24 September 2016

Minuman yang Semua Orang Kena Ada Untuk Kekal Bertenaga: Cinch Energy Tea Mix

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...





Haa cer baca kat atas tu. Testimoni fresh from oven ni tau. Ni pendapat kawan Azie yang ada masalah sentiasa penat dan tak ada tenaga untuk study.




KISAH AZIE
Actually, dulu masa foundation, Azie pun ada masalah macam ni tau. Dulu Azie selalu rasa mengantuk, tak bertenaga, badan lesu, mudah letih, rasa nak tidur je. Dah tidur petang berjam-jam pun still rasa mengantuk lagi. Pagi-pagi tak payah cakaplah. Kalau kelas pagi pukul 8 pukul 9 pagi tu memang tak fokus pun dalam kelas, especially kelas Biology dan kelas Chemistry. Azie memang tak boleh fokus dalam kelas sebab mengantuk gila pada waktu pagi. Mungkin sebab Azie bukanlah seorang morning person.

Masa last semester kat CFS (centre for foundation studies, IIUM), PJ Azie selalu minum nescafe. Boleh dikatakan setiap hari nak minum nescafe, tak kira lah nescafe 3-in-one ke atau yang tin tu ke, mesti kena minum sebab kelas pagi2 dan selalu mengantuk. Tapi ada side effect. Semakin lama azie semakin bertambah penat, semakin tak bertenaga, semakin malas. Bukan tu je, tangan dah start menggigil2 dan kerap berpeluh.

Bila dah selalu penat, lesu dan malas memang Azie tak study sangat la. Study pun tak boleh fokus. Tak boleh masuk. Memang prestasi pelajaran Azie pun jatuh sikit berbanding masa first year kat cfs. 

So semester baru ni degree ni, Azie berazam tak nak minum nescafe dah. Azie cuba cari alternatif lain, maka Azie pun try Cinch Energy Tea Mix. Kelas Azie almost setiap hari start pukul 8 tak pun pukul 9. Nak kejar bas, memang kena turun 7:30am la. Azie try minum satu saket setiap kali sebelum pergi kelas. Kadang-kadang campur dengan ESP dua sudu dan oat 2-3 sudu sebagai pengganti breakfast. 

Surprisingly, bila Azie minum cinch tea sebelum pergi kelas, Azie boleh kekal segar dan tak mengantuk dalam kelas walau kelas tu bosan macam mana pun. Azie boleh stay awake. Azie sudah tak mengantuk lagi. Kalau sebelum ni Azie susah nak fokus dalam kelas sebab mengantuk sangat-sangat, sekarang masalah tu dah selesai dah. Bancuh satu saket cinch tea, bawak pergi kelas dalam botol, pastu minum. Memang bertenaga sampai petang!

Ada satu hari tu, Azie bangun dalam pukul 2am untuk study subjek pyschology sebab siangnya tu ada quiz. So azie bancuhlah cinch tea ni dan study. Memang Azie segar je sampai lepas subuh. Lepas tu minum lagi sekali dalam pukul 8:30am tu sebab takut mengantuk dalam kelas. Memang sampai petang la bertenaganya. Malam pukul 8pm-9pm baru rasa mengantuk. Memang sangat awesome cinch tea ni!





KISAH KAWAN AZIE

Berbalik kepada cerita kawan Azie yang kat atas tu, dia whatsapp Azie kata ada masalah tenaga. Dia selalu penat, buat kerja penat, buat kerja penat. Malam-malam susah nak tidur. Dan lagi satu masalah besar dia, dia tak boleh minum teh. Tak semua teh dia boleh minum sebab dia akan sakit kepala dan rasa nak muntah. Dia akan rasa pening-pening sakit kepala. Dia nak try dulu sebab takut tak sesuai, so Azie bagi dia rasa satu saket.

Dan feedback dia macam yang anda baca kat atas tu. Dia suka dan okay je dengan cinch tea. Tak ada rasa loya-loya atau nak muntah. Energi meningkat dan tahan lama. Dia minum dalam pukul 8am dan petang tu Azie whatsapp dia tanya okay lagi ke. Dia still lagi okay, tak mengantuk even dah makan tengah hari. Rasa berbeza sebelum dan selepas minum cinch tea ni. Memang terbuktilah yang cinch tea ni sangat awesome!



