Assalamualaikum.
Umum mengetahui tentang penularan wabak corona virus yang menyebabkan penyakit Corona Virus Disease atau nama singkatnya Covid-19. Untuk menghentikan penularan wabak virus covid-19, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020 dan dilanjutkan kepada 14 April 2020.
So sebab semua orang kena duduk rumah sekarang dan dilarang daripada keluar, memang sedikit sebanyak akan menjejaskan ekonomi seisi rumah terutamanya mereka yang bekerja ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
Maka, kerajaan telah mengambil langkah inisiatif dan melancarkan Bantuan Prihatin Nasional 2020 untuk membantu mengurangkan beban rakyat yang bertambah sebab tak pergi kerja sepanjang tempoh kawalan pergerakan ni.
Gambar credit: https://therohani.com/cara-mohon-bantuan-prihatin-nasional/
Antara bantuan yang bakal diberikan adalah seperti berikut:
● Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
● Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
● Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
● Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Kerajaan juga tidak lupa akan pelajar institusi pengajian tinggi di mana para pelajar peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS akan menerima bantuan one-off sebanyak RM200. Kerajaan juga bersetuju untuk menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama 6 bulan.
Azie rasa, ramai orang akan dapat benefit daripada bantuan prihatin nasional ni so sedikit sebanyak dapatlah kurangkan beban ekonomi yang akan terjejas selepas tempoh kawalan perintah pergerakan ni. Semoga rakyat Malaysia dapat meggunakan bantuan ini sebaiknya. Memetik kata-kata Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin di akhir speech beliau:
"This government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you."
Gambar credit: https://www.permohonan.my/bantuan-prihatin-nasional/
0 Comments