Recharge Your Iman!



Lebih kurang 75 hari lagi sebelum kita, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ni sangat mulia. Amalan2 seperti bangun sahur, bazaar Ramadhan dan solat Tarawih hanya terdapat dalam bulan Ramadhan. Sebab tu Ramadhan itu sangat unik dan berharga. Terasa nikmat setiap kali waktu berbuka dan mendirikan solat Tarawih di surau atau Masjid.

Salah satu amalan yang paling digalakkan sewaktu bulan Ramadhan adalah amalan bersedekah. Walau bagaimanapun, kita tak perlu tunggu bulan Ramadhan sahaja untuk bersedekah. Malah kita boleh bersedekah pada bila-bila masa sahaja even pada saat ini. Jadi saya nak mengajak kawan-kawan semua untuk mula bersekah daripada sekarang. Let's Recharge Your Iman!

InshaAllah, Telekung Project sedang dalam fasa mengumpul TELEKUNG PUTIH YANG BARU untuk dihadiahkan/diwakafkan melalui beberapa project di kelolaan Telekung Project.



Sempena menyambut kehadiran Ramadhan, TP sedang mengumpul sebanyak 1000 pasang telekung baru untuk dihadiahkan kepada:

*Ibu Tunggal
*Keluarga miskin (Satu rumah satu telekung baru)
*Anak-Anak di rumah kebajikan
*Saudara Baru

So, apa kata kawan-kawan join program ni sambil kita beramal ibadah kita dapat menggembirakan hati orang lain. Jom jom! sesiapa yang nak menyumbang telekung putih yang baru, kawan-kawan boleh pos atau hantar ke Alamat berikut:

THE TELEKUNG PROJECT
NO: 4, JALAN ELEKTRON U16/96H
DENAI ALAM,
40150 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
+60193337151

Selain itu, kawan-kawan juga boleh menyumbang dalam bentuk wang ringgit. Harga untuk sepasang telekung ialah RM30 tapi tak semestinya kena sedekah minima RM30 ya, yang penting biarlah pemberian itu ikhlas sebab Allah mengukur sedekah itu atas dasar keikhlasan dan bukannya kuantiti. Ingat ya :D


Sumbangan boleh disalurkan melalui:
 CIMB PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK
8600 56 3331

 MAYBANK NORAZILA ABDUL AZIZ (AKAUN KHAS ADMIN UTK TP)
5127 7250 1950



Ini sangat penting. Kemudian isikan borang Google Doc melalui link ini sebab link ini sangat penting untuk urusan audit pertubuhan mereka. So apa di tunggu lagi? Jom2 kita beramal!

Untuk info lanjut, kawan-kawan boleh layari link ini:
 https://www.facebook.com/TheTelekungProject

Lots of Love,
Noor Aziemah





Post a Comment

0 Comments