25 September 2014

4 Sebab Dia Terus Bertahan: Master Nana

Assalamualaikum.


Saya doakan anda semua sihat kaya dan berjaya. Semoga Allah memudahkan urusan anda di dunia dan urusan anda di akhirat. InsyaAllah.

Sebelum ini, saya ada kongsikan dengan anda kisah Master Coordinator Celebration mentor saya yang saya hadiri. Entri saya pada hari ini ialah lanjutan daripada kisah tentang Master Celebration tersebut. Jika anda belum membaca entri tersebut, anda boleh klik tulisan ini.


Hari ini saya nak kongsi dengan anda Push Factors atau Faktor Penolak Master Nana yang membuat dia berjaya sampai ke tahap dia sekarang.

Push Factor adalah faktor-faktor yang memaksa Master Nana untuk terus bertahan dalam bisnes ini sehingga berjaya, meskipun diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam mengecap kejayaan.


Master Nana Macarona

Pada pendapat saya, push factors sangat penting dalam kita mahu mengecap kejayaan. Hal ini demikian kerana push factors akan membuat kita menjadi lebih kuat walau apa pun cabaran atau rintangan yang mendatang dalam kehidupan kita.


Push Factor 1: Financial Freedom
Berbalik kepada kisah Master Nana, beliau mempunyai push factors yang sangat jelas. Antara push factors beliau dalam menjalankan bisnes adalah beliau mahu mencapai bebas kewangan.


Sedar atau tidak, ramai rakyat Malaysia yang kerja makan gaji bertahun-tahun tetapi masih lagi tidak mencapai tahap bebas kewangan atau dalam bahasa inggerisnya financial freedom. Walau bertahun-tahun mereka bekerja, walau sekeras mana pun mereka berusaha di syarikat mereka tetapi mereka masih belum mencapai tahap bebas kewangan.


Mengapa?

Satu perkara yang ramai orang tak sedar adalah mereka sebenarnya sedang mengkayakan orang lain. Mereka bekerja keras untuk mencapai impian orang lain. Setiap hari mereka keluar pagi balik petang. Bila dapat gaji mereka bayar hutang. Stres di tempat kerja tapi bos bersenang lenang. Kehidupan selesa yang mereka rasakan itu sebenarnya tidak menguntungkan mereka sedikitpun.

Berlainan dengan leader saya Master Nana, beliau nampak semua ini dan beliau tidak mahu bekerja makan gaji atau dalam erti kata lain, "mengkayakan orang lain". Beliau mahu mencapai taraf bebas kewangan.

Itulah yang menjadi faktor pembakar semangat beliau untuk berjaya dalam bisnes, walaupun usianya masih muda.


Push Factor 2: Ibu Bapa



Faktor penolak Master Nana yang kedua adalah ibu dan bapanya. Beliau rasa yang sejak kecil, beliau sering menyusahkan ibu bapanya. Mereka bukanlah orang senang.

Tambahan pula, Master Nana bersekolah di asrama. Ini membuatkan beliau berasa bertanggungjawab untuk berdikari dan mencari duit sendiri.

“Saya tak nak susahkan ibu bapa saya…” kata Master Nana. Suaranya kedengaran sebak.

“Masa belajar di Universiti dulu, kalau hujung minggu je, orang lain keluar berjalan-jalan, berkaraoke, bersukaria, tapi Nana tak buat macam tu. Nana buka youtube, belajar cara mekap pastu Nana belajar mekap kat muka sendiri dan roomate Nana. Lama-lama, Nana buat job mekap orang lain. Alhamdulillah, duit daripada job mekap tu, Nana dapat guna sebagai duit belanja.”

“Apa yang Nana nak sampaikan di sini, Nana bukan orang senang. Nana tak nak menyusahkan ibu bapa Nana tapi Nana nak bahagiakan mereka.”

