Assalamualaikum.
Collagen Plus Vit E... Ramai yang kata ia tidak selamat untuk digunakan. Saya pun salah seorang daripada mereka. Sebab? Kandungan merkuri dalam produk ini terlalu tinggi. Saya pun baru tahu tentang perkara ini.
Dulu, dalam 5 bulan yang lepas, saya pernah memakai collagen plus vit E, tapi pada masa itu, saya tak tahu produk ini sangat bahaya. Sampailah satu hari.....
(Kalau nak tahu kenalah baca sampai habis)
Pengalaman Saya
Alkisahnya begini, semasa bersekolah menengah, saya sangat aktif dalam aktiviti kawad memandangkan saya merupakan ahli persatuan kor kadet polis. Aktiviti berkawad di bawah matahari memang menjadi rutin harian kami. Jadi kulit terbakar memang perkara biasa bagi saya tambahan lagi saya bukanlah jenis gadis yang suka menjaga kecantikan. Apa yang saya fikir hanya belajar.
Selepas tamat sekolah menengah, saya tergerak hati untuk mencerahkan dan memperbaiki wajah saya. Kebetulan rakan di tempat kerja mencadangkan saya menggunakan Collagen Plus Vitamin E. Saya pun tanpa berfikir panjang terus menggunakan produk tersebut.
Selepas beberapa hari menggunakan saya boleh nampak perubahan yang sangat ketara. Mula-mula, kulit saya memang menggelupas dengan teruk, bersisik, pastu wajah jadi kemerah-merahan, pedih-pedik sikit. Saya ingatkan perkara iti sekadar simptom-simptom biasa.
Lama-lama, wajah menjadi lebih cerah, kulit lebih tegang dan tiada jerawat tumbuh. Tidak sampai sebulan saya pakai, kulit saya menjadi sangat cerah sehingga ditegur oleh orang sekeliling.
Memang ada beberapa orang puji, kulit saya cerah sangat, dah tak gelap macam waktu sekolah. Saya pun gembira sangat-sangat.
Pastu sampailah satu hari saya terbaca satu blog yang menulis tentang produk collagen Plus Vit E bahaya untuk digunakan. Memang pelik. Saya pun terus selidik pasal perkara ni.
Hasil penyelidikan saya di Google, ramai juga yang kata collagen plus vit E ini bahaya dan tidak selamat untuk digunakan. Jawapannya adalah kerana kandungan merkuri yang tinggi dalam krim malam dan krim siang nya. Dan kesan kewujudan merkuri pada wajah adalah simptom-simptom yang saya nyatakan di atas.
Merkuri ini memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada kulit wajah tapi organ dalaman seperti ginjal. Malah, ada juga mereka yang terkena kanser kulit selepas menggunakan collagen plus vit E dalam jangka masa yang panjang.
Lepas baca statement tersebut, saya memang stop terus pakai. Lagipun saya tiba-tiba terfikir, harganya sangatlah murah. Saya beli satu set tak sampai RM16.00 . Harga pasaran pun tak jauh beza, antara RM25.00- RM30.00. Tapi, kesan kecerahan kulit terjadi tak sampai seminggu. Betul ke kulit saya cerah secara normal atau sebenarnya bahan logam (merkuri) dalam krim itu yang menghakis wajah saya?
Walaupun ramai orang kata yang kesan-kesan buruk itu hanya untuk penggunaaan collagen plus vit E yang bukan original, tapi saya masih mengambil langkah berjaga-jaga. Pada saya, lebih baik kita mencegah daripada merawat.
Itu sedikit sebanyak pengalaman saya sendiri menggunakan collagen plus vit E. Mungkin pendapat orang lain berbeza dengan pengalaman saya tapi saya cuma nak menyatakan pendapat saya di sini bahawa Collagen Plus Vit E tidak selamat untuk digunakan.
Sekarang saya dalam proses nak membaiki kulit wajah saya sebab selepas berhenti menggunakan collagen plus vit E, warna kulit kembali kusam.
Saya cuba memperbaiki dari dalam dengan mengamalkan pengambilan suplemen Shaklee iaitu ESP Soy Protein Isolate Powder dan Sustained Released Vita C. Alhamdulillah kulit wajah menampakkan kesan positif dan saya akan terus mengamalkan ESP dan Vita C. Sekian.
Lots of Love,
Noor Aziemah
Shaklee ID: 1144358
39 Comments
lepas awak pakai set tu muka memang bersih en..tapi bila awak dah berhenti dan pakai lain muka jadi lebih teruk ke atau macam biasa je ??? (just nak tanya je)
ReplyDeleteYe. Selalu gitu. Bila berenti memang muka teruk sangat sangat.
Deletesaya pun baru berhenti slow slow...dia jadi kusam sebab collagen e first2 je bagi effect yang baik,lama lama muka jadi teruk,berlubang lubang sebab jerawat and saya tukar kepada skincare simplysiti terus oky ☺
DeletePakai je serum birdness
DeleteSo now akak pakai yang shaklee tu okey tak? Sebab i pernah pakai vit c collagen tu and now dah stop sebab lepas berapa bulan pakai tetiba jerawat gajah timbul and i rasa sebab penggunaan collagen tu. And then now dah makin pudar sikit parut sebab i dah guna ubat parut dari garnier.
ReplyDeleteSorry not garnier but guardian 😂
ReplyDeleteMemang takut kan guna produk yang ada merkuri ni, kesan putih memang cepat ah
ReplyDeleteSaya ade kwn yg pakai ni . Semua orang tegur dia comel . Dia pun suka . Dia tahu ade keburukan tapi dia cakap dia tak kisah daripada tak dipandang dan takde orang tertarik . Huhu
ReplyDeletesaya pakai produk ni sekarang , bila baca ni rasa takut pulak tapi bila nak berhenti takut kulit muka breakout
ReplyDeletejangan stop sebab saya stop muka breakout smpai skrg
DeleteThen mcm mna nk stop?Makin guna Makin teruk?
DeleteAwak cuba pakai simple haa saya pakai dh bebulan produk ni tapi tkda kesan lah smgt just jerawat gajah je patu hilanh sndiri breakout tu perkara biasa buat bekam terus baik haa sebb drah ni mengndungi kimia kan kene buang
DeleteI use this product almost 4 years .. then bila i stop pakai mmg muke kmbali pada asal laa .. terpikir nk pakai balik tapi enth laa rasa was2 pulak
ReplyDeleteBila stop tu muka kembali asal je kn. Tp ada breakout teruk ke?
DeleteAda breakout terukk ke?
DeleteTakut plak saya nak pakai sekarang!
ReplyDeletesejak ii saya berhenti pakai collagen , muka saya breakout teruk ��
ReplyDeletebetoi sy dah pakai 5 tahun. muka elok lincin mcm anak patung ramai tegur pakai apa.pas dpt tau collage bahaya trus stop smpai skrg. 2 tahun dah stop. kulit tk truk cuma tk comey mcm dulu lah. huhu. naik bintik2 normal la tu kan. rasa nk pakai balik pon ada sbb dah byk try skin care lain tetap muka mcm ni . lani mkn vit c ja. oke la sikit.
ReplyDeletetu la..dulu pakai kulit cantik sgt..pori2 kecil, licin n gebu..semua geram tgk kulit.. skrg pn dah stop..kulit jadi kusam huhu.. geram je nk pakai balik
DeleteSaya dah berhenti pakai collagen, beralih ke cream puteri ratu 😁
ReplyDeleteMana lagi best collagen plus vit e dgn puteri ratu tu?? Kesan mana cpt??
DeleteKesan yg nampk lagi crpat ofc la collagen,tpi sngat berbahaya,kalau tededah dengan panas boleh nmpk cepat sngat muka nk tebakar,tebakar dia teruk sangat,sumpah.n nak bgi cerh balik,i try pakai balik collagen ni,pastu mmng la cerh balik,tpi jerawat teraborr ataih dahi
DeleteAku rasa ok collagen ni.. tapi kena pakai yg ORIGINAL la.. member aku lelaki glowing nk mapus pakai collagen ni.. ramai org tegur hahahahahaha
ReplyDeleteye saya pon..makcik saya pon kata kalau nak pakai kena pastikan betul betul original..saya sampai sekarang pakai 😂
DeleteSy pun pkai sampai skrg. Tp yg original
Deletemcm mana nk tau yg ori ngan yg fake? saya pakai awal tahun 2019 memang cantik kulit tp oleh kerna kwn2 kata cpve ni bahaya semua suh stop.. bila stop muka jd kusam.. dah puas cuba skincare jual kat drugstore tp smua x ngam.. makin naik darkspot kat hdung tepi bwh mata.. alahaiii stress bila fikir...
DeleteBtul tu kena pakai yg ori...
Deletecream malam je yg ade merkuri
ReplyDeletemaybe bole pakai selang seli hari kot..
DeleteKat mna nak dptkan yg original
ReplyDeleteBaru je beli lepas bce ni takut pulak nak pkai hmmmm
ReplyDeletedia boleh pakai tapi kene pakai sunblock
ReplyDeleteHAHAHAHA baca semua komen ni memang lain2 pendapat aihh.. taktaulaa kalau bahaya kenapa produk ni still masih boleh dikeluarkan? kenapa pihak bertanggungjawab tak buat sesuatu ke? dan kenapa masih dipasarkan lagi kalau dah tau bahaya.. mana pihak yang bertanggungjawab? hmm😞
ReplyDeleteuolls try cara i , masa nak pakai cream malam pastikan muka dlm keadaan basah . Lepastu cream tu calit sikit sikit je . Sbb cream ada merkuri kan .
ReplyDeleteOhh jadi nk safe kena basahkan muka lah bila nk pakai krim mlm letak pon sikit je kan ?? Haii saya jadi takut lak nk pakai tapi yg saya guna original
DeleteMcm mn nak tahu ori atau tidak
ReplyDeletepada pendapat saya, cream malam je yang takboleh pakai hari hari, nanti jerawat akan naik, so better selang selang hari :)
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya dah pakai collagen vitamin e dah 4 tahun.. alhamdulillah sesuai dngn kulit saya .. dalam masa 4 thn tu ada lah say try beberapa kali stop pakai alhamdulillah takde apa2 side effect teruk seperti khabar angin katakan.. saya juga telah memeriksa bahawa ada lulusan KKM ke tidak... alhamdulillah collagen plus vitamin e ada lulusan KKM dan sama sekali tidak tersenarai dalam skin care berbahaya mahupun cosmetict.. di sini nak kata mana2 skin care bergantung pada jenis kulit .. maybe sesetengah produk tidak sesuai dngn jenis kulit anda .. sekian..
ReplyDeleteBodoh nya, nak dapat kulit licin punya pasal ade sanggup pakai walaupun tahu ade mercury. Produk yang ade mercury ni kalau pakai memang cepat kesan dia, lagi cepat kesan dia lagi tinggi mercury yang ade dalam produk. Yang mana bodoh sangat tu pergilah google apa side effects mercury tu ya. Pakai yang original la apela, ori ke tak ori same je ade mercury 😒
Delete