23 April 2014

Wordless Wednesday #1: Lawa ke?




I.L.M.U.


Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang yang kelima, anda akan binasa.
( Hadis Riwayat At-Tabrani )

Saranan Yang Terdapat Dalam Hadis :
1- Menjadi 'guru', iaitu menyebarkan ilmu kepada orang ramai.
2- Menjadi 'pelajar', iaitu yang menuntut ilmu pengetahuan.
3- Suka 'mendengar' sesuatu yang boleh memberikan ilmu pengetahuan.
4- 'Cinta akan ilmu', iaitu cinta kepada ilmu pengetahuan.
5- 'Tidak menjadi golongan yang kelima', iaitu mereka yang langsung tidak mempunyai keempat-empat ciri di atas.





Lots of love,
Noor Aziemah






22 April 2014

Segmen: SIHAT BERSAMA SHAKLEE



Saya selalu dengar perkataan suplemen. Tapi kawan-kawan tahu tak apa itu suplemen sebenarnya? Untuk apa? Penting ke idok? Kalau tak tahu, sila scroll down ya... *winkwink*

Apa itu Suplemen Makanan?
Okay, secara roughly suplemen makanan merupakan produk kesihatan yang mengandungi satu atau lebih zat yang bersifat nutrisi atau ubat yang kebiasaannya terdiri dari vitamin, mineral dan asid amino yang merupakan sebahagian daripada protein yang digunakan untuk keseimbangan metabolisme dalam tubuh.

Kenapa Kita Perlu Mengambil Suplemen Makanan?

1. Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar

Cuba kita lihat keadaan sekeliling kita. Macam-macam pencemaran berlaku. Pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran tanah, pencemaran bunyi dan macam-macam lagi. Sudah tentu kehidupan kita lebih terdedah dengan kuman, bakteria, virus, kekotoran, debu, asap dan jangkitan penyakit yang berbahaya yang boleh mengancam kehidupan dan mungkin membawa maut.


Pencamaran Air


Pencemaran udara


2. Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien.

Badan setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza terhadap jenis-jenis suplemen. Contohnya, para wanita yang sedang hamil memerlukan nutrients secukupnya untuk dirinya dan bayi. Mereka memerlukan dos kalsium yang lebih tinggi untuk tumbesaran tulang dan gigi bayi dalam kandungannya. Para atlet memerlukan sumber protein yang tinggi untuk membantu merawat sel-sel yang rosak di samping nutrisi-nutrisi yang lain untuk tenaga yang lebih kuat. Mereka yang sudah lanjut usia akan kehilangan kebanyakan nutrient seperti kalsium lalu menyebabkan tulang mereka rapuh. Oleh hal yang demikian, mereka perlu memasukkan kalsium ke dalam diet harian mereka.






3. Buah-buahan dan Sayur-sayuran yang diambil tercemar atau terjejas.

Kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam secara moden dengan penggunaan baja-baja bukan organik yang menmpunyai pelbagai jenis bahan kimia. Bahan kimia ini yang bertujuan untuk membunuh serangga perosak tanaman sebenarnya memberi kesan buruk kepada tubuh badan kita. Bahan kimia ini juga boleh merosakkan fungsi ginjal jika bagi jangka masa panjang.


4. Kita sering mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
Cuba kita refleksi gaya hidup seharian kita. Cukupkah waktu tidur 8 jam sehari? Cukupkah pengambilan air kosong? Adakah kita terdedah dengan asap rokok atau kita sendiri menghisap rokok? Adakah kita sering stress dan tertekan sama ada di sekolah, di tempat kerja mahupun tatkala melayan anak? Gaya hidup yang tidak sihat secara tidak langsung memberi kesan kepada tubuh badan tau. Ingat tu!




5. Kehilangan nutrien dalam makanan.
Percaya atau tidak, kebanyakan protein yang terkandung dalam daging haiwan, misalnya daging ayam, rosak atau hancur setelah kita memasaknya dengan menggunakan api yang panas. Tapi, kalau api tak panas, macam mana nak masak daging tu kan? Sebab itu, walaupun kita mengambil daging ayam itu tadi dalam kuantiti yang banyak, kita masih lagi belum mendapat kuantiti protein yang diperlukan oleh badan. Malahan, jumlah lemak pula yang semakin meningkat!


6. Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa.
Berapa peratus rakyat Malaysia yang mengambil makanan seimbang? Terlalu sedikit. Kenapa? Sebab rakyat Malaysia mementingkan rasa. Pernahkah kita menitikberatkan soal kandungan gula, garam, ajinomoto dan pewarna dalam makanan? Perkara ini, walaupun nampak remeh, tapi sebenarnya memberi kesan terhadap tubuh badan kita. Sebab tu macam-macam jenis penyakit melanda rakyat Malaysia sekarang ini.


Oleh itu, saya nak mengajak anda untuk menambahkan suplemen harian kita. Kita kehilangan pelbagai jenis vitamin dan zat setiap hari. Oleh hal yang demikian, mari memperbaiki kesihatan kita ke arah yang lebih baik.


Sihat Bersama Shaklee
Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Mereka melakukannya dengan membuat produk semulajadi yang begitu luar biasa. Setiap produk yang masuk ke dalam botol Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi dan menjadi mesra alam di planet ini. Apabila kawan-kawan  memilih Shaklee, kawan-kawan akan tahu 3 perkara adalah benar. Ia sentiasa selamat. Ia sentiasa bekesan. Dan ia mesra alam.

"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan," dia pernah berkata "tetapi kita adalah dalam dua bidang yang berasingan. Mereka dilatih untuk merawat penyakit, saya berminat dalam memperbaiki kesihatan"
DR. FORREST C. SHAKLEE.  




Untuk keterangan lanjut boleh visit website ini:

ATAU


ATAU

add saya kat FB: NOOR AZIEMAH


Lots of Love,
Noor Aziemah





Tudung Bawal Kangaroo



Siapa penggemar tudung bawal? Saya! *angkat tangan tinggi2*

Dulu main bedal je pakai tudung bawal, tak tahu pun ada jenama-jenama tersendiri. sekarang ni dah ada macam-macam jenama tudung bawal kan? Ada tudung bawal jenama Senorita, Rania, Kangaroo dan macam-macam lagi. Saya nak cerita pasal tudung bawal kangaroo *bajet macam dah expert sangat*. Okay, honestly saya belum pernah pakai tudung bawal jenama kangaroo. Sebabnya? Sebab saya lame . Jadi saya pun terfikir untuk buat satu research tentang tudung bawal ni. Berdasarkan kajian, saya dapat tau yang tudung bawal ni: 

1. Lembut
2. Mudah dibentuk
3. Warna yang menarik
4. Tidak mudah luntur
5. Selesa

Persoalannya: Betulkah?

Jadi saya pun berminat untuk cuba sendiri. Alhamdulillah, nasib saya memang baik tengah jumpa satu page tudung bawal kangaroo yang sedang membuat promosi untuk membeli tudung bawal.

Harga promosi: sehelai RM4.25 ( tiada minimum order)

Harga dia memang baik punya! so, tanpa berfikir panjang saya pun order la banyak2 tudung bawal ni. sebab tarikh tutup promosinya ialah pada 25 April 2014. Kalau kawan-kawan nak tau lebih lanjut boleh pergi kat website ini:

Jom kita layan beberapa gambar:


Kod warna Tudung

Rambang mata tengok semua warna...

Semua canteq canteq..


Mana satu nak pilih ya?

Saya baru sahaja order, so barang-barangnya belum sampai lagi. Nanti, kalau barang-barangnya sudah samnpai In shaa Allah saya akan update. Bagi yang berminat bolehlah PM page/inbox website tu atau sms/wechat/whatsapp 0136421967 (Afiqah)

Lots of Love,
Noor Aziemah





Allah Know Whats Best For Us.



Pernah tak sesuatu perkara yang menyedihkan terjadi kepada kawan-kawan. Sesuatu yang pada kita benda itu seperti satu tamparan yang meninggalkan kesan hebat dalam hidup kita. Kadang kala menimbulkan penyesalan. kadang kala mengalirkan air mata. Kadang kala kita tertanya-tanya, Ya Allah kenapa semua ini terjadi pada aku? Kenapa??? *emo*

Tetapi as thing goes on, kita realize yang ada himah tersimpan di sebalik "sesuatu" itu. Allah tahu apa yang lebih baik untuk kita. Sebab tu kita sering dengar kata-kata:

Kita merancang tapi Allah yang tentukan

Masih jelas bermain di fikiran saya, semasa saya darjah lima, pertama kali mendapat markah tercorot dalam peperiksaan. Memang takut gila nak bagi tahu abah. Saya sedih, menangis, mengeluh... tapi lepas tu saya terfikir, apa sebab dan munasabab keputusan peperiksaan saya teruk sebegitu?  Memang tak dinafikan saya tidak pernah berusaha pun sebelum itu. Tak pernah menunaikan tangunggjawab sebagai Muslimah. Kemudian saya bangkit semula dan berazam untuk berubah. Saya mula berfikir tentang masa hadapan. Saya mula berfikir tentang tanggungjawab sebagai Muslimah.

Alhamdulillah, sekarang saya boleh katakan peristiwa mendapat keputusan tercorot dalam kelas itu merupakan titik tolak penghijrahan saya. Alhamdulillah, peristiwa itu sedikit sebanyak mengubah saya untuk menjadi lebih baik.

Tidak! Saya bukannya nak bersikap riak mahupun nak berbangga diri, cuma nak ingatkan kepada kawan-kawan, walau apa pun yang terjadi kepada kita, ada hikmah di sebaliknya. Allah knows what best for us. Mungkin kita cuma nampak kesusahan dan kepayahan, tapi sentiasa ingat, Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kita, cuma masa sahaja yang menentukan. Kita kena sentiasa ingat bahawa, Allah tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita, tetapi Allah swt memberikan sesuatu musibah kerana Dia cintakan kita.

Oleh itu, bergembiralah sahabatku, di sebalik setiap musibah pasti ada hikmahnya...




Lots of Love,
Noor Aziemah





21 April 2014

Giveaway April by Syira Lokman




Selamat malam semua :D

Nota: Tak ada harapan nak menang pun.. hehehehe. join sekadar nak menambahkan kenalan saja. Ukhuwah dah silaturrahim itu penting yaww...

Lots of Love,
Noor Aziemah





Segmen: AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER BARU DAN LAMA



Kawan-kawan, pok cik, mok cik, blogger Ayu Insyirah buat segmen baru! Jom sama-sama kita memeriahkan lagi bersama saya!




syarat2 nyer :
1. Follow blogger Ayu Insyirah kat sini: http://www.ayuinsyirah.my
2. buat entry. tajuknyer SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER BARU DAN LAMA
3. gam kuat2 gambar banner diatas dan linkkan ke entry ini: http://www.ayuinsyirah.my/2014/04/segmen-ayuinsyirah-mencari-rakan.html
4. kemudian.... kawan2 jawab sikit soalan ni... BILALAH ANDA MULA MEWUJUDKAN BLOG ANDA? 
5. Boleh tag kawan-kawan kalau nak. Kalau tak tag pun x pe
6. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah entry tu.

 Mula: 20 April 2014
Tamat: 30 April 2014


Jom kita join dan memeriahkan lagi segmen ini! btw, sis Ayu, saya mula mewujudkan blog saya pada tahun 2011 :D

Lots of Love, 
Noor Aziemah





20 April 2014

1st Giveaway by Fatimah Azzahrah




Jom join GA ini! Syarat-syarat:

1. Tepek banner ini di blog.
2. Buat entry bertajuk 1st Giveaway by Fatimah Azzahrah
3. Like fanpage sponsor

Senang kan!

Lots of Love,
Noor Aziemah





17 April 2014

Segmen Blogwalking by Dayang Deno




Selamat pagi!



Nak join segmen Blogwalking by DayangDeno? Ikut 4 step mudah ini:


1. Like fanpage -->> 
2- Follow blog -->>  www.dayangdeno.com
3- Tajuk entri bebas. Copy banner di atas dan linkkan ke entri ini
4. Publish dan paste link penyertaan anda di ruangan komen.
5- Lima peserta bertuah akan mendapat limited edition doodle art button badge  :)


Good Luck!

Lots of Love,
Noor Aziemah





16 April 2014

Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru


Tengah sibuk-sibuk ber blogwalking, tiba-tiba saya terjumpa satu blog yang buat entry bertajuk 'Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru' . Curious kejap. Nama Hasrul Hassan ni, baru first time dengar baca. So, tidak tahu langsung apa-apa tentang blogger yang satu ni. Di tambah pula dengan doodle yang comel (seperti di bawah) kat dalam entry tu, saya pun terdorong untuk meng-klik doodle tersebut.

