16 March 2015

Kisah Seorang Lelaki Biasa Yang Mahu Jadi Rakan Kongsi Thomas A. Edison

Assalamualaikum.


Apa khabar pembaca blog nooraziemah.blogspot.com? Saya doakan semoga anda semua sihat sejahtera, Allah permudahkan segala urusan anda di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

Baru-baru ini, saya ada singgah sebuah kedai buku dan terjumpa sebuah buku bertajuk Think and Grow Rich (Edisi Bahasa Melayu) yang ditulis oleh Napoleon Hill. Belek punya belek, akhirnya saya beli buku tersebut.


Think and Grow Rich



Saya baru baca beberapa muka surat tapi kandungan dia sangat menarik dan memberi motivasi kepada saya. Alhamdulillah, pelbagai ilmu yang saya dapat dari buku tersebut. Penulis banyak berkongsi kisah mereka yang asalnya dari kalangan orang biasa-biasa sahaja tetapi akhirnya menjadi seorang yang luar biasa.

Saya nak berkongsi dengan anda satu kisah tentang seorang lelaki biasa yang mahu menjadi rakan kongsi kepada seseorang yang sudah berjaya dan masyhur iaitu Thomas A Edison.

Hanya Lelaki Gelandangan.
Mesti ramai yang dah kenal siapa Thomas A. Edison kan? Dialah saintis yang sudah berjaya mencipta mentol setelah 10 000x percubaan yang gagal. Setelah berjaya mencipta mentol, dia menjadi popular dan masyhur sebab ciptaan dia dah berjaya menyenangkan kehidupan masyarakat ketika itu.


Thomas Edison Yang Popular Dengan Ciptaan Lampunya

Disebalik kisah kejayaan Edison, ada kisah seorang lelaki yang tidak dikenali ramai. Namanya Edwin C. Barnes, dia seorang yang biasa-biasa, hidup tidak ubah seperti gelandangan.

Tapi, Barnes ada satu kemahuan. Dia nak bekerjasama dengan Edison. Dia nak jadi rakan kongsi Edison. Dia bukan nak bekerja untuk Edison tapi bekerja bersama Edison.

Masalahnya, Edison bukannya kenal Barnes pun, dan masalah kedua dia tak ada wang yang cukup untuk pergi ke Orange, New Jersey, iaitu wilayah dimana beradanya Edison.

Tetapi sebab kemahuan dia untuk menjadi rakan kongsi Edison sangat tinggi, beliau nekad mencari jalan untuk meneruskan kemahuannya. Sehingalah beliau buat keputusan untuk naik kereta api sahaja ke sana.

Bertemu Edison
Sampailah saat Barnes berdiri di hadapan Edison, beliau menyatakan hasratnya untuk bekerja bersama-sama Edison. Walaupun ketika itu penampilannya seperti orang yang merempat ditepi jalan, tetapi semangatnya yang berkobar-kobar untuk bekerja dengan Edison terpancar diwajahnya waktu itu.

Edison yang 'nampak' akan semangat Barnes mengambil beliau untuk bekerja di pejabatnya.

Sewaktu perjumpaan pertama mereka ini, Barnes tidak dapat menjadi rakan kongsi Edison, sebaliknya beliau hanya bekerja di pejabat terebut dengan gaji yang paling kecil di samping membuat kerja-kerja yang tidak penting.

Tetapi, Barnes tetap melihat pekerjaannya sebagai sesuatu yang penting. Semua itu memberi peluang kepada beliau untuk menunjukkan 'kebolehannya' di hadapan bakal rakan kongsinya.

Ciptaan Terbaru Edison.
Walaupun 5 tahun telah berlalu dan cita-citanya masih belum tercapai, Barnes tidak berputus asa. Dia tak pernah terlintas pun untuk mencari pekerjaan lain walaupun impiannya kelihatan mustahil.

Suatu hari, Edison mencipta sebuah alat yang dapat digunakan di pejabat, iaitu alat perakam suara yang dipanggil Edifon. Jurujual yang ditugaskan untuk menjual di syarikat tersebut tidak begitu yakin dapat menjual alat tersebut. Mereka tidak percaya alat itu dapat dijual dengan mudah.

Berbeza dengan Barnes, beliau melihat perkara itu sebagai peluang. Peluang yang tidak kelihatan oleh mata kasar, tetapi tersembunyi di sebalik sebuah mesin yang pelik. Peluang itu tidak menarik minat sesiapapun kecuali Barnes dan inventor nya, Edison.

Barnes tahu beliau dapat menjual alat perakam itu. Beliau menawarkan diri untuk menjual alat tersebut lalu berjaya menjualnya. Akhirnya beliau benar-benar berjaya menjual alat itu.

Malah, beliau memperoleh keuntungan yang sangat tinggi sehingga Edison menandatangani kontrak dengan beliau bagi mengedar dan memasarkan alat tersebut ke seluruh dunia.

Hasil daripada kerjasama itu, muncul slogan "Dibuat oleh Edison dan Dipasar oleh Barnes"


Slogan Kerjasama Antara Edison dan Barnes


Perkongsian itu bukan sahaja menjadikan Barnes kaya, tetapi beliau mencapai sesuatu yang lebih besar nilainya. Beliau membuktikan seseorang dapat "berfikir dan menjadi kaya".

Kuasa Sebuah Fikiran
Barnes benar-benar membayangkan diri beliau menjadi rakan kongsi Edison, iaitu seorang inventor yang hebat pada ketika itu. Beliau membayangkan kekayaan. Pada mulanya, beliau langsung tidak mempunyai apa-apa.

Beliau hanya ada kemahuan, lalu bertekad mempertahankan kemahuan itu sehingga menjadi kenyataan.

Hakikatnya, beliau adalah seorang pemuda yang miskin dan tidak mempunyai harta. Beliau tiada pendidikan tinggi, tiada pengaruh daripada mana-mana pihak. Tetapi beliau ada inisiatif, kepercayaan dan kemahuan untuk menang. Dengan ketiga-tiga kekutatan itu, beliau berjaya menjadi nombor satu bersama inventor yang terhebat dan termasyhur sepenjang zaman.

Semoga kisah ini memberi inspirasi kepada anda semua. Jangan takut untuk berimpian. Sebab mimpi adalah kunci utama untuk mencapai kejayaan. Bila mimpi itu disokong dengan kepercayaan dan kuasa sebuah tindakan yang berterusan, anda hanya selangkah lagi menghampiri kejayaan anda.

Salam kejayaan,

Noor Aziemah :D



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
Shaklee ID : 1144358
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)

2 March 2015

Saat Aku Jatuh Cinta Dengan Dia

Assalamualaikum.


Setiap orang yang bercinta, dia mesti ada sebab tersendiri yang menyebabkan dia kekal dengan seseorang itukan. Kalau tak, mestilah awal-awal lagi dia dah pilih untuk berhenti daripada meneruskan perhubungan tu. Mesti ada sesuatu dalam diri si 'dia' yang membuatkan kita setia dengan dia sampai tak pandang yang lain pun.

Cewahhhh ayat!

Kalah mereka yang bercinta. Hik hik..





Sebenarnya, saya nak share dengan anda semua pembaca blog saya kisah  bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan dia ---> ESP. Oh ya, mungkin ada yang tak pernah dengar apa itu ESP?

Kenapa ramai orang sibuk sangat nak minum ESP ni?

Bukan wanita sahaja yang tergila-gilakan ESP tetapi ada juga kaum Adam yang jatuh cinta dengan ESP ni. Kenapa?

Ha... Hanya yang dah cuba ESP ni sahaja yang mengetahui. Sebab itu orang kata, kalau tak kenal maka tak cinta ^_^


ESP-Energising Soy Protein Powder Kesukaan Ramai.
ESP atau Energising Protein Isolate Powder ini merupakan minuman protein yang dicipta di bawah jenama Shaklee. Ia dicipta dengan menggunakan soya yang ada tahap kualiti yang sangat marvelous.




ESP ini ialah produk Shaklee pertama yang saya cuba. Bila dah start cuba ESP ni terus jatuh cinta sebab dapat rasa perbezaan sebelum dan selepas minum ESP ni.

Yang paling ketara ialah saya dapat rasa yang tubuh badan lebih energetik daripada biasa. Okay, pada waktu itu saya seorang budak lepasan SPM, kerja dekat sebuah kilang dekat-dekat dengan rumah. 

Rutin harian saya ialah pagi-pagi keluar rumah dalam pukul 7am pastu jalan kaki pulak ke tempat kerja. Pastu kat tempat kerja memang buat kerja tak berhenti dari pukul 8am sampailah 8pm. Berhenti pun untuk lunch 1 jam, minum petang 15 minit dan solat. Selain tu, buat kerja tak henti-henti sebab production nak kejar target yang sangat-sangat tinggi.

Bila balik rumah pun dah dekat pukul 9pm. Badan memang flat sangat sebab dah terlalu penat setiap hari buat benda yang sama. So, bila saya cuba je ambil ESP ni, Alhamdulillah terus rasa energetik, terus rasa bertenaga, walaupun kadang-kadang tak cukup tidur tapi still boleh buat kerja dengan cergas pada keesokkannya.

Pada masa yang sama, saya perasan yang saya kenyang lebih lama selepas minum ESP ni. Ye lah, waktu itu, saya ada 15 minit je untuk minum petang sebelum start kerja balik, nak makan nasi memang tak sempat. So, minum je ESP ni, Alhamdulillah tahan sampai waktu balik kerja. Jadi sangat sesuai jugaklah bagi mereka yang ada gastrik.

Kulit pun ada perubahan dari hari ke hari. Jerawat makin sukar nak tumbuh. Alhamdulillah....

Melalui pembacaan saya ketika itu, ibu-ibu mengandung yang dah pernah consume ESP semasa hamil dan berpantang pun ramai yang bagi feedback bahawa mereka sentiasa rasa bertenaga even baru lepas melahirkan anak.




So, memang hebatlah ESP ini. Patutlah ramai sangat orang yang sukakan ESP ni.

ESP merupakan non-Genetically Modified Organism {non GMO}
Lagi satu sebab saya jatuh cinta dengan ESP ni ialah ESP Shaklee merupakan non-GMO product. Eh apa benda non GMO soya ni???




Okay, bagi saya explain dalam bahasa yang mudah faham supaya anda semua faham tentang term non-GMO. Mula-mula saya explain pasal Genetically Modified Organism {GMO} dulu ya.

Hasil tanaman contohnya sayur-sayuran dan hasil ternakan seperti ayam daging, kadang-kadang ada banyak kelemahan. Contohnya sayur cepat rosak. Saiz ayam kecil tak seperti yang diharapkan penternak. haiwan ternakan mudah sakit. Masalah-masalah macam ini merugikan pengusah-pengusaha tersebut. So apa yang pengusaha ni buat untuk atasi masalah-masalah ni?

Mereka masukkan genetik benda lain ke dalam sel tumbuhan atau haiwan ternakan tadi so that hasilnya lebih memberangsangkan. Sebab tu ada ayam yang lebih besar lepas kena suntik. Sayur yang lebih tahan lama. So, production lagi besar dan mereka boleh dapat lagi banyak untung. Dan inilah salah satu reason kenapa produk-produk ni boleh dijual dengan harga yang sangat murah.

Tapi, pada masa yang sama genetik asal tumbuhan dan haiwan ni akan berubah. Analoginya seperti di bawah:





Hasilnya:






Tumbuhan atau haiwan inilah yang disebut sebagai GMO. Kalau anda nak tahu, produk GMO ni, sampai lalat pun tak lalu makan tau. Tapi, to tell you the truth, 90% produk di dunia ni ialah GMO produk. Termasuklah soya-soya yang dihasilkan oleh pengilang-pengilang. Malangnya, ramai pengguna yang tidak tahu dan terus menerus makan atau minum produk-produk GMO ni.

Bila dah diubah secara genetik, ada kekurangan lain yang bagi kesan pada tubuh badan kita contohnya menghasilkan toksin pada badan kita, alergi dan boleh juga menyebabkan kanser.

Berlainan dengan ESP Shaklee yang memang sangat istimewa, ianya dihasilkan daripada soya yang tidak diubah secara genetik. Ianya Non-Genetically Modified Organism. Tak ada kes suntik apa-apa, daripada benih sehinggalah penyimpanan semuanya natural dan mesra alam.

Soya Penyebab Mandul?
Mesti anda pernah dengar rumours bahawa soya boleh menyebabkan lelaki mandul. Ada yang kata bahawa soya penyebab kanser.

Bawa bertenang bawa bersabar, sebenarnya soya bukanlah penyebab kemandulan bagi lelaki atau kanser atau keburukan-keburukan lain. Buktinya, cuba kita tengok sejak bertahun-tahun dulu orang Jawa makan tempe yang diperbuat daripada soya setiap hari. 

Alhamdulillah, sihat walafiat je. Bukan sahaja sihat, malah bijak-bijak belaka. See, tak ada masalah pun makan soya hari-hari.


ESP Minuman Protein Terbaik Di Dunia

Alhamdulillah, bersyukur rasanya Allah pertemukan dengan ESP ni. Bermula dengan hanya nak cuba-cuba sampai boleh jatuh cinta sebegini. Hari-hari berlalu rasa tak sah kalau tak minum. Memang macam orang bercinta sungguh. Apatah lagi sekarang saya masih study, so selalu lah skip breakfast.

Tapi nasib baik ada ESP, setiap pagi saya bancuh satu sudu ESP bersama minuman lain contohnya milo ke, vico ke, kadang-kadang, juice orange peel fresh, kadang-kadang minum macam tu je. Senang, perut pun tak lapar.

Harga pun sangat-sangat mampu milik. Saya yang masih student ni pun mampu beli ESP ni guna wang sendiri. Tak perlu susahkan parents sebab memang harga mampu milik. 

Jadi, cubalah segelas hari ini dan rasakan perubahan yang akan berlaku pada diri anda. Anda pasti sukakannya :D

Ingat ya, pilihlah soya yang ada label non-GMO, jangan main ambil yang murah tapi sebenarnya GMO yang boleh bawa kanser dan maut. Buatlah pilihan yang bijak kerana pilihan semestinya di tangan anda.

Thanks for reading my love story with ESP!



***************************
PROMOSI MARCH 2015!!
***************************
ESP BUY 6 FREE 1
(SAVE UP TO RM400+)

* FREE MEMBERSHIP *
* FREE 1 ESP *
* MEMBER'S PRICE *
* CASH BONUS *

OR

ESP BUY 2 GET 5% DISCOUNT
(SAVE UP TO 70++)

Promosi sah sehingga 28 MAC 2015 sahaja.
Cepat-cepat dapatkannya ya!!





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Aziemah untuk:-


FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Noor Aziemah
Shaklee ID : 1144358
aziemah96@yahoo.com
012-6818763 (Call, SMS, WhatsApp)
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI