Dah December 2018?

Assalamualaikum





Cepatnya masa berlalu. Tiba-tiba saja dah December. Tiba-tiba saja dah nak 2019 :')

Sejujurnya Azie tak achieve apa-apa sangat tahun ni. Pointer ada lah naik sikit berbanding tahun yang lalu tetapi yang lain-lain macam biasa-biasa saja. Amalan rohani pun tak berapa nak meningkat. Pencapaian kokurikulum pun dah semakin menjunam sebab tak aktif dalam club. Huhu tak tahu lah apa nak jadi dengan diri sendiri ni.

Kadang-kadang rasa macam not good enough pun ada.

Tapi Azie rasa belum terlambat untuk perbaiki semua ni. Untuk tahun 2019, Azie berazam nak jadi a better Aziemah than 2018's Aziemah. Ni wishlist apa yang Azie nak buat in 2019

1.  Berjaga lepas subuh. Tak nak tidur dah lepas subuh.
Habit tidur lepas subuh adalah perkara yang Azie dah lama fikir nak buang tapi susah sebab I love to sleep. Susah gila nak bangun kalau dah tidur tu melainkan kalau pagi tu ada class atau event. Maybe sebab mindset kot. Cuba kalau pagi tu takde apa-apa, Ya Allah susah gila tak nak tidur selepas subuh.

So Azie tulis kat sini supaya ada perkembangan untuk Azie update pada masa akan datang, sama ada berjaya ke tidak untuk konsisten tak tidur lepas subuh.

2. Study pada awal waktu. Taknak study last minute.

Yang ni pun susah sebab Aie tend to study last minute juga selalunya. Masa yang ada mesti akan digunakan untuk bergosip bersama kawan-kawan walaupun tahu yang benda tu tak baik sebenarnya. So kalau mampu study awal-awal, target nak dapat pointer 3.75 lepas ni. Yang ni pun lepas ni kena updata sama ada dapat atau tidak.

3. Nak naik supervisor Shaklee.

Yang ni pun susah jugak nak dapat sebab Azie jenis tak konsisten buat bisnes Shaklee. Jenis tak pandai manage masa memang ginilah. Tapi memang kena start daripada sekarang sebab kalau tak, bila lagi?

Azie pun tak boleh imagine diri sendiri sebagai ahli Dietician in future, so memang aim nak buat bisnes je lah lepas grad nanti. Tapi takkan la masa tu baru nak start bisnes Shaklee kan? mestilah nak atleast dah stable sikit kewangan, so memang kena start daripada sekarang.


Kawan-kawan tolong doakan Azie supaya berjaya dalam ketiga-tiga ni. Azie tak nak dah jadi seorang yang biasa-biasa. Azie nak jadi seorang yang luar biasa. Azie nak jadi seoarang businesswoman yang berjaya at the same time dean list untuk setiap sem. Doakan Azie berjaya ye. Azie pun doakan supaya urusan kalian dipermudahkan dunia akhirat. Aminn




Post a Comment

0 Comments