Telekung Lycra

Assalamualaikum...

Bila cakap pasal solat, teringat masa kecil2 dulu. Masa mak suruh solat punyalah liat nak solat. Sebelum pergi sekolah agama, mesti mak suruh solat subuh. Bila dalam bilik tu, aku bentang sejadah, tapi lepas tu tidur. Bukannya solat pun. Bila mak tanya masa sarapan, "dah solat belum?" aku jawab "dah". Hehe...

Masa tu belum matang dan mumayyis lagi. Tak tahu membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Buat ikut sesedap cekodok ikan bilis je.. Bila teringat balik terasa bodoh punada. Ya la, solat tu kan sekejap aje, tak sampai 5 minit pun tapi punyalah malas. Iblis pun ketawa dengan gembira. Haihh...

Teringat jugak kat telekung lama yang aku pakai sejak kecil. Jangan x percaya, telekung tu masih ada sampai sekarang kut. Hehe. Ada lagi, masih boleh digunakan tapi warnanya sudah lusuh. so, buat pakai kat rumah je. Sekarang ni, telekung sudah diinovasikan menjadi pelbagai jenis dan gaya. Sulam. Warna. Labuci. Macam macam ada. Kalo dulu, warna putih aje.

Macam mana gaya sekalipun, yang paling dinilai oleh Allah ialah solat kita. Bukannya warna atau patern telekung kan? So, yang penting hati dan iman kita. Walau bagaimanapun, tak salah untuk mempunyai pelbagai patern telekung kan? So bagi mereka yang nak menambah telekung, apa kata korang cuba telekung lycra. Ia berwarna dan kainnya lembut.

Contoh telekung Lycra
Aku ada jual telekung jenis ni. So kalo berminat, boleh tengok gambar kat sini--->  http://on.fb.me/M88gv9

Kat luar harga telekung ni range dalam rm60-80 tau. Mahal sebab kain dan warna dia. Tapi aku jual RM50 je untuk sehelai. Tapi makin banyak korang beli makin murah harga dia. Kalo nak mesej kat FB aku. Cepat tau sebab benda ni hot selling. Asyik out of stock. so,sementara stock masih ada, cepat dapatkanya sekarang :D

Assalamualaikum

Post a Comment

1 Comments

  1. memang cantik dan selesa telekung lycra ni dan tak salah kalau kita nak cantik ketika bertemu denganNya setiap 5 waktu kan..was here..

    ReplyDelete