Entry ini sepatutnya saya publish kan 2 minggu sebelum ini tapi sebab saya malas so yeah. Ianya sekadar terpendam dalam kepada hotak saya. Hahaha... Okay, tak lawak.
Pada 10 May 2014 bersamaan dengan hari sabtu yang lalu, keputusan UPU yang ditunggu-tunggu oleh semua calon SPM 2013 (dan saya) sudah keluar. Dan Alhamdulillah, saya dapat jurusan Allied Health Science di Universiti Islam Antarabangsa atau mesra dipanggil International Islamic University Malayisia (IIUM).
Meneruskan pelajaran di IIUM memang menjadi impian saya sejak tingkatan lima (macam lama sangat impian tuh) semenjak di 'brainwash' oleh my bestie, Tengku Azriana tentang keunikan dan keseronokan di IIUM. Masa dapat tahu yang saya diterima di IIUM memang rasa seronok gila tak terkata sampai terlompat-lompat. Even my mom pun terkejut, "eh kenapa dengan anak aku ni?" Mungkin itulah yang berada di benak fikiran dia.
However, unfortunately, Azriana dapat UiTM. Ala.... baru ingat nak lepak sama-sama, study sama-sama, makan sama-sama. Hmmm. Tidak mengapa, ayah dia pun dah buat rayuan, Insya Allah ada rezeki kami satu kampus.
Back to our main topic, saya pun buka laman web sebenar IIUM yang mana menunjukkan surat tawaran saya untuk belajar di universiti tersebut. Yang bestnya bila dapat tawaran ke IIUM ni, kami tak perlu pergi interview. Ya lah, macam UM ada interview dia sendiri sebelum masuk. Nasib baik IIUM tak perlu interview hehe.
Banyak juga persiapan yang saya kena buat. Antaranya:
1. Isi borang maklumat pelajar secara online
2. Buat medical check up ----> ni rasanya semua mahasiswa/siswi kena buat
3. Bukak bank muamalat (sebab nanti nak dapat elaun)
4. Bayar yuran di bank muamalat (Saya kena bayar rm500 sebagai yuran pendaftaran)
5. Isi borang perjanjian biasiswa dan perlu matikan setem di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (sebenarnya, x tau la nak buat macam mana, tapi berdasarkan maklumat, kami kena beli setem hasil di Pejabat Pos dan matikan setem di LHDN)
6. Beli barang-barang keperluan untuk tinggal di hostel (di IIUM hostel disebut Mahallah)
7. Prepare untuk ujian EPT dan APT
Kalau kawan-kawan nak tahu, EPT tu ialah English Placement Test dan APT tu ialah Arabic Placement Test. Result daripada kedua-dua ujian ini akan menentukan sama ada kami akan menuntut di IIUM ini selama 1 tahun, atau 1 tahun setengah atau 2 tahun.
Saya ada lah survey mahallah-mahallah yang akan dihuni oleh saya. Ada 3 mahalah yang akan mungkin akan dihuni oleh saya iaitu Mahallah Khadijah, Mahallah Aisyah dan Mahallah Zainab al-Jahsy. Okay, antara ketiga-tiga ni saya berharap sangat saya dapat Mahallah Zainab Al-Jahsy. Sebab apa? Tak ada sebab. Saja je.. hehehehehe (gelak ada maksud).
Mahallah Khadijah |
Mahallah Aisyah |
Yang ini pula namanya Mahallah Aisyah. Nampak usang sedikit dan tersorok sedikit. Tak tahulah kenapa tapi ini merupakan Mahallah untuk sisters. Kalau tak silap saya, beberapa tahun lepas, Mahallah ini adalah kepunyaan brother tapi sekarang dah jadi mahallah for sisters pula.
Mahallah Zainad Jahsy |
Ini namanya Mahallah Zainab Jahsy. Saya harap saya dapat mahallah ni. Sebenarnya tak ada apa-apa sebab pun cuma entahlah mungkin sebab saya suka dengan nama dia kut.Macam nama Azriana la, Tengku Azriana Zainab (doesn't make any sense isn't it?) Okay, mahallah ini tak ada lift macam mahallah khadijah sebab dia ada 4 tingkat aje. tapi kalau tak silap saya setiap tingkat ada surau. Ye lah kut, hehe kita tunggu dan lihat sahaja la ya. Cuma ada lah sedikit cerita kurang enak yang saya baca di google yang kata nampak itu la, ini la.. Dah lah malas nak layan benda-benda macam ni.
Okaylah, sampai disini sahaja celoteh celoteh saya hari ini. nanti saya cerita lagi kehidupan saya di IIUM setelah saya mendaftar di sana. Kawan-kawan yang pernah duduk di hostel mana-mana universiti, ceritalah pengalaman kalian di universiti. Mesti best! Sekian...
Lots of Love,
Aziemah
2 Comments
wahh..best nya dapat UIA. masa isi UPU pun sy letak UIA kt second choice. tapi bukan takdir sy kat situ.. sy dapat UniSZA.. and dah search pun pasal kolej kediaman dia, luas, siap ada ruang tamu! hehehe
ReplyDeleteWahhh.. dulu dneo dapat gak UIA tp sbb masalah kesihatan terpaksa tolak... huhu...
ReplyDeleteOk kat blog dneo kan dear tanya harga dodole... jom tengok link ni:
http://www.dayangdeno.com/p/my-services-1-single-couple-family.html