Siapa ingat lagi drama Cinderella lakonan Ahmad Idham dan Haliza Misbun masa akhir tahun 1990 dulu? Dalam tahun 1997 drama tu ditayangkan kalau tak silap. Lepas tu jadi fenomena ke satu Malaysia. Ingat tak?
Cerita tu tentang seorang gadis kampung ni, Nurul (Haliza Misbun) namanya. Duduk dengan mak tiri dan suami mak tiri dia bersama adik tiri dia. Lepas tu satu malam tu, suami mak tiri dia cuba nak perkosa dia, dia lari keluar rumah.
Kebetulan Salman (Ahmad Idham) tengah ber camping kat pantai yang ada kat kampung Nurul ni. So nak dijadikan cerita Nurul ni lari ke arah pantai tu lepas tu minta tolong dengan Salman. Salman pun tolong lah dia sorok dalam khemah Salman tu. Tapi, jadi kes pulak, depa kena tangkap basah. Last-last kena kahwin.
Mula-mula Salman ni tak dapat terima hakikat yang dia kena kahwin dengan Nurul tu. So masa dia bawa balik ke rumah mak pak dia, dia kenalkan Nurul sebagai orang gaji. Nurul ni senyap je la, ikut je rentak laki dia tu.
Mak bapak Salman ni baik je. So Nurul ni pun kerja la kat rumah Salman tu as a maid. Salman ni still in a denial, dia tak cakap langsung dengan Nurul ni. Pura-pura macam Nurul tu bukan sesiapa bagi dia. Tapi lama-lama dia pun tersuka la dengan Nurul ni, dah bini dia yang sah. Tapi Salman tak boleh dedahkan status Nurul ni as bini dia kepada umum sebab dia ada perjanjian dengan janda dia yang siapa kahwin dulu, tak dapat hak penjagaan anak depa.
Then Salman nak balik New Zealand semula sebab dia memang kerja kat sana, dia balik Malaysia sebab nak bercuti sekejap je
Masa sebelum pergi NZ tu Salman dah okay dah dengan Nurul, dia minta maaf sebab perkenalkan Nurul as orang gaji kat rumah tu dan dia explain la pasaipa dia buat lagu tu. Oh ye Nurul ni start time ni dah tak panggil Nurul dah tapi panggil as Cinderella sebab sorang lagi orang gaji kat rumah tu duk menyakat dia panggil dia cinderella. So nama Nurul tu dah pupus la time ni.
Berbalik dengan kisah tadi, so Cinderella decide nak ikut Salman pergi NZ even kena jadi orang gaji kat sana dan tak ada sesiapa tahu pasal status depa berdua. So masa kat NZ memang depa berdua ni dating senyap-senyap la. Kadang masa Suria dan anak-anak dia tak ada kat rumah, Salman datang lepak kat situ. Weekend, depa pergi jalan2 sekitar Christchurch. Memang sweet la depa dua ni. Biasalah drama kan, mesti sweet-sweet.
Oh cinderella ni actually nak cari mak kandung dia dan abang kandung dia yang dia dah tak jumpa sejak umur 3 tahun. Sebab tu la dia beriya nak ikut laki dia pergi NZ. And lama-lama dia dapat tau yang Suria tu mak dia. Tapi dia senyap je la, tak reveal lagi siapa diri dia. Oh lupa nak cakap kat awal cerita yang Cinderella ni masa sebelum kena kahwin dengan Salman tu dia turn 21 years old so dia mewarisi harta yang bapak dia wasiatkan kat dia (yang mak tiri dia tunggu selama ni).
Tapi laki dia tak tau isteri dia ni jutawan. Ye la, budak kampung pastu pakai gaun kampung hari-hari memang tak terfikir la isteri dia tu banyak duit.
So berbalik kepada cerita cinderella as orang gaji si Suria ni. Syarikat Suria Holdings ada masalah apa tah yang membuatkan depa kena bayar sama dalam 11 juta duit Malaysia, kalau convert duit NZ berapa tah kan. Kalau depa x bayar dalam masa yang ditetapkan, terpaksa jual saham syarikat tu kat BOD yg lain. So cinderella dapat tau pasal tu (dah orang gaji, mesti la tau). Dia pun senyap-senyap call peguam dia kat Malaysia untuk masukkan ke bank mak dia tanpa pengetahun mak dia.
Suria ni ofkos lah dia happy sebab dapat selamatkan syarikat dia tapi at the same time dia pelik la sapa pulak la yang tolong dia ni. Lepas tu satu hari, masa tu Cinderella ingat dia sorang je kat rumah tu, dia pun call peguam dia nak cakap yang syarikat mama dia dah berjaya diselamatkan. Tapi dia x sedar yang Suria terdengar perbualan dia. Lepastu berlaku lah jejak kasih ibu dan anak kati situ.
Okaylahh last-last Salman balik Malaysia dan reveal Cinderella tu isteri dia kat family dia lepas hal dia dengan janda dia dah settle. Cinderella pun bawa mak dia balik Malaysia dan bagi mak dia rumah kat Malaysia ni. Ending cerita ni cinderella reveal kat suami dia yang sebenarnya dia seorang yang jutawan dengan cara yang menarik. Dia beli satu syarikat ni lepas tu dia lantik suami dia jadi CEO syarikat tu. Ternganga suami dia masa dia announce suami dia tu as a CEO. Haaa...
Tapi cinderella being cinderella. Dia bukannya nak semua harta kekayaan yang dia dapat tu pun. Dia just nak kasih sayang mama dan abang dia yang dia dahagakan sejak 18 tahun lalu dan lebih-lebih lagi kasih sayang Salman, suami dia. Sebab tu dia tak pernah bagitau suami dia betapa dia ada banyak duit dalam akaun. Dia nak suami dia terima dia as who she is. And memang Salman sayang gila nak mati kat bini dia ni. Sebab tu la masa kat Christchurch sanggup datang rumah Suria senyap-senyap sebab nak date dengan bini dia.
Panjang gila Azie explain cerita ni daripada start sampailah habis. Nampak tak betapa minatnya dengan cerita ni. Dulu cerita ni selalu main kat tv3. So masa Azie tengok cerita ni dulu, kalau tak silap Azie umur 5 tahun kot. Mak yang bukak dan tengok, so Azie tengok sekali la.
Lepastu bila dah besar panjang camni teringat balik cerita. Cari la dekat youtube, tiba-tiba ada! So apa lagi memang tengok berulang-ulang kali la kat youtube.
Cerita ni maybe ramai yang cakap dah sama dengan drama adaptasi novel sekarang. Tapi cer fikir balik, cerita ni ditayangkan masa tahun 1997 tau. So dah lama dah. Lepastu, cerita ni ada banyak gila scene dekat New Zealand, which membuatkan Azie tiba-tiba teringin nak pergi Christchurch, NZ lepas tengok balik drama Cinderella ni.
Baru-baru ni, Ahmad Idham kata nak filemkan balik drama Cinderella ni. Tak tau la akan jadi best ke tak macam 20 tahun dulu. Harap-harap la best jugak.
Okay bye :D
4 Comments
hai, seronok saya baca kisah ni, macam cerpen.
ReplyDeleteBest2. Nak bukak youtube sekarang gak! :P
ReplyDeleteMy fav also ❤❤❤, masa tengok dulu memang adore gila la dgn Salman, cukup kacak dah masa tu, kira Jejaka Idaman Malaya, bertuahnya Cinderalla 😊😉😊
ReplyDeleteHi boleh saya tau knp dlm citer Pencuri Hati Mr Cinderella yg scenes akhir tu Salman dgn Cinderella ni dh bercerai? Citer ni ada sambungan ke?
ReplyDelete