Tahun Kedua Semester Pertama Bermula!

Assalamualaikum...


Apa khabar pembaca blog Azie hari ini? Bagaimana dengan hari anda? OK atau KO? hehehe...
Saya doakan agar anda semua berada di bawah rahmat Allah swt..

Pejam celik pejam celik, Azie dah berada pada tahun kedua di Pusat Asasi UIA ini. Untuk makluman semua, Azie mengambil subjek Sains Kesihatan Bersekutu atau dalam english nya Allied Health Scince. Dan untuk program ini, Azie perlu menjalani dua tahun pengajian asasi.





Ada kawan-kawan dari universiti lain yang sudah graduate matrikulasi dan asasi, tapi sebab Azie mendapat 2 tahun pengajian dia UIA ini, maka Azie perlu menetap di sini untuk setahun lagi.


Apa itu Sains Kesihatan Bersekutu aka Allied Health Science?




Buat yang pertama kali dengar tu mesti tertanya-tanya course ini pasal apa. Ye lah, kos Allied Health Science atau singkatannya (ALLHS) ni tidak se famous course lain seperti Medic, Dentist, Pharmacy dan Engineering dan lain-lain.

ALLHS ni kira adik beradik lah dengan Medic, Dentist dan Pharmacy. Macam yang ramai sedia maklum, course Medic akan melahirkan seorang doktor, yang mengambil course Dentist akan menjadi Doktor Gigi dan pelajar Pharmacy akan bekerja di Pharmacy.

So ALLHS ni apa pulak?

Okay, mereka yang mengambil course ALLHS kat UIA ini boleh memilih untuk teruskan pengajian dalam bidang Optometri, Audiology, Radiology, Bio Medical, Pgysical Rehabilition atau Diet semasa degree nanti.

Kiranya, ALLHS ini bakal melahirkan doktor mata (optometrist), doktor telinga (audiologist), Pakar pemakanan (dietician) dan macam-macam lagi, bergantung kepada bidang apa yang mereka ambil semasa degree nanti.

Azie insyaAllah cadangnya nak ambil course Diet nanti masa dekat campus degree. Azie nak jadi seorang Dietician atau Nutricionist atau pkar pemakanan (sama lah tu. Hahaha...) Azie nak advise rakyat Malaysia tentang makanan apa yang mereka perlu dan mereka tidak perlu makanan. Sebab kesedaran tentang penjagaaan pemakanan dari segi kesihatan sangatlah berkurangan.

Sebenarnya Azie dah start practise dari sekarang lagi. Buat anda yang masih belum tahu, Azie ialah seorang Shaklee Independent Distributor, InsyaAllah Azie nak bantu lebih ramai orang mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik lagi.

Tolong doakan Azie berjaya dalam bidang yang Azie ceburi ini. Azie juga doakan agar anda semua pembaca blog Azie ini berjaya dalam bidang yang anda pilih, tidak kisahlah anda seorang student ke, atau mereka yang sudah bekerja, Azie doakan semoga anda berjaya dalam apa yang anda lakukan serta dapat mencapai semua yang anda impikan. Amin

Salam Sayang,

~Noor Aziemah~
Menuju Puncak Kejayaan :)

Sila tekan button like and share jika anda rasa entri ini mampu memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Terima kasih.

Post a Comment

0 Comments