Kalau anda nak rasa kehebatan Cinch Tea ni, boleh dapatkan dari Azie ye. Masalah anda yang sentiasa lesu, sentiasa penat, sentiasa tak ada tenaga, susah nak fokus dalam apa anda lakukan InsyaAllah akan selesai dengan asbab Cinch Tea ni.

Salam sayang,
Noor Aziemah

19 September 2016

Pengalaman Belajar Facial Spa di Bawah Team The Walking Beauty yang Priceless!

Salah seorang mentor Azie dalam Shaklee yang kami panggil Master Ainul jalankan satu projek yang dinamakan The Walking Beauty. The Walking Beauty ni ajar cara-cara nak buka spa dari rumah tanpa kedai dengan dengan yuran yang sangat-sangat berpatutan. Sesiapa yang menyertai team The Walking Beauty akan diberikan produk premium yang berkualiti tinggi dan natural, serta di ajar macam mana nak jalankan home spa atau mobile spa secara profesional.


The Walking Beauty Project ni hanya khas untuk mereka yang berada dan mendaftar untuk berada di bawah susur galur kak Ainul sahaja. Memandangkan saya bawah MFMS milik kak Maria yang merupakan anak bisnes kepada kak Ainul, so saya di kira anak bisnes kak Ainul juga lah. Jadi saya boleh join The Walking Beauty ni.....


Alhamdulillah, kami sangat beruntung kerana memilik mentor yang komited untuk melihat kami berjaya membantu diri sendiri dan membantu orang lain....


Actually dah lama jugak sebenarbya The Walking Beauty (TWB) di tubuhkan tapi Azie masih belum sertai proek ni walaupun sebenarnya daku layak sangat2. Kadang-kadang ada jugak biawak2 kecil dalam hati yang berbunyi....

"Kau boleh ke buat?"

"Kau dah lah tak ada rupa, ada hati nak bukak homespa"

"Macam mana kalau bisnes kau ni hangat2 tahi ayam je?"

"Macam mana kalau tak dapat sambutan?"

Memang macam2 suara2 negatif yang timbul tau sebelum nak join TWB ni, tapi lama-lama Azie cuba bersikap positif. Azie pekakkan telinga daripada mendengar suara-suara itu. Azie cakap dengan diri sendiri...

"Kau boleh buat Aziemah!"

"Kalau tak cuba kau tak tahu!"

"Allah kan ada. Kalau kau berusaha InsyaAllah, Allah akan bantu!"

So setelah berjaya mengubah mindset diri, Azie pun memberanikan diri untuk whatsapp kak Ainul.....

Maka menjadilah Azie sebahagian drpd ahli TWB. So pada 17 September hari sabtu lalu, Azie travel daripada Kuantan ke KL untk belajar cara-cara buat facial dan buat homespa daripada rumah.

Azie sampai rumah kak Ainul terlambat sikit hari tu. Masa sampai, seorang lagi peserta yang buat appointment pada hari yang sama dah ready kat situ. Sampai2 saja kami dijamu air pastu terus belajar cara-cara bukak homespa daripada A sampailah Z.



Apa yang kami belajar dalam training homespa ni? Banyak sangat, Antaranya....

Cara set up homespa
Etika menjalankan homespa
Langkah2 berikan servis yang profesional walaupun sekadar homespa saja
Teknik facial dan face massage yang betul
Tititk-titik stress di bahagian wajah yang perlu ditekan
Produk-produk yang kami guna


By the way. produk-produk yang digunakan dalam TWB adalah berbza daripada spa lain tau. Kelainan produk homespa bawah TWB ialah:

Produk premium
Berkualiti tinggi setaraf SKII
Sebuah penyelidikan terhadap produk ini telah dijalankan oleh third party yang tak ada kena mengena dengan production produk ini dan feedback/result yang dikeluarkan sangat positif
100% Natural dan semula jadi
Scrub dan masker produk ini boleh dimakan kerana ianya natural

Produk apa yang best sangat ni? Semestinya produk Shaklee.....


Kami bukan saja dapat produk dan tools untuk homespa, malah dapat sijil jugak tau! Selain tu, TWB sudah di daftarkan di bawah SSM. Jadi semua ahli TWB memang ahli yang berdaftar. Wahhh menarik sangat!


Sekarang tugas Azie adalah untuk set up homespa Azie sendiri. Semoga Azie berjaya dalam projek The Walking Beauty ini. Mohon doakan Azie berjaya ya. Azie juga doakan agar anda semua pembaca yang disayangi, berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Ingat, dunia adalah tempat untuk berpenat lelah kerana kita hanya berehat di akhirat sana nanti :)


Salam sayang,
Noor Aziemah



13 September 2016

This is IIUM Kuantan

Sebelum masuk IIUM atau pun UIA Kuantan hari tu, Azie ada try search IIUM Kuantan ni dekat pak cik Google tapi ada beberapa orang blogger je yang share pasal IIUM Kuantan, Kebanyakan info ialah tentang IIUM Gombak. Berapa kerat je cerita yang ada pasal IIUM Kuantan ni.


Ye lah, sebagai pelajar yang akan masuk IIUM Kuantan, mesti kita nak tahu kampus Kuantan ni macam mana... Mahallah (hostel) dia macam mana, apa facilities yang ada, kulliyah macam mana, life kat IIUM Kuantan macam mana... At least ada lah info sikit pasal IIUM Kuantan kan?


So, since Azie pun dah dua minggu masuk sini (macam dah lama sangat pulek), nak share la sikit info pasal IIUMK ni. Hopefully boleh membantu adik-adik yang akan masuk kampus Kuantan pada masa akan datang. So... This is IIUM Kuantan:


Pintu Gerbang IIUMK. Ihsan Mr Google


MAHALLAH/HOSTEL

Dekat UIA kami tak panggil hostel atau asrama, tapi kami panggil Mahallah. Mahallah ni perkataan Bahasa Arab yang bermaksud tempat, kediaman atau kolej. Kat sini ada 2 Mahallah untuk sisters iaitu Mahallah Fatimah az Zahra (FZ) dan Mahallah Umi Kalthum (UK). Untuk brothers ada 1 sahaja Mahallah iaitu Mahallah Khalid al Walid (KAW). Boleh nampak tak yang sisters lagi ramai daripada brothers.


Mahallah Fatimah az Zahra

Mahallah Khalid al Walid


Actually, ada jugak Mahallah Talhah dengan Mahallah Maimunah. Tapi dua Mahallah ni tutup. Azie pun tak tahu kenapa.


Mahallah UK untuk Medical and Dental students sahaja sebab dia orang pakai block system manakala Mahallah FZ untuk selain Medical and Dental students. So, sesiapa yang under course Nursing, Allied Health Science, Bio Science, Physical Science dan Pharmacy akan duduk Mahallah FZ.


Since Azie bawah course Allied Health Science, maka terdampar lah di bawah banggunan Fatimah az Zahra. Oh ye lupa nak bagi tahu, Azie course Dietitics ye, InsyaAllah pakar pemakanan yang akan membantu awak-awak semua sentiasa cantik dan sihat  gituu. Hehehe,,,


Satu bilik ada 4 compartment. Satu compartment untuk seorang student. Ada bilik untuk student biasa dan ada bilik untuk international student. Bezanya adalah bilik untuk international student besar sikit berbanding bilik untuk student biasa. Mungkin sebab tak ramai international student kat sini, So ramai yang dapat bilik international student. Azie lah salah seorang yang bertuah tu. Mungkin sebab Azie berasal dari Korea So bilik Azie lebih luas :D


MasyaAllah bersepah nya bilik





Mahallah FZ ada 7 blok dan ada 1 bangunan kafe kat tengah2 tujuh blok ni. Dekat sini ada kemudahan laundry, kiosk mini, kedai photostat dan water cooler. And then ada jugak court untuk bersukan.


Makanan dekat Mahallah FZ ni ada masakan Arab, ada masakan panas dan ada masakan western. Harga makanan okay lah. Boleh lah. Nasi goreng dalam range RM4-RM7. Ada orang kata makanan kat IIUMK ni mahal berbanding CFS. Azie rasa betul la jugak tapi tengok tempat lah. 


Oh ye, antara tiga2 mahallah (FZ, UK dan KAW) ni, kafe KAW yang paling popular sebab orang kata paling sedap. Azie x pernah pergi lagi so memang berazam nak pergi nanti.


KULLIYAH

Kat sini ada 

Kulliyah of Medicine (KOM), 
Kulliyah of Pharmacy (KOP), 
Kulliyah of Dentistry (KOD), 
Kulliyah of Science (KOS), 
Kulliyah of Nursing (KON)
Kulliyah of Allied Health Science (KAHS)


Dalam banyak-banyak kulliyah, KOD paling cantik bangunan nya sebab paling baru. KOS adalah kulliyah yang paling dekat dengan Mahallah dan KOM adalah Kulliyah yang paling jauh daripada Mahallah tapi paling dekat dengan pintu gerbang IIUMK.


KOM


KOD


KOS


KOP


KAHS

Jarak antara satu-satu bangunan ni adalah sangat jauh ye. Jadi cara nak ke kulliyah atau ialah dengan naik bas yang ada setiap 30 minit atau kalau terlepas bas atau malas nak naik bas, boleh lah jalan kaki. Memang boleh kurus kalau hari-hari jalan kaki pergi kelas. :D


Bangunan lain yang ada ialah Office of the Campus Director (OCD), One Stop Students Centre (OSC), Mahallah Activity Centre (MAC) dan library. Kat sini juga ada Sport Complex untuk sesiapa yang suka/rajin bersukan. Majulah sukan untuk negara! (Eh tetiba pulakk)


Facilities lain yang ada antaranya...

ATM Machine:

Bank Muamalat: Dekat KOM
Bank Islam : Dekat One Stop Student Centre

Shuttle Bas: setiap 30 minit


Shuttle Bus

WIFI: Ada wifi di setiap bangunan dan di Mahallah


PERSEKITARAN

Life dekat sini adalah lifeless ye.. Di ulangi, lifeless. Bukan nak menakutkan adik-adik semua, just nak bagi tau kat sini students tak ramai macam kat Gombak, so tenang dan aman je... Dalam kata lain sebenarnya kat sini hanya nampak manusia time waktu puncak je pastu tak nampak dah sebab masing2 terperap dalam bilik. Haha macam mana nak explain ek?


Pastu bangunan jauh kan daripada mahallah, so pergerakan agak terbatas since kena jalan kaki saja. Compared to CFS PJ yang dekat tengah2 bandar, ada akses ke mana2 sebab ada bas rapid depan pintu pagar, ada Mid Valley yang boleh lepak hujung minggu, Kat IIUMK nak keluar sama ada ke bandar atau mana-mana saja lah kena call/whatsapp senior2 yang buat sistem delivery, sebab lagi murah daripada teksi. Ada senior Azie pernah cakap yang ada teksi pernah cas RM15 untuk perjalanan daripada IIUM ke terminal bas tau.


Sebab tu lah senior yang dah boleh bawak kereta masuk UIA kebanyakan nya akan buat sistem delivery. Ada jugak yang buat bisnes sewa kereta. So students first year yang boleh drive, boleh sewa kereta je. Benda2 macam ni menguntungkan 2 pihak, senior dapat buat side income dan junior dapat pergi mana2 dengan mudah...


Soal life kat sini yang lifeless tu, mari kita pandang positif ye. Kat sini tenang dan aman, tak pack sangat macam Gombak. Kat sini malam-malam sejuk, especially bila hujan. Banyak sebenarnya yang patut disyukuri jika kita memandang sesuatu dengan positif :D






Sampai sini je lah bebelan Azie. Nanti kalau ada idea nak tulis apa, Azie sambung ye. Buhbyee....

Assalamualaikum :)

Salam sayang
Noor Aziemah



ps: info kat post kali ni tak banyak sangat sebab Azie pun baru 2 minggu duduk sini. Azie suggest korang pergi kat blog ni unuk lebih banyak info :

http://ema-mel0dy.blogspot.my/2014/08/universiti-islam-antarabangsa-uia.html

Harap sedikit sebanyak membantu anda semua :D

4 March 2016

Vivix - Our Super Dooper Maid

Assalamualaikum.

Cuba anda bayangkan. Kita masuk ke satu rumah. Rumah yang sangat usang! Cat yang putih sudah bertukar menjadi kuning. Sarang labah-labah penuh rumah. Di sana sini ada nampak anai-anai sedang memamah perabot.

Lantai sudah teruk berdaki. Sampah sarap penuh rumah. Macam-macam bau menerjah. Hanyir pon ada. Hapak lagi la ada. Pening masuk rumah tu.

Elektrik tak berfungsi, sebab dah ada kesan wayar elektrik sudah rosak. Kipas mahal-mahal pon tak boleh jalan sudah. Lampu cantik beli beribu-rbu pon tak boleh on dah. Sayang betol!

Tiba-tiba...datang seorang SUPER DOOPER MAID!






Maid ni kemas rumah sangat bagus! Dari rumah busuk, buruk, hanyir... kini bertukar menjadi sebuah rumah yang aman dan sentosa. Cantik dan bersih sangat-sangat pulak tu! Baunya wangi!

Main suis semuanya ditukar! Rumah lama bertukar bagaikan mahligai!

Sampah sarap dibuang! Kemasnya rumah ni. Lawa pulak tu! Perghh!!!

Kita pon boleh tidur dengan lena dalam rumah ini. Tidur dalam senyuman.

Begitulah perumpamaan badan kita. Selama ini bersawang pelbagai dalam badan kita. Sana sini rosak. Servis pun tidak.

Tiba-tiba kita ambil VIVIX! Wah!!!

Vivix ni umpama super dooper maid tauu. Haa.. ia bersihkan segala "sampah sarap" dalam badan kita. Kasi bersih dan selesa balik. Rasa badan jadi lain macam hebat selepas super dooper "maid" bernama vivix ni bersihkan dalam kita.





APA ITU VIVIX?

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani yang terdiri daripada 4 bahan yang berkhasiat iaitu Anggur Muscandine, Lobak Ungu, Polyganum Cuspidatum dan Elderberi Eropah.

Vivix merupakan tonik campuran resveratrol dan polifenol yang telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisma penuaan sel termasuklah:

1. Membantu membaiki kerosakan sel DNA
2. Mempengaruhi pengawalan genetik untuk jangka hayat sel
3. Membantu hasilkan tenaga dari mitokondria
2. Melambatkan proses pembentukan protein AGE

Membantu Membaiki Kerosakan DNA
Tanpa kita sedar, setiap sel dalam badan kita diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA setiap hari.

Contohnya macam asap rokok yang kita terhidu, hujan yang bercampur dengan jerebu (hujan asid) yang merosakkan sel kulit, pencemaran udara yang menyebabkan banyak bahan kimia bahaya di sekeliling kita serta gaya hidup yang tidak sihat boleh merosakkan sel dalam badan
Serangan-serangan ini akan merosakkan sistem genetik, menghasilkan satu kesilapan yang akan menggangu fungsi sel-sel ini dan menjejaskan tahap kesihatan kita.
Ramuan reveraterol dan polifenol dalam vivix dapat melindungi dan memperbaiki sellular DNA.





Pengawalan Genetik
Dalam satu ujian klinikal terbaru, hasilnya menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sel.





Pengeluaran Tenaga Yang Kian Menurun Oleh Sel-Sel.
Dalam badan kita ada sekumpulan pigmen yang disebut sebagai mitokondria. Mitokondria ini bertindak sebagai penjana tenaga dan menghasilkan tenaga untuk sel-sel dalam badan kita berkerja.
Apabila kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan vivix menggalakkan pembentukan baru mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.
Sebab tu mereka yang mengamalkan vivix ni sentiasa bertenaga.




Penimbuhan Protein AGE
Protein AGE ialah Protein Advanced Glycation End Product. AGE boleh menyebabkan kerosakan pada tahap sellular. Penimbuhan berlebihan protein AGE ini boleh menggangu ketahanan sel dan panjang umur.
Pembentukan protein AGE ini boleh dilambatkan oleh resveratrol. Berdasarkan ujian klinikal, ramuan Vivix adalah 10X lebih kuat dari resveratrol ini.

Vivix-Tonik Ajaib Untuk Semua
Selain dari yang dinyatakan di atas, vivix juga mampu memelihara kesihatan jantung /kardiovaskular, kesihatan otak, kesihatan imun sistem, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan. Pendek kata, Vivix memang sesuai untuk semua orang!







Promo Vivix!




Dengan setiap pembelian 2 botol Vivix, anda akan dapat:
> 5 percent diskaun
> keahlian shaklee seumur hidup secara percuma
> cash back bonus pada bulan berikutnya
> konsultasi pemakanan Vivix yang betul mengikut keperluan kesihatan anda
> peluang menjana pendapatan 4-5 angka sebulan bersama Shaklee
> jemputan ke group Facebook exclusive

Tawaran ini terhad sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kemudian! Jom dapatkan vivix anda hari ini!

Salam sayang,
Aziemah.
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI