Cara Nak Buat Sendiri Bekas Makanan Untuk Kucing-Kucing Jalanan

Assalamualaikum.


Hari ini terjumpa satu post yang menarik dekat FB. Lalu Azie terasa macam nak share dengan anda semua. Mudah-mudahan dapat memberi idea kepada sesiapa yang nak bersedekah dengan cara yang unik.

Selalu kita tengok kucing jalanan @ stray cats mencari-cari sisa makanan dekat tong sampah atau tepi jalan. Kadang-kadang time kita sedang lepas-lepak dekat luar rumah, datang seekor dua kucing jalanan minta makanan.

Ha, dekat bawah ini ada satu cara kreatif macam mana nak bagi kucing jalanan ini makan... Semoga amalan ini dapat kita jadikan sebagai salah satu sedekah jariah kepada haiwan kesayangan Rasulullah ini.

Jom kita sediakan satu bekas makanan macam dekat bawah ini....

Walaupun banyak kucing dah makan, tapi nanti bekas itu akan sentiasa terisi dengan makanan kucing. So, kucing lain yang baru datang pun boleh tumpang sekaki. Hehehe...





Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Kita cuma perlukan 2 botol mineral 10 liter (untuk simpanan makanan dan untuk takungan makanan) , cable tie dan super glue.

Cara-cara dia pulak, macam dalam gambar kat bawah ni.....






1. Botol yang besar yang isi makanan tu tebuk kat bahagian bawah dalam anggaran 5cm panjang dan 3cm lebar untuk makanan turun.

2.Botol yang lagi satu tu untuk takung makanan. Potong bahagian bawah lebih kurang 4-5cm tinggi dari bawah. kemudia potong sikit bahagian yang ingin disambung dekat botol tinggi isi makanan.

3. Sambung kedua-duanya pakai cable tie. Kalau nak cantik lagi boleh pakai super glue atau hot glue gun.

Dan.... siap! Ha, lepas itu bolehlah diisi dengan makanan kucing sampai penuh dan diletakkan dekat luar rumah. So everytime kucing lalu, dia boleh makan. Bila dia dah kenyang, kucing lain pulak boleh makan. 

Walaupun bekas takungan itu dah tinggal sikit, nanti dia akan di refill dengan sendirinya. Kecuali kalau memang satu botol tu betul-betul habis, barulah diisi semula dengan makanan kucing.

1 botol ini agak-agak berapa banyak kucing boleh kenyang? Banyak kan! Mudah-mudahan dapat jadi pencen kubur kita kat akhirat nanti. InsyaAllah....

Renung-renungkan dan selamat beramal :D


Salam sayang,
Noor Aziemah

Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.

Post a Comment

7 Comments

  1. Haaa.jenuh cari hat ni sbb pernah ternmpk kt fb dulu.dok google diy cat feeder xjumpa2.google bahasa melayu br jumpa.nk buat utk stray kittens blkg umah ni since weekend nk balik kg.kesian plak diorg all this while akak yg bg mkn even tak bela.thanx for sharing

    ReplyDelete
  2. kreatif sangat tuh, thanks to information

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. Thanks to information? 🤔🤔🤔

      Delete
    2. Haaa.. Thanks to information? 🤔🤔🤔

      Delete
  3. wah info yang sangat berguna kepada pencinta KUCING....Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Tq..tapi dalam masa yang sama risau semut join sama makan nanti..:( semut hitam yang suka gigit2 tu..semua hitam gila tu kasi ampun lagi la..huaaa..:'(

    ReplyDelete