16 April 2015

Result Terkini Para Peserta Now Everyone Can Kurus Batch 1 & Batch 2 yang AWESOME!

Assalamualaikum...

Apa khabar pembaca blog nooraziemah.blogspot.com?

Saya doakan semoga anda semua sihat sejahtera, dipermudahkan urusan oleh Allah di dunia dan di akhirat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

Hari ini saya nak share dengan anda result timbangan para peserta Now Everyone Can Kurus untuk batch 1 dan batch 2.

Anda boleh klik sini kalau anda belum tahu dan ingin tahu apa benda Now Everyone Can Kurus ini.

Para peserta dikehendaki untuk meng update timbangan masing-masing untuk setiap 14 hari atau 2 minggu. Jadi dapatlah personal couch kita pantau berat badan setiap peserta supaya menadapat berat badan yang diidam-idamkan.

Pada 12 April yang lalu, peserta Now Everyone Can Kurus (NECK) batch 1 yang bermula pada 1 February 2015 lalu telah update berat masing-masing untuk minggu ke sepuluh.

Manakala peserta Now Everyone Can Kurus (NECK) batch 2 yang bermula pada 1 March 2015 yang lalu telah update berat masing-masing untuk minggu yang ke enam.

Gambar-gambar di bawah ini merupakan antara result jumlah penurunan berat badan peserta-peserta NECK batch 1 dan batch 2.


Antara Result Penurunan Berat Badan Peserta NECK Batch 1













Antara Result Penurunan Berat Badan Peserta NECK Batch 2
















Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus

Alhamdulillah, kebanyakan para peserta mendapat keputusan yang sangat-sangat memuaskan. Ini semua adalah hasil usaha mereka yang mengikut apa yang diajar oleh couch/personal trainer kita.

Perlu saya ingatkan di sini, para peserta ini tidak pernah meninggalkan nasi dalam diet seharian mereka.

Mereka makan nasi hari-hari. Malahan, mereka wajib makan 5 kali sehari.

Mereka tidak perlu membayar mahal-mahal untuk sebarang program weight management.

Mereka tidak perlu pergi gim malahan hanya perlu diet dari rumah.

Mereka tidak perlu melakukan senaman yang sangat-sangat aggresif contohnya berlari 7-8km setiap hari untuk membakar kalori dalam badan mereka.

Ini kerana mereka telah diajar jenis-jenis senaman yang walaupun dilakukan beberapa kali seminggu sahaja tetapi dapat membakar kalori dengan sangat banyak.

Dan yang paling menarik sekali ialah para peserta NECK tidak perlu berjumpa dengan personal trainer NECK secara face to face.

Mereka hanya berinteraksi dalam group telegram Now Everyone Can Kurus bersama-sama para peserta lain secara alam maya. Dalam group telegram tersebut, para peserta NECK akan diajar oleh trainer NECK semua formula-formula yang betul untuk kurus dengan mudah hanya dari rumah.

Ha... best ke best?

Jom kita usha-usha gambar peserta NECK sebelum dan selepas mereka menyertai program NECK ini. Lets check it out....!


Gambar Para Peserta NECK 1 dan NECK 2













































Pengambilan Peserta Now Everyone Can Kurus Batch 4 Kini DIBUKA!

Adakah anda seorang memiliki berat badan yang terlebih daripada berat normal anda?

Adakah anda mengimpikan untuk menjadi seperti peserta NECK yang turun berat dengan banyak dalam masa beberapa minggu?

Adakah anda ingin kelihatan kurus, cantik dan slim melim di pagi raya 1 Syawal nanti?

Jika jawapan anda adalah ya untuk soalan-soalan di atas, anda layak untuk sertai Now Everyone Can Kurus. Kini pengambilan untuk peserta Now Everyone Can Kurus batch 4 yang akan berlangsung pada 1 Mei 2015 nanti sedang dibuka.

Anda juga layak untuk memiliki Ebook Now Everyone Can Kurus secara percuma.






Jom whatsapp Azie 0126818763, kita sembang-sembang lebih banyak pasal program NECK ini.

Azie doakan anda semua kurus dan sihat!


Salam sayang

~Noor Aziemah~
0126818763
Jom Kurus Dari Rumah!

Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.

15 April 2015

Cara Nak Buat Sendiri Bekas Makanan Untuk Kucing-Kucing Jalanan

Assalamualaikum.


Hari ini terjumpa satu post yang menarik dekat FB. Lalu Azie terasa macam nak share dengan anda semua. Mudah-mudahan dapat memberi idea kepada sesiapa yang nak bersedekah dengan cara yang unik.

Selalu kita tengok kucing jalanan @ stray cats mencari-cari sisa makanan dekat tong sampah atau tepi jalan. Kadang-kadang time kita sedang lepas-lepak dekat luar rumah, datang seekor dua kucing jalanan minta makanan.

Ha, dekat bawah ini ada satu cara kreatif macam mana nak bagi kucing jalanan ini makan... Semoga amalan ini dapat kita jadikan sebagai salah satu sedekah jariah kepada haiwan kesayangan Rasulullah ini.

Jom kita sediakan satu bekas makanan macam dekat bawah ini....

Walaupun banyak kucing dah makan, tapi nanti bekas itu akan sentiasa terisi dengan makanan kucing. So, kucing lain yang baru datang pun boleh tumpang sekaki. Hehehe...





Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Kita cuma perlukan 2 botol mineral 10 liter (untuk simpanan makanan dan untuk takungan makanan) , cable tie dan super glue.

Cara-cara dia pulak, macam dalam gambar kat bawah ni.....






1. Botol yang besar yang isi makanan tu tebuk kat bahagian bawah dalam anggaran 5cm panjang dan 3cm lebar untuk makanan turun.

2.Botol yang lagi satu tu untuk takung makanan. Potong bahagian bawah lebih kurang 4-5cm tinggi dari bawah. kemudia potong sikit bahagian yang ingin disambung dekat botol tinggi isi makanan.

3. Sambung kedua-duanya pakai cable tie. Kalau nak cantik lagi boleh pakai super glue atau hot glue gun.

Dan.... siap! Ha, lepas itu bolehlah diisi dengan makanan kucing sampai penuh dan diletakkan dekat luar rumah. So everytime kucing lalu, dia boleh makan. Bila dia dah kenyang, kucing lain pulak boleh makan. 

Walaupun bekas takungan itu dah tinggal sikit, nanti dia akan di refill dengan sendirinya. Kecuali kalau memang satu botol tu betul-betul habis, barulah diisi semula dengan makanan kucing.

1 botol ini agak-agak berapa banyak kucing boleh kenyang? Banyak kan! Mudah-mudahan dapat jadi pencen kubur kita kat akhirat nanti. InsyaAllah....

Renung-renungkan dan selamat beramal :D


Salam sayang,
Noor Aziemah

Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.

13 April 2015

Kalau Nak Kurus Wajib Makan Nasi Hari-Hari

Assalamualaikum....

Azie tahu bila kita sebut pasal diet atau nak kurus, mesti majoriti akan fikir yang nasi punca kegemukan. Dan Azie jugak tahu yang kebanyakan mereka yang sedang on diet mesti akan skip nasi. Mereka akan ambil protein dan sayur-sayuran sahaja.

Untuk carbohidrat, mereka ambil selain nasi contohnya mihun, mee, roti atau lain-lain. Ad juga yang tidak ambil karbohidrat langsung.

Nasi pulak dijauhkan.

Perlu Tahu Kira Kalori

Sebenarnya ramai orang tak tahu berpa banyak calori intake yang badan dia perlukan. Dan saya percaya anda yang sedang baca blog saya ini pun tak tahu macam mana nak kira kalori.

Bila kita tak tahu kira kalori, kita tak tahu berapa banyak yang badan kita perlukan untuk aktiviti seharian.

Maka bila kita tak tahu, kita makan sahaja apa yang ada tanpa mengetahui berapa banyak kalori dalam badan tersebut. Kita tak tahu adakah kalori yang diambil itu sudah memadai untuk keperluan badan atau sudah berlebihan?

Contohnya, breakfast pagi tadi, apa yang anda makan? Nadi goreng? Mee goreng? Nasi lemak? Kuih muih?

Tahu tak berapa kalori yang anda ambil itu?

Akibat Bila Tak Tahu Kira Kalori

Bila anda tak tahu kira kalori, anda akan makan apa-apa sahaja yang ada di depan mata anda tanpa tahu sudah berapa banyak kalori yang anda masukkan ke dalam badan anda.

Mungkin anda ambil kalori yang terlebih banyak daripada jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda.

Apabila perkara ini terjadi, kalori yang berlebihan itu akan bertukar menjadi lemak tepu . Dan, bila anda tidak bersenam langsung, makin banyaklah lemak tepu dalam badan anda. Lama-lama berat badan anda pun akan bertambah sebab ada banyak lemak-lemak tepu dalam badan.

Yang sedihnya bila semua ini terjadi, anda akan menyalahkan nasi 100% lalu berazam untuk skip nasi dalam diet anda.

Nasi Tidak Bersalah

Sebenarnya, nasi bukanlah punca kegemukan. Tapi, masalah utama rakyat Malaysia adalah mereka tidak tahu jumlah kalori yang diperlukan untuk kekalkan berat badan. Kevin Zahari yang terkenal sebagai ikon kurus pun makan nasi hari-hari.





Wajib Makan Nasi Hari-Hari Kalau Nak Kurus

Dalam program Now Everyone Can Kurus, peserta didedahkan dengan rahsia-rahsia dan tips-tips nak kurus dengan mudah dan senang.

Mereka semuea perlu faham akan teknik kurus yang betul dan sistematik. Sebab itu, mereka semua diajar cara untuk kira kalori yang betul, berapa jumlah kalori yang mereka perlukan untuk menguruskan badan atau mengekalkan berat badan.

Sasaran mereka adalah menurunkan 10kg-15kg dalam masa 100 hari.

Mereka juga diwajibkan untuk makan nasi setiap hari untuk kurus dengan mudah. Saya nak share dengan anda kisah salah seorang peserta Now Everyone Can Kurus yang makan nasi hari-hari tapi tetap boleh kurus.



Ini salah seorang peserta Now Everyone Can Kurus. Namanya Din dan berasal daripada Kuala Lumpur. Ini adalah gambar beliau beberapa tahun yang lepas. Waktu itu, berat beliau adalah 138kg.




Din berjaya turunkan berat badan dari 138kg hingga ke 123kg. Sepanjang proses ini, beliau makan nasi setiap hari.




Di atas ini adalah gambar Din pada hari pertama program Now Everyone Can Kurus. Berat beliau ketika ini ialah 123kg



Ini pula gambar Din selepas 28 hari. Din berjaya turunkan 7.3kg dalam masa 28 hari. Beza tak gambar beliau sebelum dan selepas NECK?

Beliau memakai baju yang sama dan dari posisi yang sama.




Setiap hari, Din makan nasi. In fact, semua peserta Now Everyone Can Kurus diwajibkan makan 5 kali sehari sepanjang program ini untuk memudahkan penurunan berat badan.




Ini pula gambar Din pada hari ke 30 bersama Now Everyone Can Kurus. Beza kan Din yang dahulu dan Din yang sekarang?

Ini baru hari ke 30. Now Everyone Can Kurus berlangsung selama 100 hari. Agak-agak boleh bayangkan bagaimana Din selepas 100 hari?

Yang paling best nya, hari-hari Din makan nasi dan tidak pernah sekali pun pergi gim. Beliau mahu buktikan kepada semua rakyat Malaysia yang kalau nak kurus, kita perlu ada mentor, ilmu dan sistem yang betul dan sistematik.

Kita tidak perlu pergi gym untuk kurus. Dan kita tidak perlu skip nasi dalam diet untuk kurus. In fact, kalau nak kurus anda hanya perlu lakukan dari rumah dan boleh makan nasi hari-hari.

Inilah ilmu-ilmu yang kita ajar dan diamalkan dalam program Now Everyone Can Kurus. Amacam?

Percayalah... Nasi bukannya punca kegemukan. Kita boleh makan nasi setiap hari walaupun kita sedang berdiet. Dan secara logiknya saya terfikir, bolehkah kita tinggalkan nasi dalam diet seharian.

Bukankah nasi itu makanan ruji rakyat Malaysia?

Jika anda masih rasa yang nasi itu punca kegemukan, kenapa terdapat rakyat di negara barat yang gemuk walaupun kita tahu mereka semua tidak makan nasi?

Logik kah mereka gemuk jika nasi itu punca kegemukan?

Percayalah, nasi bukan punca rakyat Malaysia gemuk dan jika anda tahu caranya, anda juga boleh kurus dengan mudah.

Dapatkan Ebook Now Everyone Can Kurus!

Saya nak bagi anda semua ebook Now Everyone Can Kurus.



Anda boleh dapatkan ebook ini dengan 2 cara,

1. Beli pada harga RM20

Ebook ini dijual dengan harga RM20.00. Ianya setebal 150 muka surat dan dalamnya terdapat pelbagai rahsia, tips dan kisah motivasi untuk menurunkan berat badan.

Jika anda mahu membuat pembelian, sila masukkan duit kedalam akaun berikut:

Noor Aziemah Noor Azman
Maybank: 164306419902
Email: aziemah96@yahoo.com

Kemudian, whatsapp Azie 0126818763 nama dan email anda.

Jika anda tidak berpuas hati, kami akan memulangkan duit RM20 anda.

2. Atau DAPATKANNYA DENGAN PERCUMA!

Ya, dapatkannya secara percuma.Anda tidak perlu membayar 1 sen pun. Caranya ialah dengan menekan butang SHARE di bawah dan SHARE kan link ini.

Selepas itu, anda boleh whatsapp azie 0126818763 nama dan email anda.

Link ebook ini akan di email kepada anda secara percuma.

Ianya satu amanah buat anda sekiranya anda memilih untuk mendapatkan ebook ini secara percuma dengan cara kedua.


Saya doakan semoga anda kurus dan sihat.


Salam sayang,

Noor Aziemah
Now Everyone Can Kurus


Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.

12 April 2015

Cabaran Now Everyone Can Kurus Batch 3 Telah Bermula

Assalamualaikum...

Pada 1 April 2015 yang lalu telah bermula cabaran Now Everyone Can Kurus (NECK) untuk batch yang ketiga. Alhamdulillah, semakin ramai yang sedar akan kepentingan untuk hidup dengan lebih sihat lalu mereka membuat keputusan untuk join NECK.





Bagi anda yang belum lagi tahu pasal apa itu NECK, masih lagi tertanya-tanya pasal NECK, meh sini Azie kongsi sikit....

Apa Benda Now Everyone Can Kurus ni?






Now Everyone Can Kurus (NECK) adalah sebuah tanggungjawab sosial yang mengajak rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan sejahtera. Konsep yang kami selalu tekankan adalah, bila anda mempunyai tubuh badan yang sihat, anda terpaksa kurus.

Dalam program NECK kami membantu rakyat Malaysia untuk menurunkan berat badan dengan cara yang mudah dan sihat. Program ini berlangsung selama 100 hari.

Selama 100 hari itu, para peserta yang menyertai NECK akan diberikan ilmu-ilmu tentang cara untuk kurus dengan betul dan mudah setiap hari. Ilmu-ilmu ini diberikan oleh trainer atau coach kami yang telah membantu ramai orang untuk kurus dengan mudah.




Inilah couch peserta NECK yang kami gelar sebagai abang Ketak. Sebab... tengoklah badan dia yang berketak-ketak tu... 

Sebelum ini, abang ketak akan charge bayaran RM600 untuk mereka yang nak berguru dengannya. Mahal... tapi still ramai yang sanggup bayar sebab dah terbukti ilmu-ilmu yang abang ketak ni ajar membantu mereka untuk kurus dan sado dengan mudah. Tapi, khas untuk para peserta NECK, bayaran yang abang Ketak charge tidak sampai 10% pun daripada bayaran asal.

Ha.... Best ke best?

Kebanyakan para peserta program NECK adalah mereka yang nak turunkan 5kg-10kg secara puratanya. Namun ada jugak peserta yang target untuk turun 15kg hingga 20kg terus. 

Sebenarnya tidak ada limit berapa kilogram berat badan yang mereka mahu turunkan pun, kerana jika mereka mengamalkan cara hidup yang sihat dan tips-tips yang diberikan dalam NECK, InsyaAllah impian mereka untuk sihat dan slim akan tercapai dengan mudah.

Tips-Tips Untuk Kurus Dengan Mudah

Antara tips dan teknik yang diamalkan oleh para peserta program NECK ialah kita perlu diet dengan berilmu. Selain itu, para peserta perlu mengambil makanan yang mempunyai jumlah kalori yang bertepatan dengan keperluan badan mereka.

Para peserta juga diwajibkan untuk mengambil nasi setiap hari. Haa.. mesti anda terkejut, macam mana nak turun 10kg tapi boleh makan nasi hari-hari? 

Sebenarnya dah terbukti dah yang even kita makan nasi setiap hari pun boleh turun berat badan dengan banyak. Buktinya, ramai peserta NECK batch 1 dan batch 2 yang berjaya turunkan berta badan walaupun makan nasi hari-hari...


Nak kurus pun boleh makan nasi hari-hari tau.... Anda yang diet dan tak makan nasi tu, tak rindu ke dengan nasi??? Hehehe.....

Best kan?

Tips Senaman Yang Mampu Membakar Kalori Dengan Banyak

Senaman sangat-sangat memainkan peranan untuk kurus. Kami faham yang para peserta ini bukannya free 24 jam, malahan majoritinya adalah mereka yang terikat dengan waktu bekerja. Bila masa nak bersenam?

Jadi, coach a.k.a abang ketak akan ajar mereka teknik-teknik senaman yang simple, yang tidak perlu dibuat hari-hari tapi dapat membakar kalori dalam badan dalam jumlah yang banyak. Daripada senaman yang buat hari-hari tapi bakar kalori sikit, kan teknik ini lebih menjimatkan masa?

Dan..... part yang paling best sekali adalah.....

Semua peserta hanya akan menurunkan berat badan daripada rumah!

Tak perlu berjumpa abang ketak.

Tak perlu pergi gim. Dahlah jauh, mahal pulak tu.

Boleh buat di rumah sambl jaga anak-anak (tak perlu nak hantar anak pada sesiapa...)

Habis tu, kalau tak jumpa sesiapa macam mana nak berguru dengan coach/abang ketak???

Haaa.. mesti ada yang tertanya-tanya. Untuk pengetahuan pembaca semua, para peserta dan abang ketak hanya perlu berhubung melalui smartphone!

Semua peserta akan di add ke dalam group telegram Now Everyone Can Kurus dan di dalam itu couch/mentor akan bagi tips setiap hari. Bukan itu sahaja, couch akan pantau setiap peserta, dari hari pertama sampailah hari ke 100. Dan setiap 2 minggu para peserta perlu update berat terkini masing-masing. 

Jika peserta menghadapi masalah contohnya berat tak turun-turun, couch akan cuba selesaikan masalah peserta. Kan best bila kita ada mentor untuk kurus. Diet pun jadi lebih senang.










Now Everyone Can Kurus Batch 3
Para peserta dalam NECK batch 3 adalah antara rakyat Malaysia yang bertuah sebab mereka sedar akan kepentingan kesihatan dalam kehidupan. Iya lah, bila kita gemuk, nak buat kerja pun susah, lepas itu macam-macam penyakit pulak datang.

Sakit Jantung lah...

Kencing manis lah...

Darah tinggi lah....

Tahniah Azie ucapkan kepada para peserta kerana berani mengambil langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah mereka juga akan mencapai berat badan yang diinginkan selagi mereka mengamalkan apa yang diajar oleh couch untuk kurus.

Now Everyone Can Kurus Batch 4

Untuk anda di luar sana yang nak kurus dengan diet yang mudah dan hanya dari rumah, anda juga boleh sertai kami. Kini kami membuka penyertaan untuk program Now Everyone Can Kurus untuk batch yang keempat. Batch yang ini akan bermula pada 1 Mei 2015 dan berjalan selama 100 hari.

Selepas 100 hari program Now Everyone Can Kurus batch 4, kita sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi, jika anda nak surprise kan keluarga anda dengan bentuk badan yang kurus, slim dan ramping, inilah masanya. Anda perlu bermula dari sekarang.

Mesti satu keluarga anda tertanya-tanya... Ehhh macam mana kau boleh kurus? Berapa lama dah kau tak makan nasi?

Padahal anda makan nasi hari-hari. Hahaha ini contoh feedback peserta NECK batch 1 dan 2 yang sudah mula dihujani soalan-soalan sebegini walaupun belum tamat 100 hari program mereka.

Mahu jadi salah seorang yang kurus dan slim melim di pagi raya nanti? Jom sertai kami. Anda boleh sms atau whatsapp Azie di nombor 012-6818763. InsyaAllah Azie akan bantu anda lebih kurus dan sihat melalui Now Everyone Can Kurus.






Salam sayang,

Noor Aziemah
0126818763
~Jom Kurus Dari Rumah!~


Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.

10 April 2015

Orang Yang Dimurkai & Orang Yang Sesat Dalam Surah AL-Fatihah

Assalamualaikum...

Setiap hari khamis, Azie akan mengikuti kelas usrah yang diadakan oleh sebuah persatuan di tampat Azie belajar ini, Centre For Foundation Studies, International Islamic University Malaysia (CFS, IIUM) atau UIA.

Dalam kelas usrah ini, kami saling berkongsi-kongsi ilmu apa yang kami ada. So, semalam Azie dapat beberapa ilmu baru yang Azie tak tahu sebelum ini.

Di sini Azie nak kongsi satu ilmu yang rasanya ramai orang tak tahu.

Ada seorang sister ni, dia share dengan kami semua pasal surah Al-Fatihah.






Dia share dengan kami pasal ayat nombor 7 yang bermaksud:


"Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"


Dalam ayat ini ada 3 jenis orang:

1- Orang yang diberi nikmat
2. Orang yang dimurkai
3. Orang yang sesat

Azie nak share pasal nombor 2 dan nombor 3 itu.

Siapa tahu apa perbezaan antara orang yang dimurkai dan orang yang sesat?


Orang Yang Dimurkai
Orang yang dimurkai ini ialah golongan mereka yang berilmu tapi tidak beramal. Dia ada ilmu, tapi dia tak buat pun apa yang dia tahu tu.

Contoh yang paling mudah Azie boleh bagi ialah mereka yang tahu pasal solat, mereka yang tahu akan kewjipan solat, cara melaksanakan solat, hukum meninggalkan solat, cukup segala syarat wajib solat tapi.... tak solat.

Allah sangat murka akan orang yang ada ilmu, tapi tidak beramal dengan ilmu yang dia ada tu. Sebab itu terdapat sesetengah orang yang sangat takut kalau dia ada ilmu tapi dia tidak beramal dengan ilmu itu. Dia akan pastikan semua ilmu yang dia ada, dia sudah beramal dengannya.





Orang Yang Sesat.
Kalau orang yang berilmu tapi tidak beramal Allah gelar sebagai mereka yang dimurkai, mereka yang sesat pula ialah mereka yang beramal tanpa ilmu. Golongan ini mereka tidak ada ilmu tapi beramal.

Contohnya seseorang yang memandu kereta tanpa ilmu yang betul. Mestilah membahayakan diri dia dan juga pengguna jalan raya yang lain, betul tak?

Malahan ada sebuah hadis yang mengatakan mencari ilmu adalah tuntutan bagi setiap Muslim.

Sebab dengan ilmu, manusia boleh tahu, yang wajib adalah wajib, yang sunat adalah sunat dan yang haram adalah haram. Selain tahu pasal hukum, manusia jugak dapat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dengan lebih baik.

Sebaliknya, jika beramal tanpa ilmu, kita tak tahu sama ada apa yang kita buat itu, betul atau salah serta kesan dan akibat perbuatan kita itu.


Ilmu dan Amal Perlu Seiring.
Dalam salah satu bukunya, Imam al Ghazali pernah berkata,


"Ilmu tanpa amal itu gila dan amal tanpa ilmu sia-sia" 






Maka, dari sini kita boleh tahu yang ilmu dan amalan ini sama pentingnya. Sebab itulah Allah menyebut tentang orang yang dimurkai dan orang yang sesat dalam surah pertama dalam al Quran. 

Semoga kita semua tidak tergolong dalam salah satu golongan atau kedua-dua golongan ini. Semoga kita adalah orang yang berilmu dan beramal dengannya. Amiin.






Semoga entri ini bermanfaat. 


Salam sayang,

Noor Aziemah

Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.

5 April 2015

7 Zikir Pembuka Rezeki

Assalamualaikum....

Apa khabar pembara blog nooraziemah.blogspot.com? Azie doakan semoga anda semua berada di bawah rahmat Allah swt. InsyaAllah...

Azie nak kongsi sesuatu yang Azie dapat dari group whatsapp iaitu 7 Zikir Pembuka Rezeki. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua.

7 ZIKIR PEMBUKA REZEKI.

1. Memperbanyakkan membaca - La Haula Wala Quwwata Illa Billah -





Barang siapa yang lambat Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At-Tabrani)


2. Membaca - La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -

Barangsiapa setiap hari membaca La Ilaha Illallahu Malikul Haqqul Mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR. Abu Nu'aim dan Ad Dailami)


3. Membaca - Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adzhim.





Dari setiap kalimah itu, seorang Malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta'ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al Mustagfiri dalam Ad Da'awat)


4. Membaca surat Al-Ikhlas.





Barangsiapa membaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR At Tabrani)


5. Membaca surah al Waqiah

Barangsiapa membaca surah al Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup (HR Al Baihaqi dalam Syu'ab Al Iman)


6. Memperbanyak Selawat Ke Atas Nabi:





Dari Umar bin al Khattab dari Nabi saw bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkat darjatnya sepuluh kali darjat (Dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad)


7. Melazimkan beristigfar.




Barangsiapa melazimkan beristigfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.


Jom kita jemput rezeki dengan menjadikan zikir-zikir ini sebagai amalan. Mudah-mudahan ianya menjadi asbab rezeki daripada Allah swt. InsyaAllah.


Salam sayang,

Noor Aziemah



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
Shaklee ID : 1144358
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI