The Walking Beauty Project ni hanya khas untuk mereka yang berada dan mendaftar untuk berada di bawah susur galur kak Ainul sahaja. Memandangkan saya bawah MFMS milik kak Maria yang merupakan anak bisnes kepada kak Ainul, so saya di kira anak bisnes kak Ainul juga lah. Jadi saya boleh join The Walking Beauty ni.....
Alhamdulillah, kami sangat beruntung kerana memilik mentor yang komited untuk melihat kami berjaya membantu diri sendiri dan membantu orang lain....
Actually dah lama jugak sebenarbya The Walking Beauty (TWB) di tubuhkan tapi Azie masih belum sertai proek ni walaupun sebenarnya daku layak sangat2. Kadang-kadang ada jugak biawak2 kecil dalam hati yang berbunyi....
"Kau boleh ke buat?"
"Kau dah lah tak ada rupa, ada hati nak bukak homespa"
"Macam mana kalau bisnes kau ni hangat2 tahi ayam je?"
"Macam mana kalau tak dapat sambutan?"
Memang macam2 suara2 negatif yang timbul tau sebelum nak join TWB ni, tapi lama-lama Azie cuba bersikap positif. Azie pekakkan telinga daripada mendengar suara-suara itu. Azie cakap dengan diri sendiri...
"Kau boleh buat Aziemah!"
"Kalau tak cuba kau tak tahu!"
"Allah kan ada. Kalau kau berusaha InsyaAllah, Allah akan bantu!"
So setelah berjaya mengubah mindset diri, Azie pun memberanikan diri untuk whatsapp kak Ainul.....
Maka menjadilah Azie sebahagian drpd ahli TWB. So pada 17 September hari sabtu lalu, Azie travel daripada Kuantan ke KL untk belajar cara-cara buat facial dan buat homespa daripada rumah.
Azie sampai rumah kak Ainul terlambat sikit hari tu. Masa sampai, seorang lagi peserta yang buat appointment pada hari yang sama dah ready kat situ. Sampai2 saja kami dijamu air pastu terus belajar cara-cara bukak homespa daripada A sampailah Z.
Apa yang kami belajar dalam training homespa ni? Banyak sangat, Antaranya....
Cara set up homespa
Etika menjalankan homespa
Langkah2 berikan servis yang profesional walaupun sekadar homespa saja
Teknik facial dan face massage yang betul
Tititk-titik stress di bahagian wajah yang perlu ditekan
Produk-produk yang kami guna
By the way. produk-produk yang digunakan dalam TWB adalah berbza daripada spa lain tau. Kelainan produk homespa bawah TWB ialah:
Produk premium
Berkualiti tinggi setaraf SKII
Sebuah penyelidikan terhadap produk ini telah dijalankan oleh third party yang tak ada kena mengena dengan production produk ini dan feedback/result yang dikeluarkan sangat positif
100% Natural dan semula jadi
Scrub dan masker produk ini boleh dimakan kerana ianya natural
Produk apa yang best sangat ni? Semestinya produk Shaklee.....
Kami bukan saja dapat produk dan tools untuk homespa, malah dapat sijil jugak tau! Selain tu, TWB sudah di daftarkan di bawah SSM. Jadi semua ahli TWB memang ahli yang berdaftar. Wahhh menarik sangat!
Sekarang tugas Azie adalah untuk set up homespa Azie sendiri. Semoga Azie berjaya dalam projek The Walking Beauty ini. Mohon doakan Azie berjaya ya. Azie juga doakan agar anda semua pembaca yang disayangi, berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Ingat, dunia adalah tempat untuk berpenat lelah kerana kita hanya berehat di akhirat sana nanti :)
Salam sayang,
Noor Aziemah
0 Comments