8 July 2015

15 Tips untuk Menghadapi 10 Malam Terakhir Ramadhan.

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik Ramadhan kali ini dah masuk fasa 10 malam terakhir dah. Sekejap sangat rasanya. Azie rasa hari tu baru sahaja 1 Ramadhan, baru sahaja umat Islam mula berpuasa. Tup tup tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua.

Bagaimana dengan amal ibadah kita semua? Rasa-rasanya kita sudah manfaatkan 20 hari Ramadhan yang telah berlalu sebelum ini dengan sebaiknya ke atau tidak? 

Haa.. tepuk dada tanyalah iman.

Baiklah di sini Azie nak share satu artikel yang dikongsi oleh salah seorang rakan facebook berkenaan tentang bagaimana kita nak menghadapi sepuluh malam terakhir Ramadhan kali ini. 

Artikel ini pada asalnya ditulis oleh Syeikh Tawfique Chowdury dalam bahasa inggeris tapi yang Azie nak share dengan anda kat bawah ini ialah terjemahan bebasnya. Maafkan kami jika ada yang terkurang daripada artikel ini.

Azie harap anda semua pembaca blog ini dapat satu ilmu yang berguna dan bermanfaat daripada artikel ini. InsyaAllah :)


15 Tips 10 Malam Terakhir oleh Syeikh Tawfique Chowdury

1. Mulakanlah dengan niat yang bersih dan tulus. Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksimum, maka bersiap sedia lah untuk memaksimumkan ibadah kita. Jika kita benar-benar ingin memperbaiki tahap amal ibadah kita, maka gunakanlah kesempatan ini untuk memanfaatkan 10 malam terakhir ini sebaik-baiknya.

2. Hari ini bacalah tafsir surah al-Qadr dan fahamilah apa yang terjadi pada malam Laylatul Qadr itu. Kita akan merasa keagungan Nya dan kekuatan Nya. InsyaAllah.





3. Jangan menunggu sehingga malam ke 27 untuk mengerahkan segala usaha. Bangunlah setiap malam untuk 10 malam terakhir ini agar malam Laylatul Qadr tidak dilewati begitu sahaja.

4. Ikutilah sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu
"Barangsiapa yang berjaga (tidak tidur) dan berdoa pada malam lLaylatul Qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjaranNya, dosa-dosa yang telah lalu akan diampunkan.






5. Hafal doa malam Laylatul Qadr yang diajarkan oleh baginda Rasulullah saw.


Use links below to save image.


6. Tuliskan doa-doa yang ingin dipohon pada malam Laylatul Qadr. Ingat! Ini ialah waktu yang sangat istimewa bagi seorang hamba. Pilihlah doa-doa yang terbaik untuk agama kita, dunia akhirat kita dan keluarga kita. Jangan dilupakan saudara-saudara kita, muslimin dan muslimat yang sedang berada dalam kesusahan dan kesulitan di serata dunia.

7. Jika perlu, anda boleh tidur sejenak pada siang hari atau Qailullah. Waktu yang terbaik adalah dalam jangkamasa satu jam sebelum masuknya waktu Zuhur selama 15-20 minit. Qailullah membantu anda bangun pada waktu malam dengan lebih mudah. 





8. Jagalah perut anda supaya tidak terlalu kenyang, dan tidurlah segera selepas menunaikan solat Isha' dan solat tarawih sekadar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlag untuk beribadah.

9. Jangan lupakan keluargamu! 

Rasulullah membangunkan para isteri-isterinya pada malam-malam ini. Anak-anak juga boleh disarankan untuk beribadah untuk beberapa minit, walaupun ianya tidaklah selama orang dewasa. Beri semangat dan motivasi kepada mereka dan pupuklah minat untuk bersolat malam itu sejak kecil.





10. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri turut mempengaruhi kita secara psikologi. Pakailah pakaian yang bagus dan wangian (khususnya dirumah untuk wanita) ketika beribadah.

11. Pilihlah spot yang khusus dan kondusif untuk beribadah, sama ada di masjid atau di rumah. Letakkan sejadah, mushaf dan air minuman sehingga kita tidak perlu berganjak dari sana untuk minum.

12. Sepuluh malam terakhir bukanlah malam untuk pasang status misalnya "Alhamdulillah, nikmatnya dapat bermunajat kepadaNya malam ini" dan sebagainya. Biarlah itu menjadi rahsia indah antara seorang hamba dan tuhannya.

Maka matikanlah telefon, tablet dan komputer. Putuskanlah segala bentuk hubungan dengan dunia dan nikmatilah jalinan hubungan dengan Yang Maha Esa.

13. Jika merasa mengantuk, maka variasikanlah atau pelbagaikanlah bentuk ibadah antara solat, bermunajat, berzikir dan membaca al-Quran. Lakukanlah secara berganti-ganti.

14. Husnudzon atau bersangka baiklah dengan Allah. Ketika berdoa, ingatlah yang kita sedang meminta kepada Raja Yang Maha Pemurah. Jika kita meminta yang terbaik, pasti Dia akan memberikan yang terbaik. Jangan ragu-ragu. Yakinlah dan tumpahkanlah seluruh isi hati anda di hadapan Nya. Jangan biarkan keraguan dan prasangka buruk menjauhkan kita daripada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

15. Bersabarlah. Sepuluh malam terakhir ini mungkin sangat melelahkan. Anda mungkin harus bekerja, sekolah atau aktiviti lainnya. Malam2 ini adalah saat dimana anda perlu bersabar dengannya. 

Ingatlah Allah telah menganugerahkan kita dengan kesempatan berharga ini (iaitu pengampunan yang seluas-luasnya) yang mungkin tidak akan kita temui lagi selepas ini. Jika kita dapati bahawa Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir kita dan syurga hanyalah selangkah lagi, bukankah kita akan berlari mengejar malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini?





Semoga anda semua mendapat manfaat daripada artikal ini. Selamat mengejar malam Laylatul Qadr!


Salam sayang,

Noor Aziemah
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI