21 August 2015

Kisah Perbualan Seorang Jururawat dan Seorang Pesakit

Assalamualaikum wbt...


Hai pembaca-pembaca kesayangan ku. Semoga anda semua sihat selalu.

Azie nak share satu kisah yang Azie rasa memang sangat kena lah dengan keadaan zaman sekarang ni. Kisahnya dalam bentuk dialog antara seorang jururawat dan seorang pesakit.

Perbualan antara Pesakit dan Jururawat.

Di sebuah hospital kelihatan seorang pesakit dan seorang jururawat sedang berbual.

Pesakit: Abang jururawat, best ke bekerja di hospital? Dah lama kerja sini?

Abang misi: Bolehlah... Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi,selama 5 tahun kerja di sini, banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa.

Pesakit: Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?

Abang misi: Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best.

Pesakit: Wah! Apa dia?


Abang misi:

Di sini, setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka sehinggalah ke urusan jenazah.

Apa yang saya lihat, sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal... sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskah al Quran.

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al Quran, tak sempat baca al Quran, Allah dah ambil nyawa mereka. Bila dibacakan al Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting.


Pesakit: Apa dia?


Abang misi:

Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira, ketika tidak datangnya sakit, itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat nanti, dapatkan kita sentuh dan pegang al Quran? Sehari sehari pun susah nak belai dan belek Al Quran, apatah lagi membaca atau mentadabburnya? Allah... Allah...

Sungguh, kita tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita, kita sangat memerlukan al-Quran. barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi... Allah.. Allah...

Pesakit: (menitiskan air mata...) abang, bacakan saya al-Quran. Saya tak tak boleh baca, saya buta tajwid.

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al  Quran mini dari kocek bajunya

************************

Masa Azie baca cerita ni, terus tersentap kalbu. Memang Azie akui. Benda yang Azie selalu pegang ianya handphone. Tengok whatsapp la, FB la instagram la. Memang tak noleh berpisah dengan handphone.

Tapi bila fikir-fikir balik, bukannya handphone dapat bantu Azie masa Azie nak hadapi sakaratul maut nanti. Bukannya handphone boleh ringankan seksa kubur nanti, atau terangkan kubur yang gelap nanti. Juga handphone sama sekali tidak dapat membantu Azie manjawab soalan mungkar dan nangkir nanti.

Allah... Allah....


Terima kasih kepada mereka yang hantar ni dalam salah satu group whatsapp Azie. Memang betul-betul mentarbiah dalam diam.

Semoga kita semua mendapat pengajaran dari kisah  ini :)

Salam sayang,
Noor Aziemah

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI