Dulu saya ingat kalau nak buat bisnes, kita perlu ada:
Kilang yang besar,
Tanah yang luas,
Modal yang banyak,
Masa yang banyak,
Sebab itu, saya redah aje. Tak ada Mentor. Tak ada Ilmu. Buat bisnes main-main. Dan tak terfikir pun sama ada saya boleh berjaya atau tidak. Main buat aje.
Tapi Allah dah menggerakkan hati saya untuk buat Shaklee. Ya, saya baru 18 tahun, tapi saya perlu bermula daripada sekarang untuk menampung kehidupan saya di universiti nanti. Dan saya dapat rasa yang saya akan berjaya dengan bisnes Shaklee.
Syukur Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan Group Maria Firdaus. Alkisahnya, saya sedang meng-google tentang Set Kecantikan. Terbuka pula blog Harga Set Bersalin dan ternampak satu Ebook percuma yang bertajuk "Sorry Boss! Saya 'Terpaksa' Berhenti Kerja" . Saya pun download Ebook itu dan baca sehingga ke muka surat yang terakhir. Ebook itu menceritakan perjalanan Master Maria daripada sebelum memulakan bisnes Shaklee sampailan beliau terpaksa berhenti kerja sebab beliau 'terpaksa' menerima gaji yang lumayan daripada Shaklee. Memang tersentuh hati saya bila baca Ebook tu, walaupun saya belum bekerja tapi saya tahu, saya akan menghadapi apa yang ditulis dalam Ebook tu. Gaji RM5000 pun tak cukup nak menampung duit kereta, rumah, hutang PTPTN, perbelanjaan harian. Kalau dah ada anak, makan pakai anak-anak, sekolah lagi dengan GST lagi (opss!). Masa itu, tentu perbelanjaan harian sudah semakin meningkat! Bila impian saya untuk bercuti ke serata negara akan tercapai dengan kerja makan gaji?
Itulah serba sedikit sejarah mengapa saya boleh terjebak dengan bisnes Shaklee dan group Maria Firdaus ini.
Baru-baru ini, Master kami ada mengadakan seminar Online & Offline Marketing Genius (OMG). Bertempat di Kampung Baru, ini baru pertama kali saya mengikuti program OMG. Memang sangat seronok! Kalau Nora Danish turut serta mesti dia akan cakap "Nora bagi 5 bintang!"
Saya memang ada masalah pengangkutan daripada dulu. Kalau nak ke mana-mana mesti saya kena usaha sendiri sebab saya tak ada kereta (tak pandai memandu juga) dan ayah saya memang tidak mahu menghantar saya ke mana-mana atas alasan tidak tahu jalan ke sana. Jadi, saya perlu berdikari atas usaha sendiri. Tetapi, saya berpegang dengan kata-kata Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih, saya pun meminta pertolongan emak Shaklee saya, kak Adni Harlina. Alhamdulillah, Kak Adni sanggup mengambil saya di stesen LRT Gombak. Jadi saya pun merantaulah daripada Stesen LRT Taman Paramount ke Stesen LRT Gombak sorang-sorang. Tidak mengapa, bukankah Allah ada bersama saya?
Hari Sabtu tu, kami sampai lambat. Sampai-sampai je, semua peserta sedang ber-bara bara bara bere bere bere... hahaha.. masing-masing sedang membuat senam robik ringkas rupanya. Saya dan keluarga Shaklee saya yang lain pun mengambil tempat duduk yang masih kosong. Kemudian perkongsian dimulakan oleh Master Firdaus dan semua peserta fokus memberi tumpuan. Master Firdaus ni sering pergi seminar Dr Azizan Osman (DAO). Impian beliau nak dikenali sebagai adik DAO.
Master Firdaus membuat perkongsian |
Semua tekun mendengar |
Banyak yang kemi belajar. Antaranya:
Kalau kita tak ubah diri kita, Allah tak akan ubah nasib kita.
Waktu tengah hari itu, kami dihidangkan dengan Nasi Ayam yang sedap. Memang saya menjilat jari lah.
Momen yang paling saya suka-Luch Time! |
Sesi petangnya pula, kami teruskan dengan slot Master The Game oleh Master Maria pula. Selepas itu, Master-to-be Arham memberi perkongsiannya macam mana nak rangka posting yang menarik dan pelbagai lagi perkongsian oleh Master Firdaus. Antara slot yang paling saya suka adalah Slot yang dikendalikan oleh Master-to-be Cikgu Suhana. Memang sangat seronok sebab Cikgu Suhana sangat bersemangat ketika membuat perkongsian. Beliau menceritakan pengalaman beliau sebelum dan selepas menggunakan produk Shaklee dan perubahan sebelum dan selepas menyertai Empayar Maria Firdaus.
Saya tak boleh lupa teknik marketing yang beliau gunakan untuk menarik pelanggan. Teknik ini namanya Teknik Jemput-Jemput. Anda nak tau macam mana tekniknya? Boleh! Anda kena sertai Empayar Maria Firdaus dulu :)
Sampai pukul 5:30pm, seminar pada hari tersebut tamat dan Kak Adni menghantar saya dan Kak Suraya ke Stesen LRT Gombak.
Keesokkan harinya, aktiviti yang disediakan memang lebih gempak! Kami shaklee sekeluarga sampai awal pada hari Ahad itu, sebab kalau datang lambat kena denda. Alhamdulillah, kami sampai beberapa minit je sebelum program bermula. Sempat kami bersenam robik bara bara bere bere dengan peserta lain. Semua peserta sangat sporting dan happening. Masing-masing bersemangat. Lepas itu, kami ber-chicken dance pula. Dah selesai bersenam robik yang ringkas, Master pun memulakan perkongsian.
Slot pada hari itu lebih banyak ke arah cara Marketing kalau nak diikutkan slot pada hari pertama yang lebih menjurus kepada Motivasi. Antara slot yang menarik dan saya suka:
~ Online Marketing Strategy
~ Offline Marketing Strategy
~ Tips Berblogging
~ Kenapa hanya 30 orang yang nampak posting saya?
~ How to Handle Customer?
~ Leadership
~ Maria Firdaus Next Project
Slot Maria Firdaus Next Project ini adalah slot yang paling saya suka sebab semua idea dia gempak-gempak! Sangat beruntung semua yang berada di bawah susur galur Maria Firdaus sebab semuanya Master yang tolong kami untuk memudahkan kami berniaga dan untuk berjaya dalam bisnes ini. Dengan adanya Next Project ini, saya yakin Empayar Maria Firdaus akan jadi Empayar Shaklee yang terbesar dan paling berjaya di Malaysia. Sebab apa? Dengan Next Project inilah kami akan menawan semua customer sebab hanya kumpulan kami yang menjalankan perkara ini. Tidak ada kumpulan lain lagi yang pernah menjalankan projek besar ini. Dan hanya mereka yang berada di bawah susur galur Maria Firdaus sahaja yang mengetahui tentang projek ini.
Sebelum pulang, saya mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan kak Maria dan bergambar dengan keluarga Shaklee saya. Memang sangat seronok apabila kita dikelilingi dengan orang yang positif, pada masa yang sama kita juga terdorong untuk berjaya! Memang selama dua hari berada di seminar ini, saya dapat merasakan aura bakal-bakal jutawan!
Saya dan keluarga Shaklee saya bergambar dengan Master Maria dan Master Firdaus |
Sepanjang perjalanan balik, saya terfikir, dalam hidup ini semua orang nak berjaya. Kalau kita tanya semua orang tidak akan ada sesiapa yang jawab dia nak hidup miskin. Semua orang nak berjaya dan memiliki kehidupan yang senang. Peluang ada di mana-mana sahaja tetapi ianya terletak di tangan kita untuk membuat keputusan yang tepat. Betul kata Master Firdaus, Allah tak akan bantu ubah nasib kita kalau kita tak ubah diri kita sendiri. For things to change, you must change first.
Saya sangat bersyukur sebab Allah menggerakkan saya untuk menyertai Empayar Maria Firdaus. Saya berterima kasih sebab saya dikelilingi oleh mereka yang sentiasa postif, bersemangat, sentiasa membimbing saya, sentiasa mengajak saya bersama-sama ke arah kebaikan dan kejayaan kehidupan di dunia dan di akhirat. Saya baru setahun jagung, umur masih muda dan mungkin usia untuk mencapai tahap matang masih jauh tetapi berada di bawah group ini, saya boleh nampak masa depan yang cerah. saya boleh nampak yang saya boleh berjaya dalam bisnes ini.
Dengan usaha yang berterusan diselarikan dengan bimbingan daripada Mentor serta Ilmu yang betul, saya tahu yang saya boleh berdikari sendiri di universiti nanti tanpa menyusahkan keluarga dengan meminta duit belanja. Saya boleh membantu kewangan emak dan abah saya, walaupun saya masih lagi belajar. Sebab saya percaya saya boleh lakukannya.
Untuk membuat bisnes sangat senang, tetapi untuk berjaya dalam bisnes anda perlu ada M.E.S.T.I
Mentor
Emosi
Sistem
Tindakan
Ilmu
Empayar Maria Firdaus ada semua itu. Beruntungnya siapa yang berada di bawah susur galur mereka.
Nasihat saya, pilihlah kumpulan yang terbaik untuk disertai. Anda bukan sahaja akan berjaya di dunia, malah di akhirat kelak. InsyaAllah... :)
Empayar Maria Firdaus Terbaik! |
Lots of Love,
Noor Aziemah Noor Azman
Supervisor-to-be
Shaklee ID: 1144358
0 Comments