Klik sahaja gambar doodle tu, muncul lah satu blog yang berwarna putih oren dan gambar lelaki berkaca mata tapi ada sebelah mata sahaja. Betul! Tak percaya? Cuba klik doodle kat bawah ni, kawan-kawan akan jumpa gambar lelaki tapi ada sebelah mata sahaja. Hehehe... Kreatif juga blogger Hasrul Hassan ni ya, letak gambar macam tu..





Scroll punya scroll ke bawah terbaca lah

Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru

ohh patutlah... ada segmen untuk newbie blogger rupanya. Kira rezeki saya lah, sempat jumpa segmen ni sebelum tarikh tutup dia iaitu 16 April 2014. Langkah-langkah untuk menyertai nya pun senang saja. Tak perlu nak follow blogger itu ini, like page itu ini, follow instagram, twitter and what not. Ada 3 step je:

1. Letak doodle dalam blog yang d backlink ke entry tersebut
2. Tulis tajuk Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru
3. Berikan sedikit info tentang diri dan blog

Senang kan? Bak kata omputeh, As simple as ABC. so apa tunggu lagi? jom join sementara masih ada beberapa jam saja lagi sebelum penyertaan ditutup. Jom jom!

For Bro Hasrul Hassan dan Blogger Lain:

Nama blogger: Noor Aziemah
Nama blog: Noor Aziemah
URL blog: nooraziemah.blogspot.com

Umur saya: 18 Tahun (officially)
Umur blog: Lebih kurang 3 tahun.

Follower: Baru 4 orang huhu...

Blog saya: 
Blog ini saya gunakan untuk berkongsi tentang personal life sebagai seorang gadis, student, etc, aktiviti yang saya join contoh nya Wakaf Telekung, etc dan saya guna untuk mempromosi pelbagai jenis barang.. Jangan segan silu untuk tekan butang follow di blog saya ya. Terima kasih daun keladi ^_^

Lots of Love,
Noor Aziemah





Ujian Psychometrics MARA




Beberapa hari yang lalu, saya menerima mesej daripada seseorang yang mengatakan bahawa kami, para lepasan SPM boleh menyemak tawaran untuk menduduki ujian psychometrics secara atas talian. Saya pun pelik lah, ujian apa pulak ni? Ya la, tak ada pengalaman apa-apa pun sebelum ni, tak pernah ada orang cerita pun tentang ujian ini.Dia tulis kat situ:

Tahniah. Anda telah terpilih untuk menghadiri sesi ujian psychometrics secara atas talian (online) dan ujian temuduga bagi program Ijazah Dalam dan Luar Negara & Cemerlang IPMA sepetimana butiran berikut:-

Ujian Pschometrics secara atas talian (online). Tarikh dan masa ujian mengikut waktu Malaysia.
Tarikh: 16/04/2014
Masa: 2.00pm-3.15pm


So saya pun minta cuti setengah hari demi menduduki ujian ini. Okay agak nervous juga mula-mula. So bila tekan button MULA MENJAWAB keluar lah soalan-soalan nya. Okay lah juga. Basically soalan-soalan dia terbahagi 4 bahagian iaitu IQ, Personaliti, Kenegaraan dan Nilai Murni

IQ
Ada 25 soalan objektif. Kena jawab semua soalan. Dia akan tanya soalan2 untuk menguji minda contohnya soalan maths so ada sedikit pengiraan. Senang je. Macam soalan darjah enam so boleh lah jawab cuma jangan careless sudah la ya

PERSONALITI
Yang ini berkaitan dengan personaliti anda. Dia akan bagi satu sikap diri anda dan anda kena rate sama ada sikap itu SANGAT BETUL, BETUL, SAMA ADA BETUL ATAU SALAH, SALAH atau SANGAT SALAH. Ada 47 soalan objektif

KENEGARAAN
Secara asasnya, saya boleh simpulkan yang bahagian ini akan keluar soalan2 tentang Kerajaan Malaysia contohnya konsep raja berpelembagaan, kuasa Yang di Pertuan Agong dan lain-lain (boleh baca dalam buku teks Sejarah tingkatan 5), dan tentang MARA. Sebaiknya kawan-kawan buat research tentang MARA dulu, contohnya baca tentang logo MARA, lagu, pengarah. boleh tanya dengan pak cik Google aje ya. hehe Kesemua sekali dalam bahagian ini ada 28 soalan objektif)

Nilai Murni
Bahagian ini ada 20 soalan. Ini part yang menyedihkan buat saya sebab belum sempat saya menjawab bahagian ini internet saya sudah hang dan tak boleh nak buat apa dah, so benda tu dah mati dengan sendirinya. Bila saya cuba buka balik website itu, saya tak boleh masuk dan jawab soalan2 itu lagi sekali. Sangat menyedihkan...

TIPS

-Pastikan kawan-kawan jawab ujian ini pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
-Patikan internet yang digunakan dalam keadaan baik agar tidak tersekat-sekat.
-Jangan tekan bukan refresh semasa menduduki ujian. Saya tak tekan button refresh pun benda tu hilang. Cuba bayangkan kalo kawan-kawan tekan...
-Sila tekan butang HANTAR pada bahagian NILAI MURNI selepas menjawab semua soalan.

Saya pun tak tahu apa status ujian saya tu sama ada sudah di hantar atau belum. Sebabnya, bila saya nak masuk balik ke dalam website soalan tu, dah tak boleh pulak. so saya harap dengan adanya entry ini, kawan-kawan yang lain boleh la jadikan ia sebagai pedoman agar berlaku perkara yang sama. Saya pun hanya berserah kepada dan bertawakal kepada Allah.

Lots of Love,
Noor Aziemah




14 April 2014

Recharge Your Iman!



Lebih kurang 75 hari lagi sebelum kita, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ni sangat mulia. Amalan2 seperti bangun sahur, bazaar Ramadhan dan solat Tarawih hanya terdapat dalam bulan Ramadhan. Sebab tu Ramadhan itu sangat unik dan berharga. Terasa nikmat setiap kali waktu berbuka dan mendirikan solat Tarawih di surau atau Masjid.

Salah satu amalan yang paling digalakkan sewaktu bulan Ramadhan adalah amalan bersedekah. Walau bagaimanapun, kita tak perlu tunggu bulan Ramadhan sahaja untuk bersedekah. Malah kita boleh bersedekah pada bila-bila masa sahaja even pada saat ini. Jadi saya nak mengajak kawan-kawan semua untuk mula bersekah daripada sekarang. Let's Recharge Your Iman!

InshaAllah, Telekung Project sedang dalam fasa mengumpul TELEKUNG PUTIH YANG BARU untuk dihadiahkan/diwakafkan melalui beberapa project di kelolaan Telekung Project.



Sempena menyambut kehadiran Ramadhan, TP sedang mengumpul sebanyak 1000 pasang telekung baru untuk dihadiahkan kepada:

*Ibu Tunggal
*Keluarga miskin (Satu rumah satu telekung baru)
*Anak-Anak di rumah kebajikan
*Saudara Baru

So, apa kata kawan-kawan join program ni sambil kita beramal ibadah kita dapat menggembirakan hati orang lain. Jom jom! sesiapa yang nak menyumbang telekung putih yang baru, kawan-kawan boleh pos atau hantar ke Alamat berikut:

THE TELEKUNG PROJECT
NO: 4, JALAN ELEKTRON U16/96H
DENAI ALAM,
40150 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
+60193337151

Selain itu, kawan-kawan juga boleh menyumbang dalam bentuk wang ringgit. Harga untuk sepasang telekung ialah RM30 tapi tak semestinya kena sedekah minima RM30 ya, yang penting biarlah pemberian itu ikhlas sebab Allah mengukur sedekah itu atas dasar keikhlasan dan bukannya kuantiti. Ingat ya :D


Sumbangan boleh disalurkan melalui:
 CIMB PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK
8600 56 3331

 MAYBANK NORAZILA ABDUL AZIZ (AKAUN KHAS ADMIN UTK TP)
5127 7250 1950



Ini sangat penting. Kemudian isikan borang Google Doc melalui link ini sebab link ini sangat penting untuk urusan audit pertubuhan mereka. So apa di tunggu lagi? Jom2 kita beramal!

Untuk info lanjut, kawan-kawan boleh layari link ini:
 https://www.facebook.com/TheTelekungProject

Lots of Love,
Noor Aziemah





 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI