21 August 2015

Kisah Perbualan Seorang Jururawat dan Seorang Pesakit

Assalamualaikum wbt...


Hai pembaca-pembaca kesayangan ku. Semoga anda semua sihat selalu.

Azie nak share satu kisah yang Azie rasa memang sangat kena lah dengan keadaan zaman sekarang ni. Kisahnya dalam bentuk dialog antara seorang jururawat dan seorang pesakit.

Perbualan antara Pesakit dan Jururawat.

Di sebuah hospital kelihatan seorang pesakit dan seorang jururawat sedang berbual.

Pesakit: Abang jururawat, best ke bekerja di hospital? Dah lama kerja sini?

Abang misi: Bolehlah... Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi,selama 5 tahun kerja di sini, banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa.

Pesakit: Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?

Abang misi: Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best.

Pesakit: Wah! Apa dia?


Abang misi:

Di sini, setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka sehinggalah ke urusan jenazah.

Apa yang saya lihat, sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal... sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskah al Quran.

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al Quran, tak sempat baca al Quran, Allah dah ambil nyawa mereka. Bila dibacakan al Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting.


Pesakit: Apa dia?


Abang misi:

Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira, ketika tidak datangnya sakit, itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat nanti, dapatkan kita sentuh dan pegang al Quran? Sehari sehari pun susah nak belai dan belek Al Quran, apatah lagi membaca atau mentadabburnya? Allah... Allah...

Sungguh, kita tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita, kita sangat memerlukan al-Quran. barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi... Allah.. Allah...

Pesakit: (menitiskan air mata...) abang, bacakan saya al-Quran. Saya tak tak boleh baca, saya buta tajwid.

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al  Quran mini dari kocek bajunya

************************

Masa Azie baca cerita ni, terus tersentap kalbu. Memang Azie akui. Benda yang Azie selalu pegang ianya handphone. Tengok whatsapp la, FB la instagram la. Memang tak noleh berpisah dengan handphone.

Tapi bila fikir-fikir balik, bukannya handphone dapat bantu Azie masa Azie nak hadapi sakaratul maut nanti. Bukannya handphone boleh ringankan seksa kubur nanti, atau terangkan kubur yang gelap nanti. Juga handphone sama sekali tidak dapat membantu Azie manjawab soalan mungkar dan nangkir nanti.

Allah... Allah....


Terima kasih kepada mereka yang hantar ni dalam salah satu group whatsapp Azie. Memang betul-betul mentarbiah dalam diam.

Semoga kita semua mendapat pengajaran dari kisah  ini :)

Salam sayang,
Noor Aziemah

18 August 2015

2 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Makan Kuning Telur Jika Nak Kurus

Assalamualaikum warahatullahi wabarakatuh...

Hai semua pembaca blog nooraziemah.blogspot.com!

Ramai yang tahu bahawa telur kuning ada banyak khasiat yang tersendiri.

TAPI,  TAPI, TAPI!

Anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan adalah sangat dilarang daripada memakan telur kuning. Nak tahu kenapa? Mari sini azie bagi tahu 2 sebab.


2 Sebab Anda Tidak Boleh Makan Kuning Telur Ketika Diet

1. Kandungan Kalorinya Tinggi.

Cuba tengok kandungan kalori kuning telur dalam gambar di bawah ni.





1 biji kuning telur = 55 kalori.

Cuba bayangkan kalau dalam masa 1 hari itu anda mengambil lebih daripada 1 biji telur kuning.

2 biji = 110 kalori
3 biji = 165 kalori
4 biji = 220 kalori


2. Ia menjejaskan diet anda

Ingat! Cara menurunkan berat badan yang betul dan sihat adalah dengan memastikan jumlah kalori harian adalah kurang daripada jumlah kalori yang badan anda perlukan. Katakanlah anda seorang perempuan yang tidak melakukan kerja-kerja berat, kalori harian yang anda perlukan adalah sekitar 1600-1700 kcal mengikut usia anda.

Jadi, kalau anda nak kurus, calories intake anda mestilah kurang daripada 1600kcal supaya lemak dalam badan dapat dbakar untuk mengantikan kalori keperluan yang tidak cukup tu.

Kalau makan 2 biji kuning telur dah 110 kalori, macam mana pula dengan makan tengah hari, minum petang, makan malam anda?

Mesti jadi lebih daripada jumlah kalori yang badan anda perlukan. Kalau macam ni, bukannya lemak-lemak akan dibakar, tapi sudah pasti lemak makin bertambah.

Kalori daripada 4 biji telur kuning sudah menyamai dengan kalori semangkuk nasi putih. Azie rasa, baik pilih nasi putih daripada sekadar makan 4 biji telur kuning, lagi kenyang dan lagi bertenaga.






Jadi kalau anda nak kuruskan badan, sila elakkan daripada mengambil kuning telur. Sila sedekah kepada kawan-kawan yang tidak gemuk supaya tidak membazir, okay?


Diet Mestilah Dengan Ilmu.
Sebab itu Azie kata, kalau nak kurus mestilah berilmu. Jangan diet secara main hentam, takut nanti bukannya makin kurus tetapi makin gemuk ada la... Contohnya, tak nak makan nasi sebab takut gemuk, tapi makan makanan yang tinggi kalorinya.

Dah lah tidak bertenaga (sebab tak makan nasi), kurus pun tak jugak...

Jangan jadi macam tu ya rakan-rakan. Jangan seksa diri sendiri. Siapa kata nak kurus tu susah? Nak kurus tu mudah saja jika anda tahu caranya.

Semoga tips ini bermanfaat :)



Anda mahukan lebih banyak tips kurus dan sihat dengan mudah dari rumah? Tanpa perlu pergi gim. Tanpa perlu tinggalkan nasi putih. Tanpa perlu berjumpa coach. Hanya dari rumah! Mahu?


Dapatkan Ebook Now Everyone Can Kurus!

Saya nak bagi anda semua ebook Now Everyone Can Kurus.



Anda boleh dapatkan ebook ini dengan 2 cara,

1. Beli pada harga RM20

Ebook ini dijual dengan harga RM20.00. Ianya setebal 150 muka surat dan dalamnya terdapat pelbagai rahsia, tips dan kisah motivasi untuk menurunkan berat badan.

Jika anda mahu membuat pembelian, sila masukkan duit ke dalam akaun berikut:

Noor Aziemah Noor Azman
Maybank: 164306419902
Email: aziemah96@yahoo.com

Kemudian, whatsapp Azie 0126818763 nama dan email anda.

Jika anda tidak berpuas hati, kami akan memulangkan duit RM20 anda.

2. Atau DAPATKANNYA DENGAN PERCUMA!

Ya, dapatkannya secara percuma.Anda tidak perlu membayar 1 sen pun. Caranya ialah dengan menekan butang SHARE di bawah dan SHARE kan link ini.

Selepas itu, anda boleh whatsapp azie 0126818763 nama dan email anda.

Link ebook ini akan di email kepada anda secara percuma.

Ianya satu amanah buat anda sekiranya anda memilih untuk mendapatkan ebook ini secara percuma dengan cara kedua.


Saya doakan semoga anda kurus dan sihat.


Salam sayang,

Noor Aziemah
Now Everyone Can Kurus


Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.


 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI