Allah Know Whats Best For Us.



Pernah tak sesuatu perkara yang menyedihkan terjadi kepada kawan-kawan. Sesuatu yang pada kita benda itu seperti satu tamparan yang meninggalkan kesan hebat dalam hidup kita. Kadang kala menimbulkan penyesalan. kadang kala mengalirkan air mata. Kadang kala kita tertanya-tanya, Ya Allah kenapa semua ini terjadi pada aku? Kenapa??? *emo*

Tetapi as thing goes on, kita realize yang ada himah tersimpan di sebalik "sesuatu" itu. Allah tahu apa yang lebih baik untuk kita. Sebab tu kita sering dengar kata-kata:

Kita merancang tapi Allah yang tentukan

Masih jelas bermain di fikiran saya, semasa saya darjah lima, pertama kali mendapat markah tercorot dalam peperiksaan. Memang takut gila nak bagi tahu abah. Saya sedih, menangis, mengeluh... tapi lepas tu saya terfikir, apa sebab dan munasabab keputusan peperiksaan saya teruk sebegitu?  Memang tak dinafikan saya tidak pernah berusaha pun sebelum itu. Tak pernah menunaikan tangunggjawab sebagai Muslimah. Kemudian saya bangkit semula dan berazam untuk berubah. Saya mula berfikir tentang masa hadapan. Saya mula berfikir tentang tanggungjawab sebagai Muslimah.

Alhamdulillah, sekarang saya boleh katakan peristiwa mendapat keputusan tercorot dalam kelas itu merupakan titik tolak penghijrahan saya. Alhamdulillah, peristiwa itu sedikit sebanyak mengubah saya untuk menjadi lebih baik.

Tidak! Saya bukannya nak bersikap riak mahupun nak berbangga diri, cuma nak ingatkan kepada kawan-kawan, walau apa pun yang terjadi kepada kita, ada hikmah di sebaliknya. Allah knows what best for us. Mungkin kita cuma nampak kesusahan dan kepayahan, tapi sentiasa ingat, Allah sudah aturkan yang terbaik untuk kita, cuma masa sahaja yang menentukan. Kita kena sentiasa ingat bahawa, Allah tidak mendatangkan musibah itu kerana Dia zalim kepada kita, tetapi Allah swt memberikan sesuatu musibah kerana Dia cintakan kita.

Oleh itu, bergembiralah sahabatku, di sebalik setiap musibah pasti ada hikmahnya...




Lots of Love,
Noor Aziemah





Post a Comment

0 Comments