Meleleh air mata saya mendengar kata-kata Master Nana. Sesungguhnya kami mempunyai latar belakang yang sama. Kami bukan orang senang. Dan kami juga mempunyai push factor yang sama iaitu kedua-dua ibu bapa kami.

Master Ahmad Firdaus, Master Nana dan ibu bapa Master Nana



“Alhamdulillah, dengan bisnes ni, Nana berjaya capai impian Nana. Baru-baru ini, bulan Mei 2014, Nana berjaya bawa emak dan abah Nana pergi menunaikan umrah. Nana fully support mereka, hasil daripada bisnes Nana sendiri.”

Mendengar kisah Master Nana, semua orang dalam dengan Hotel Marriott itu bertepuk tangan. Saya sendiri menepuk kedua-dua belah tangan saya sambil mengesat air mata yang membasahi pipi. Sesunggunya, saya akui, faktor ibu bapa adalah faktor penolak saya untuk terus bertahan dalam bisnes ini walau pelbagai cabaran menguji ketabahan diri.



Push Factor 3: Suami




Seterusnya, Master Nana juga merasakan bahawa suaminya adalah faktor penolak dirinya. Pernah satu ketika, dia sedang sibuk couching bersama group Spectacular nya, suaminya, Master Firdaus yang menyuapnya makan.

Bagi Master Nana, sokongan yang diberikan oleh suaminya itu sangat-sangat dia hargai. Sebab itu beliau sangat menekankan kepada semua orang agar mendapatkan restu ibu bapa dan suami. Doa mereka disekeliling kita sangat penting.


Push factor 4: Ahli Spectacular





Akhir sekali, push factor Master Nana adalah downline nya atau group Spectacular nya. Bagi Master Nana, beliau perlu paksa diri untuk berjaya. Beliau perlu memberi inspirasi kepada anak didiknya. Beliau perlu menunjukkan contoh yang terbaik untuk anak didiknya agar boleh menjadi inspirasi untuk mereka berjaya.




Bagi saya, push factor sangat penting kerana push factors adalah penyebab seseorang untuk berjaya. Tidak kiralah apa yang kita buat sekalipun sama ada belajar, bekerja, berbisnes, push factors sangat membantu kita untuk bertahan setiap kali usaha kita dilanda cabaran atau ujian.

Kita tidak akan mudah berputus asa, malah kita akan terus berusaha sedaya upaya untuk berjaya dalam apa yang kita lakukan.

Inilah yang saya belajar dalam team bisnes MFMS saya. Alhamdulillah, kami ada mentor yang berjaya, sistem yang betul dan ilmu yang sangat bermanfaat untuk berjaya.

Nasihat saya, walau apa pun yang anda lakukan, tetapkan push factors atau faktor penolak yang membantu anda untuk terus bertahan dalam apa yang anda kerjakan.

InsyaAllah, walau apa pun masalah yang anda hadapi, anda tidak akan mudah berputus asa dan menjadi semakin kuat. Ini kerana anda mempunyai push factors yang menjadi pemangkin dalam kejayaan anda. Ini kerana anda juga punya sebab untuk bertahan dan terus bertahan.


Ingat,

Jika anda tidak memaksa diri anda, tiada sesiapa yang akan paksa anda. Anda yang menentukan kejayaan anda sendiri.




Saya doakan semoga anda semua dapat mengecap kejayaan dalam semua yang anda sedang lakukan. Amin. InsyaAllah.

Master Coordinator Celebration: Master Nana dan suaminya

Salam kejayaan,
~Noor Aziemah~
Menuju Puncak Kejayaan

21 September 2014

Master Coordinator Celebration: Master Nana

Assalamualaikum

Apa khabar pembaca blog saya sekalian? Saya doakan anda semua sihat, kaya dan berjaya. Semoga Allah memudahkan semua urusan anda di dunia dan di akhirat dan semoga anda semua masuk ke syurga tanpa dihisab. Amin. InsyaAllah.

Semalam saya, adik dan mak cik saya berkesempatan menghadiri sebuah program iaitu Master Coordinator Celebration  untuk meraikan kejayaan salah seorang mentor atau leader saya dalam bisnes Shaklee.

Untuk pengetahuan anda semua, Master Coordinator adalah pangkat tertinggi dalam bisnes Shaklee. Sekiranya seseorang itu berjaya mencapai pangkat Master Coordinator, pihak Shaklee akan memperuntukkan 50 000 untuk menganjurkan satu majlis yang dinamakan Master Coordinator Celebration.

Tujuannya adalah untuk meraikan kejayaannya yang telah bertungkus-lumus untuk berjaya hingga ke tahap tertinggi ini.

 Master yang diraikan bebas memilih hotel mana yang dia mahu, bilangan pengunjung yang hadir, makanan apa yang mahu dihidangkan, bagaimana konsep majlis tersebut dan jadual program tersebut.

Prorgam Master Celebration semalam diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya.





Master Coordinator Celebration: Master Nana dan Ahmad Firdaus

Sejujurnya, ini adalah kali pertama saya menghadiri Master Coordinator Celebration anjuran pihak Shaklee. Master yang diraikan oleh pihak Shaklee pada hari tersebut ialah Master Ahmad Firdaus dan isterinya, Master Siti Farhana atau lebih mesra dikenali sebagai Master Nana.




Program ini dijadualkan bermula pada pukul 2pm sehingga 5pm.

Sampai sahaja di sana, kami mendaftar di kaunter pendaftaran dan kami dipersilakan untuk ke tempat menjamu selera terlebih dahulu. Baru saya tahu bahawa majlis sambutan sebenar akan bermula pada pukul 3 petang, selepas pengunjung menjamu selera terlebih dahulu.

Maka kami pun menikmati juadah enak yang telah disediakan oleh pihak Hotel Marriott.

Tepat pukul 3pm, kami masuk ke dewan utama untuk meraikan Master Nana dan suaminya. Program ini dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pengacara Majlis dan diikuti dengan perarakan masuk Master-Master yang turut hadir dalam program tersebut.






Selepas perarakan masuk Master Coordinator lain, tibalah masa untuk perarakan masuk Master Nana dan suaminya. Para hadirin berdiri dan memberi tepukan yang sangat gemuruh tatkala Master Nana dan suaminya masuk ke dalam dewan diiringi dengan dua orang dayang.






Mereka duduk di kerusi VVIP sebagai orang yang diraikan pada hari tersebut.

Master Nana yang cantik seperti Puteri Indera Kayangan.
Pasti hasil mengamalkan collagen dan vivix Shaklee. Mana saya tahu?
Tentulah FB Master Nana sendiri :)


Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Presiden Shaklee Malaysia, Mr Victor Lim.






Ada kata-kata Mr Victor Lim yang menarik perhatian saya.

"Setiap kejayaan bermula dengan impian." kata Mr Victor Lim.

 "Namun, jika anda bermimpi tanpa melakukan tindakan, impian anda hanya tinggal impian. If you put your dream into action, you have succeed 50%. Berjaya atau tidak, that is a different story. If you fail, that is just a process. The challenge is also part of the process to success. So, put your dream into action."

Kata-kata ini menjadi pembakar semangat saya untuk terus berusaha dan berjaya dalam bisnes ini.

Perkongsian Leader Kepada Master Nana

Kemudian, Pengerusi Majlis menjemput leader kepada Master Nana untuk memberi sepatah dua kata iaitu Master Iffah Anuar. Master Iffah telah berkongsi serba sedikit tentang Master Nana.

"Nana tidak pernah sibuk untuk melihat orang lain. Dia sangat fokus dan tidak pernah cipta alasan. Dia bangunkan diri dia sendiri, kemudian dia bawa sekali empayar di bawahnya bersama-sama mencipta kejayaan dalam bisnes Shaklee." kata Master Iffah membuka rahsia.

