Apa khabar anda semua? Lama sangat rasanya saya sudah tidak mengemaskini blog saya. Ya Allah, kalau ikutkan sebenarnya banyak sangat yang saya nak kongsi dengan anda. InsyaAllah lepas ini saya akan cuba menjadi lebih konsisten untuk berkongsi cerita dan ilmu dengan anda di blog nooraziemah.blogspot.com ini.
Semalam, saya ada tertengok sebuah rancangan pertandingan nyanyian iaitu Anugerah Juara Lagu ke 29. Kebetulan ketika hendak ke tandas, saya terdengar bunyi riuh rendah seperti orang berkumpul dan berbual-bual.
Rupa-rupanya para sisters (gelaran pelajar perempuan di UIA) sedang menonton Anugerah Juara lagu di kawasan lapang yang disediakan disebelah tandas. Maka saya pun berhenti seketika, sekadar mahu melihat apa yang membuatkan mereka menarik.
Kebetulan ketika itu, satu persembahan baru bermula. Saya sempat menonton persembahan kumpulan Mojo dengan lagu Roman Cinta dari mula. Pada awalnya, sebelum lampu dihidupkan, kami hanya dapat melihat bayang-bayang penyanyi dan ahli kumpulan tersebut. Macam misteri pulak. Gelapp je.
Mula-mula persembahan, lampu dimalapkan agak lama. Hanya kelibat penyanyi dan ahli kumpulan yang kelihatan.
Gelap, tak nampak muka si penyanyi dan ahli-ahli yang lain.
Lama-lama, nampak kelibat sikit-sikit. Tapi still tak nampak muka masing-masing.
Tapi, sebaik sahaja vokalis memasuki part korus, dan lampu mula dinyalakan.......
Rupa-rupanya....
Rupa-rupanya.....
Jeng...
Jeng...
Jeng...
Vokalisnya ialah seorang Orang Kelainan Upaya.
Bukan itu sahaja, beberapa orang ahli kumpulan mereka juga OKU.
Rupa-rupanya mereka ialah Caliph Buskers. Mereka dijemput oleh Kumpulan Mojo untuk membuat persembahan di pentas final AJL kerana vokalis asalnya tarik diri daripada menyertai kumpulan dan pertandingan tersebut.
Saya menonton persembahan mereka dari mula sampai habis. Ya Allah, pada saya bakat mereka sangat hebat, terutama suara sang vokalis kumpulan Caliph Buskers ini.
Dari awal sampailah mereka habis membuat persembahan, saya seakan-akan terpukau untuk menonton persembahan mereka.
Bagaimana Caliph Busker Bertemu Mojo
Daripada info yang saya baca di laman media sosial, rupa-rupanya, Caliph Buskers ini kumpulan pemuzik jalanan. Mereka selalu menyanyi di area Masjid Jamek, berdekatan dengan Sogo. Daripada nyanyian mereka itu, mereka mencari rezeki dan dibahagikan sesama mereka.
Ditakdirkan Allah, drummer kumpulan Mojo pernah menonton mereka membuat persembahan ketika di Sogo. Ketika itu, vokalis Caliph Buskers ini menyanyikan lagu Roman Cinta, lagu nyanyian kumpulan Mojo.
Kebetulan baru-baru ini, Mojo memerlukan vokalis yang boleh menyanyikan lagu ini ketika dipentas AJL29. Maka, drummer Mojo tersebut pun mencadangkannya kepada ketua mereka, Edry Abdul Halim. Edry pun pergi jumpa mereka dan dia pun terpegun dengan bakat yang Caliph Buskers ni ada. Lalu, si Edry ni pun jemput Caliph Buskers untuk menyanyikan lagu Roman Cinta ini di AJL29.
Mula-mula Caliph Buskers ni ingatkan mereka akan menyanyi kat kenduri kahwin saja. Ye lah, dia orang pun tak tau yang tegur dia orang tu, Edry KRU. Edry pun bagi tahu lah hal sebenar.
"Kami nak jemput Caliph Buskers ni buat persembahan dalam satu pertandingan tapi masuk TV"
Terkejut betul mereka. Pucuk dicita, ulam mendatang, mereka pun terima tawaran tersebut.
Begitulah ceritanya yang diceritakan oleh Edry sendiri.
MashaAllah, cantiknya percaturan Allah. Jika hari ini mereka membuat persembahan hanya di jalanan, siapa sangka esok lusa mereka akan menjadi penyanyi di pentas Anugerah Juara Lagu. Lepas tu, menang pulak Persembahan Terbaik.
Rezeki Manusia Ditentukan Oleh Allah
MashaAllah, satu perkara saya belajar. Rezeki kita itu ditangan Allah. Kalau Dia nak, bila-bila je Dia boleh bagi kita. Bila-bila je Dia boleh jadikan kita kaya, ada duit, ada harta. Kadang-kadang melalui cara yang kita tak sangka pun.
Macam dalam situasi Caliph Buskers ini, kalau sayalah anggota kumpulan Caliph Busker ni, saya memang tidak boleh meramal yang saya akan dapat peluang menyanyi dalam pertandingan AJL dan menang pulak persembahan terbaik. Sebab saya tak tahu, apa yang akan terjadi satu saat di hadapan.
Semuanya percaturan Allah. Dan kita hanya perlu percaya akan kekuasaanNya.
Setiap Manusia Ada Kelebihan Mereka Sendiri
Selain itu, ketika menonton persembahan Mojo dan Caliph Buskers ini, saya juga belajar yang setiap manusia ada kelebihan, ada kekurangan dia sendiri. Tidak semua dilahirkan bernasib baik dan tidak semua dilahirkan bernasib malang.
Kita mungkin lihat seseorang itu kurang penglihatan atau tidak boleh melihat, tapi disebalik kekurangan itu Allah kurniakan dia dengan satu lagi kelebihan yang mungkin tidak terdapat dalam kalangan orang normal-kelebihan menyanyi dan menghiburkan orang lain. Bakat yang hanya ada pada sesetengah orang.
Even saya sendiri, seorang yang normal pun tidak mampu menyanyi dan menghiburkan orang lain kerana saya tiada bakat itu. Tetapi, kumpulan Caliph Busker ada bakat itu.
Vokalisnya menyanyi dengan hati dan penuh keikhlasan. Mentor saya selalu cakap, apa-apa yang kita tulis, apa-apa yang kita buat, buatlah dari hati, dan orang lain akan merasai keikhlasan kita.
Saya akui, saya tersentuh dengan persembahan Roman Cinta oleh Mojo dan Caliph Busker ini, sebab saya boleh nampak dan rasa bagaimana vokalisnya menyanyi dari hati dan penghayatan yang tinggi sehingga menutup segala kekurangan yang dia ada. Wahh.... cayalah.... serius rasa macam nak nangis malam tadi. Emo punya pasal. Dah lah lagu sedih, dibawa pula dengan penuh penghayatan dan perasaan.....
Biar buta mata, jangan buta hati |
Mereka mungkin tidak dapat melihat tapi mereka mempersembahkannya dari hati dan lagu itu sampai terus ke dalam hati setiap yang mendengar. Korang memang berbakat!
Untuk Caliph Buskers
Buat kumpulan Caliph Busker, walaupun lagu Roman Cinta tak menang tempat pertama dalam AJL tahun ini, tapi saya rasa korang dah memenangi hati kebanyakan rakyat Malaysia yang menonton AJL malam tadi. Kalian dah buktikan bahawa walaupun manusia tak sempurna, tetapi kita masih boleh menambah nilai kepada manusia lain dan mengejar apa yang kita cita-cita kan. Semoga kalian terus berjaya dalam apa yang kalian lakukan, sama ada di dunia atau di akhirat. InsyaAllah. Amin.
Salam sayang,
Noor Aziemah
3 Comments
Nice sharing. Belajar dari pengalaman & kekurangan orang lain akan mendewasakan kita. Insyaallah.
ReplyDeletedenggg.... berkaco-kaco mato den membaco eh.... tacingggg
ReplyDeleteGood sharing, Aziemah. Sesungguhnya, banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini. Thanks, ya.. Akak doakan aziemah kaya dan berjaya.. InsyaAllah.
ReplyDelete