan guna dalam real life, contohnya buat kertas kerja tu, buat minit mesyuarat.

Lecturer: Cikgu Shafik Abd Rahman.



Cukuplah 8 subjects dan 20 contact hours untuk semester 1 tahun 1. Kalau kalian ambil tilawah sahaja masa cfs, so masa degree kena ambil fardhu ain. jadi lah 9 subjects macam Azie. Tapi Alhamdulillah, boleh je survive semester 1 ni dengan 20 contact hour. Nak cakap pasal result exam, result tak keluar lagi so yeahhh.

Cukuplah Azie katakan yang Semester 1 Azie still boleh survive dengan class, assignment, presentation, quiz dan still boleh jawab exam (dean list ke tak dean list itu lain cerita la sebab result pun belum keluar kan. Juga aktif berpesatuan iaitu faci team. Faci team ni Azie cerita dalam entry lain ye. Azie nak share tips yang Azie ada buat sikit dan tips yang Azie nak remind diri sendiri supaya buat untuk semesters akan datang, tapi sebab entry ni dah sangat panjang maka kita jumpa kat next entry la ye. InsyaAllah Azie akan share sikit tips macam mana Azie boleh survive sem 1 ni.

Assalamualaikum :)

Salam sayang,
Noor Aziemah
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI