Bagaimana Rasulullah SAW Merawat Jerawat?

Assalamualaikum.

Pernahkah kita terfikir, Bagaimana Rasulullah SAW merawat jerawat... Dalam entry kali ini, InsyaAllah saya akan berkongsi sebuah artikel menarik yang saya jumpa di laman web anugerahquran.com

Saya tahu ramai yang ada masalah jerawat dan tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul bagaimana ingin merawat jerawat. Anda akan tahu bagaimana jerawat terjadi, bagaimana Rasulullah SAW merawat jerawat dan apakah tips merawat jerawat.

Jerawat menjadi masalah kebanyakkan remaja


Bagaimana Rasulullah SAW Merawat Jerawat?

'Di jarinya, tumbuh sesuatu yang menjengkelkan. Selalunya ia menepek pada muka, tak ada pada tempat lain. Memang pelik. Macam mana jerawat boleh tumbuh pada jari?

Lalu beliau berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu masalahnya. Orang ini bukanlah seorang doktor. Bukan juga seorang pengamal perubatan.

Tapi orang ini bukan calang- calang orang. Dia adalah baginda Rasulullah SAW.

Rasulullah bertanya kepada pesakit itu.

"Engkau ada minyak zarirah?"

Pesakit itu menjawab, "Ada"

Baginda SAW bersabda,

"Bubuhkan ia pada jerawatmu, kemudian bacalah doa:

Allahumma musogghiral kabii. Wa mukabbiras sofhir. Soggir maabi"

Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawat ini.

 Itu adalah pengalaman Ibnu As Sunni yang meriwayatkannya daripada sebahagian isteri Nabi SAW. Rupa-rupanya, kaedah untuk merawat jerawat sudah diberitahu Rasulullah SAW lebih dari 1400 dahulu. Bukannya dermatologis dan doktor pakar.

Bagaimana jerawat terjadi?




Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hingap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit.

Masalah ini sering menghantui remaja terutama remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang menopos.

Faktor persekitaran, tumbesaran yang pesat dan ketidakseimbangan hormon juga penyebab masalah jerawat.

Kenali Minyak Zarirah.

Setelah bertanya bagaimana mahu merawat jerawat, Ibnu As Sunni ditanya pula oleh Baginda Rasulullah tentang minyak zarirah. Mungkin tak ramai yang tahu apakah minyak zarirah ini termasuk saya sendiri. Jom kita kenali apakah minyak zarirah ini sebenarnya.

-Minyak ini diambil dari pokok Swertia Chirayita. Ia dikenali sebagai Qasabuz Zahirah di kalangan masyarakat Arab, ia boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana Malaya.

-Tumbuhan ini bersifat pahit, anti keradangan dan digunakan secara meluas dalam perubatan Ayurveda untuk merawat buasir, ulser, diabetes dan penyakit kulit.

Minyak Zarirah adalah salah satu cara bagaimana Rasulullah SAW merawat jerawat. Ianya semula jadi dan tiada bahan kimia.

Mungkin agak sukar untuk mendapatkan minyak zarirah di sini. Tetapi anda boleh mengambil beberapa lañgkah mudah untuk merawat jerawat.

Tips Bagaimana Merawat Jerawat

*Pastikan tangan anda sentiasa bersih. Kekerapan tangan menyentuh kulit muka adalah sangat tinggi jadi cuci tangan dengan sabun sekerap yang boleh.

*Pakai pakaian yang bersih dan sudah dicuci

*Cuci muka dengan kerap. Wuduk setiap 5 kali sehari semalam adalah cara terbaik dan mudah untuk membersihkan muka dari minyak dan debu.

*Guna pencuci muka yang bebas kimia untuk membersihkan kulit muka anda.

*Ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin B6, vitamin E, kalsium dan zinc.

*Kurangkan makanan berlemak

*Kawal stres dengan melakukan aktiviti aktif seperti senam robik, berenang àtau bersenam. Lakukan juga perkara yang merehatkan minda seperti berkebun dan meditasi.

*Tidur dengan secukupnya kerana tubuh badan dapat menjana semula sel-sel kulit yang baru dan dapat mengeluarkan toksin daripada badan.

*Untuk petua mudah, sapukan sari mentimun pada bahagian wajah dan leher selama beberapa minit kemudian bilas dengan air.

Memicit jerawat bukanlah langkah yang bijak


Berkat Doa yang Diajar Rasulullah SAW

Alhamdulillah, jerawat yang ada pada jari Ibnu As Sunni sudah reda setelah beliau bertanya bagaimana merawat jerawat kepada Rasulullah SAW. Ini semua berkat doa yang diajarkan oleh Nabi SAW.

Lalu disampaikan kepada semua orang, hinggalah sampai kepada kita. Terpulanglah kepada kita untuk mengamalkannya. Jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, InsyaAllah apa sahaja masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.

Credit: anugerahquran.com

Apa kaedah anda untuk merawat jerawat pula? Jom kongsi dengan saya di ruangan komen di bawah.


Lots of Love,


Post a Comment

0 Comments