Pengalaman Belajar Kos Dietetik di UIA Kuantan

Assalamualaikum.





Masa mula-mula isi borang UPU lepas SPM dulu, sejujurnya Azie dah tau apa bidang yang Azie nak ambil. So memang boleh dikatakan yang Azie dah lama aim untuk jadi dietitian lepas grad. Tak tahu le kenapa tiba-tiba boleh minat bidang dietitik tapi now I am here, pursuing this course in IIUM Kuantan.

So seperti kebanyakan budak-budak lepasan SPM, Azie isi borang UPU. Sebelum tu memang ada buat research sikit dekat google and dia tulis kena letak course Allied Healh Science / Sains Kesihatan Bersekutu masa asasi. Takde bidang specifik terus.

Sebenarnya UIA ni lain sikit tau. Kalau nak ambil medic, dentist and pharmacy, masa isi UPU kena terus pilih Asasi Perubatan untuk medic, Asasi Pergigian untuk dentist dan Asasi Farmasi untuk Pharmacy. Bukan pilih Sains Hayat. Sains Hayat dekat UIA ni, nanti masa degree akan pergi kos seperti Applied Science / Sains Gunaan, Applied Physics, Applied Chemistry, Kos Marine, Kos Mathematic dan Applied Plant.

Maaf Azie tak tahu sangat pasal kos selain berasaskan science macam Law, Engineering, BAR, BEN dan lain-lain. So kalau anda nak tanya pun Azie tak tahu ye huhu.

Berbalik kepada journey sebagai pelajar dietetik, masa asasi dulu kami belajar semua subjek yang pelajar allied health science ambil. So kami belajar Biology I dan II, Chemistry I dan II, Physics I dan II, Maths, Statistic, ICT, RKA dan lain-lain lah. Tak sure lah kalau silibus sekarang dah berubah ke belum. Tapi Bio, Chem dan Physics tu memang wajib lah rasanya.

Sejujurnya Bio dan Physics susah yang amat. Bio lah paling susah masa asasi sebab semua benda kena belajar even sekecil-kecil perkara. Even perkara yang takde kaitan dengan bidang Diet pun kena belajar. Di samping class English dan Arab lagi. ouh tapi sebab Azie dah exemted masa first sem so sem kedua dan seterusnya dah tak busy sangat macam first sem.




Masa last sem before habis asasi, ada interview untuk semua pelajar Allied Health Science tau. Sebab nak tentukan kita pergi bidang apa masa degree nanti. Ada enam bidang iaitu: Diet, Optometry, Physiotherapy, Audiology, Radiography, Bio-Medical Science dan Speech Language Theraphy.

Diet - Azie akan cerita kat bawah.
Opto - Belajar everything about mata. Cara nak check kesihatan mata patient, tahap rabun, contact lens etc

Physiotherapy - Deal dengan patients punya muscles kot. Basically kalau patient tak boleh gerak, physiotherapy akan tolong. So ada banyak physical contact antara physiotherapist and patient (yang ni perempuan kena take note la)

Audiology- Belajar everything pasal telinga dan hearing. Cara check kesihatan telinga, tahap masalah pendengaran, bagi alat pendengaran yang sesuai etc.

Radiography - Belajar pasal cara nak guna mesin X ray, ct scan, ultrasound etc
Biomedical science - Buat research dalam lab. Basically biomedical akan buat research yang mana result dia akan tolong dari segi Medical la.

Speech Language Therapy - Ni kos baru. Not sure sangat tapi dari nama kkos ni macam nak bantu kanak-kanak yang lambat / belum boleh bercakap.

Okay so now kita masuk bidang Dietetik.


Bidang Dietetik Di UIA

Dietetik adalah satu bidang yang mana anda akan belajar macam mana nak deal dengan patient di hospital berkenaan mereka punya pemakanan dan nutrisi. Pesakit akan bertemu dietitian selepas berjumpa dengan Doktor, apabila Dr refer mereka pada dietitian.

Dietitian akan membuat diagnosis yang berkaitan dengan makanan dan nutrisi pesakit. Sebagai contoh, lepas pesakit dah dirawat oleh Doktor, Dietitian yang akan check apa makanan yang boleh dimakan oleh pesakit ni. Jenis makanan yang macam mana, rendah carbo ke, tinggi protein ke, semua tu based on patient punya condition la.

Dietitian juga kena pantau patient yang ada masalah seperti overweight, obese, ada diabetes, ada darah tinggi, ada penyakit buah pinggang dan lain-lain. Dietitian kena bagitahu pesakit ini apa yang dia perlu makan dan apa yang dia tak boleh makan. Kiranya Dietitian ni kerjanya macam Doktor la juga tapi Doktor makanan. Pakar pemakanan la gituuu.

Jadi, untuk menjadi seorang dietitian, semestinya kena belajar tentang tubuh badan manusia iaitu subjek Anatomy dan Physiology. Kena belajar semua sistem dalam badan. Lepas tu kena belajar tentang jenis-jenis penyakit atau nama subjeknya Pathology. Kena belajar juga jenis-jenis ubat dan bagaimana ubat-ubatan berfungsi. Pharmacology namanya. Tapi jangan risau sebab kita tak berlajar sepertimana pelajar Medik belajar. Mereka belajar lagi sedetail-detailnya.

Cuma tak bermaksud subjek ni senang ya. Semua subjek susah termasuklah subjek Anatomy, Pathology, Physiology dan Pharmacology ni. Tetapi jika anda jenis rajin belajar, buat assignments dan kuat ingatan, InsyaAllah senang saja nak dapat 4flat. Macam Azie jenis tak rajin belajar dan banyak main-main masa tahun pertama dulu. Ingatan pulak tak berapa nak kuat. Tak dapat lah 4flat. Cukup-cukup makan saja untuk jadi Dean List. Alhamdulillah.

Masa tahun pertama as pelajar Dietetik di UIA, anda akan belajar tajuk nutrition secara general saja.

Nutrition and Health - Belajar tentang setiap makronutrient dan mikronutrient. Carbo, protein, fat, semua jenis vitamin A, B, C, D, E, K dan semua jenis mineral sodium, potassium, kalsium etc

Nutrirional Biochemistry - Belajar tentang proses yang berlaku dalam badan yang berkait dengan nutrition, contohnya proses breakdown of carbo, protein, fat etc. Glycolysis, Glucogenesis, Glycogenesis etc.

Principle of Food Preparation - Yang ni belajar semua benda tentang makanan yang kita makan tu. Cara memasak, cara menyediakan makanan etc. Ada lab jugak kos ni dan lab dia adalah anda kena memasak haha. Ikutlah tajuk minggu tu kena masak apa. Usually lecturer dah bagi resepi siap-siap tinggal nak masak je lepas tu present masakan anda.

Masa tahun kedua, dah start belajar bidang yang lebih specific untuk pelajar Dietitic iaitu Medical Nutrition Therapy atau MNT dalam bahasa singkatnya. MNT ni lah yang akan digunakan masa dah kerja nanti. Anda akan belajar nutrition yang sesuai untuk semua jenis penyakit seperti diabetes, hypertention. hyperlipidemia dan Cardiovascular Diseases.

Nutritional Status Assessment - Belajar cara nak assess patient punya status pemakanan. Cukup ke tidak nutrisi dia tu. Macam mana nak kira energy yang mereka perlukan dalam sehari etc

Ini sebenarnya some of the subjek. Untuk lagi specific, boleh lah whatsapp Azie kalau nak tahu. Malas pulak nak cerita satu-satu.








Kalau nak jadi Dietitian, apa kriteria yang saya kena ada?

Disebabkan bakal dietitian akan deal dengan patient, of course nombor satu anda perlu ada human-to-human interaction skill yang bagus. Tak semestinya sampai kena power berkata-kata haha. Maksudnya anda kena berinteraksi banyak dengan orang yang tak dikenali atau strangers. So kalau anda jenis yang malu-malu nak cakap, yang perempuan susah nak bercakap kalau dengan lelaki, mungkin anda perlu consider semula before ambil course ni.

Kalau anda jenis pemalu tapi boleh control rasa malu tu, means boleh je nak bercakap dengan sesiapa, then anda boleh je ambil course ni. Lagi pun along the way, anda boleh improve diri sendiri. Cumanya kalau rasa diri tu memang tak boleh bercakap dengan mereka yang berlainan jantina sebab segan sangat sangat yang tak boleh bawa bincang then please re-think haha.

Yang kedua, dietitian banyak deal dengan calculation tapi yang simple-simple la and guna kalkulator. Sebab Dietitian perlu prescribe pesakit berapa percent carbo, protein, fat dan total energy yang dia boleh makan seiap hari. Dietitian perlu prescribe contoh menu yang patient boleh makan. So memang ada banyak kira-kira.

Yang ketiga, Dietitian kena jaga badan. BMI mestilah normal range ye haha. Kalau overweight kena kuruskan badan jadi dalam normal range iaitu antara 18.5-24.9 . Sebab Dietitian akan suruh patient kuruskan badan untuk sihat tapi takkan lah kita sendiri gemuk ye tak.

Itu je lah kot huhu. Yang lain-lain tu macam pelajar course lain jugaklah kena rajin dan buat assignment betul-betul. Kena jaga carry marks, presentation, tutorials kena buat betul-betul. InsyaAllah anda akan rasa senang je course ni.









Post a Comment

2 Comments

  1. assalamualaikum, minimum pointer berapa ye utk kos ni?

    ReplyDelete
  2. hai kak can you please drop your email here because saya ada to many things nak tanya about this course

    ReplyDelete