"Nana juga tak cipta alasan. Dia tak pernah tunggu orang lain untuk berjaya malah dia sendiri berusaha untuk kejayaan dia. Sebab itu walaupun baru berusia 25 tahun, dia dah capai tahap tertinggi dalam Shaklee, Master Coordinator." tambah Master Iffah lagi.

Mendengar kata-kata Master Iffah tentang anak didiknya, Master Nana, saya sangat kagum dengan kejayaan master Nana dan suami beliau. Walaupun masih muda, namun mereka sangat komited dengan bisnes sehinggalah mencapai tahap tertinggi dalam bisnes Shaklee.


Selepas ucapan Master Iffah, tibalah saat-saat yang ditunggu-tunggu oleh para hadirin iaitu ucapan dan perkongsian dari Master Nana dan suaminya, Master Ahmad Firdaus.


Berkenalan Dengan Mealshake.

Mula-mula, Master Ahmad Firdaus berkongsi bagaimana dia mengenali Shaklee. Alkisahnya, pada tahun 2008, beliau diperkenalkan dengan Mealshake Shaklee oleh bosnya di tempat kerja. Beliau diberi satu canister Mealshake.





Walaupun pada mulanya beliau tidak suka makan suplemen apatah lagi dalam bentuk serbuk, beliau tetap mencuba Mealshake Shaklee tersebut. Dan beliau dangat terkejut akan hasil yang beliau peroleh. Selepas minum mealshake, beliau berasa sangat bertenaga.

Memandangkan beliau sering berasa mengantuk selepas waktu makan tengah hari, beliau minum Mealshake selepas makan tengah hari. Alhamdulillah beliau menjadi lebih bertenaga dan tidak mengantuk lagi. Itulah kisah kali pertama Master Ahmad Firdaus dan Shaklee.

Saya tiba-tiba teringat akan promosi Mealshake beli tiga percuma satu yang memang sedang berlangsung pada bulan ini. Alhamdulillah, ramai yang mendapat manfaat daripada Mealshake Shaklee.

Saya sediri telah mengamalkan Mealshake selama 4 bulan. Sejujurnya, saya berasa bertenaga setiap kali minum mealshake ini. Alhamdulillah, kini saya lebih bertenaga untuk menjalankan aktiviti harian dan tidak lagi penat dan lesu seperti dulu.

Mungkin itulah yang dirasakan oleh Master Ahmad Firdaus ketika itu.

Selepas itu, Master Nana pula memberi perkongsian. Beliau berkongsi bagaimana beliau boleh terjebak dalam bisnes Shaklee buat kali pertama.



Jatuh Cinta dengan Vitamin C

Bermula dengan sebotol Vitamin C shaklee, beliau kini seorang jutawan yang sudah menggenggam angka sebanyak 600K sebulan.

Hikayatnya begini,

Beliau membeli sebotol vitamin C Shaklee di FB dan setelah menggunakannya, beliau jatuh cinta pada produk tersebut kerana dapat merasakan perubahan pada wajahnya. Beliau semakin cantik dan masalah jerawat juga hilang.

"Almaklumlah, Nana kan suka cantik!" kata Master Nana.

Selepas berkongsi dengan rakan-rakannya, beliau mula menjual vitamin C Shaklee. Tanpa beliau sangka, itu adalah titik perubahan kehidupan beliau. 

Daripada kehidupan biasa kepada kehidupan luar biasa. Daripada insan yang berpendapatan bulanan 4 angka hasil kerja makan gaji kepada insan yang bekerja dari rumah dengan gaji tidak kurang daripada 600 K sebulan. 

Saya sangat kagum dengan beliau. Beliau adalah salah seorang mentor saya dalam bisnes Shaklee, InsyaAllah, saya berazam untuk menjadi seperti beliau- Master Shaklee Termuda di Dunia.



Master Nana turut berkongsi 5 push faktor beliau dan tips-tips yang beliau amalkan sehingga menjadi Master Cordinator pada usia yang tersangat muda iaitu 25 tahun dan bonus bulanan tidak kurang daripada 600K.

Team MFMS yang duduk di sebelah
saya khusyuk menaip ilmu
yang dikongsi oleh Master Nana


Saya tidak melepaskan peluang ini. Saya catat semua sharing dan ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh Master Nana dalam buku nota saya agar saya boleh kongsikan ilmu ini kepada anak didik saya dan rakan-rakan sepejuangan yang tidak dapat hadir.

InsyaAllah, perkongsian ini akan memberi manfaat kepada semua orang.



Anda nak tahu apakah push faktor beliau? Anda nak tahu apa tips-tips yang beliau amalkan?

Tunggu sambungannya dalam entry saya seterusnya. Saya akan kongsi push faktor dan tips Master Nana serta kata-kata emas seseorang kepada saya sebelum pulang daripada majlis itu. Siapa orang itu? Anda nak tahu?

Tungguuuu.....






Salam sayang,

~Noor Aziemah~
Menuju Puncak Kejayaan

2 September 2014

Saya Buat Keputusan Salah Ketika Menyertai Shaklee - Part 1 - Senarai 4 Bisnes Saya Ceburi Sebelum Itu.

Assalamualaikum

Apa khabar pembaca blog nooraziemah.blogspot.com? Saya doakan anda semua sihat, kaya dan berjaya. 

Ramai yang bertanya mengapa saya menyertai bisnes Shaklee sedangkan umur saya baru 18 tahun. Kata orang, baru setahun jagung. Di sini, saya ingin berkongsi kepada anda bagaimana saya boleh terjebak dalam bisnes ini.

Bisnes 1: Penanda Buku


Saya memang minat bisnes sejak kecil. Ketika tingkatan satu, saya menjual penanda buku buatan sendiri. Saya mengambil tempahan daripada rakan sekelas dan lain kelas. Penanda buku tersebut mengandungi nama pembeli dan dibelakangnya saya tulis kata-kata hikmah pilihan mereka.


Sebenarnya, saya bukanlah kreatif mana pun. Tapi, saya sangat bersemangat nak jual penanda buku maka saya sanggup meluangkan masa dihadapan komputer selama berjam-jam setiap hari kemudian pergi ke kedai untuk 'laminate' penanda buku tersebut.

Waktu yang paling gembira adalah apabila saya mendapat bayaran daripada rakan-rakan. Bolehlah saya menambah wang saku saya.

Tapi lama kelamaan, saya rasa kesusahan dalam bisnes kecil saya tu.
Saya menghadapi beberapa masalah.

1. Saya meluangkan banyak masa di depan komputer kerana komputer saya sering tersekat.

2. Saya tiada mentor dan ilmu untuk buat penanda buku yang cantik. Ini bermakna saya main redah je ikut suka hati saya.

3. Lama-lama, saya kekurangan pembeli dan akhirnya tiada orang nak beli dengan saya. Maka, bisnes saya pun terhenti sekerat jalan.

Bisnes 2: Dropship

Semasa saya tingkatan 5, saya terlibat pula dengan bisnes dropship. Saya jual baju, skirt, handbag, dress dan maxi dress. Apa sahaja program drop ship yang tidak dikenakan bayaran, saya akan join.



Pada mulanya saya ingatkan yang bisnes ini senang kerana tidak perlu simpan stok. Saya hanya perlu promote di FB dan blog serta 'mark up' harga untuk keuntungan diri sendiri. Tetapi, saya sangat sukar untuk mendapatkan customer. Saya tidak mempunyai mentor. Saya tiada ilmu. Saya tiada sistem. Dan yang paling teruk sekali saya tiada hala tuju dalam bisnes ini.

Maka, bisnes saya yang kedua ini juga tidak berjaya.

Bisnes 3: Telekung lycra

Selepas peperiksaan SPM, saya mula bekerja di sebuah kilang berdekatan dengan sebuah rumah. Setiap bulan saya akan memperoleh gaji lebih kurang RM900.00 . Dengan gaji tersebut, saya mula menjual telekubg lycra.

Telekung lycra itu saya ambil dari sebuah kedai di Masjid Jamek. Kemudian, telekung lycra itu saya pasarkan di kilang tempat saya bekerja.



Alhamdulillah, jualan saya laku. Memandangkan pada ketika itu penggunaan telekung lycra sedang 'in trend', ramai yang membeli telekung tersebut. Jualan saya sangat menguntungkan. Saya berjaya menjual lebih kurang 20-30 helai telekung lycra.

Namun bisnes ini juga mempunyai beberapa masalah.

1. Saya perlu menggeluarkan modal terlebih dahulu untuk membeli telekung lycra. Saya menanggung risiko kerugian jika mempunyai stok telekung yang banyak, tetapi tiada pembeli.

2. Kebanyakan pembeli akan membayar harga telekung tersebut pada hujung bulan. Ini bermakna saya perlu menunggu lama sebelum menerima bayaran penuh daripada pembeli telekung lycra tersebut. Ini juga menyukarkan saya untuk 'pusing modal'

3. Saya perlu mengambil sendiri stok telekung dari kedai asalnya kerana tuannya tidak mempunyai penghantaran. Jika ada pun, bayaran yang sangat mahal dikenakan untuk kos penghantaran.

Akhirnya, bisnes ini terhenti dengan sendirinya.

Bisnes 4: Bisnes Prepaid

Pada masa yang sama saya menjalankan bisnes telekung, saya turut menjadi agen prepaid atau egen top up. Dalam banyak-banyak bisnes sebelum ini, bisnes top up lah satu-satunya bisnes di mana saya perlu membayar yuran keahlian.


Sejujurnya, bisnes top up mempunyai paling banyak permintaan. Ada yang ingin top up maxis, celcom, digi dan u-mobile. Walaupun untung kurang daripada 50 sen setiap kali ada orang top up, tetapi disebabkan permintaan yang banyak, saya masih cuba terus menjadi agen top up.

Lama-lama saya mula bosan menjalankan bisnes top up ini kerana saya perlu kerap pergi ke bank untuk mendahulukan duit sendiri segai modal dan saya rasa bahawa keuntungan yang diperoleh tidak setimpal dengan usaha saya.

Kelemahan Bisnes Sebelum Ini

Apabila saya fikir-fikir semula, minat untuk menjalankan bisnes memang sudah sebati dalam diri saya. Namun, walau apa pun bisnes yang saya lakukan, saya tiada ilmu yang betul, sistem yang betul, tindakan yang betul dan tidak menjamin masa hadapan.



Saya main redah sahaja ketika menjalankan bisnes. Oleh hal yang demikian, kesemua bisnes saya terhenti sekerat jalan. Kebanyakan bisnes yang saya lakukan tidak dapat menguntungkan diri saya sendiri apalagi membantu menambah nilai dalam kehidupan orang lain.

Sebenarnya, kalau anda nak tahu, semasa saya menjalankan bisnes top up lagi, saya sudah menggunakan produk Shaklee. Ada peristiwa-peristiwa yang berlaku sehingga membuatkan saya menjadi ahli Shaklee tanpa saya menyedari bahawa sekali lagi saya membuat keputusan yang salah ketika itu.

Anda nak tahu apa yang saya maksudkan?

Tunggu sambungannya dalam entri saya seterusnya:

Saya Buat Keputusan Yang Salah Ketika Menyertai Shaklee. -Part 2-


Salam sayang,

Noor Aziemah
Yougest Master2b

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI